20120422

seeking.

semakin cinta. rindu.

sungguh.

20120421

the tazkirah

Bismillah.


on that very night, as i was reading the tafseer of surah An-Naba' by Syed Qutb on my mushaf, 

i came across this ayat:





"Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu azab yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata, 'Alangkah baiknya seandainya dahulu aku menjadi tanah.' "

(78:40)


Right on that moment, i was listening to Opick's song; Kesaksian Diri.

lirik ini kedengaran on the same second:



"...setiap mata, hati, tangan, kaki akan jadi saksi. Tiada dusta diri yang tidak akan terhakimi.." 



oh.

helpless.

Allahurabbi.

20120420

takut

Allah sayang sangat pada budak ni.

Allah bagi dia duduk dekat orang-orang yang cinta pada Dia.

Allah letakkan dia dekat denagn orang yang hati-hati mereka jatuh pada Dia.

Budak ni baru perasan. mungkin dah lama. tapi perasan.

Budak ni rasa jahil. budak ni rasa kecil. budak ni rasa jauh dari mereka.

Budak ini risau, Allah takkan beri peluang lagi untuk dia duduk dekat dengan orang-orang baik.

merasakan diri sendiri taklah baik-baik

banyak dosa

banyak khilaf

banyak salah.

budak ni takut.

sekiranya orang-orang baik ni akan tinggalkan dia

atau the worst. Allah akan jauhkan orang-orang baik dari budak ni.

sebab dia yaqin.

Allah akan pelihara orang baik-baik;

dengan letakkan orang baik-baik itu bersama orang yang baik-baik juga

tak mungkin Allah menzalimi orang-orang baik itu dengan mencampurkannya dengan orang yang tak baik

atau mungkin. kalau ia terjadi.

sudah semestinya Allah merancang agar orang baik-baik itu menyeru kepada orang yang tak baik tu.

tapi budak tu lupa.

takut itu bukan terletak pada jauhnya orang-orang baik daripada diri dan hidup dia.

takut itu terletak pada taqwa dia pada Allah.

ialah taqwa itu ketakutan kepada Tuhan yang membawa kepada tindakan.

tindakan apa?

sembah sujud padanya sepenuh jiwa.


hati. lisan. anggota.


atau mungkin. budak ini lupa.

orang-orang baik itu pun mengahrapkan rahmat dan ehsan Tuhan mereka.

untuk dikurniakan orang-orang baik untuk terus berjalan bersama mereka.




'And say to him: "Would you purify yourself, and that I guide you to your Lord, 
so you should fear Him?",'


(79:18-19)

20120416

.


aku tak mahu mendengarkan hiburan. untuk tenangkan hati.

aku tak mahu mendahuluinya dari Kalamullah


aku tak mahu mencari manusia. untuk nasihat.

aku tak mahu mendahuluinya dari istikharah.


aku tak mahu fikir. apa manusia fikir tentang aku

aku tak mahu mendahuluinya dari redha Khaliq.


aku risau untuk berbuat maaruf.

aku tak mahu mendahuluinya dari ikhlas


(1:6)

20120414

lost and (yet to be) found.

Bismillah

saya punya banyak barang yang telah dan masih hilang.

selalu cuba meredhakan diri. though selalu gagal along the way.

harap Allah gantikan dengan yang lebih baik.

harap kehilangan itu mendidik hati. tidak terlalu terikat hati kepada sesuatu selain Dia.

hilangkanlah, campaklah, buanglah sejauh mana pun sesuatu itu.

kalau sudah tercatat di Lauh Mahfuz itu milik kita;

ia akan kembali tanpa perlu dicari. bi iznillah.

takdir Allah itu pasti.


Maha Suci Allah yang menguasai segala Kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun
(67:1-2)