20120906

Purdah

Bismillah.

as i roaming around facebook this morning. jumpelah sekumpulan muslimah di fb yang Allah muliakan, yang mana mereka ni Allah beri kefahaman agama yang cukup tinggi, sensitiviti menjaga maruah itu sangat hebat. so, berpurdah lah mereka. aku hormat and appreciate dorang punya semanagt dan kekuatan untuk cover muka dorang. tak semua orang Allah kurniakan hikmah dan keistimewaan macam tu.

aku pernah terfikir. TER sahaja; unutk berpurdah. sebab bosan dengan keadaan aku yang tak mampu jaga pandangan dan bosan tahap 100 jugak terhadap lelaki yang tak menjaga pandangan dorang. bajetla nak cakap aku lawa sangat macam retis kan. pffft. tapi lelaki kan memang fitrahnya suka pada perempuan. lawa ke tak lawa ke, kalau dah menarik hati..

menjaga pandangan perlukan jihad yang sangat tinggi. sebab yang nak ditundukkan juga adalah hati.

lepas tengok dari satu facebook ke satu facebook yang lain, dalam beberapa facebook muslimah berpurdah yang Allah muliakan ni (gila takdek keje stalk fb orang tak kenal -___________-) terperanjat la. terperanjat sangat. kalau berpurdah itu, hadaf dan tujuannya mestilah untuk mensorokkan diri dari mata-mata lelaki durjana yang tak menjaga pandangan (hoho. feminis gila aku). tapi profile picture dan gambar-gambar lain yang dibiar public, terlihat mereka dengan tak segan silu bergambar. sama seperti muslimah-muslimah lain yang tak berpurdah dan tak bertudung. bezanya cuma, dorang pakai purdah.

lirikan mata itu ye. LIRIKAN MATA ITU.

betul dah dorang berhijab externally tu. nak capai redha Allah yang lebih tinggi. cume tak manis kot eh. bergambar macam tu walaupun dah berpurdah.


semakin faham agama, semakin tinggi jugak sensitiviti kita dan kebasahan hati kite dengan Allah.


semakin jauh tarbiah kite, semakin sedar kite bahawa pandangan Allah itu Maha tembus ke dalam hati.

semakin malu kite untuk berbuat sesuatu bukan bersebabkan Allah. 



apatah lagi untuk menjadikan keredhaan Allah yang hendak dicapai itu menjadi batu loncatan kepada sesuatu. pende ayat keling sangat nih @_@

dulu masa aku mula pakai tudung yang betul-betul, which was last year, setan banyak bermain-main di sekitar ikhlas aku berhijab. i hope they rot in hell. really.banyak gile kot aku bajet dan perasan, biarlah perasaan-perasaan mazmumah tu Allah je yang tahu. wuuuuu T____________________________T

so bile aku tengok mereka-mereka yang berpurdah tu macam tu, tibe-tibe aku sentap sendirik. sebab cover photo aku kat facebook ada gambar muke aku yang jelas, walaupun ada bergambar bersama kawan-kawan yang lain. bajet tak nak feeling sengsorang la dalam gambo kononnya. duh. memangla lengkap dah bertudung  menutup segala apa yang patut.

tapi aku lupe nak tutup sesuatu; hati aku. biar dia terbuai-buai dilekakan syaitan

maka dengan segeranya mendelete cover photo itu. fiufiufiu.

tapi susah doh jadik pompuan ni, ada gambo cam bajet comel sket, sumer nak tunjuk kat fesbuk.

tolonglah kuat untuk tidak men-display gambar apa-apa yang mendatangkan fitnah ke hati lelaki.

Allah..








No comments: