20120830

bulatan [tak] gembira

Bismillah.

setiap kali lepas jumpe insyaAllah rasa macam dilenyek-lenyek dan dipenyek-penyek. sakit. oh.

peluru yang semua ahli-ahli bulatan guna begitu tepat mengena dada. sharp shooter belaka mereka ni.

mana belajar tak tau la.

ilham dari Allah mungkin.

rasa berat. hati dan limbs rase takleh nak gerak. risau tersasar.

berat rupenye jadi maknusia ni T______________T

teringat satu daurah yang diattend masa summer hari tuh. speaker tuh seorang pacik arab. eh no. daku tidaklah reti berbase arab. ada sorang ustad ni ditempah khas semata-mata untuk menterjemah dengan gigih apa yang dicakap. semangat bebenor pak arab ni cakap, sampai tak terkejo-kejo pacik ustad nak translate. kuikui :p

pacik arab ni ada satu trademark. setiap kali soal jawab dan feedback yang dia dapat dari audience;

dia akan cakap:



"Allah Menjadi Saksi!"(atas kata-kata kami)


dengan lantangnya -__-!

maka nye semua orang pun gerun untuk bercakap dan berkata-kata. bimbang kata-kata pacik arab tu jadi betul,

takut dengan murka Allah atas setiap kata-kata sendiri yang tak tertunaikan (as-saff:2)

padahal kalau pak cik tu tak cakap centu pun, Allah memang menyaksikan setiap saat pun.

malaikat-malaikat siap catit lagi.

gulp.

okdahbye.

No comments: