20121231

Cengeng

bismillah

Ada satu hari ni. Just recently. I got scolded by le sister. Dah besaq gajah pun kene marah, ok? Itu la fungsi kakak sulung sebenar benarnya. Pft.

Terus sentap gila.

It was my fault pun, anyway. Kuikui.

Sambil basuh pinggan meredakan hati yang duka lara. Terlintas kat hati;

Tak pernah pun kena marah dengan akhawat. Dorang berkasar pun tak pernah. Tsk.

Sayu tetiba. Gosh.

Nak cakapnya.

Ukhuwwah is thicker than blood.

hingga Nuh redha si anak tertinggal bahtera,

hingga Lut yaqin takdir si isteri ditimpa azab.

hingga Abu ubaidah tegar memerangi si bapa musyrik

Ini apatah lagi manusia biasa biasa. Yang snagat sanagt jauh dari mulianya nabi dan  sahabat.

:'[

Eh. Apa pointnye ni.

Oh. aqidah tu la yang mendahului segala apa hubungan pun atas dunia.

20121228

A tale of a kakak.

Bismillah.

Ada sorang kakak yang daku stalk sejak beberapa bulan ni. Wohoi. Nampak sangat takdek keje yg lagi bermanfaat nak dibuat. Guu.

I see her changing; dari jahiliah kepada yang lebih baik, menuju Allah.

Dia sangat cantik. Tapi seksi and agak sosial. Itu yg aku nampak dari timeline fb dia lah. Tapi physical appearance does not really portray a person secara mutlaq.

Dalam hatinya mungkin lebih suci dari aku. Mungkin ada lebih redha Allah kepada dia. In what ever way pun.

Nak dijadikan cerita, kakak ni pada mulanya couple dengan one of my relatives. She was so in love dengan my relative tu. Nampak sangat dah nak menuju ke bibit bibit pernikahan.

Long story cut short.

Sedara aku tu tak jadik kahwin dengan dia. End up nikah dengan childhood sweetheart dia.

Sedih gila. I feel u, kak :'[

Pastu after a while. Tergerak hati nak stalk dia semula.

Tiba tiba dia sangat berubah. Sangat berubah. Dari seorang yg terdedah auratnya kembali ke fitrah bertudung litup. Even, di halakan kerjayanya kepada Allah.

Status status fb dia berubah langsung. Dari yang tiada apa apa kepada yang mengingatkan Allah. Takdek yang sia sia.

Fikrah hidupnya; jelas untuk Allah.

Masyaallah. MasyaAllah. First time tengok dia macam tu. Mulut dan hati aku tak henti henti bertasbih memuji Allah arRahman arRahim. Rasa goosebump sangat. Allah benar benar baik dan pemurah yang teramat :']

Allah ambil kecintaan dunia dari dia. Allah ganti dengan kemuliaan yang lebih agung, lebih besar. Cinta Dia.

Hilang boifren apa la sangat kan bila Allah ganti dengan cinta yang lebih mulia.

For some people. Ada yang tak sanggup nak melepaskan maksiat cinta. Risau hilang sayang manusia.

Tapi for this kakak, Allah sendiri yang take charge of her bussiness. Allah sendiri yang putuskan tali jahiliah tu dari hidup dia.

Setiap kali ter stalk or teringat kakak ni, hati segere teringat pada kebesaran Allah.

Agak agak orang lain pun mesti rasa benda yang sama dengan apa yang aku rasa.

Takde apa yang lebih menguntungkan bagi seseorang melainkan bila manusia terpandang wajahnya;

hanya kebesaran Allah lah yang tergambar.

Masyaallah.

Macam fairy tale kan? But it's not.

:']

20121224

Rendah

Bismillah

Semalam, sementara tunggu naik bus ke kluang. Singgah ke surau tbs untuk tunggu zuhur masuk. As i was entering, ada seorang kakak cleaner tengah melipat telekung yang berlambak bersepah atas lantai. Duduk senyap kat belakng surau buat keje. Tergerak kaki terus dekat ke kakak tu, tolong dia lipat sekali. Sambil2x tu, i started to initiate a conversation with her.

Back in melbourne, naqibah selalu pesan banyakkan bergaul dengan masyarakat. Masuk dengan orang kebanyakan sebab dorang la medan sebenar untuk kite dakwah. Bukakan hati untuk belajar dan menerima dengan kasih tarbiah dari orang yang lebih rendah dari kita. Hei, itu dari pandangan hina manusia, di mata Allah darjat ketaqwaan mereka mungkin berkali kali lebih tinggi dari aku t.t

So yeah.

Tak dapat seru banyak pun, cukupla dengan qudwah. Insyaallah.

Berbekalkan ingatan dari murabbi, perbuatan mendekati dan 'masuk' dengan stranger jadi senang. Sebab tujuan utama adalah sebab Dia. Of course for the ukhuwwah as well. Kakak tu macam malu malu. Mungkin dia segan. Masyallah. How does it feel to be humble, yea? Mesti lebih indah dari ketinggian yang membongkakkan. Astaghfirullah..

Sambil melipat telekung, hati tak henti henti istighfar. Mintak Allah lindung dari penyakit hati. Mula mula mungkin ikhlas lillahitaala. Lama lama?.. oh t.t

i hope u rot in hell..ya syayatiin t.t

before balik dari program a day before, Allah jumpekan aku dengan sorang makcik yang masakkan kami sepanjang program. Dia minta kami pulangkan balik pisau yang one of us pinjam. Sambil meminta, dia mintak maaf. Mungkin dia rasa dia mengganggu kami dengan kehadiran dia. Padahal tak pun. Nampak sangat rendah dirinya dengan kami. Mungkin 'title' yang berbeza buat dia rasa macam tu.

Nak je aku bitau makcik tu tentang surah hujurat, firman Allah tentang satu satu nya saja cara menilai maknusia; neraca taqwa.

But u wouldnt understand pun kan makcik? Berharap sangat dengan semanis manis senyuman yang aku beri, sehangat hangat pandangan yang aku tujukan, seramah ramah kata yang aku lepaskan, sampai ke makcik tu,sending the message;

Kita sama je makcik.

Hati kuat mengatakan, mungkin darjat dan taqwa makcik lebih tinggi di sisi Allah. Makcik masak dengan ikhlas. Sebab tu sedap :']

sesungguhnya Allah menutup dengan sebaik baiknya aib dosa kami dengan perhiasan dunia yang sangat hina dan sementara. Menjadikan diri sempurna di mata manusia t.t

Aku sangat terdesak untuk menjadi humble. Di mata Allah dan maknusia. Macam kakak n makcik tu :'[

If only people knew..

20121212

Al-waqeel

Bismillah

Upon whatever reason pun yang berlaku atas dunia yang menimpa hidup, Allah dah tulis siap siap kat lauh mahfuz.

Itu. kite panggil takdir.

Percaya pada takdir tu adelah benda ghaib. It's about faith. U can't show or prove it to anyone except Allah.

Macam mana nak explain pada orang yang belum percaya dengan takdir? Atau orang yang nak tahu sequence of logic on kenapa whatever-bad things tu terjadi?

Penjelasan tentang benda yang kite sendiri pun tak reti nak explain. Tak tahu pun dia datang dari mana. Clueless.

Tak tahu pape melainkan dengan yakin it happens because Allah says so.

Of course, asbabnya terjadi melalui kekurangan dan jahilnya diri.

How la?

Mungkin Allah turunkan mereka-mereka sbg fitnah (ujian). To see macam mana kite hadapi mereka-mereka ini.

Dengan sebaik-baik amalan atau tidak?

Dengan sepenuh penuh ehsan atau tidak?

Sebaik amalan dan ehsan itu berpunca dari Allah.

Pertama-tama langkah; kemaskan hubungan dengan Allah.

I know deep down in my heart, Dia takkan bagi sesuatu yg aku tak mampu nak tanggung emotionally, spiritually, mentally.

Cukuplah Allah sebagai pelindung.

Tsk.

i wish

Bismillah

There are too many things i want in life.

Tapi tak pasti kalau Allah dah tunaikan (impian tu), adekah hati tu akan rasa tenang, puas.

Walaupun mungkin cita-cita tu islamik dan kedengaran 'baik', kalau niat bukan sebab Allah ditambah dengan cara mendapatkan yang Allah tak redha;

Tetap ke longkang la akhirnya.

B*d** lah aku kalau rasa puas dan tenang tu untuk dunia.

Sedangkan Allah cakap dunia dan segala isinya tu hanya permainan dan senda gurau.

Semoga tak dibalikkan hati redha dengan kerendahan.

20121210

Phsycho

Bismillah

Perkara keburukan yang datang dalam hidup manusia itu berpunca dari tangan mereka sendiri. Bersebabkan kejahatan yang dilakukan itu lah fasad (kehancuran) itu masuk dalam hidup.

Fasad dalam kewangan, study, family, dakwah dll.

Dari sisi lain, bencana yang menimpa itu didatangkan, untuk Allah bersihkan dosa-dosa lalu. Dan mungkin Allah turunkan sebagai fitnah (ujian) atas hambaNya untuk melihat siapakah di antara mereka-mereka yang ahsanu amala (paling baik amalannya). Tanda kasih sayang Allah pada hambaNya.

Nak redha Dia. kejarlah!

Walau betapa jijik dan dosanya diri engkau.

Allah kata Allah tak sia-siakan pahala orang yang sabar;

Sabar dengan diri sendiri yang selalu engkar pada Tuhan,

Sabar dengan keinginan yang meluap untuk melakukan maksiat,

Sabar dengan godaan kejahatan yang menarik-narik di sekeliling diri

Sabar untuk taat pada Allah..

Allahhh..

between those two perspectives, hati aku cenderung mengatakan bencana atas diri aku bersebabkan atas kejahatan dan dosa yang aku buat. Allah turunkan sebagai pengajaran dan peringatan buat aku. Taatlah!

Tapi, Allah itu kan menurut persangkaan hambaNya.

Kenapa aku tak fikir ia sebahagian dari sifat rahman nya Allah, Rahim nya Allah? Kenapa tak nak terfikir ia turun atas sebab belas dan kasihanNya?

Kalau kepala otak asyik fikir terjadinya bencana tu sebagai hukuman Allah atas diri, macam tu lah jadinya! Sebab aku fikir benda tu macam tu. Faham tak?

Tapi. Sangatlah tak layak nak fikir Allah turunkan sesuatu tu sebab dia nak berikan kebaikan atas diri. Sebab sangat sedar diri yang hina ini sangat sangatlah jauh dari sifat baik tu sendiri. Wuwu.

sangat jauh dari baik.

Astaghfirullah..

The thing is; macam mana aku fikirkan tentang Tuhan terhadap diri sendiri.

Oh.

Baik sangka. Baik sangka. Baik sangka.

Ihdinassiratul mustaqim ya Rabb t.t

20121209

i is sad.

Bismillah


tengahari tadi my sister balik to where she belongs after seminggu lebih duduk rumah. untuk menyambut adek tersayam balik mesia, konon-kononnya.

sayunya rasa masyaAllah. nak tahan dia simpan duduk rumah sampai bile-bila. unbearable feeling kot. almost setahun tak jumpe. seminggu jek dapat jumpa (and gaduh dengan) dia. eh. fiu -.-

WHY LA.WHY LA? semua orang kena besar, belajar and kahwin.pastu duduk jauh-jauh dari family? WHY LA?

rasa terpecah. menci :l

tapi sooner or later Tuhan akan pisahkan jugak.

kalaulah Allah tarik nyawa sekarang.






Keep calm and be strong

Bismillah.

Im expecting it to happen before. And it happened.

Dah takdek perasaan sebab mungkin dah prepare lama for it to happen, mentally, logically and emotionally.

So yeah.

Kurang takut untuk fikir masa depan sebab i know that i can never grasp it right now.

Rezeki itu straight datang dari Allah.

Kalau dia nak tumpahkan rahmat atas makhluq takdek sapa yang dapat halang.

He is powerful over everything i could ever imagine.

The only thing that keeps me going is. Apebende pun yang berlaku atas dunia tak kekal lama. My destination is the hereafter. Benda tu takdek affect apa pun to my investment there.

Cume emotionally mungkin kene kental lebih sikit.

Selagi tak dapat susahnya berdakwah macam nabi Nuh xperlu nak perasan hidup ni derita sangat.

Selagi tak mengalami humiliation (read:nikmat) yang Maryam rasa, tak perlu rasa lemah tertunduk hina depan manusia.

Sekarang my job is to bersangka baik pada Tuhan. He is arRahman arRahim. Yang fasad itu datang dari tangan aku sendiri. Tapi rancanganNya tentu tentulah yang terbaik dan berhikmah untuk hambaNya.

Teruskan dengan sifat ehsan itu dan rancang hidup sebaiknya.

Put your trust to Allah and let Him guide you all the way.

Like that :)

Come on ikin, come on! U've went through things a lot worst than this. U can do it! *clap, clap*

Patting myself in the back.

Sekian, motivasi di pagi hari.

Ggyah.

20121208

Bruised.


I can't tolerate harsh people.

20121207

Happy girl.

Malam ni. Malam jumaat 6Disember2012.

Nervous at first. tapi redah je. Allah mudahkan jalan. Dia bentangkan seluas luasnya.

Tinggal nak tak nak jep.

Deep down in my heart i know that i want this.

Bismillah..

20121206

Semoga pakcik bahagia

Bismillah

Semalam Allah beri peluang attend dua usrah dengan orang-orang hebat alhamdulillah. :]

Dua dua acara berlangsung kat batu pahat. so i went there alone, by bus. Lepas breakfast with the family. I hope the time was berkualiti enough as i dont spend much time with them since asyik keluar rumah ke sana ke mari. Anak dara yang tak lekat kat rumah. Takleh buat bini. Unless si bakal suami redha dan suke hantar zaujah ke usrah usrahnya. Ehhe. Eh.

Tak pernah pun ke batu pahat sensorang. So tak tahu exactly jalan ke sana and how long does it take to reach there. Xpelah. Redah je. yakin Allah pandu :)

Supposedly kami kene jumpa kat BP Mall and akhawat bp akan fetch me dekat bus stand at 10.30am. After 11am the bus still otw tak sampai bus station. So i decided to find my own way ke bp Mall and let the akhawat proceed dulu dgn usrah on time. Dah la sampai lewat. Xpatut la pulak mem-postpone usrah just because of me. That is so not good :s

After almost 2 hours journey sampailah kaki buat pertama kalinya di stesen bus batu pahat. alhamdulillah. I decided to naik cab becuase bas takdek and probabliy kalau ada pun it goin to take forever untuk sampai.

So naikla teksi. I knew its going to be a bit costly. And it was!

tambang bus dari kluang ke batu pahat is rm5.10. Itu untuk perjalanan 1 jam lebih, i reckon. Plus dengan air cond.

Pak cik teksi tu charge me rm10 untuk perjalanan yang tak sampai 5minit without air cond dalam teksi. Guna angin dri ttingkap jek. Heh. Tak guna meter langsung pun!

Kenek bayar double ok?!

Aku tak marah sebab mahal. Tapi tak puas hati seandainya pakcik teksi tu tak amanah dan tak menimbang (charge) customer dengan betulnya.

Allah kan tak suke manusia menipu dalam timbangan?

Risau untuk pakcik itu. Haih.

I think it's a bit costly for such a short distance journey. Atau mungkin aku ni kampung sangat tak pernah naik teksi di zaman global dan tak up to date dengan harga semasa charge teksi. Hmmph. Idk.

Rasa macam unfair.

But deep down in my heart said;

pakcik amikla duit tu. Lepas ni, benda tu adalah urusan pakcik secara langsung dengan Allah.

Allah itu adil.

Hati jahat ini cube bersangka baik,

Mumgkin pakcik tu dah expert dengan jalan2x kat sana, tak perlu pun bantuan meter untuk charge customer.

Mungkin betul charge nya rm10.

Semoga betul betul saja sangkaan itu.

20121204

Penat

Sometimes i just feel too tired to care about how u feel or what u think.

Im tired. 

I seek refuge with Allah from whatever thoughts you have about me.

Both u and i aren't perfect. God knows that.

Just stay away.

Sick.

20121201

Hidup

Bismillah

After a long journey of 8 hours hari ni, sampailah kat RI akhawat shah alam. Alhamdulillah ya Allah for the hidayah, strength, and will yg ditiupkan dalam hati.

Tiada qudrat untuk taat melainkan dengan hendakNya :'l

Masyaallah. Sangat semangat ok ditemukan Allah dengan para akhawat terchenta. Dalam tram n train tersengih sengih sendirik terbayang bayang salam dan peluk cium mereka. Fiufiu. :B

Dalam sesi tadabbur quran tadi, this one sister share satu analogi ni. Tarbiyyah Allah tu sakit.

The words striked me. Goosebump tibe-tibe. 'Sakit' apa yang aku dah dapat sepanjang duduk dalam tarbiah Allah ni?

Do i even allow myself to be hurt in this journey?

Terlihat wajah akhawat satu-satu.

Ada yang sanggup sambung study (honours, master, phd) semata-mata nak teruskan tarbiyyah di tempat mereka. Sebab dah takde orang nak buat dakwah kat situ.

Ada yang sanggup kahwin dengan akh setempat sebab nak mudahkan dakwah dan tarbiah kat tempat mereka.

Redhanya mereka dengan dakwah dan tarbiah untuk Allah. Apa-apa pun sanggup.

Allah above everything.

aku dah buat ape ntah?

*peluh

Belum campur lagi dengan bab ikhlas tak ikhlas nya.

Oh.

T.T

20121128

Perempuan kuat

Bismillah

Aku rasa kakak ni makhluq yang paling kuat pernah aku jumpe. Ever. Aku selalu tertanya macam mana perasaan dia hidup selama 20 tahun lebih ditakdirkan Allah bersuami macam tu. Kadang kadang nampak dia happy. Kadang kadang nampak dia stress. Tpi yg stress tu selalu dia tutup dengan 'kekuatan' tu. Supaya orang tak nampak sanagt how much she suffers; mentally. Supaya dia boleh pretend bahagia and shows the world that she is doing fine. Walau pun sebenarnya she is not ok. Atau pun sebenarnya buat buat ok supaya some day dia akan dapat rasa ok tu betul betul.

Nouman ali khan used to say, untuk certain people, Allah akan mentakdirkan mereka 'stuck' dengan orang yang mereka tak suka. Orang yang ada blood related, or husband or wife, mother, father and so on. Orang yang kita berhubungan dengan dia semata mata sebab ada pertalian darah sahaja. Kalaulah Allah mentakdirkan mereka bukan sesiapa langsung pada kita, kita takkan nak pun ada apa apa hubungan dengan orang tu. Yes. To that extent. Ujian yang berat. Dealing with people u cant run away from.

And i guess kakak tu redha bertahan dengan suami macam tu. And idk why. Only God does.

I have a strong feeling. The kids pun tak suke with the dad. Mereka faham benar dengan perangai si bapa. Terpaksa stick with him sebab he is the father. Not more than that.

And i wonder, masih tahan ke wahai kakak bila dilayan macam tu rupa dari si suami?

Again. Cinta. Kasihan. Responsibility. Mercy. Worry. Dependency. Loneliness. Perception. Mixed into one and cling tightly to her. Make it near impossible to get herself away from this ugly reality.

Semoga kesabaran itu Allah ganti dengan ganjaran paling baik di sisi Dia.

Aku selalu berfikir bagi pihak si bapa.

Tak rasa bersalah ke buat macam tu pada anak dan isteri?

Tak rasa bersalah ke mencabul hak anak dan isteri for not  giving nafkah and tarbiyyah pada mereka?

Tak rasa ke apa yang dia buat selama ni akan dipertanggungjawabkan Allah?

Tak rasa ke hidup dia sekarang meaningless?

And this would eventually lead to;

Mak bapak si bapak tak mengajar ke anak lelaki mereka to be a real man?

And this would then lead to;

Korupnya institusi family sekarang ni.

Bila takdek Allah dalam hati yang membimbing. Senang je langgar semua peraturan yang Allah tetapkan

Senang je nak langgar hak isteri dan anak-anak.

Senang sangat nak jadi orang useless.

Banyaknya kerja..

MasyaAllah.

And for the zillionth times;

'God, why?'

t.t

20121125

Ana enta enti

Bismillah

Pagi tadi right after masak nasi gureng duduk duduk la surf youtube. Terjumpa drama 'warkah cinta'. Basically background cerita ni pasal budak sekolah agama, stock2x budak sekolah arab camtu. And after tengok sepuluh minit pertama (x campur skip2x part) i was truly disappointed. Keciwa sangat.

However, aku respect penulis citer tu dan usaha nak memperkenalkan cinta islamik kepada viewers, and it is really really not fair for me to judge cerita tu dengan sekali tontonan gitu. Cewah.

The idea of 'cinta maknusia' is brought up secara intense, budak sogama (sekolah agama) lagik. So ironik. Sudah sudah la wahai pemuda islam kita dihanyutkan dengan cerita cerita begini.

Walaupun banyak kali dah kenek marah (x literally) dengan roomate yang bekas sogama, sebab aku selalu letak high expectation pada diorang. As in diorang kenek la alim, tudung labuh, faham agama, berbudi pekerti, bla bla bla. Dia marah sebab aku akan selalu membebel pada dia bila jumpe budak sogama yang tak up to my expectation. mereka pun manusia bukan malaikat. Mereka pun ada fitrah n nafsu. Well well..

Cekadak banyak kan aku ni nak membebel kan orang. Padahal diri aku sendirik pasti-pasti lebih jahil dan berdosa sebab aku pasti dengan dosa aku sendirik. Padahal dosa pada diri mereka hanya sangkaan aku semata mata. Tak tahu betul atau tak. Mungkin di malam harinya mereka dah mengadu,  bertaubat n kembali pada Allah. Kau ada tak?

Astaghfirullah astaghfirullah t.t

So pointnya is, rakyat malaysia dah cukup terbeban mindsetnya dengan cerita cerita cinta cheesy wedges sebegini. Eh. Semoga cerita derama ini meneutralkan balik mindset kita kepada fitrah islam yang sebenar. At least. Hopefully.

But i'll not watch this drama anytime in the future, insyaallah. i so cannot tolerate to things going on in it.

Its too much for my brain to handle.

20121124

Mati

Bismillah

Yesterday i just found out a friend of mine masa skolah menengah rendah mati. Can i say like 'meninggal dunia'? She's a chinese and it kinda weird to refer such term to a non muslim.

Anyways.

Bile dapat tahu tu, terus menangis bersungguh. Hiba sangat. Tapi tetibe rasa pelik dengan diri sendiri, masa in the middle of sobbing and tsk-ing tu terlintas di fikiran; aku tak sesedih macam ni pun bole baca pasal syuhada' di palestin and tak se-sobbing ni pun bila tahu pasal brutally massacred children of gazah. Dorang tu sedara seakidah kot compared to cina tu.

Shish. Something is wrong with me :'l

kakak si mati akan post something kat wall adik dia almost everyday. And many of her friends too. They truly believe yg si mati tengah happy ever after kat 'heaven' and is watching over them yang masih hidup kat bumi. And able to read all the posts they write on her fb's wall.

It's kinda hillarious, for me. Eh.

Because we know dalam islam there is no such thing as happy ending melainkan bila terdapatnya kitab amalan di tangan kanan di hari hisab.

Because we believe, setiap inci amalan akan dihakimkan. And we believe those yang engkar pada Tuhan akan masuk Jahannam. Kecuali atas belas Dia.

And because we believe we're held accountable and responsible for every action.

Ada sesiapa ke yang dah sebar, ajak dia pada islam?

If not. she ll be pointing fingers to each and every muslim on the day of judgement.

For not introducing her to her very own Almighty Rabb.

And in this case. Aku percaya; Allah itu Maha Maha Adil.

*nangis*

20121115

Marah

Bismillah.

aku emosi dengan lelaki yang tak menjaga mata. Wallahi.

aku rasa mereka sangat biadap. kurang ajar.

we are that cheap in your eyes?

serius aku lemas.

aku kasihan dengan saudara-saudara aku dan diri sendiri

yang tertayangkan maruah di hadapan mata-mata buas itu,

semoga Allah lembutkan hati aku dan mereka untuk terus menutup.

Wallahi. this is annoying.

20121112

Al-Muhit

Bismillah.


Syed Qutb menulis;

dia melihat cita-cita manusia itu, cita-cita keanak-anakan,

keinginannya, keinginan keanak-anakkan.

impiannya, impian keanak-anakan.

manusia-manusia yang tak kenal Tuhan persis orang mabuk. tak sedarkan diri.

kena ketuk. ketuk. ketuk dan ketuk. goncangkan. gegar sampai bangun.

Salim A. Fillah,

katanya; Angan sia-sia itu mematikan amal. 

which i think, that's what i have been doing all this while, every single second.

tak senang hidup jadi orang faham.

sebab u really know, Allah akan persoalkan setiap inci amal.

even sekecil-kecil lintasan hati.

tak boleh nak gerak dah.

paralysed.

t.t

(69:27)





20121111

Confessions of a Shopaholic

Bismillah.


if u perasan the title of this entry belongs to a book written by Sophie Kinsella. back then when i was in KMB, sukak gila baca buku tu. dia ada banyak series, besides Nicholas Spark punya buku. Sophie ni ala-ala girly camtu buku die, sesuai sangat dengan jiwa aku yang konon-konon feminine. pacik spark ni suka tulis buku yang jiwang jiwang gitu. so i yang masa tu remaja keliru yang tak jumpe tujuan hidup berhempas pulas la uolls baca buku-buku mereka dengan gigihnya, despite claim knon-konon takde masa langsung masa untuk benda selain academic -.-!

pastu teringat la satu masa ni. masa tu cuti pe ntah. so aku dengan bersungguhnya pinjam la buku2x  genre cantu utnuk membunuh masa (kill the time) kalau bosan-bosan ke tibe tibe kan. so satu hari ni kak Naqibah call tanya khabar. and Allah takdirkan masa tu aku tengah baca this one book, english novel tak hingat pe ntah nama dia. pastu dia tanya tengah buat apa.


masa tu kak Naqibah kot yang call. u know that feeling. deep down in my heart, tak sedapla nak bitau aku tgah baca buku camtu. dah la tak islamik. unsur dakwah jauh la sekali. pastu end up bitau je la tajuk buku tu, pastu goreng la alasan, nak membenarkan perbuatan aku membaca buku tu. aku pun goreng sesedap rasa, cakap la;


"kite baca buku ni sebab nak improve english la kak. besides banyak pengalaman yang kite boleh ambik dari penulis. Bla, bla, bla..."


*konteks ayat diubah mengikut kesesuaian*

ececeh. kemain sodap lagi menggoreng ayat masa tu. pastu kak Naqibah pun reply;


"banyak lagi buku fikrah and dakwah yang kite belum cover lagi(dalam usrah). seeloknya awak baca buku-buku tu dulu sebelum baca buku tu (the novel that i was reading masa tu)"


dush. amek se das.

so yeah. aku ingat lagi ayat kakak tu sampai sekarang. after almost like 4 years ago. thanks la akak. sampai sekarang kite teringat ayat akak everytime berniat nak baca buku lagha. sobs. may Allah bless u kakak :')

oh nak ceritanya, tadi pegila meneman roomate shopping souvenir bawak balik mesia nanti. tahun ni aku sangat jarang dah shopping compared to last year. last year shopping bagai nak rak kot. almost every week akan keluar untuk shopping. i was like. what was i thinking back then? spend money tak hengat dunia. and i was really known for my bad habit tu among akhawat. so kalau nak shopping tu tak ajak dorang pun. cos i dont want their time wasted sebab accompany me. ceh padahal masa sendiri yang wasted takpe. zzz. -.-

so yeah. tapi lama-lama habit tu makin kurang, makin kurang. seiring berjalan tarbiah. sebab yang batil tu tetap akan nampak batil kan. bukanlah nak cakap shoppping tu dosa besar dan masuk ke neraka kerananya. tapi banyak benda yang wasted kot sebab tu.


my time is wasted for nothing

my money is wasted for momentary pleasure

my soul is wasted for the hawa' (nafs)


so it's clear. shopping is not really healthy for ur soul. except if u have a very solid reason nak berbeli belah. cam dulu alasan aku shopping sebab, nak baru bertukar fashion. dari yang not-so-muslimah kepada yang lebih decent and moderate. because last year, baju-baju yang dibawak ke melben semuanya tak tutup aurat betul-betul yang betul. like, blouse or t shirt tu tak cover punggung, jarang, kecik and the list goes on. so wardrobe memang kene 360 degree tukar. sangat tak lepas nak dibawak keluar.

so beli la. beli beli beli. lelama it becomes addictive. man! setan dah mencucuk dah. masuk jarum dah dia. so it's not healthy la konklusinya. bad effect dia adalah, almost everyday, termenung depan wardrobe nak pakai baju apa, matching dengan skirt apa, warna apa, that sort of stuff. hati sanagt tak terjaga. keinginan ber-tabarruj (berhias) sangat membuak walaupun kononnya menutup aurat. T_T

aku lupa. jasad tu dah tertutup litup. tapi lupa nak tutup hati. leka, lalai biar dia dimain-mainkan nafsu.

My god. my time is really wasted for that kot! sahabat Baginda S.A.W dulu sampai lusuh-lusuh kot baju sebab takde duit nak beli baru. aku? beli sesuka hati macam takde tujuan hidup. everyday termenung buang masa fikir baju apa nak pakai pegi kelas.orang syria and palestine takde masa pun nak fikir benda tu semua, yang diorang fikir is syahid, syahid semata-mata. wasted, wasted kot hidup. sangat bertentangan dengan tujuan hidup yang Allah ciptakan. tsk. t.t 

enough tu enough la kan.

and tadi gi shopping tu, hati aku sanagt rasa tak best. untuk orang lain, takpe la. teman diorang, untuk meraikan their needs to buy things. but for myself, it does not feel right anymore. dah tak jumpa dah kemanisan iman dalam bershopping tu. eh.

plus aku pening. ramai sangat makhluk Allah yang dah tak jumpa baju yang fit their size. it's summer. Al-maklumlah. banyak sangat pencemaran mata hari ni. too much of it. make me feel dizzy oredi. setiap korner yang terpandang pun, mata akan tercemar dengan hebatnya. Allahh.

ya Allah, macam mana lah nak pulangkan balik sepasang mata ni pada Allah si Empunya. terlalu hitam pekat, penuh dengan dosa. malu nak pulangkan semula T_T


semoga Tuhan sembuhkan hati yang dah rosak teruk ni. Allah.


sekian.


confession of a broken heart.


20121103

Bend it like Beckham

Bismillah

*brace urself. this is another very long post of mine*


hari tu kami bincang dalam usrah pasal akhlaq. akhlaq tu apa? 

akhlaq tu adalah perkataan, perbuatan yang terkeluar dari kita tanpa kite perlu berfikir dua kali tentang benda tu.

contohnya, say like ada orang tertumpahkan kicap atas baju kite masa tengah makan, what's gonna be our reaction masa tuh? nak sabar? nak senyum? nak marah? nak tido? eh. haaa. 

reaksi yang pertama sekali terkeluar tanpa perlu dipikirin (read: difikirkan) itulah akhlaq. nah!

aku teringat masa pegi winter gathering ka adelaide masa tengah tahun hari tu. Allah memang telah menciptakan satu hamba Allah ni untuk aku diuji dengan. dan hamba Allah itu telah dengan berjayanya menguji kesabaran, keimanan dan ke-ukhwwah-an diriku ini. ku namakan dia kakak X. cewah.

kami ditakdirkan untuk bergerak ke tempat program bersama-sama. sebab kete tak cukup and takde akhwat yang free nak bawak kami, kami terpaksa bergerak sendiri dan cari jalan sendiri. so kitorang naek bus, berbekalkan google map andgut feeling. because im the only one yang duduk adelaide lama sikit dari geng kakak X, tu, aku pun kononnya ditauliahkan (secara tak rasmi) to lead the way. sangat sesat masa tuh. i think we got into the wrong bus, wrong way, and wrong stop. kakak X tu macam keep pressuring me. macam keep questioning betul ke jalan yang aku bawak dorang tuh. aku pun dah semestinya la tak sure. tapi berusaha la dengan sesungguhnya nak membawa mereka ke jalan yang lurus dan Allah redhai. eh. ke tempat yang betul la. 

but, HEY, aku pun baru sampai adelaide bape hari je pun. tak familiar pun dengan tempat tu. duhhh! chill la kakak X. takmo la emo sangat. tak akhawat la camtu yaw. bila rasa ter-pressure dengan soalan2x dari dia. hati aku mula emo dan teruji. meh la cari jalan sama2x. takyah la nak salahkan aku 100%. hati aku yang tak berapa nak suci ni mula berasa geram. tapi masih sabar lagi masa tu. akhawat kot. cuba berlapang la dada dengan dia. memang salah aku kot tak effisien cari jalan, agaknya. chill chill :)

scene kedua, masa tengah on the way ke tempat program tu, lepas tanya sorang local tunjukkan jalan, kami pun jumpe la tempat tu, Alhamdulillah. pastu tengah jalan-jalan tu, tibe-tibe kakak X tu tegur aku;


"eh, awak, jalan kat tepi sikit boleh tak? orang nak jalan kat tengah tu."


and i was like -.-

jalan tu punye la besau. and takde orang pun masa tu as in tak ramai orang pun jalan kat situ. it was not a big deal pun kot aku jalan kat situ. and i dont think it would be an issue negara australia ponnn. ok. hat ni aku dah ter-geram untuk kali kedua. i was like; pehal ntah kakak ni?. nada tak puas hati je macam. aku ada mengganggu ketenteraman hati dia ke? at this point, walau pon geram and terkecik hati, sabar lagi. betul kot, salah aku. jalan kat tengah2x alam buat apa. so. bagi laluan. senyum :)

ada seorang kakak (kakak Y) ni terperasan, yang aku mungkin terguris dengan perlakuan kakak X towards aku, sepanjang kami berjalan bersama, right dari scene bus tadi , which i did. tergores hatiku ini. oh, 

dia pegang tangan aku. dia bisik;


"sabar eh awak. dia memang macam tu" 
*senyum sambil mengusap-usap bahu aku*


Mula je saat tu aku rasa nak menangis sangat. bergenang air mata. dah nak melimpah dah ke ladang gandum. tapi aku menyeka nya (read: menahan). cewah. MASYAALLAH..AT LAST, ADA PON WITNESS YANG NAMPAK AKU TAK SALAH AND AKU TAK OVER SENSETIP PONN SEBENARNYAA. wuuu. sebak sebab ada orang yang faham aku. t.t

jazakillah khairan kathira kakak Y. Right at that isntant aku teus jatuh chenta dengan kakak Y itu. :') dia sanagt baik. semoga Allah berkati dan melimpahkan rahmat dan hidayah atas kakak Y :)

scene ketiga. ditakdirkan Allah lagi, on the next day of program, masa lunch, aku ditakdirkan makan sedulang dengan kakak X, again. so aku pun macam -.- takpelah. benda dah lalu dah la kot. biarla dia. senyum.

ditakdirkan Allah juga nasik dalam dulang kitorang sangat banyak, alhamdulillah. tapi perut aku sangat tak mengizinkan aku untuk habiskan nasik dengan dorang. so i was like, berhenti half way. sebab dah kenyang sangat. Kakak X tu tanya, kenapa aku dah benti makan. aku ingat lagi ayat yang aku cakap pada kakak X;


"Kite dah kenyang la kak. tak nak menzalimi perut" 


pastu kakak X tu berkerut. dia stop makan. lama dia senyap. pastu dia keluarkan cam satu hujah, hadith ke ape ntah, tak ingat, point nya, dia mcam nak beritahu, membazir tu amalan syaiton, macam tu la. nak cakapnye macam salah la kenyataan aku tu and aku tak harus berhenti makan. aku macam nak tenangis kat situ jugak masa tu. KAKAK NI DAH KENAPA??? AKU DAH KENYANG NAK BUAT CAMANE. TAKKAN NAK TERUS SUMBAT NASIK SAMPAI MUNTAH KOTT. wuuu t.t

physiologically memang aku dah tak larat nak makan punn. huk.

aku dah nak ternangis lagi kat situ jugak bila dia cakap macam tu kat aku di depan 4/5 orang yang makan dalam dulang yang sama. why God why T_T

aku tahan marah tu. aku diam. terus tak cakap apa. bangun and basuh tangan. again. aku rasa mungkin salah jugak kot sebab takde kapasiti perut yang besar nak sumbat nasi banyak-banyak.

aku cuba bersabar and keep calm. Allah nak uji ni. Allah nak uji ni. kalau nak balas balik dan kurang ajar dengan kakak X tu boleh sanagt dah. sebab geram sangatt.


tapi Allah tak suka aku berperasaan macam tu. aku marah bukan sebab Allah. so tak boleh marah. wuuuu. kena sabar lagi. teringat ayat Ali-Imran (3:134). Allah kata tahan marah, maafkan kesalahan orang lain.


baiklah. Allah memang nak uji aku dengan 'turunkan' kakak X tu pada aku. baiklah ya Allah t.t

scene ke-4. the last day masa program tu da  nak habis, ada sesi bersalam-salaman, berpeluk-pelukan, berlaga-laga pipi sesama akhawat. beselah akhwat kan... nak berpisah peluk cium kemain lagi. nangis-nangis sikit. tu sweetnya akhawat ni. ukhuwwah fillah abadan abada gitu. eh.

pastu aku dah peluk cium salam semua orang. ada sorang lagi ni aku tak salam. and u know who.

kalau ikutkan hati ego aku ni. taknak langsung pun bersalam berpeluk dengan dia. sebab dia break my heart into pieces wuuuu u.u

tapi zass, teringat ayat Allah. Allah benci orang yang memutuskan tali persaudaraan. aku tak ingat ayat mana. tapi ayat tu terlalu, sangat kuat utnuk patahkan aku dari terus ego dan berlagak dengan perangai jahiliah.

zasss jugak teringat ayat Allah dalam surah Al-Luqman. Allah tak suka orang berjalan atas muka bumi dengan keadaan sombong.

zasss, zasss, zass everywhere. hati aku rebah. tak sanggup memperjudikan redha Allah dengan sifat takabbur sendiri T_T

soooo..dengan segagah mungkin. aku pergi straight kat kakak X, senyum dan hulurkan tangan bersalam. berat seperti gunung yang menghempap bahu. sebab aku tahu aku tak salah. kakak X, tu yang salah. dia la kenek salam aku dulu. 

tengok tu. jahat tak hati kecilku itu? T_T

SO. khalas. aku dah tak jumpa dah kakak X lepas tu sebab dia study kat New Zealand and maybe dah balik for good dah next year. probabily tak jumpa pun dia dalam mana2x program next year.

tahniahla kakak X. anda benar-benar telah mentarbiah hati ni untuk tunduk setunduk-tunduknya. tunduk pada Allah T_T semoga Allah pandu awak wahai kakak.

so tu la nak cakapnya. nak bentuk hati, sampai dia tunduk dengan fitrah Allah, sampai dia terkeluar menjadi akhlaq yang tak perlu di buat-buat. saaaaaangat la susah. sangat susah. samapi saat ni aku masih struggle nak bentuk akhlaq tu. sebab Allah keep sending me orang-orang yang berperangai seperti kakak X untuk uji dan lentur hati aku. 

ataupun sebenarnya aku kah versi kakak X tu di mata orang lain? :o


kemaafan, berlapang dada, dan berbaik sangka itu mahal harganya. rupa-rupanya.


i came across this quote the other day:


"Allah will make u bend, but He'll never let you break"


ke-egoan, kebesaran diri, ke-bajetan diri tu, Allah lentur (bend), selentur-lenturnya. sampai lunyai.

tapi Dia takkan pernah patah-kan kita. 

that is why:

the tajuk of my entry is; "bend it like beckham"

because there is the word "bend" there. eh. 

ahaks.

:p


20121024

returning

Bismillah.


hari ni banyak betul goosebump-nya.

one of it masa kat musolla tadi, Allah jumpakan dengan seorang sister, Caroline yang baru masuk islam dua hari lepas. selesai solat zohor nampak dia solat dengan Kareema. Kareema ni seorang yang sanagt kuat berdakwah. dialah yang ajar kami tajweed and fiqh solat every tuesday :')

tadi dia ajarkan sister yang baru revert tu solat. sebaknya. t.t

tiba-tiba aku sanagt sangat cemburu dengan Caroline. Allah dah ampunkan segala dosa dia. segala dosa-dosa dia dari dia lahir sampai hari dia mengucap shahadah. gugur macam tu je semuanya.

suddenly that little voice yelled at me;



nak cemburu buat apa? 

Allah dah cukup melimpahkan rahmat Dia, lahirkan kau dalam islam. 

Allah bagi peluang untuk kau bertaubat setiap saat. 

pintu keampunan tu Allah sentiasa buka. 

apa kau buat?'




betapa derhakanya aku sebagai hamba selama ni.

Allah t.t







'apa kau dah buat?'

t.t



"Sesungguhnya orang-orang yang kafir, kepada mereka diserukan,
'Sungguh, kebencian Allah (kepadamu) jauh lebih besar dari kebencianmu kepada dirimu sendiri,
ketika kamu diseru untuk beriman lalu kamu mengingkarinya"
(40:10)

20121019

Qurrata A'yun

Bismillah.


every now and then kalau solat kat surau Allah akan jumpakan dengan sorang kakak post grad ni, Kak Aishah dengan anak dia, Iman. tak ingat nama penuh Iman, tapi kak Aishah pernah bitau nama penuh Iman and nama dia sangat cantik. one thing yang aku perasan tentang Iman ni is; DIA SANGAT PEMALU. ya Allah, baru berapa bulan je kot umur dia. tapi pemalu kemain lagi.bila orang agah or usik or panggil-panggil nama dia, dia akan tertunduk malu and nyorok dekat ummi dia. masyaAllahh..tecik-tecik dah berperangai muslimah camtu. da la comel. caner la ummi dia mentarbiah Iman? oh T_T

kak Aishah sanagt peramah, polite and santun. kak Aishah pun comel sangat. no wonder la Iman comel camtu. semua kurniaan dari Allah. subhanallah. maha suci Allah. dari diam kak aishah, dari cara dia melayan Iman, dari cara dia berbual, nampak snagat kedekatan hati dia pada Allah. terlintas kat kepala siapa kakak ni? usrah kat mana? (because tak pernah nampak dalam program tarbiah kitorang), sapa mak bapak dia, sapa husband dia? sekolah agama ke dulu? ok joyah gila nak tau semua benda. zzz..

nak cakap kat sini. qudwah (contoh) yang dia bawak tu comel sangat. 

berbuatnya, kata-katanya, diamnya menyentuh hati manusia sekeliling dia.

nak jadi macam tu jugakkk T_T 

kami bual-bual tadi, one of my friend cakap:


'nanti Iman dah besar mesti jadi macam umi kan, jadi saintis'
(sebab since dari dalam perut ikut ummi buat research kat uni)


Kak Aishah balas;


'takla, nanti Iman jadi hafizah. cita-cita umi dia yang tak kesampaian'


masyaAllah. masyaAllah..

tertunduk malu kat situ.

______________________________________________________________


betapa sucinya lah pernikahan itu..






20121016

cantik

Bismillah

i wonder what does it take for someone to be down to earth and humble. or maybe mereka sebenarnya memang dah dilahirkan dan dibesarkan macam tu?

aura dia sangat kuat. riak tenang n bersihnya hati tu sangat sangat terpancar dari lenggok gaya berkata. walaupun kata kata pedas menyentap here and there, still, tak hilang atmosphere tawaddhu' tu dari mereka. 

terpamer kerendahan hati walau hanya dari diam mereka. subhanallah.

mereka ini sangat sangat cantik. masyaallah. T_T

macam mana nak jadi macam tu? gugu. 

sangat terdesak nak jadi humble seperti mereka. 

desperate much.

20121007

vain

bismillah


pernah banyak kali masa majlis ilmu,

bila tiba part pengisian pedas berapi api dari sang murabbi,

hati itu akan berkata;


'kan bagus kalau budak ni dengar'

'haaaa. amek. dengar tu. selalu sangat buat camtu kan..'

'tengah sentap lattu u.u'


seriyus. busuk. hati paling busuk dalam dunia.

sape kau nak judge orang.

sape kau nak rase lebih baik dari orang.

seriusly.

sape kau depan Allah?


20121003

fobia.

Bismillah.

itulah perkataan yang aku tercari-cari selama ni.

fobia dengan dia. idk why. dia takde la buat apa apa jenayah besar.

literally fobia dengan cara dia menembak-nembak orang yang dia rasakan tak bernas ideanya.

sarkasme itu sangat tak baik.

ustad QY pernah cakap, tarbiah itu pedih, menusuk dan sembilu 1 dan sembilu 2..ok lawak hambarrmungkin dengan cara dia menembak tu dapat beri tarbiah pada orang lain atau dia rasa dengan cara menembak tu dapat menyedarkan orang lain supaya:

belajar berlapang dada
belajar bersabar
muhasabah
mujahadah perbaiki diri.

itu. aku boleh terima kalau orang yang ditembak itu memang berbuat salah dan lalai dan leka dengan kata-kata dan perbuatan sendiri.

tapi kalau setakat idea orang tu kurang menepat cara dia berfikir. that is highly unfair. setiap orang Allah kurniakan dengan cara dan tahap berfikir yang berbeza-beza. even ulama pun saling meraikan pendapat sesama mereka. what make us different from them? or even better?

sedap lah memberi tarbiah pada orang lain dengan cara menembak-nembak.

agaknye apelah tarbiah diri yang si penembak dapat dengan adab se'cantik' itu?

dia tak salah.

mungkin aku over sensitif sebab pms.

mungkin orang lain ok je dengan dia.

still. aku masih fobia dengan dia.



20120927

22 years old.

Bismillah.


called mom just now.

we talked about it quite a lot.

selepas 22 tahun.

tak menjangka se-abrupt ini.  

i am so not ready. like seriously.

oh God. why.

tersepit. dan menyepitkan diri.

20120908

Fana.

Bismillah.


it's tough to be an adult. to be a responsible muslim adult. there are so much things going on. baru fikir je dah susah. belum practically be in that particular 'adult' situations. it's hard. tapi bile fikirkan semua ni sementara je. it kinda make me relieve. sebab apa yang nak dicapai kat sini is not my ultimate goal.

the road to Jannah is not easy. it's not all about tarbiah, dakwah and that sort of stuff, it's about how you lead life in a manner that Allah want u to be. who knows orang yang tak bertarbiah tu lebih tinggi darjat iman, ikhlas dan tawadhu'nya dari orang yang bertarbiah. we just do not know. macam mana macam mana pun kite usaha nak carik redha Allah tu. dari ceruk mana pun dia datang. we're desperately need that. aku la.

Bahagia macam mana yang aku nak?

bila mati itu mematikan segala keinginan syahwat kepada dunia.

20120907

pertolongan dari langit

Bismillah.


cewah. cam citer bani israil pulak kan. hidangan turun dari langit. Al-Maaaaidah!

naqibah kitorang selalu menakutkan kami dengan ungkapan 'Al-Maidah' tu bila kitorang tengah nak makan.

alkisahnya, bile Allah turunkan hidangan dari langit kepada bani israel, secara implisitnya, ia adalah perjanjian dorang denagn Allah lah. Allah dah bagi nikmat kat dorang, dari langit lagi. so dorang kenelah buat ape yang Allah suruh; khalifah atas muke bumi. tapi dorang tak buat. dah makan, patu mungkir janji.

so. kitorang yang makan sedap2x ni ibaratnya sedang berjanji dengan Allah lah untuk jadik khalifah tu.

tetibe je sumer orang cam tak lalu nak makan.

takut tertimpa laknat seperti yang Allah turunkan ke atas orang yahudi. siap catit dalam Quran lagik.

gulp.

beberapa minggu ni terasa lost, sebab terbeban memikirkan sesuatu ni. takdeklah seperti wazara (beban) Rasulullah kan. pffft. perasan sangat. tapi it bothers me jugak la. hu.

patu rasa la lost. da lost lost tu. tatau nak buat ape melainkan mengharapka hidayah dari Allah semata-mata.

memanglah istikharah tu mintak petunjuk dari Allah. tapi prinsipnya; kite takkan kenyang selagi tak suap nasik tu masuk dalam mulut.

bile rasa malas nak fikir tu, Allah turunkan ilhamNya melalui beberapa hambaNya kepada diri daku. cewah.
rasa macam diorang dijatuhkan ke riba pulak. sebab tak mintak pun pertolongan dorang untuk advise ke, nasihat ke, bimbing ke. it happened so the very naturally and unexpectedly. alhamdulillah. pertolongan Allah :)

secara realitinya benda-benda yang aku fikir memang takkan berkembang dengan realitinya kalau fikir sensorang. pertemuan yang dirancang Allah ni benar-benar memberi aku new insight and made me think deeply. before doing something nekad.

makanya Allah turunkan pertolonganNya. melalui orang-orang sebegini.

makanya, bila petunjuk, ilham itu datang bertubi-tubi dari kiri, kanan, depan, belakang;

bakpo nak buat-buat tak tahu lagi?

tapi memang sekarang ni in the state tak tahu pun.

tawakkal je pada Dia satu-satunya :'(

(1:6)

thoughts.

Bismillah.


rasa macam cantik je thought tu. dok fikir punye fikir;

'oh aku buat ni untuk Allah. Allah sahaja. nafsu tak masuk pun dalam citer ni' 

cantik sungguh-sungguh ilham yang di(reka)dapati tadi [masa dalam lecture].

but as i walked back from uni to my house. i've my 2nd thought. tibe2x terfikir sesuatu dari angle lain pulak.

perspektif yang luar dari perspektif mindset aku.

i doubt my own thought. betul ke apa yang aku fikir aku nak buat tu bersebabkan Allah semata-mata?

ataupun,

sebenanrnye aku making up excuses untuk membenarkan apa yang aku bercadang nak buat tu.

menjadikan 'kerana Allahu Ta'ala' sebagai tampalan, hiasan di luar, bungkus dengan cantik.

aku lupe syaitan itu memamng kerja die memperindah perbuatan sia-sia.

aku lupe tu.

hence, aku kene ade 3rd,4th,5th,6th,7th,8th...zillionth thoughts lagi.

dengan baca bismillah dulu kot eh before fikir?

so that setan dan bala tenteranya tak masuk mengganggu. gugu.

oh yes. istikharah! *mata bersinar*



sungguh aku berlindung kepada Allah dari bisikan kejahatan yang tenggelam timbul. yang berbisik ke dalam dada. dari kalangan jin dan manusia.
[114] 







20120906

rambling.

Bismillah.


stressnya. everybudy been talking about it.

bila dah mati takdenye benda-benda ni semua akan bermakna.

eh.

ade la..

*mentol* (background notification: ting!)


Purdah

Bismillah.

as i roaming around facebook this morning. jumpelah sekumpulan muslimah di fb yang Allah muliakan, yang mana mereka ni Allah beri kefahaman agama yang cukup tinggi, sensitiviti menjaga maruah itu sangat hebat. so, berpurdah lah mereka. aku hormat and appreciate dorang punya semanagt dan kekuatan untuk cover muka dorang. tak semua orang Allah kurniakan hikmah dan keistimewaan macam tu.

aku pernah terfikir. TER sahaja; unutk berpurdah. sebab bosan dengan keadaan aku yang tak mampu jaga pandangan dan bosan tahap 100 jugak terhadap lelaki yang tak menjaga pandangan dorang. bajetla nak cakap aku lawa sangat macam retis kan. pffft. tapi lelaki kan memang fitrahnya suka pada perempuan. lawa ke tak lawa ke, kalau dah menarik hati..

menjaga pandangan perlukan jihad yang sangat tinggi. sebab yang nak ditundukkan juga adalah hati.

lepas tengok dari satu facebook ke satu facebook yang lain, dalam beberapa facebook muslimah berpurdah yang Allah muliakan ni (gila takdek keje stalk fb orang tak kenal -___________-) terperanjat la. terperanjat sangat. kalau berpurdah itu, hadaf dan tujuannya mestilah untuk mensorokkan diri dari mata-mata lelaki durjana yang tak menjaga pandangan (hoho. feminis gila aku). tapi profile picture dan gambar-gambar lain yang dibiar public, terlihat mereka dengan tak segan silu bergambar. sama seperti muslimah-muslimah lain yang tak berpurdah dan tak bertudung. bezanya cuma, dorang pakai purdah.

lirikan mata itu ye. LIRIKAN MATA ITU.

betul dah dorang berhijab externally tu. nak capai redha Allah yang lebih tinggi. cume tak manis kot eh. bergambar macam tu walaupun dah berpurdah.


semakin faham agama, semakin tinggi jugak sensitiviti kita dan kebasahan hati kite dengan Allah.


semakin jauh tarbiah kite, semakin sedar kite bahawa pandangan Allah itu Maha tembus ke dalam hati.

semakin malu kite untuk berbuat sesuatu bukan bersebabkan Allah. 



apatah lagi untuk menjadikan keredhaan Allah yang hendak dicapai itu menjadi batu loncatan kepada sesuatu. pende ayat keling sangat nih @_@

dulu masa aku mula pakai tudung yang betul-betul, which was last year, setan banyak bermain-main di sekitar ikhlas aku berhijab. i hope they rot in hell. really.banyak gile kot aku bajet dan perasan, biarlah perasaan-perasaan mazmumah tu Allah je yang tahu. wuuuuu T____________________________T

so bile aku tengok mereka-mereka yang berpurdah tu macam tu, tibe-tibe aku sentap sendirik. sebab cover photo aku kat facebook ada gambar muke aku yang jelas, walaupun ada bergambar bersama kawan-kawan yang lain. bajet tak nak feeling sengsorang la dalam gambo kononnya. duh. memangla lengkap dah bertudung  menutup segala apa yang patut.

tapi aku lupe nak tutup sesuatu; hati aku. biar dia terbuai-buai dilekakan syaitan

maka dengan segeranya mendelete cover photo itu. fiufiufiu.

tapi susah doh jadik pompuan ni, ada gambo cam bajet comel sket, sumer nak tunjuk kat fesbuk.

tolonglah kuat untuk tidak men-display gambar apa-apa yang mendatangkan fitnah ke hati lelaki.

Allah..








20120905

My Logic

Bismillah.

lelaki yang tidak menjaga pandangan itu tidak sesuai dijadikan calon bapa untuk anak-anak.


*lari laju-laju.

cedera

Bismillah.

i still remember. back then in in early 2008, i used to hurt someone's feeling. badly

i never meant to do it. the words just blurted out spontaneously from my mouth. betul la peribahase melayu:

terlajak kata memang susah nak undur.

it'll cost u a lot. emotionally.

sumpah memang tak sengaja langsung.

i admit that it was my fault. memang niat dah baik. tapi cara langsung tak berhikmah. tsk.

perasan sangat yang dia selalu jauhkan diri and rarely spoke to me.

then, in middle 2011, a few days before IB exam. she came to me.

hugging me tight. apologizing to me for being so cold.

tapi hakikatnye memang aku yang bersalah T_______T

________________________________________________

pertengahan 2011, hati aku pulak yang Allah uji.

karma hits me.

seseorang telah mencederakan hatiku (wah! oh my bm @_@) dengan parahnya.

and i caught the same symptom macam yang kawan-yang-dah-ku-cederakan-hatinya.

i rarelly speak to her. 
i don't look at her in the eyes. 
berusaha sedayanya jauh dari dia.

sekarang baru aku faham perasaan  kawan-yang-dah-ku-cederakan-hatinya tu.

baru aku faham dalam dua tahun tu kenape die berkecil hati sungguh dengan aku.


because it hurts her.

hebatnya tarbiah Allah.

maknusia tu benar-benar tak sempurna.

semoga hati aku berlapang dada untuk memaafkan.






20120901

lancang

Bismillah.

terlupa yang Allah sendiri telah menegur sang Nabi;

semasa baginda memasamkan mukanya. dan berpaling dari si buta yang dahagakan wahyuNya.

terlupa bahawa neraca teragung maknusia itu berasal dari langit. bukan dunia dan seisinya.

bila mulut itu berbicara tanpa iman,

bila hati itu tidak istikharah dengan Rabbnya;

terlupa yang Tuhan sedang menjadi saksi.

astaghfirullah..


Di Bawah Naungan Al-Quran. Syed Qutb. Abasa.


20120830

tabarruj 2.0

Bismillah.


'clothes don't make you look fat. It's the fat that makes you look fat' 
anonymous. random quote, maybe.


first time stumbled upon that line, macam kene ketuk kepala. sebab im the kind of pompuan yang suke tanya/wonder;


'pakai baju ni nampak gemuk tak?'



that was the reason jugak on why i decided to gunting pendek tudung labuh yang ustazah belikan masa kat sekolah agama petang, 7 years ago. because it makes me look fat. jahat doh -.- baru-baru ni sanggup bagi satu winter jacket bubble kat orang lain sebab bubble tu terlalu bubbly and makes me look fluffy innit. ppffft. dah name pun WINTER JACKET. nak yang tak tebal guane..?

duh! -__-

sungguh sesot lagi menyesotkan mindset itu. zzz.

recently terjumpe entry bergambar yang di-share di fesbuk.

ada kartun perempuan bertudung labuh yang comel versi sailormoon bertudung. hew. tu cantik dah.

tiba tang kata-kata madah puisi kat sebelah kartun tu;

"bla,bla,bla,..wanita solehah itu lebih menarik pada pandangan lelaki.."

i was like, seriously?

kenapa solehah itu di-adress untuk lelaki?

oh, nak husband cenggini aku dulu kene buat cenggini, nak isteri cenggitu, aku dulu kene buat cenggitu.

titik perubahan itu. kerana apa?

tabarruj itu adelah apa saja perhiasan yang menarik pada pandangan lelaki.

solehah itu bukan tabarruj. it is one thing that binds closely to the heart. the qalb.

amal yang bersebabkan dunia itu sangat palsu. tak mampu kekal. hina.

amal yang kerana Allah itu pasti. sampai syurga.

segera mencari titik mula itu.











bulatan [tak] gembira

Bismillah.

setiap kali lepas jumpe insyaAllah rasa macam dilenyek-lenyek dan dipenyek-penyek. sakit. oh.

peluru yang semua ahli-ahli bulatan guna begitu tepat mengena dada. sharp shooter belaka mereka ni.

mana belajar tak tau la.

ilham dari Allah mungkin.

rasa berat. hati dan limbs rase takleh nak gerak. risau tersasar.

berat rupenye jadi maknusia ni T______________T

teringat satu daurah yang diattend masa summer hari tuh. speaker tuh seorang pacik arab. eh no. daku tidaklah reti berbase arab. ada sorang ustad ni ditempah khas semata-mata untuk menterjemah dengan gigih apa yang dicakap. semangat bebenor pak arab ni cakap, sampai tak terkejo-kejo pacik ustad nak translate. kuikui :p

pacik arab ni ada satu trademark. setiap kali soal jawab dan feedback yang dia dapat dari audience;

dia akan cakap:



"Allah Menjadi Saksi!"(atas kata-kata kami)


dengan lantangnya -__-!

maka nye semua orang pun gerun untuk bercakap dan berkata-kata. bimbang kata-kata pacik arab tu jadi betul,

takut dengan murka Allah atas setiap kata-kata sendiri yang tak tertunaikan (as-saff:2)

padahal kalau pak cik tu tak cakap centu pun, Allah memang menyaksikan setiap saat pun.

malaikat-malaikat siap catit lagi.

gulp.

okdahbye.

20120823

ke[tak]sukaan

Bismillah.

kalau suka sesuatu tu kenapa? sebab Allah suka? ataupun semata-mata nafsu yang suka?

kalau benci sesuatu tu kenapa? sebab Allah benci? ataupun semata-mata nafsu yang benci?

macam mana kalau yang nafsu suka tu adalah langkah permulaan yang Allah tak redha sepanjang hayat?

macam mana kalau yang Allah suka tu adalah satu kebahagiaan yang Allah jamin sampai ke syurga?

oh disasternya kalau benci dan suka itu bukan bersebabkan Allah T_T

tazkirah dari seorang sahabat;

'gagalnya mujahadah itu bermula dari permulaan yang salah'

hai la hai.

begitu teruji dengan prinsip sendiri.

niat; the everlasting battle yang maknusia struggle with, sampai mati

20120822

An-Nafs

Bismillah.


alkisah Umar R.A dan sahabatnya pergi ke pasar suatu hari.

sahabat tu teringin nak makan buah ni. so dia pergi beli.

pastu Umar cakap;

"setiap kali nafsu mu mahukan sesuatu kau terus pergi dapatkannya?"

sentap di situ.

okbye.







20120820

heartless

Bismillah

Tadi masa lepak-lepak kat surau sementara tunggu solat ada sorang macik arab dengan anak die kat situ.

comel je budak perempuan tu dalam umur 5/6 tahun centu.

tak nak, tak nak, dan tak nak bersangka buruk pada macik tu. tapi tak boleh tak, sangat obvius dia sangat kasar dengan budak tu. tak khusyu' solat jadinya. sekilas dari anak mata, masa anak macik tu memain dengan sejadah yang dah disusun kat situ, macik tu merentap kasar tangan budak tu. Allah..

menangis budak tu kat situ. tengah solat mase tu. tapi sangat terganggu konsentrasi solat dengan layanan macik arab tu kat anak dia.

makin lama makin kuat budak tu nangis. even though i was not looking at them, i know yang macik tu cubit-cubit and piat-piat anak dia.

budak tu menangis-nangis sambil bercakap sesuatu dalam bahasa arab, which i don't understand. tapi dari lenggok nangisnya seperti dia mintak mak dia berhenti dari whatever yang mak dia buat kat dia.

mungkin budak tu tengah mengadu sakit. kesiannya ya Allah.

kenapa macik tu macam tu? Allah. kalau ye pun degil sangat tak reti dok diam takkanlah sampai nak sakitkan :'(

the event continued. while i was reciting the quran beside them. budak perempuan tu buat nakal lagi. macik arab tu buat sesuatu pada anak dia. budak tu menangis lagi. kali ni tangisan dia lebih panjang dan mendayu. Allah. sayu nye dengar. heartless nya macik arab ni. again, i was not looking at that time sebab tak nak macik tu rasa awkward.

PATUTNYE DIA LA YANG RASA AWKWARD SEBAB ABUSE ANAK DEKAT PUBLIC! emosi.

i was trying to 'help' that poor little girl by once in a while tengok ke arah macik tu, dengan harapan dia malu and stop abusing and harassing her child.

tapi tak berjaya.

minta maaf awak. could not do anything to help you.

oh. :'(

semoga Allah ampunkan macik tu. semoga Allah beri petunjuk pada dia.

semoga Allah pelihara makhluk kecil itu. tsk.

__________________________________________________________________________


in a parallel universe;

hari tu nampak baby yang sangat dijaga oleh nenek dia. this happened masa solat raya kat Flagstaff Garden. dibalut dengan pakaian cantik dan tebal. dipakaikan topi yang berbulu dan fluffy. comel sunggoh. dikendong dengan hati-hati oleh si nenek.

baby itu sangat helpless. sangat bergantung pada Allah.

baby tu tak reti buat pape pun.

tak reti makan,  
tak reti pakai baju,  
tak reti jalan, 
tak reti cakap,  
tak reti selamatkan diri dari bahaya,  
tak reti insulate badan dari rasa sejuk.  
reti nangis and tido je. 


dalam keadaan helpless, fragile dan sangat vulnerable tu, Allah jaga mereka.

Allah turunkan rasa kasih sayang dan cinta yang melimpah-limpah ke dalam hati ibu-ibu mereka.

sehingga terpelihara baby-baby tu setiap saat.

hatta dari seekor lalat sekali pun.


_____________________________________________________________________________


kesejahateraan yang Allah turunkan itu sungguh dirosakkan oleh hati-hati dan tangan manusia yang rosak

:'(

Major.

Bismillah.



for the first few weeks after the uni dah bukak, ramai colleaguse tanye subjek ape yang di amek.

tak pernah berjaya ingat dan listkan semua on the spot. walaupun hanya 4 subjek je yang di-register.

phail much -.-

bila explain tentang the subjects i take for this semester, most people akan berkerut;

eh, awak nak major in agrifood kan, kenapa amek subjek yang takde kaitan? 
eh, banyaknye stream subjek awak amek. awak nak major ape sebenarnya? 
dan yang sama waktu dengannya etc.

macam first world problem je kalau amek subjek yang takde kaitan dengan major. emosi.

padahal my seniors yang major in pharmacology, biochemistry and what not, bile dorang sambung honours degree, sorang pun takde buat specialisation berkaitan dengan major yang dorang buat mase undergrad.

in fact apa yang depa dok belajar 3 tahun tu tak apply langsung pun dalam honours study dorang.

the things is, same je la dengan maknusia ni.

patutunya major dalam akhirat.

tapi semua pakat dok buat subjek yang sangat divert dari course yang di amek.

problem.


Tabarruj

Bismillah.

Hari ni da start sekolah. sedih. okbye.

terasa benar para syaitan dan iblis dilepaskan semalam. terasa sangat. padahal nafsu liar sendiri yang tak terkawal nak salahkan setan plek. terutama bab makan. masyaAllah. nafsu denesor betul. takut dengan diri sendiri. menzalimi perut sendiri dengan hebatnya. oh. nati saya puase ye perut, insyaAllah -.-!

2 3 hari sebelum raya dah mule terfikir-fikir terbayang-bayang terberangan-berangan; nak pakai baju ape, tudung ape dan segala benda yang melekat kat badan masa raya nanti.

i m so perempuan -______-

Perhiasan jahiliyyah.

the other day duk dalam tram otw ke solat terawih, masa tuh friday night, makanya banyaklah mat-mat dan minah-minah salleh keluar malam, mungkin mereka tidak beriktikaf mahupun qiam. mungkin mereka berpergian ke parti dan berkelabing, mungkin. hmm. pakaian mereka sangat menyeksakan mataku ini. dalam keadaan sesejuk less than 10 darjah selsius itu, mereka dengan gembira dan bangganya memakai pakaian yang separuh bogel. WITHOUT any coat or anything.

sanggupnye perempuan-perempuan ni. mungkin puas hati mereka setiap inci tubuh diratah mata-mata dan nafsu hina.

Allah...

pagi raya tuh dalam kepeningan nak pakai baju apa. terkenang balik peristiwa tu kat kepala.

nak cantik-cantik, berhias-hias sangat ni kenapa? dah sama macam w@#$% dah. nak jadi macam dorang ke apa?


dush. dush. dush!

Allah.. tibe-tibe rasa macam kenek tumbuk dengan monolog sendiri T________________T

nak bercantik-cantik sangat ni untuk siapa? Allah ke nafsu? 

memang la. memang. hari raya kena lah pakai baju baru dan cantik, bla, bla, bla. nak merayakan hari kemenangan beribadah selama sebulan, bla, bla, bla.

tapi honestly; iman aku tak cukup kuat.

tak cukup kuat untuk meniatkan segala benda adalah untuk memuaskan Allah hanyasanya semata-mata.

hati tak cukup bersih walau untuk meniatkan tabarruj dengan 'tujuan baik'

there is no fun bila dapat pujian superficial untuk baju, tudung, pakaian, kasut, cantik yang dipakai.

NO FUN at all.

Allah tak pandang. langsung.



" Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu,.." 
(33:33)


______________________________________________________________________________



segera mencapai the darkest and palest attire i have in the closet.










20120818

Itsar

Bismillah

Esok raya. sedih. okbye.

Itsar secara layman term-nya mendahulukan orang lain dari siri seniri.

dulu kekecik teringat diri adelah seorang yang sangat pelokek dalam dunia.

terutama to siblings dalam bab makan espeseli. bile akak dan adik amek sesudu makanan dari pinggan pun mata menjeling kemain lagi sampai nak juling rase. serius busuk gila perangai. tak layak buat menantu (masa tu..hik)

maaflah siblings-ku. dulu tak join usrah dan tak tahu itsar tu apa. plus tak matang jugak.

tapi tak semestinya bile dah masuk tarbiah boleh digest instantly konsep itsar tu dan redha dengan barang yang 'ter'beri dan diambil. still, nafsu itu masih berlegar-legar di sekitar ikhlas.

tarbiah itu bermain dengan masa. really. it takes two to tango. tarbiah dan masa.

eceh. buat idiom sendirik laknye. -..-

semasa dalam fasa 'terpaksa' memberi, selalu mengulang-ulang ayat ni dalam kepala lantas segera disalurkan ke hati agar redha tu datang secepat yang ia mampu:

"apa yang diambil dari kite tu, memang rezeki yang Allah dah qadarkan/tentukan untuk dia. Allah punya, Allah punya, Allah punya semua ni."

*sambil beriltizam gigih menyerap ayat-ayat itu dalam hati sambil mengetap gigi dan menggenggam erat tangan seniri dalam keadaan separuh rela*

it does work actually. tak kire la ada ke tak perasaan ikhlas masa buat tu.

orang kata kalau tak heklas tak payah buat. TAPI ITU SALAH SAMA SEKALI!

orang kampung kata ape ntah? fake it until you make it? haaa..

untuk Allah takpe nak fake-fake ni memula.

itu mujahadah namanya. sebab kite memang nak redha Allah tu sangat-sangat T_____________T

konsep nafsi-nafsi itu perlu dibuang dikikis sehabis-habisnya.

barang yang kite punya bukan kite punya pun. Allah yang bagi segala-galanya walau the fact that kite kata kita yang usahakan, bla, bla segala bagai. semua dari Allah. cuma mungkin asbab dan medium rezeki tu datang dari cara yang lain-lain.

Allahuakbar.

betapa Allah cakap dalam Quran:

berulang-ulang infaq tu Allah sebut. infaq, infaq, infaq.

beri barang yang kita suka pada orang lain. (read: barang yang kite suka). bukan barang lebihan dan sisa yang kita dah tak suka. Allah ajar adab memberi dan menyantuni sesama manusia.

kaum ansar di Madinah begitu mengutamakan muhajirin yang berhijrah dari Makkah. mereka berikan segala-galanya yang mereka ada. hatta isteri mereka sekalipun sanggup diceraikan untuk ditawarkan kepada saudara baru mereka.

MAKNUSIA JENIS APA MEREKA INI?! T___________T 

*emosi+terharu*

mulianya perangai. Allahu Allah.

berbeza benar dengan diriku yang hina ini.

terlalu lokek dan kedekut. sepertinya dapat dibawa masuk ke dalam qubur segala harta yang ada kat dunia.

seperti dapat ditebus dosa-dosa dengan harta-harta hina ni kat depan Allah nanti.

Allah T_T

itsar, itsar, itsar.

semuanya dari Allah. oh.


"Dan orang-orang (Ansar) yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. 
Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka (muhajirin), atas dirinya sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. 
Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung"
(59:9)
:')





20120816

Keyboard warrior.

Bismillah

takutnye tertakbur, tersombong, ter-riak, ter-bajet, ter-poyo. dalam keadaan kite tak perasaan.

takutnye T_T

kengkadang apa yang terpost di status fb and twitter tu untuk remind orang lain, berdakwah, jugak la at the same time. tapi mungkin diri tak sedar nada dan irama yang di-post itu menunjuk-nunjuk alim atau merendah-rendahkan orang lain. lagak seperti nak berdakwah tapi secara implisitnya mungkin sebenanrnya ia bermaksud; "kau ni tak faham-faham ke benda tu dosa? "slow sangat" "kenapa degil sangat tanak terima hidayah?" "kerasnya hati kau ni" "aku lagi faham dari kau"..

padahal yang memegang hati-hati manusia itu kan Allah. yang mencampakkan hidayah itu juga Allah. Rasulullah berdakwah dengan penuh ikhlas dan kasih sayang, tanpa mahu menyindir-nyindir atu bersarkasme tak tentu hala. hilang sudah dakwah yang penuuh hikmah, ikhlas, tawaddhu' dan kasih sayang. begitu tak kena cara dakwah, hati siapa yang mampu tesentuh?

syaitan tu benar-benar memperindah setiap perbuatan maksiat. astaghfirullah T_T

mungkin jugak kengkadang. ATAU MAYBE SELALU? GGGAHHH!. buat status sebab nak kena-kenakan orang-orang tertentu. biaq bagi depa ghasa (read:rasa) and sentap siket. tak tahu la. mungkin sebab orang tu annoying ke, pemalas ke, sombong ke, whatever. padehal. kite la yang ada sifat-sifat mazmumah tu dalam hati. hati kotor sangat. kotor sampai bersangka-sangka dengan orang lain. tak mampu nak bersangka baik. bukankah hati yang ikhlas itu takut dengan Tuhan-Nya? sungguh berhati-hati walaupun dengan sekadar lintasan hati? T_T

sometimes, beyond my concious mind, i always share and retweet something that i think other people should know and sedar diri. tak sedar pun padahal diri sendiri la yang terutamanya kena sedar  dan telan dalam-dalam apa yang disharekan dan diretweetkan kat laman sosial. eh. kemain sedap share pasal Rohingya, Plaestine, Syria, dengan expectation orang sedih, insaf dan berubah, padahal yang tukang share itu tak merasakan pun perasaan tu. share tu share ni denagn lincahnya tapi tak terasa pun nak hayati dan amalkan sedalam-dalamnya. just share for the sake of sharing. Allah kan tak suka orang yang tak buat apa yang dia cakapkan.

Allah benci, tahu? (as-saff:2)

Allah T_T

last but not least sangat rasa tak betul (read: it does not feel right) bila berdoa, berharap, ber-alhamdulillah pada Allah letak di facebook, twitter. come on! Allah tak perlukan apa-apa medium untuk doa hamba sampai pada Dia.

in the end, apa yang tinggal pada hamba; taqwa dan ikhlas semata-mata.

Allah boleh strip naked setiap amal yang tidak berniat kerana Dia.

tipulah diri sendiri, tipulah manusia.

" Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh Dia Maha Mengetahui segala isi hati " (67:13)


T__________________T

20120802

mata-mata

Bismillah


hari ini berifthar di sebuah uni-yang-tidak-boleh-dinamakan. bukan uni melben yang penting. hewhew.

dari jauh lagi nak sampai ke hall tempat makan dah nampak kelibat lelaki-lelaki duduk dalam hall yang sama dengan perempuan-perempuan. dalam jarak yang dekat. tanpa tabir or anything. i was like. fdeghjgjrewr -.-

tempat tu is so open, is so close denagn tempat perempuan, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan boleh melihat-lihat ke arah satu sama lain dengan bebasnya tanpa sekatan (iman).

this is not right. this is not right.

i thot arab people la should be more particular about this?

masa nak amik makan pun bercampur lelaki, perempuan, though faham2x je bila giliran masing2x nak amik makanan ikut jantina. but still..

MATA!

penat puasa perut, mata lupe pulop nak dipuasakan sama.

oh my ummah.

aigo.

20120728

ibrah dari Musa.

Bismillah


somehow i just don't know how to respond to people. bukan tak suka, bukan sombong. kalau memang betul tak suke someone tu pun, i really have to suka them. hablumminannas.

to get people to look me in the eyes while talking is a distressing social activity, sometimes.

good thing that my best friend of two years while i was in kmb is so the very talkative, we complement each other. she talks, and i listen. and it feels so right.

i don't know how to respond to other people's joke. I JUST DON'T KNOW

it becomes awkward for me. really.

it's in the gene i think. mama pun selalu cerita yang dia tak suka cakap sangat dulu.

anyways. i do try really hard to engage myself in a fruitful conversation when i am around normal people.

saya tengah berusaha. *pat myself in the back.

teringat kisah Nabi Musa yang ditugaskan Tuhan menyeru manusia paling zalim pada zamannya;

dengan keadaanya yang tak fasih berbicara.

Allah tak tengok hasil.

Allah tengok usaha.

20120725

Hilang

Bismillah.



I lost something today.

benda tu kecik sangat, macam syiling 10sen. tapi selalu bawak and pakai ke mana-mana. a thing that i have kept for like the past one year. lepas maghrib tadi baru perasan hilang. sedih. tsk. on the way ke terawih tu dah start bersedihan dan berisauan. dengan kening berkerut. mengomel sambil jalan dengan housemate, walaupun dia tak faham apa. sebelum ni banyak kali sangat tercicir benda tu. most of the time tercicir kat tempat yang tak ternampak mata kasar manusia, tapi kuasa Allah nak bagi jumpa dengan dia, everytime tercicir mesti jumpe balik or ternampak sendiri or orang jumpe kan.

nampak sangat attach dengan dunia berlebih-lebih. i'm not suppose to be THAT sad. it's just a thing, though.

setiap benda ada hikmah Allah aturkan. ada hikmah benda tu hilang.

indeed it does. okdahbye.

right before terawih brother tu bagi short tazkirah tentang gambaran hari Qiamat:

"pada hari kamu melihatnya, semua perempuan yang menyusui anaknya, akan lalai terhadap anak yang disusuinya, dan setiap perempuan yang hamil akan keguguran kandungannya, dan kamu akan melihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah itu sangat keras" 
(22:2)

hari di mana manusia-manusia tak langsung berkesempatan untuk risau dan malu

dengan aib diri yang tak ditutup walau dengan seurat benang sekali pun.

like seriously, ape benda sangatlah dok sedih,

kalut pasal benda yang insignificant langsung di mata Allah.

tak mencambah iman pun.

sedang belajar untuk berhenti dari berlaku zalim pada diri sendiri;

dengan tak meletakkan risau tu bukan pada tempatnya.










20120724

Iqra'

Bismillah


ada seorang ukht pernah mengajarkan,

kalau ada orang puji kite dengan apa-apa pujian, we should say this;


Haza min fadhli rabbi: Ini ialah limpah kurnia dari Tuhanku.


sebelum ni, i kinda know the meaning of the zikr, but i am not completely sure of that. i don't really know the exact meaning, tapi tahu la apa gist ayat tu. i know what haza, min, and rabbi mean but not fadhl(i)


as i google, rupanya, ayat ni di-ekstrak dari doa Nabi Sulaiman dalam surah An-Naml. (27:40)


dok terfikir la pasal makna dia, tak terfikir la pulop nak google or tanya dua orang housemate yang bekas student SMAP and KISAS. aigo -..-

fikir punya fikir, last night during solat tarawikh, Allah yang tolong jawabkan dalam surah An-Nisa' ayat 70.



An-Nisa': 70


Subhanallah :')

so, fadhl itu adalah bounty, bounty itu adalah kurnia.

Alhamdulillah, bertambah vocab arab baru :)



Al-fatihah:7



in before, kat ayat 69 tu Allah terangkan tentang siapakah golongan yang diberikan nikmat, yang merupakan sebenar-benar limpah kurnia (fadhl) dari Allah kepada manusia, yang kite dok selalu sebut setiap kali solat dalam Al-Fatihah tu:



An-Nisa':69

  • Para nabi
  • Para siddiqin (orang yang membenarkan)
  • para Syuhada
  • orang-orang soleh.

Subhanallah. luasnya la hai ilmu Allah tu. 

Maha suci Allah

"Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" 
(96:5)






20120723

Malam pertama

Bismillah.


alhamdulillah Allah sampaikan juga pada Ramadhan kali ni. Alhamdulillah.

betapa imam memulakan bacaannya kat rakaat pertama tarawikh. hati berdoa pada Allah.


meminta segala keinginan dan rahmat yang ingin dicapai dunia dan akhirat.


tiba je rakaat berikutnya. Allah jumpakan dengan ayat ni:



"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. itulah kesenangan hidup di dunia, 
dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik" 

(3:14)

sangat menyentap. oh.

Allah..

sungguh Allah itu Maha Mendengar segala lintasan hati.

mungkin segala apa yang dimohon kepada Allah tu

belum cukup membuang segala ilah lain

dan kecintaan berlebihan pada dunia dalam hati T_T