20120711

perasan.


Bismillah

Alhamdulillah baru balik dari Adelaide lepas 10 hari berderet-deret berhempas pulas. balik je rumah cantik je Allah bagi hadiah selsema. achhoo! eh. 

sebelum pemergian ke adelaide, beberapa belas jam sebelum berlepas naik bus. berlaku satu konflik dalam diri yang maha hebat. hebat sampai terlintas tak nak pergi langsung ke adelaide. dengan nekad dan tekadnya. walaupun barang dah siap habis packing segala bagai. dengan takdir Allah yang nak diri ini ada kat sana, hati yang keras dna berbolak balik sebelum ni tiba-tiba jadi lembut dan berlapang dada dengan segala benda yang cukup menyesakkan dada. beberapa jam sebelum bus bertolak, hati dan kaki terus digerakkan Allah untuk pergi ke stesen bus. Allah tu sangat hebat. takde sapa boleh deny iradah dan takdir-Nya. walaupun berdosa la banyak diri ni dengan Allah, masih Dia beri peluang. Maha Suci Allah T_T

dari sebelum mula winter gathering sampai la ke akhirnya, melimpah-limpah pengajaran yang Allah campak ke dalam hati. 

eh, bukan setiap saat ke Allah beri tarbiah? 


hidayah itu cahaya. 


cahaya Allah itu begitu menyilaukan. 


kecuali pada yang terhijab darinya. oh.

berjumpa dengan sangat ramai akhawat yang sangat mantap dakwah dan tarbiahnya. hanya mampu melihat dan kagum dari jauh, mengenangkan diri yang baru sangat nak bertatih-tatih dan merangkak dalam jalan ni. takpe.

better late than never.

mula slow-slow insyaAllah Allah pandu. 



ku sangat yaqin dengan itu. cewah. :')

kalau nak cerita didikan yang Allah beri sepanjang kat sana, banyak sangat. malas nak type pepanjang (for the time being) seperti melimpah-limpahnya coklat ke ladang gandum lalu menjadilah cereal coco crunch.

eh.

ke perasan je lebih?

oh. mungkin juga perasan.

bak kata seorang sister dari Brunei lewat tazkirah maghribnya:

"macam mana nak tahu berkesan atau tak tarbiah dari sesuatu program yang kita hadiri tu?  

Apabila amal dan  ketaqwaan kita pada Allah berubah ke arah yang lebih baik

selepas pulang dari program tersebut"



maka mulalah hamba mereflect diri. congak darab bahagi tambah.

dah berapa banyak usrah, daurah, halaqah, etc yang dah pernah di-attend within this few years time?

seberapa cantikkah hasilnya?


oh T_T

No comments: