20120728

ibrah dari Musa.

Bismillah


somehow i just don't know how to respond to people. bukan tak suka, bukan sombong. kalau memang betul tak suke someone tu pun, i really have to suka them. hablumminannas.

to get people to look me in the eyes while talking is a distressing social activity, sometimes.

good thing that my best friend of two years while i was in kmb is so the very talkative, we complement each other. she talks, and i listen. and it feels so right.

i don't know how to respond to other people's joke. I JUST DON'T KNOW

it becomes awkward for me. really.

it's in the gene i think. mama pun selalu cerita yang dia tak suka cakap sangat dulu.

anyways. i do try really hard to engage myself in a fruitful conversation when i am around normal people.

saya tengah berusaha. *pat myself in the back.

teringat kisah Nabi Musa yang ditugaskan Tuhan menyeru manusia paling zalim pada zamannya;

dengan keadaanya yang tak fasih berbicara.

Allah tak tengok hasil.

Allah tengok usaha.

20120725

Hilang

Bismillah.



I lost something today.

benda tu kecik sangat, macam syiling 10sen. tapi selalu bawak and pakai ke mana-mana. a thing that i have kept for like the past one year. lepas maghrib tadi baru perasan hilang. sedih. tsk. on the way ke terawih tu dah start bersedihan dan berisauan. dengan kening berkerut. mengomel sambil jalan dengan housemate, walaupun dia tak faham apa. sebelum ni banyak kali sangat tercicir benda tu. most of the time tercicir kat tempat yang tak ternampak mata kasar manusia, tapi kuasa Allah nak bagi jumpa dengan dia, everytime tercicir mesti jumpe balik or ternampak sendiri or orang jumpe kan.

nampak sangat attach dengan dunia berlebih-lebih. i'm not suppose to be THAT sad. it's just a thing, though.

setiap benda ada hikmah Allah aturkan. ada hikmah benda tu hilang.

indeed it does. okdahbye.

right before terawih brother tu bagi short tazkirah tentang gambaran hari Qiamat:

"pada hari kamu melihatnya, semua perempuan yang menyusui anaknya, akan lalai terhadap anak yang disusuinya, dan setiap perempuan yang hamil akan keguguran kandungannya, dan kamu akan melihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah itu sangat keras" 
(22:2)

hari di mana manusia-manusia tak langsung berkesempatan untuk risau dan malu

dengan aib diri yang tak ditutup walau dengan seurat benang sekali pun.

like seriously, ape benda sangatlah dok sedih,

kalut pasal benda yang insignificant langsung di mata Allah.

tak mencambah iman pun.

sedang belajar untuk berhenti dari berlaku zalim pada diri sendiri;

dengan tak meletakkan risau tu bukan pada tempatnya.










20120724

Iqra'

Bismillah


ada seorang ukht pernah mengajarkan,

kalau ada orang puji kite dengan apa-apa pujian, we should say this;


Haza min fadhli rabbi: Ini ialah limpah kurnia dari Tuhanku.


sebelum ni, i kinda know the meaning of the zikr, but i am not completely sure of that. i don't really know the exact meaning, tapi tahu la apa gist ayat tu. i know what haza, min, and rabbi mean but not fadhl(i)


as i google, rupanya, ayat ni di-ekstrak dari doa Nabi Sulaiman dalam surah An-Naml. (27:40)


dok terfikir la pasal makna dia, tak terfikir la pulop nak google or tanya dua orang housemate yang bekas student SMAP and KISAS. aigo -..-

fikir punya fikir, last night during solat tarawikh, Allah yang tolong jawabkan dalam surah An-Nisa' ayat 70.



An-Nisa': 70


Subhanallah :')

so, fadhl itu adalah bounty, bounty itu adalah kurnia.

Alhamdulillah, bertambah vocab arab baru :)



Al-fatihah:7



in before, kat ayat 69 tu Allah terangkan tentang siapakah golongan yang diberikan nikmat, yang merupakan sebenar-benar limpah kurnia (fadhl) dari Allah kepada manusia, yang kite dok selalu sebut setiap kali solat dalam Al-Fatihah tu:



An-Nisa':69

  • Para nabi
  • Para siddiqin (orang yang membenarkan)
  • para Syuhada
  • orang-orang soleh.

Subhanallah. luasnya la hai ilmu Allah tu. 

Maha suci Allah

"Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" 
(96:5)






20120723

Malam pertama

Bismillah.


alhamdulillah Allah sampaikan juga pada Ramadhan kali ni. Alhamdulillah.

betapa imam memulakan bacaannya kat rakaat pertama tarawikh. hati berdoa pada Allah.


meminta segala keinginan dan rahmat yang ingin dicapai dunia dan akhirat.


tiba je rakaat berikutnya. Allah jumpakan dengan ayat ni:



"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. itulah kesenangan hidup di dunia, 
dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik" 

(3:14)

sangat menyentap. oh.

Allah..

sungguh Allah itu Maha Mendengar segala lintasan hati.

mungkin segala apa yang dimohon kepada Allah tu

belum cukup membuang segala ilah lain

dan kecintaan berlebihan pada dunia dalam hati T_T






malam ke-3

Bismillah.


Alhamdulillah.

malam ini sungguh sayu. sumpah sayu T_T

as i go thru ayat yang imam recite masa solat terawih, i was so mesmerized by ayat-ayat dalam quran tu. ditambah dengan speaker yang sumpah kuat. literally kuat. bergetar gegendang telinga yang mendengo nih. it is as if, Allah nak tunjuk, kalau dah kuat canni tak hadam jugak ayat-ayat Allah yang dikumandangkan tak tahu la nak cakap apa. muemula rasa mcam pekak la jugak dengan kekuatan volume spekaer tahap supersaiya tu, but as time goes by, irama dan alunan ayat-ayat quran tu sangat menyenangkan dan mengasyikkan. terasa setiap molekul sel dalam badan terserap dan tercerna dengan ayat-ayat indah itu secara osmosis dari atmosphere ke dalam jasad. eh.

hari ni imam tu baca surah an-nisa'.

dalam surah ni Allah ada banyak mengulang-ulang satu ayat ni di akhir setiap ayat. bertaburan ayat-ayat tu dalam surah an-nisa' ni. Allah sebut:


Allah Maha Pengampun, Allah Maha penyayang.


semakin diamati lama-lama ayat-ayat yang dibaca, baru terperasan ayat tu yang Allah banyak sebut.

at that instant terus teringat tazkirah nouman ali khan in one of his lecture on youtube; 'Ramadhan, a gift for muslim'. dia cakap:


bila masa Allah selalu mengulang-ulang sesuatu dalam Quran, maksudnya benda tu lah yang kita senang lupa dan tak buat.


Allah. moment-moment itu sangat meluluhkan hati.

betapa menderu-deru masuk ke dalam ingatan atas segala-gala dosa-dosa, kesalahan-kesalahan, maksiat-maksiat yang pernah dibuat,

betapa diri ini sangat engkar dengan Allah yang Maha Pengasih.

bila Allah mengulang-ulang Dia lah Maha Penyayang, Dialah Maha Pengasih.

begitu kuat sekali Dia ingin memperingatkan

betapa kasih dan sayangnya Dia pada manusia

yang selalu sangat, selalu sangat engkar pada Dia

Allahh...



20120721

[Perasan] remaja keliru.

Bismillah.

hari ni dapat satu berita yang agak menyentap. tapi sebelum tu macam dah dapat bau je benda tu akan berlaku. terasa-rasa akan dapat berita yang macam tu. hati tak tenang 2 3 hari sebelum ni. asyik terfikir-fikir je pasal tu. hati risau, macam-macam assumption muncul dalam otak. solat pun susah nak khusyu'. diserang bertubi-tubi dengan persoalan kenapa? macam mana? bila? kat mana? what went wrong? salah siapa? mencari-cari kesalahan ornag lain. bersangka dengan sangkaan yang tak elok pada orang lain.

Allahuakbar. astaghfirullhalazim. tsk T_T

takde orang lain yang dicari melainkan mak naqibah mase tu. terasa macam takde sapa yang faham dan boleh bagi nasihat macam yang dia beri. Allah.. nak tunjuk mase tu, diri ni sangatlah tak tawakkal pada Allah, sampai terlalu bergantung pada manusia selain Allah. mencari manusia dulu melebihi Allah. Allah T_T kebetulan mak naqibah yang supersaiya busy tak dapat melayan kerenah dan cekadak anak usrah yang sorang ni. Alhamdulillah. Ada rahmat Allah tak jumpakan dengan dia. Allah beri peluang.

pernah merayu padaNya;

supaya Dia melapangkan dada, menguatkan hati untuk terima segala benda yang Dia dah tuliskan untuk diri.

sebab memang betul-betul clueless dengan apa yang bakal berlaku.

tak tahu nak fikir apa. tak tahu nak expect apa. tak tahu nak rasa apa.

hari ni, on the first day of Ramadhan; Allah menjawab segala-gala persoalan dan kekeliruan yang timbul.


segala-galanya.

rasa terlepas beban dari bahu. Allah melapangkan jalan dari kesempitan tu.

Alhamdulillah.

bersangka baiklah pada Sang Kekasih.

Allah itu mengetahui

dan manusia tidak.




20120717

Blessed day.

Bismillah.

Hari ni jumpe ramai sangat horang. suka! :')

dan hari ni jumpe ramai sangat muslim. as i walked along from victoria market to musollah kat uni, berselisih dengan ramai muslimah. dalam interval 5 minutes perjalanan mesti akan jumpe a few. sangat tak biasa dengan occurrence sebegini. maybe jarang sangat kuar rumah kot. maybe. alhamdulillah jumpe ramai sedara se-aqidah tepi jalan. :)

____________________________________________________________________________

kurang 100 tapak sebelum sampai ke musollah, ternampak seorang kelibat lelaki muslim kat seberang jalan. macam arab, macam turki, macam lebanese, macam..i don't know. nampak cam dah tua 30-an gitu, pretty obvious dia islam sebab pakai kopiah. terus mengerahkan otak untuk reflex dengan segerenya;

tundukkan pandangan, tundukkan pandangan. BAIKLAH! tundukkan pandangan! YOSH.

macam bajet kan tunduk-tunduk pandangan bagai. HARUSLAH AMEK SIRIYUS. Allah suruh. kenek buat! [An:Nur:31) sesungguhnya diri yang jahil ini tengah amat-amat bermujahadah berusaha meminimakan melontarkan pandangan-pandangan liar kepada yang bukan mahram. sila behave wahai mata-mataku. semoga Allah bantu. amin. 

tiba-tiba dia sapa;

"Assalamualaikum sister. do u know any masjid around here?"

and i said;

"Musollah you mean? there is one around the corner."

berusaha nak meminimisekan perbualan. then immediately buat gesture macam nak tunjuk jalan pada dia.

alhamdulillah dia faham.

subhanallah. lelaki itu sangat hosem. sangatlah gentleman, islamically. ep baca bebetul, i wrote awesome, not handsome. i dont really look at him as we go along. berusaha dengan sesungguhnya! hhmph.

as kitorang jalan. dia terus berjalan kat depan instead of ikut dari belakang.

masyaAllah. at that instant, i am touched :') wujud lagi lelaki sebegini di zaman pelik-pelik macam ni.

masyaAllah. dia hanya mengikut arahan suara dari belakang. turn left ke, turn right ke.

rasa di hormati sebagai seorang saudara perempuan islamnya :')

semoga Allah bless awak wahai lelaki anonymous :)

tengok, buat baik centu hati dah tersentuh bagai. memangla hati ni kena jaga kan. liar semacam. semoga Allah lindung dari perasaan yang bukan-bukan.

hai la hai.

___________________________________________________________________________

pastu, on the way ke pasar pas beli ayam jumpe sorang lelaki ni. dok tepi jalan, ada meja seelah dia, and ada banyak2x brochure kat situ. basically macam mintak donation and all. tapi just sengih macam kerang busuk and terus jalan. tak endahkan. i don't know why, tetibe rasa diri busuk gila. kenapalah taknak langsung berhenti kejap tanya apakebendakah yang diorang tengah buat mase tuh? i'm pretty sure diornag tengah buat keje volunteering and that sort of stuff. sepanjang-panjang masuk dalam pasar tu rasa bersalah sangat. rasa selfish sangat wuu. diorang orang yang belum islam pun tahu nak buat kerja-kerja amal ni. aku?

langkah je kuar dari pasar, on the way ke tram dalam beberapa langkah. jumpe lagi booth yang sama, tapi orang yang berlainan kali ni. seperti biasa lelaki tu senyum, sapa. aku pun senyum. hati dengan senang stop and respond to him. 

oh, Allah nak bagi second chance ni. Allah bagi jumpe lagi orang macam ni walau  tadi dah reject (secara bersalahnya) at the first time. Allah bagi peluang kedua pada diri untuk buat amal. lagi dan lagi. 


Maha Suci Allah :')

so bebual, bebual, bebual, depa ni sebenarnya volunteer untuk cari donation untuk pelarian-pelarian dekat negara-negara Afrika. volunteering for UNICEF. lelaki tu nampak otai. bertatu bagai. rambut pun yang macam orang raggae yang kusut-kusut tu serius teringat rambut bob marley. sesungguhnya, kebaikan hati itu bukan diukur dari luaran seseorang yep. masa borak tu dia sanagt polite, sopan dan ramah. 


terharunya. dia sanagt baik. tapi dia bukan islam pun, tapi dia nak tolong orang islam. wuu! baik sangat kot! die citerla die dari Sydney study Chemistry sesemua tuh. 


lelaki mat salleh itu serius buatkan hati ini berbunga-bunga riang. 


buka jalan pada umat manusia melbourne untuk beramal kebajikan dan dapat pahala.


serius mulia amat hati manusia itu.


semoga Allah berikan hidayah pada awak.

semoga Allah tunjukkan jalan kembali pada Allah wahai Patrick :')








20120711

perasan.


Bismillah

Alhamdulillah baru balik dari Adelaide lepas 10 hari berderet-deret berhempas pulas. balik je rumah cantik je Allah bagi hadiah selsema. achhoo! eh. 

sebelum pemergian ke adelaide, beberapa belas jam sebelum berlepas naik bus. berlaku satu konflik dalam diri yang maha hebat. hebat sampai terlintas tak nak pergi langsung ke adelaide. dengan nekad dan tekadnya. walaupun barang dah siap habis packing segala bagai. dengan takdir Allah yang nak diri ini ada kat sana, hati yang keras dna berbolak balik sebelum ni tiba-tiba jadi lembut dan berlapang dada dengan segala benda yang cukup menyesakkan dada. beberapa jam sebelum bus bertolak, hati dan kaki terus digerakkan Allah untuk pergi ke stesen bus. Allah tu sangat hebat. takde sapa boleh deny iradah dan takdir-Nya. walaupun berdosa la banyak diri ni dengan Allah, masih Dia beri peluang. Maha Suci Allah T_T

dari sebelum mula winter gathering sampai la ke akhirnya, melimpah-limpah pengajaran yang Allah campak ke dalam hati. 

eh, bukan setiap saat ke Allah beri tarbiah? 


hidayah itu cahaya. 


cahaya Allah itu begitu menyilaukan. 


kecuali pada yang terhijab darinya. oh.

berjumpa dengan sangat ramai akhawat yang sangat mantap dakwah dan tarbiahnya. hanya mampu melihat dan kagum dari jauh, mengenangkan diri yang baru sangat nak bertatih-tatih dan merangkak dalam jalan ni. takpe.

better late than never.

mula slow-slow insyaAllah Allah pandu. 



ku sangat yaqin dengan itu. cewah. :')

kalau nak cerita didikan yang Allah beri sepanjang kat sana, banyak sangat. malas nak type pepanjang (for the time being) seperti melimpah-limpahnya coklat ke ladang gandum lalu menjadilah cereal coco crunch.

eh.

ke perasan je lebih?

oh. mungkin juga perasan.

bak kata seorang sister dari Brunei lewat tazkirah maghribnya:

"macam mana nak tahu berkesan atau tak tarbiah dari sesuatu program yang kita hadiri tu?  

Apabila amal dan  ketaqwaan kita pada Allah berubah ke arah yang lebih baik

selepas pulang dari program tersebut"



maka mulalah hamba mereflect diri. congak darab bahagi tambah.

dah berapa banyak usrah, daurah, halaqah, etc yang dah pernah di-attend within this few years time?

seberapa cantikkah hasilnya?


oh T_T