20120622

post final exam

Bismillah


Jalan kaki balik rumah sejurus selepas habis final paper.
feelign sengsorang amek gambar. hik.
maha suci Allah. segala puji bagi Allah yang
menghidangkan mata denagn such a beautiful alam.


Alhamdulillah. exam semester 3 da habis. ramai orang congratulate me. tapi me tak glad pun exam da habis.

me is scared of the long winter break me have. takut nya kalau sebulan penuh ni me do something not beneficial for my dunia n akhirat.

kalau dalam surah as-syarh, Allah wahyukan pada rasulullah, setelah selesai satu urusan lain bekerja keraslah untuk  urusan yang lain.

Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain) 
(94:7)

sejak dari kmb lagi telah dimomokkan dengan tafsiran ni;

"ooooo, lepas dah penat setadi, buatlah ibadah pulak pada Allah".

eh wait kenapa mesti nak mention dari kmb pulek kan? mestilah sebab start dari kmb la me dapat usrah2x ni, baru dapat knowledge and exposure tentang isi-isi Al-Quran. alhamdulillah. eh iklan pulak. okbye. so after a long while, Allah mentakdirkan diriku ini mendengar tafsiran surah as-syarh from a different perspective from my second murabbi Nouman Ali Khan. walaupun kami tk pernah bersua sesungguhnya beliau begitu banyak mencurahkan ilmu Qurannya pada daku di youtube. cewah. alhamdulillah. moga Allah berkati dia dunia akhirat. amin amin.

*me is really don't understand kenapa background text tukar jadi putih @_@

dari sisi lain ayat 7 surah as-syarh itu;

setelah selesai bekerja untuk satu urusan itu adalah dimaksudakn urusan kerja2x dakwah, itu yang pertama.

lepas tu Allah sebut at the second part of the ayat, tetaplah bekerja keras untuk urusan lain itu; adalah bila Allah suruh Baginda beribadah pula di malam harinya.

it's not, it's not, it's not about study alone.

it's about da'wah. memang mungkin ada pandangan mufassir yang mengatakan boleh jadi yang dimkasudkan adalah aktiviti seharian. mungkin, mungkin.

but the association of dakwah di siang hari dan ibadah di malam hari itu lebih make sense to me in relation of tugas manusia sebagai ibadah and caliph kat atas muka bumi Allah.

and how i is really not like when people violate the core message of the surah by associating it with dunia. ALONE.

me is menyeru me self untuk bekerja keras untuk my deen

and bekerja keras membenteras diri dari terus-terusan diperkudakan oleh nafsu sendiri.

Allah bantu aku T_T

oh.




nota kaki: surah as-syarh itu boleh juga dimaksudkn denagn surah al-insyirah dan alam nasyrah.

20120619

bahagia

Bismillah


pagi ni bangun dengan feeling yang best masyaAllah.

it's overwhelming and membahagiakan

bila kita boleh cakap satu perkara yang sama dengan orang yang kita sayang. akhirnya.

sangat bahagia :')

segala puji bagi engkau ya Allah.

menghantarkan tangan-tangan. menyentuh hati-hati mereka.

subhanallah.

"Wahai manusia! Seseungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu,  
maka kamu akan menemuinya.  
Maka ada pun orang yang catatannya diberikan dari sebelah kanannya,  
maka dia akan diperiksa dengan mudah,  
dan dia akan kembali kepada keluarganya (yang sama-sama beriman) denagn gembira.  
Dan adapun orang yang catatannya diberikan dari sebelah belakang,  
maka dia akan berteriak,  "celakalah aku!".  
Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).  
Sungguh, dia dahulu (di dunia) bergembira di kalangan keluarganya (yang sama-sama kafir).  
Sesungguhnya dia mengira bahawa dia tidak akan kembali (kepada Tuhannya)" 
(84:6-14)


jauhkan kami dari menjadi orang yang celaka itu ya Allah :'(





20120613

aneh-aneh

Bismillah



lewat kebelakangan dia menyelak-nyelak dinding facebook dari satu klik ke satu klik.. matanya begitu berdenyut melihat aksi yang terpapar. mulutnya tak habis-habis mengomel sendirian. penduduk malaysia begitu aneh-aneh sekali.

'oh my god' 
'oh my god' 
'kenapa dia gambar centu?' 
'oh, kenapa?' 
'kenapa?'

berkerut keningnye melihat gambar2x yang keluar di dada fb itu.

begitu bercampur gaul bebas lelaki perempuan. duduk bergambar dekat-dekat. biasanya!

tiba-tiba dia bersyukur Allah meletakkan dia jauh dari penduduk (lelaki) malaysia.

tiba-tiba dia bersyukur sebab Allah jauhkan dia dari suasana tak sihat percampuran jantina itu.
tiba-tiba dia bersyukur sebab matanya terjaga dari selalu memandang yang bukan mahram
bukan di aussie tiada lelaki, 
tetapi bukankah kecenderungan utnuk melihat-lihat itu lebih terbiasa pada yang sama agama dan bangsa?
tiba-tiba dia bersyukur. bersyukur dan bersyukur.

sebelum balik cuti ke malaysia tahun sebelumnya. dia begitu risau. sanagt risau. macam mana nak berhadapan denagn dunia malaysia yang begitu biasa percampuran lelaki dan perempuan itu. dia risau denagn mata-mata liar lelaki yang bakal hinggap di mana-mana batang tubuh. sebaik turun di lapangan terbang. dadanya begitu sesak. mungkin sebab pertukaran atmosferakah? 

mungkin sesak dengan mata-mata itu, mungkin.

Allah cukup memberi peluang diri merasa hitamnya jahiliah diri dia dulu. bukan dia tak pernah duduk dalam kejahilan itu. bukan tidak pernah dia duduk bercampuran, bergelak ketawa denagn lelaki perempuan semesranya. bukan tak pernah. pernah. pernah merasa 'seronok' dengan kejahilan itu.

sekali Allah menjentik sedar itu, terus berasa aib dengan dirinya sendiri yang pernah melakukan semua itu. terasa begitu berdosa. 

Allah. 

segala puji bagi engkau yang menarik dia keluar dari kejahilan itu.

dan bukan.

bukan sebab kononnya menjaga diri untuk dipersembahkan kepada yang paling layak;

sang bakal suami

bukan.

tapi menjaga amanah, maruah diri dan malu itu semata-mata untuk Dia;

Sang Kekasih Teragung.



20120611

s.o.s

Bismillah

takut.
tapi Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya
segala yang diaturNya penuh berhikmah.
tak layak nak persoalkan apa-apa.
bila fikiran mula merayau ke arah yang pelik-pelik.
bila hati mula persoal takdir.
iman itu sedang berada dia tahap merah.
ia sedang parah mungkin.




20120610

as-saff

Bismillah


kami bercakap tentang hati.

dia menunjukkan reaksi yang sangat risau. berkata dia:

'macam mana ni...? saya ni jahat sangat..'

apa yang awak dah buat?

'sebab saya ni banyak tidur. suka sangat tidur'


Allah.

comel lah kamu wahai adik-adik T.T

oh.

meraba semula mencari hati yang entah tercicir di mana.









20120608

sick worried sick

Bismillah



19 jam sebelum exam bersantai-santai dengan puan naqibah di depan kedai kebab. puan itu sabar melayan setiap bebelan dia. terburai segala isi hati di malam itu yang telah tersimpan tak tahu berapa tahun lamanya.


10 jam sebelum exam, she was in pulpitating mode; menelefon si kakaknya di malaysia. the kakak was sahur-ing at that time. bergelak ketawa untuk 20 minit or so menenangkan hati duka dan lara. kakak dia selalu tahu macam mana nak buat dia gembira. suka! x)

1 jam setengah sebelum exam sekaip dengan mamanya di malaysia. ceria sungguh wajah mamanya melayan kerenah dia yang aneh-aneh itu dek penangan exam di hari itu yang bakal berlangsung. mama dia sangat macam mama. eh.

2 jam selepas exam, bersekaip dengan adik-adiknya di malaysia. hatinya begitu cair melihat kecomelan adik berumur 10 tahun itu. macam lama sangat dah tak cium budak gemuk tu. *_*

risau, risau, risau.

risau tak dapat jawap exam. risau soalan yang keluar susah. risau sebab tak study hard enough. risau sebab takut terpengsan dalam dewan for no reason. risau for everything.



kalaulah Allah tarik nyawa masa tu.

takde mama, naqibah, adik-adik, kakak. langsung


please la.


letakkan risau tu pada tempatnya.







20120605

langit

Bismillah




langit Allah di Newcastle, New Sout Wales.


dulu masa kat KMB, fond gila dengan langit. idk why. 

IB kan susah gila. tak sepadan langsung kesusahan tu dengan kapasiti otak budak ni. masyaAllah. Allah dah bagi otak semua orang mengikut kadarannya masing2x. kadar otak budak ni Allah ciptakan cukup je untuk IB tapi dia perlu usaha. usaha sampai terasa zaman keremajaan dua tahun di sana di-violate denagn kerasnya, academic-wise *wah, dramanya diri ini!. hari-hari di kmb terasa berat. sangat berat. sampai satu hari ni Allah gerakkan hati untuk buat qiam. bukan sebab sebelum ni tak tahu apa tu qiam, tapi budak tu tak faham hikmah qiam itu kepada hati dan qudrat dia sebagai manusia yang serba jahil dan lemah. sampailah hari tu, Allah beri kesedaran untuk qiam for the first time; dengan hati. bangun pagi esoknya. bahu dan kepala terasa ringan. ringan sangat. despite of beban belajar yang menghempap-hempap tu Allah letakkan rasa ringan. dan kuat. kuat untuk bernafas seharian dengan tabahnya. alhamdulillah.

Allah berulangkali sebut dalam KitabNya, dunia ini hanya permainan dan senda gurau.

tapi permainan yang budak ini terlibat dengan; sungguh memenatkan.

rindunya rasa kuat tu.

oh, back to langit.

bila terasa dada sempit dan jiwa sesak dengan stressnya belajar budak ni suka tengok awan. tengok langit. tengok birunya angkasaraya. cewah. terasa besar dan gah dan agung langit yang Allah ciptakan. begitu kerdil rasanya. bila tengok langit.tak tercompare langsung dengan bebanan study yang budak ni terpaksa tanggung. langit tu lagi berbilion lemon kali lebih besar dari homework Maths HL yang madam Aida beri. hilang sekejap segala rasa susah dan serabut kat kepala. budak ini tersenyum kepada langit itu. berbicara dengan langit itu, agar berjalan denagnnya pada hari itu dengan seiringan. 

melihat ciptaan Allah begitu menenangkan. tenangla hati manusia yang melihatnya. 

manakan tidak, setiap saat pun langit itu berzikir dan memuji-muji Allah Sang Penciptanya. oh.

tiba di sini. langitnya lebih jelas, cantik dan biru.

tapi budak ni terlalu khusyu' dengan dunia dan perasaan sendiri. 

sampai lupa untuk berhenti beberapa saat.

merenung kembali ke langit;


yang dulunya dia terlalu suka..

20120604

apoptosis.

Bismillah.


suka apoptosis. suka cell biology. yeay \(^.^)/



di tengah-tengah kesibukan *cough* mempersiap-siagakan *cough* diri untuk exam tiba-tiba rasa nak balik malaysia sangat. literally. back for good. padahal kalau nak dibandingkan denagn osmet lagi dua orang tu mereka lagi la bergigih setadi. boleh pulpitating melihatkan kegigihan mereka setadi. saya begitu tak berdebar sekali diri ini menanti tibanya hari bersejarah untuk exam sem 3. oh. baru 3 sem ye puan-puan saya berjaya menghabiskan sisa hdiup di sini. rasa macam dah lama beno je tinggal kat sini. bila difikir-fikri macam  tak bersyukur la pulak.

tapi betullah. 

betapa besar pun nikmat dunia yang kita ada tak semestinya dapat beri kepuasan dan ketenangan jiwa. 

sangat terasa ini. oh. 

im humbled. 


"verily in the rememberance of Allah do hearts find rest" 

(13:28)


dulu beriya-iya nak fly ke oversea. ke mana-mana lah. asal oversea. dapat course pape pun tak kisah. baiklah, i am well aware that my niat is really terpesong ke parit. dunia semata. bergolok gadai masa spm, bermandi darah keringat dan air mata di KMB untuk terbang. ceh. betullah. betullah Allah cakap. usaha yang kita usahakan untuk dunia, Allah akan ganjarkan dengan dunia.


"Maka di antara manusia ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia,' dan di akhirat dia tidak memperolehi bagian apa pun' 

(2:200)


berbekalkan sedikit kematangan yang Allah bagi. niat sebelum terbang mula berubah. for the better i guess. insyaAllah. before terbang, i don't know what to expect. before fly dapat 3 tawaran uni. satu ke adelaide, satu ke queensland, satu ke melbourne. i was so determined to go to queensland sebab my cousin baru habis buat master kat situ, and she kinda banyak mempengaruhi dan mendoktrin fikiran untuk ke sana. lawalah, cuaca macam malaysia lah, and macam-macam lah. and there i was. preparing mental untuk benda ghaib yang tak pernah jumpa dan rasa. takdir Allah masuk. beberapa minggu sebelum fly, i decided untuk tukar uni. dari queensland to melbourne. i do not knoi why i made that sudden decision. alasan masa tu is because degree kat queensland 4 tahun n the one in melbourne uni is 3 tahun. and seniior KMB dah ramai kat situ and ramai jugak kawan se-batch apply situ. so i was like, 

'erm, tanakla gi queesland, ramai gila kmb-ian. (padahal  berapa ketul orang je pun -..-). bajet gila. rasa nak tumbuk diri sendiri.

ye alasan saya untuk bertukar uni adalah sangat lame (read: not 'lama' like in BM) tak konkrit langsung. but yeah. IDP pun bagi tukar, and everything went smoothly, the changing process, house-hunting and all. so yeah. Allah mudahkan. mudah sangat, before sampai melbourne manage carik rumah murah, dekat dengan uni, and kakak senior yang nak amekkan kat airport. THAT SENANG i tell you. sebelum fly, tak tahu langsung apa yang menunggu seketul diri ini di sana. tak kenal siapa2x pun, network usrah pun tak kenal. memang tawakkal habis. serahkan semua benda pada Allah.

niat masa tu bukan untuk peelajaran. langsung takde kaitan untuk berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilangnya pun dalam akademik di sini. oh, wait. now i realise. itu lah jawapan kepada result pekse selama ni. oh. ok tajdid niat balik lepas ni. huk.

untuk niat sebelum terbang tu, alhamdulillah.

alhamdulillah.

and i am desperately wanting for more.

nak balik! ggah T.T