20120830

tabarruj 2.0

Bismillah.


'clothes don't make you look fat. It's the fat that makes you look fat' 
anonymous. random quote, maybe.


first time stumbled upon that line, macam kene ketuk kepala. sebab im the kind of pompuan yang suke tanya/wonder;


'pakai baju ni nampak gemuk tak?'



that was the reason jugak on why i decided to gunting pendek tudung labuh yang ustazah belikan masa kat sekolah agama petang, 7 years ago. because it makes me look fat. jahat doh -.- baru-baru ni sanggup bagi satu winter jacket bubble kat orang lain sebab bubble tu terlalu bubbly and makes me look fluffy innit. ppffft. dah name pun WINTER JACKET. nak yang tak tebal guane..?

duh! -__-

sungguh sesot lagi menyesotkan mindset itu. zzz.

recently terjumpe entry bergambar yang di-share di fesbuk.

ada kartun perempuan bertudung labuh yang comel versi sailormoon bertudung. hew. tu cantik dah.

tiba tang kata-kata madah puisi kat sebelah kartun tu;

"bla,bla,bla,..wanita solehah itu lebih menarik pada pandangan lelaki.."

i was like, seriously?

kenapa solehah itu di-adress untuk lelaki?

oh, nak husband cenggini aku dulu kene buat cenggini, nak isteri cenggitu, aku dulu kene buat cenggitu.

titik perubahan itu. kerana apa?

tabarruj itu adelah apa saja perhiasan yang menarik pada pandangan lelaki.

solehah itu bukan tabarruj. it is one thing that binds closely to the heart. the qalb.

amal yang bersebabkan dunia itu sangat palsu. tak mampu kekal. hina.

amal yang kerana Allah itu pasti. sampai syurga.

segera mencari titik mula itu.











bulatan [tak] gembira

Bismillah.

setiap kali lepas jumpe insyaAllah rasa macam dilenyek-lenyek dan dipenyek-penyek. sakit. oh.

peluru yang semua ahli-ahli bulatan guna begitu tepat mengena dada. sharp shooter belaka mereka ni.

mana belajar tak tau la.

ilham dari Allah mungkin.

rasa berat. hati dan limbs rase takleh nak gerak. risau tersasar.

berat rupenye jadi maknusia ni T______________T

teringat satu daurah yang diattend masa summer hari tuh. speaker tuh seorang pacik arab. eh no. daku tidaklah reti berbase arab. ada sorang ustad ni ditempah khas semata-mata untuk menterjemah dengan gigih apa yang dicakap. semangat bebenor pak arab ni cakap, sampai tak terkejo-kejo pacik ustad nak translate. kuikui :p

pacik arab ni ada satu trademark. setiap kali soal jawab dan feedback yang dia dapat dari audience;

dia akan cakap:



"Allah Menjadi Saksi!"(atas kata-kata kami)


dengan lantangnya -__-!

maka nye semua orang pun gerun untuk bercakap dan berkata-kata. bimbang kata-kata pacik arab tu jadi betul,

takut dengan murka Allah atas setiap kata-kata sendiri yang tak tertunaikan (as-saff:2)

padahal kalau pak cik tu tak cakap centu pun, Allah memang menyaksikan setiap saat pun.

malaikat-malaikat siap catit lagi.

gulp.

okdahbye.

20120823

ke[tak]sukaan

Bismillah.

kalau suka sesuatu tu kenapa? sebab Allah suka? ataupun semata-mata nafsu yang suka?

kalau benci sesuatu tu kenapa? sebab Allah benci? ataupun semata-mata nafsu yang benci?

macam mana kalau yang nafsu suka tu adalah langkah permulaan yang Allah tak redha sepanjang hayat?

macam mana kalau yang Allah suka tu adalah satu kebahagiaan yang Allah jamin sampai ke syurga?

oh disasternya kalau benci dan suka itu bukan bersebabkan Allah T_T

tazkirah dari seorang sahabat;

'gagalnya mujahadah itu bermula dari permulaan yang salah'

hai la hai.

begitu teruji dengan prinsip sendiri.

niat; the everlasting battle yang maknusia struggle with, sampai mati

20120822

An-Nafs

Bismillah.


alkisah Umar R.A dan sahabatnya pergi ke pasar suatu hari.

sahabat tu teringin nak makan buah ni. so dia pergi beli.

pastu Umar cakap;

"setiap kali nafsu mu mahukan sesuatu kau terus pergi dapatkannya?"

sentap di situ.

okbye.







20120820

heartless

Bismillah

Tadi masa lepak-lepak kat surau sementara tunggu solat ada sorang macik arab dengan anak die kat situ.

comel je budak perempuan tu dalam umur 5/6 tahun centu.

tak nak, tak nak, dan tak nak bersangka buruk pada macik tu. tapi tak boleh tak, sangat obvius dia sangat kasar dengan budak tu. tak khusyu' solat jadinya. sekilas dari anak mata, masa anak macik tu memain dengan sejadah yang dah disusun kat situ, macik tu merentap kasar tangan budak tu. Allah..

menangis budak tu kat situ. tengah solat mase tu. tapi sangat terganggu konsentrasi solat dengan layanan macik arab tu kat anak dia.

makin lama makin kuat budak tu nangis. even though i was not looking at them, i know yang macik tu cubit-cubit and piat-piat anak dia.

budak tu menangis-nangis sambil bercakap sesuatu dalam bahasa arab, which i don't understand. tapi dari lenggok nangisnya seperti dia mintak mak dia berhenti dari whatever yang mak dia buat kat dia.

mungkin budak tu tengah mengadu sakit. kesiannya ya Allah.

kenapa macik tu macam tu? Allah. kalau ye pun degil sangat tak reti dok diam takkanlah sampai nak sakitkan :'(

the event continued. while i was reciting the quran beside them. budak perempuan tu buat nakal lagi. macik arab tu buat sesuatu pada anak dia. budak tu menangis lagi. kali ni tangisan dia lebih panjang dan mendayu. Allah. sayu nye dengar. heartless nya macik arab ni. again, i was not looking at that time sebab tak nak macik tu rasa awkward.

PATUTNYE DIA LA YANG RASA AWKWARD SEBAB ABUSE ANAK DEKAT PUBLIC! emosi.

i was trying to 'help' that poor little girl by once in a while tengok ke arah macik tu, dengan harapan dia malu and stop abusing and harassing her child.

tapi tak berjaya.

minta maaf awak. could not do anything to help you.

oh. :'(

semoga Allah ampunkan macik tu. semoga Allah beri petunjuk pada dia.

semoga Allah pelihara makhluk kecil itu. tsk.

__________________________________________________________________________


in a parallel universe;

hari tu nampak baby yang sangat dijaga oleh nenek dia. this happened masa solat raya kat Flagstaff Garden. dibalut dengan pakaian cantik dan tebal. dipakaikan topi yang berbulu dan fluffy. comel sunggoh. dikendong dengan hati-hati oleh si nenek.

baby itu sangat helpless. sangat bergantung pada Allah.

baby tu tak reti buat pape pun.

tak reti makan,  
tak reti pakai baju,  
tak reti jalan, 
tak reti cakap,  
tak reti selamatkan diri dari bahaya,  
tak reti insulate badan dari rasa sejuk.  
reti nangis and tido je. 


dalam keadaan helpless, fragile dan sangat vulnerable tu, Allah jaga mereka.

Allah turunkan rasa kasih sayang dan cinta yang melimpah-limpah ke dalam hati ibu-ibu mereka.

sehingga terpelihara baby-baby tu setiap saat.

hatta dari seekor lalat sekali pun.


_____________________________________________________________________________


kesejahateraan yang Allah turunkan itu sungguh dirosakkan oleh hati-hati dan tangan manusia yang rosak

:'(

Major.

Bismillah.



for the first few weeks after the uni dah bukak, ramai colleaguse tanye subjek ape yang di amek.

tak pernah berjaya ingat dan listkan semua on the spot. walaupun hanya 4 subjek je yang di-register.

phail much -.-

bila explain tentang the subjects i take for this semester, most people akan berkerut;

eh, awak nak major in agrifood kan, kenapa amek subjek yang takde kaitan? 
eh, banyaknye stream subjek awak amek. awak nak major ape sebenarnya? 
dan yang sama waktu dengannya etc.

macam first world problem je kalau amek subjek yang takde kaitan dengan major. emosi.

padahal my seniors yang major in pharmacology, biochemistry and what not, bile dorang sambung honours degree, sorang pun takde buat specialisation berkaitan dengan major yang dorang buat mase undergrad.

in fact apa yang depa dok belajar 3 tahun tu tak apply langsung pun dalam honours study dorang.

the things is, same je la dengan maknusia ni.

patutunya major dalam akhirat.

tapi semua pakat dok buat subjek yang sangat divert dari course yang di amek.

problem.


Tabarruj

Bismillah.

Hari ni da start sekolah. sedih. okbye.

terasa benar para syaitan dan iblis dilepaskan semalam. terasa sangat. padahal nafsu liar sendiri yang tak terkawal nak salahkan setan plek. terutama bab makan. masyaAllah. nafsu denesor betul. takut dengan diri sendiri. menzalimi perut sendiri dengan hebatnya. oh. nati saya puase ye perut, insyaAllah -.-!

2 3 hari sebelum raya dah mule terfikir-fikir terbayang-bayang terberangan-berangan; nak pakai baju ape, tudung ape dan segala benda yang melekat kat badan masa raya nanti.

i m so perempuan -______-

Perhiasan jahiliyyah.

the other day duk dalam tram otw ke solat terawih, masa tuh friday night, makanya banyaklah mat-mat dan minah-minah salleh keluar malam, mungkin mereka tidak beriktikaf mahupun qiam. mungkin mereka berpergian ke parti dan berkelabing, mungkin. hmm. pakaian mereka sangat menyeksakan mataku ini. dalam keadaan sesejuk less than 10 darjah selsius itu, mereka dengan gembira dan bangganya memakai pakaian yang separuh bogel. WITHOUT any coat or anything.

sanggupnye perempuan-perempuan ni. mungkin puas hati mereka setiap inci tubuh diratah mata-mata dan nafsu hina.

Allah...

pagi raya tuh dalam kepeningan nak pakai baju apa. terkenang balik peristiwa tu kat kepala.

nak cantik-cantik, berhias-hias sangat ni kenapa? dah sama macam w@#$% dah. nak jadi macam dorang ke apa?


dush. dush. dush!

Allah.. tibe-tibe rasa macam kenek tumbuk dengan monolog sendiri T________________T

nak bercantik-cantik sangat ni untuk siapa? Allah ke nafsu? 

memang la. memang. hari raya kena lah pakai baju baru dan cantik, bla, bla, bla. nak merayakan hari kemenangan beribadah selama sebulan, bla, bla, bla.

tapi honestly; iman aku tak cukup kuat.

tak cukup kuat untuk meniatkan segala benda adalah untuk memuaskan Allah hanyasanya semata-mata.

hati tak cukup bersih walau untuk meniatkan tabarruj dengan 'tujuan baik'

there is no fun bila dapat pujian superficial untuk baju, tudung, pakaian, kasut, cantik yang dipakai.

NO FUN at all.

Allah tak pandang. langsung.



" Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu,.." 
(33:33)


______________________________________________________________________________



segera mencapai the darkest and palest attire i have in the closet.










20120818

Itsar

Bismillah

Esok raya. sedih. okbye.

Itsar secara layman term-nya mendahulukan orang lain dari siri seniri.

dulu kekecik teringat diri adelah seorang yang sangat pelokek dalam dunia.

terutama to siblings dalam bab makan espeseli. bile akak dan adik amek sesudu makanan dari pinggan pun mata menjeling kemain lagi sampai nak juling rase. serius busuk gila perangai. tak layak buat menantu (masa tu..hik)

maaflah siblings-ku. dulu tak join usrah dan tak tahu itsar tu apa. plus tak matang jugak.

tapi tak semestinya bile dah masuk tarbiah boleh digest instantly konsep itsar tu dan redha dengan barang yang 'ter'beri dan diambil. still, nafsu itu masih berlegar-legar di sekitar ikhlas.

tarbiah itu bermain dengan masa. really. it takes two to tango. tarbiah dan masa.

eceh. buat idiom sendirik laknye. -..-

semasa dalam fasa 'terpaksa' memberi, selalu mengulang-ulang ayat ni dalam kepala lantas segera disalurkan ke hati agar redha tu datang secepat yang ia mampu:

"apa yang diambil dari kite tu, memang rezeki yang Allah dah qadarkan/tentukan untuk dia. Allah punya, Allah punya, Allah punya semua ni."

*sambil beriltizam gigih menyerap ayat-ayat itu dalam hati sambil mengetap gigi dan menggenggam erat tangan seniri dalam keadaan separuh rela*

it does work actually. tak kire la ada ke tak perasaan ikhlas masa buat tu.

orang kata kalau tak heklas tak payah buat. TAPI ITU SALAH SAMA SEKALI!

orang kampung kata ape ntah? fake it until you make it? haaa..

untuk Allah takpe nak fake-fake ni memula.

itu mujahadah namanya. sebab kite memang nak redha Allah tu sangat-sangat T_____________T

konsep nafsi-nafsi itu perlu dibuang dikikis sehabis-habisnya.

barang yang kite punya bukan kite punya pun. Allah yang bagi segala-galanya walau the fact that kite kata kita yang usahakan, bla, bla segala bagai. semua dari Allah. cuma mungkin asbab dan medium rezeki tu datang dari cara yang lain-lain.

Allahuakbar.

betapa Allah cakap dalam Quran:

berulang-ulang infaq tu Allah sebut. infaq, infaq, infaq.

beri barang yang kita suka pada orang lain. (read: barang yang kite suka). bukan barang lebihan dan sisa yang kita dah tak suka. Allah ajar adab memberi dan menyantuni sesama manusia.

kaum ansar di Madinah begitu mengutamakan muhajirin yang berhijrah dari Makkah. mereka berikan segala-galanya yang mereka ada. hatta isteri mereka sekalipun sanggup diceraikan untuk ditawarkan kepada saudara baru mereka.

MAKNUSIA JENIS APA MEREKA INI?! T___________T 

*emosi+terharu*

mulianya perangai. Allahu Allah.

berbeza benar dengan diriku yang hina ini.

terlalu lokek dan kedekut. sepertinya dapat dibawa masuk ke dalam qubur segala harta yang ada kat dunia.

seperti dapat ditebus dosa-dosa dengan harta-harta hina ni kat depan Allah nanti.

Allah T_T

itsar, itsar, itsar.

semuanya dari Allah. oh.


"Dan orang-orang (Ansar) yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka. 
Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan kepada mereka (muhajirin), atas dirinya sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. 
Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung"
(59:9)
:')





20120816

Keyboard warrior.

Bismillah

takutnye tertakbur, tersombong, ter-riak, ter-bajet, ter-poyo. dalam keadaan kite tak perasaan.

takutnye T_T

kengkadang apa yang terpost di status fb and twitter tu untuk remind orang lain, berdakwah, jugak la at the same time. tapi mungkin diri tak sedar nada dan irama yang di-post itu menunjuk-nunjuk alim atau merendah-rendahkan orang lain. lagak seperti nak berdakwah tapi secara implisitnya mungkin sebenanrnya ia bermaksud; "kau ni tak faham-faham ke benda tu dosa? "slow sangat" "kenapa degil sangat tanak terima hidayah?" "kerasnya hati kau ni" "aku lagi faham dari kau"..

padahal yang memegang hati-hati manusia itu kan Allah. yang mencampakkan hidayah itu juga Allah. Rasulullah berdakwah dengan penuh ikhlas dan kasih sayang, tanpa mahu menyindir-nyindir atu bersarkasme tak tentu hala. hilang sudah dakwah yang penuuh hikmah, ikhlas, tawaddhu' dan kasih sayang. begitu tak kena cara dakwah, hati siapa yang mampu tesentuh?

syaitan tu benar-benar memperindah setiap perbuatan maksiat. astaghfirullah T_T

mungkin jugak kengkadang. ATAU MAYBE SELALU? GGGAHHH!. buat status sebab nak kena-kenakan orang-orang tertentu. biaq bagi depa ghasa (read:rasa) and sentap siket. tak tahu la. mungkin sebab orang tu annoying ke, pemalas ke, sombong ke, whatever. padehal. kite la yang ada sifat-sifat mazmumah tu dalam hati. hati kotor sangat. kotor sampai bersangka-sangka dengan orang lain. tak mampu nak bersangka baik. bukankah hati yang ikhlas itu takut dengan Tuhan-Nya? sungguh berhati-hati walaupun dengan sekadar lintasan hati? T_T

sometimes, beyond my concious mind, i always share and retweet something that i think other people should know and sedar diri. tak sedar pun padahal diri sendiri la yang terutamanya kena sedar  dan telan dalam-dalam apa yang disharekan dan diretweetkan kat laman sosial. eh. kemain sedap share pasal Rohingya, Plaestine, Syria, dengan expectation orang sedih, insaf dan berubah, padahal yang tukang share itu tak merasakan pun perasaan tu. share tu share ni denagn lincahnya tapi tak terasa pun nak hayati dan amalkan sedalam-dalamnya. just share for the sake of sharing. Allah kan tak suka orang yang tak buat apa yang dia cakapkan.

Allah benci, tahu? (as-saff:2)

Allah T_T

last but not least sangat rasa tak betul (read: it does not feel right) bila berdoa, berharap, ber-alhamdulillah pada Allah letak di facebook, twitter. come on! Allah tak perlukan apa-apa medium untuk doa hamba sampai pada Dia.

in the end, apa yang tinggal pada hamba; taqwa dan ikhlas semata-mata.

Allah boleh strip naked setiap amal yang tidak berniat kerana Dia.

tipulah diri sendiri, tipulah manusia.

" Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh Dia Maha Mengetahui segala isi hati " (67:13)


T__________________T

20120802

mata-mata

Bismillah


hari ini berifthar di sebuah uni-yang-tidak-boleh-dinamakan. bukan uni melben yang penting. hewhew.

dari jauh lagi nak sampai ke hall tempat makan dah nampak kelibat lelaki-lelaki duduk dalam hall yang sama dengan perempuan-perempuan. dalam jarak yang dekat. tanpa tabir or anything. i was like. fdeghjgjrewr -.-

tempat tu is so open, is so close denagn tempat perempuan, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan boleh melihat-lihat ke arah satu sama lain dengan bebasnya tanpa sekatan (iman).

this is not right. this is not right.

i thot arab people la should be more particular about this?

masa nak amik makan pun bercampur lelaki, perempuan, though faham2x je bila giliran masing2x nak amik makanan ikut jantina. but still..

MATA!

penat puasa perut, mata lupe pulop nak dipuasakan sama.

oh my ummah.

aigo.