20120320

Of arabic, da'wa and an atheist.

Bismillah.

sekolah dah start. makanya saya semakin busy dengan lectures dan bgt. sem ni lokasi rumah dah bertukar jauh dari sekolah. 20 minutes walk kalau jalan cepat. 25 minutes kalau jalan lambat. agak culture (/mental/muscle) shock sebab rumah yang dulu snagtlah dekat dengan uni; i could even get up from bed 5 minutes before the class starts and able to be in the lecture hall right in time (given i am not mandi at that time. IT'S WINTER. it's cold okay -.-)

subject pun makin mencabar dan susah. Im taking fundamental of cell biology, biochemistry and molecular biology, food chemistry, biology and nutrition and arabic this semester. 3 hardcore science subjects. *pingsan!* before this, sebelum decide to taking up those subjects pernh terfikir nak amik subject yang senang dan mudah, yang tak payah setadi banyak. i know, saya makhluq yang pemalas. tapi mula terfikir, betapa banyak cekadaknya saya ini. MARA (duit rakyat to be exact) penat2x hantar gi sini tapi nak commit dengan benda yang senang je. amboi amboi. kalau nak senang baik study local je. kat sini la amik peluang nak explore segala macam benda baru dan complicated (mungkin), yang mungkin i would't get the experience in malaysia. belum cuba dah cakap susah eh. pesimis betul. saya yaqin Allah tahu saya mampu belajar benda ni. Allah tahu setakat mana kemampuan dan kapasiti otak dapat digunakan untk course ni. cumanya nak usaha atau tak.

La yukallifullahu nafsan illa wus' aha. Allah takkan membebankan hamba-hamba-Nya dengan perkara mereka tak mampu.

im taking arabic this semester. it's so wonderful i tell u. sangat menyukai kelas ni dari saat ustaazah arabic mengajar sampai la ni. she's so enthusiastic in teaching us, i could feel her passion and love in arabic. She's Hungarian. she's not muslim, i reckon. lecturer saya sangat comel, setiap kali ada student yang speak good and fluent arabic words, dia akan suruh repeat banyaks kali, terpancar betapa die sagat merasakan bahasa arab tu adalah satu sastera yang sangat indah dan cantik, walau dengan hanya satu perkataan je. subhanallah. saya baru perasan betapa cantik dan artistiknya dan seninya bahasa arab ni berdasarkan sebutan huruf-hurufnya je. belum masuk sebutan perkataan dan ayat-ayat lagi. hidayah tu memang milik Allah. my lecturer pernah a few times explain yang dia perrnah baca Quran dan kaji aspek literasi dan nahu bahasa arab in the Book. there's a whole lot of differences; sebab arabic yang saya belajar sekarng ni is more like modern arabic compared to Quran yang menggunakan bahasa arab klasik.

saya sangat respect dengan cikgu saya ni sebab dia sangat neutral dalam membahaskan isu berkaitan denagn islam dan Quran walaupun dia bukan islam. ada satu occassion ni di mana she explained to the whole class tentang adat bunuh anak perempuan dikalangan orang arab jahiliah sebelum kedatangan islam dan Nabi Muhammad di Makkah. im so touched by that. masih ada lagi orang yang waras dan rasional dalam handle isu islamophobia kat negara kafir macam ni. alhamdulillah. setiap kali kelas/tutorial bermula, i am expecting, something new about islam being taught in class. somehow saya merasakan kelas bahasa arab ni sebagai kelas dakwah informal kepada orang bukan islam. belajar bahasa arab tu sendiri dah menunjukkan kedekatan kepada budaya, sejarah dan akhlaq islam tu sendiri. maybe it's better if the educator are of muslim people, so that boleh berdakwah dengan cara yang direct dan betul. wah, over ye. terlebih sudah. ambitious yang melampau. tak terbuka hati cikgu tu nak menghayati denagn mendalam ayat-ayat Allah walapun Allah dah kurniakan kelebihan dalam mendalami bahasa arab. batasan dia dan Al-Quran hanya setakat minat dan passion. bezakah kita dan dia kalau kita hanya tau mengaji tapi tak (nak) faham pun apa yang Allah cuba smpaikan ke hati?

masa balik malaysia hari tu jumpe, kak-kak sedara yang baru dapat baby..masyaAllah, comei-comei. bertambah umat Nabi Muhammad. masa baby tidur, ternampak mak baby letak Yaasin kat bawah bantal baby, dibalut dengan kain putih. I was wondering, what's that for? halau setan dan jin? i was like; baffled.

 what a book could do to us if we don't even know the content of it?

betapa naskhah Al-Quran ini tak punya apa-apa nilai kalau kita hanya tahu baca tapi tak faham dengan isi-isinya. Al-Quran tu perlu di-materialise-kan, barulah keluar hikmah dan rahmatnya sebagai mukjizat mulia dari Allah. Al-Quran bukan tangkal!

ada satu hari ni, seorang mat salleh tanya soalan dalam kelas:

"do i have to say Alhamdulillah (all praise due to Allah) event though im an atheist? i don't believe in God."

the tutor was like; senyap, terfikir untuk beberapa saat, with a slight hesitant, she said; 

"well i don't know. I don't know. it's just a culture of arab people to say that.."

the whole class went into silent. 

dari saat tu, saya melihat tepat ke arah lelaki tu, penuh harap dan doa, semoga Allah lembutkan hati dia, semoga Allah sentuh hati dia. semoga Allah berikan hidayah dan petunjuk pada dia supaya dia nampak semula fitrah dia sebagai hamba Allah. T_T