20120613

aneh-aneh

Bismillah



lewat kebelakangan dia menyelak-nyelak dinding facebook dari satu klik ke satu klik.. matanya begitu berdenyut melihat aksi yang terpapar. mulutnya tak habis-habis mengomel sendirian. penduduk malaysia begitu aneh-aneh sekali.

'oh my god' 
'oh my god' 
'kenapa dia gambar centu?' 
'oh, kenapa?' 
'kenapa?'

berkerut keningnye melihat gambar2x yang keluar di dada fb itu.

begitu bercampur gaul bebas lelaki perempuan. duduk bergambar dekat-dekat. biasanya!

tiba-tiba dia bersyukur Allah meletakkan dia jauh dari penduduk (lelaki) malaysia.

tiba-tiba dia bersyukur sebab Allah jauhkan dia dari suasana tak sihat percampuran jantina itu.
tiba-tiba dia bersyukur sebab matanya terjaga dari selalu memandang yang bukan mahram
bukan di aussie tiada lelaki, 
tetapi bukankah kecenderungan utnuk melihat-lihat itu lebih terbiasa pada yang sama agama dan bangsa?
tiba-tiba dia bersyukur. bersyukur dan bersyukur.

sebelum balik cuti ke malaysia tahun sebelumnya. dia begitu risau. sanagt risau. macam mana nak berhadapan denagn dunia malaysia yang begitu biasa percampuran lelaki dan perempuan itu. dia risau denagn mata-mata liar lelaki yang bakal hinggap di mana-mana batang tubuh. sebaik turun di lapangan terbang. dadanya begitu sesak. mungkin sebab pertukaran atmosferakah? 

mungkin sesak dengan mata-mata itu, mungkin.

Allah cukup memberi peluang diri merasa hitamnya jahiliah diri dia dulu. bukan dia tak pernah duduk dalam kejahilan itu. bukan tidak pernah dia duduk bercampuran, bergelak ketawa denagn lelaki perempuan semesranya. bukan tak pernah. pernah. pernah merasa 'seronok' dengan kejahilan itu.

sekali Allah menjentik sedar itu, terus berasa aib dengan dirinya sendiri yang pernah melakukan semua itu. terasa begitu berdosa. 

Allah. 

segala puji bagi engkau yang menarik dia keluar dari kejahilan itu.

dan bukan.

bukan sebab kononnya menjaga diri untuk dipersembahkan kepada yang paling layak;

sang bakal suami

bukan.

tapi menjaga amanah, maruah diri dan malu itu semata-mata untuk Dia;

Sang Kekasih Teragung.



3 comments:

Anonymous said...

slm.. i'm one of ur silent follower.. i'm really attracted to ur writings... ur means of dakwah.. yeah, i wud agree wit u.. situations in msia is farway diffent.. n like u, i used to be in dat circle of ppl too.. now, insyaAllah i'm trying to be better... apart of dat, i wud say u r quite lucky as u r away from dis disease as u r farway from msia.. its a bliss actually i wud say.. recently i went abroad, n i realize dat in my situation, to depend to Allah in total i need to be outside of my comfort zone.. when i was there, i reaaly surrendered evrythg to Allah n i really tried hard to perform solat and other things as i felt relly calm to do it.. compared to msia, i wud b easily distracted....

nur 'asyiq said...
This comment has been removed by the author.
nur 'asyiq said...

ha cik anon dah tak silent dah ni ;p

rasa 'lega' duduk luar dari mesia sounded so wrong, i'd say. sooner or later kena balik jugak. duh.

kita akan dapat dan rasa islam sebtulnya bila kite kluar dri kelompok sendiri. terserlah betapa sakitnya ummah sebenarnya bila kte tgok ia dari 'dunia' luar. jahiliah dah terlalu pekat, sampai kite pun rasa biasa n immune with it :/