20111228

(not so) long lost Love

Serenity is not gained by listening to islamic songs. you silly.

20111031

the past



I hate my past. there are thousand things i wish i never did. 

kadang2x rasa benda yang kite buat semalam pun rasa annoying gile.

and i was like; ape yang kau cube buat ni? sumpah terabur niat, lintang pukang.

sometimes i am hating myself for not being able to be the one He wants me to be.

seriously, if i make a list of all the stupid things i have done in my entire life, it would be endless.

belum campur lagi dosa-dosa yang akan datang. Allah. Nauzubillah..

bile teringat balik. bole nangis sorang2x and tergolek-golek atas katil sambil tarik rambut dan menepu-nepuk dahi. (x literally)

Yes. It is that bad.

bile terfikir balik.

sanagt tak matang.

whta was on my mind?

God!

But i never wish that i could turn back time

and fix all the damage i did.

I don't regret my past.

I just hate it.

Semoga Allah tak cenderungkan hati kembali kepada kejahilan dulu.

dan sentiasa campakkan kesedaran

betapa berdosa, jahil dan hinanya diri ini.

Ampun Ya Rabb..


seburuk-buruk manusia itu adalah bila dia masih melakukan kemungkaran dan kezaliman; sedangkan dia tahu.

 "..dan orang2x yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui " (3:135)





sumber gambar


20110815

Mencari Tuhan

Bismillah



Ketika malam telah menjadi gelap,

dia (Ibrahim) melihat sebuah bintang

(lalu) dia berkata;

Inilah Tuhanku

maka ketika bintang itu terbenam dia berkata;

aku tidak suka kepada yang terbenam

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lalu ketika dia melihat bulan terbit, dia berkata

Inilah Tuhanku

tetapi ketika bulan itu terbenam dia berkata;

Sungguh, jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, 
pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat

-----------------------------------------------------------------------------------------------------



Kemudian ketika dia melihat matahari terbit, dia berkata

Inilah Tuhanku, ini lebih besar

Tetapi ketika matahari terbenam, dia berkata

Wahai qaumku! Sungguh, aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan

---------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku hadapkan wajahku kepada (Allah)

yang menciptakan langit dan bumi dengan penuh kepasrahan

(mengikuti) agama yang benar,

dan aku bukanlah termasuk orang-orang musyrik.


(Al-An'am:76-79)






ihdinassiratalmustaqim Ya Allah.










20110811

hati yang cedera

Bismillah



bila jiwa kacau risau tentang masa depan.

bila hati sesak dengan kerenah manusia yang tidak memahami.

bila jiwa sukar berlapang dada.

bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain.

bila hati sentiasa ingin marah.

bila hati mula berjinak dan tuduk denagn nafsu yang Allah tak redha.

bila aqal lupa tujuan asal hidup.

bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat.

bila hati rasa puas melakukan perkara sia-sia.

bila jasad duduk enak tanpa berbuat maaruf.

bila hati mula tidak sensitif.

bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya.

bila hati mula mengeras.

bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia.

bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.

bila diri mula meminta yang berlebihan,

bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,

bila diri rasa sudah cukup.

bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikr.

bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain.

bila diri berpura baik di hadapan manusia.

bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa.

bila diri sentiasa mahu dipuji.

bila hati tidak yaqin dengan janji-Nya

bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya

bila hati sentiasa mencari dosa dan salah orang lain.

bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

bila hati merasa bebas dari jagaan Allah.

bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri.

bila hati merasa aman melanggar amanah.

bila merasakan diri sendiri lebih penting dari saudara yang lain.

bila diri terlalu banyak beralasan.

bila setiap perbuatan tidak diniatkan kerana Allah.

bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya.

bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.

bila mulut lebih senang berbicara tentang dunya dari manisnya syurga.

bila redha manusia lebih di cari dari redha Allah.

bila merasa cinta manusia lebih enak dari cinta Allah.

bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya.

bila hati mula disempitkan dengan dunya.

bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya.

bila setiap aqal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.


...................................................................................................................................


hati itu bukan hati aku lagi

Heal my heart ya Allah.

bless me with a new heart.