20121128

Perempuan kuat

Bismillah

Aku rasa kakak ni makhluq yang paling kuat pernah aku jumpe. Ever. Aku selalu tertanya macam mana perasaan dia hidup selama 20 tahun lebih ditakdirkan Allah bersuami macam tu. Kadang kadang nampak dia happy. Kadang kadang nampak dia stress. Tpi yg stress tu selalu dia tutup dengan 'kekuatan' tu. Supaya orang tak nampak sanagt how much she suffers; mentally. Supaya dia boleh pretend bahagia and shows the world that she is doing fine. Walau pun sebenarnya she is not ok. Atau pun sebenarnya buat buat ok supaya some day dia akan dapat rasa ok tu betul betul.

Nouman ali khan used to say, untuk certain people, Allah akan mentakdirkan mereka 'stuck' dengan orang yang mereka tak suka. Orang yang ada blood related, or husband or wife, mother, father and so on. Orang yang kita berhubungan dengan dia semata mata sebab ada pertalian darah sahaja. Kalaulah Allah mentakdirkan mereka bukan sesiapa langsung pada kita, kita takkan nak pun ada apa apa hubungan dengan orang tu. Yes. To that extent. Ujian yang berat. Dealing with people u cant run away from.

And i guess kakak tu redha bertahan dengan suami macam tu. And idk why. Only God does.

I have a strong feeling. The kids pun tak suke with the dad. Mereka faham benar dengan perangai si bapa. Terpaksa stick with him sebab he is the father. Not more than that.

And i wonder, masih tahan ke wahai kakak bila dilayan macam tu rupa dari si suami?

Again. Cinta. Kasihan. Responsibility. Mercy. Worry. Dependency. Loneliness. Perception. Mixed into one and cling tightly to her. Make it near impossible to get herself away from this ugly reality.

Semoga kesabaran itu Allah ganti dengan ganjaran paling baik di sisi Dia.

Aku selalu berfikir bagi pihak si bapa.

Tak rasa bersalah ke buat macam tu pada anak dan isteri?

Tak rasa bersalah ke mencabul hak anak dan isteri for not  giving nafkah and tarbiyyah pada mereka?

Tak rasa ke apa yang dia buat selama ni akan dipertanggungjawabkan Allah?

Tak rasa ke hidup dia sekarang meaningless?

And this would eventually lead to;

Mak bapak si bapak tak mengajar ke anak lelaki mereka to be a real man?

And this would then lead to;

Korupnya institusi family sekarang ni.

Bila takdek Allah dalam hati yang membimbing. Senang je langgar semua peraturan yang Allah tetapkan

Senang je nak langgar hak isteri dan anak-anak.

Senang sangat nak jadi orang useless.

Banyaknya kerja..

MasyaAllah.

And for the zillionth times;

'God, why?'

t.t

20121125

Ana enta enti

Bismillah

Pagi tadi right after masak nasi gureng duduk duduk la surf youtube. Terjumpa drama 'warkah cinta'. Basically background cerita ni pasal budak sekolah agama, stock2x budak sekolah arab camtu. And after tengok sepuluh minit pertama (x campur skip2x part) i was truly disappointed. Keciwa sangat.

However, aku respect penulis citer tu dan usaha nak memperkenalkan cinta islamik kepada viewers, and it is really really not fair for me to judge cerita tu dengan sekali tontonan gitu. Cewah.

The idea of 'cinta maknusia' is brought up secara intense, budak sogama (sekolah agama) lagik. So ironik. Sudah sudah la wahai pemuda islam kita dihanyutkan dengan cerita cerita begini.

Walaupun banyak kali dah kenek marah (x literally) dengan roomate yang bekas sogama, sebab aku selalu letak high expectation pada diorang. As in diorang kenek la alim, tudung labuh, faham agama, berbudi pekerti, bla bla bla. Dia marah sebab aku akan selalu membebel pada dia bila jumpe budak sogama yang tak up to my expectation. mereka pun manusia bukan malaikat. Mereka pun ada fitrah n nafsu. Well well..

Cekadak banyak kan aku ni nak membebel kan orang. Padahal diri aku sendirik pasti-pasti lebih jahil dan berdosa sebab aku pasti dengan dosa aku sendirik. Padahal dosa pada diri mereka hanya sangkaan aku semata mata. Tak tahu betul atau tak. Mungkin di malam harinya mereka dah mengadu,  bertaubat n kembali pada Allah. Kau ada tak?

Astaghfirullah astaghfirullah t.t

So pointnya is, rakyat malaysia dah cukup terbeban mindsetnya dengan cerita cerita cinta cheesy wedges sebegini. Eh. Semoga cerita derama ini meneutralkan balik mindset kita kepada fitrah islam yang sebenar. At least. Hopefully.

But i'll not watch this drama anytime in the future, insyaallah. i so cannot tolerate to things going on in it.

Its too much for my brain to handle.

20121124

Mati

Bismillah

Yesterday i just found out a friend of mine masa skolah menengah rendah mati. Can i say like 'meninggal dunia'? She's a chinese and it kinda weird to refer such term to a non muslim.

Anyways.

Bile dapat tahu tu, terus menangis bersungguh. Hiba sangat. Tapi tetibe rasa pelik dengan diri sendiri, masa in the middle of sobbing and tsk-ing tu terlintas di fikiran; aku tak sesedih macam ni pun bole baca pasal syuhada' di palestin and tak se-sobbing ni pun bila tahu pasal brutally massacred children of gazah. Dorang tu sedara seakidah kot compared to cina tu.

Shish. Something is wrong with me :'l

kakak si mati akan post something kat wall adik dia almost everyday. And many of her friends too. They truly believe yg si mati tengah happy ever after kat 'heaven' and is watching over them yang masih hidup kat bumi. And able to read all the posts they write on her fb's wall.

It's kinda hillarious, for me. Eh.

Because we know dalam islam there is no such thing as happy ending melainkan bila terdapatnya kitab amalan di tangan kanan di hari hisab.

Because we believe, setiap inci amalan akan dihakimkan. And we believe those yang engkar pada Tuhan akan masuk Jahannam. Kecuali atas belas Dia.

And because we believe we're held accountable and responsible for every action.

Ada sesiapa ke yang dah sebar, ajak dia pada islam?

If not. she ll be pointing fingers to each and every muslim on the day of judgement.

For not introducing her to her very own Almighty Rabb.

And in this case. Aku percaya; Allah itu Maha Maha Adil.

*nangis*

20121115

Marah

Bismillah.

aku emosi dengan lelaki yang tak menjaga mata. Wallahi.

aku rasa mereka sangat biadap. kurang ajar.

we are that cheap in your eyes?

serius aku lemas.

aku kasihan dengan saudara-saudara aku dan diri sendiri

yang tertayangkan maruah di hadapan mata-mata buas itu,

semoga Allah lembutkan hati aku dan mereka untuk terus menutup.

Wallahi. this is annoying.

20121112

Al-Muhit

Bismillah.


Syed Qutb menulis;

dia melihat cita-cita manusia itu, cita-cita keanak-anakan,

keinginannya, keinginan keanak-anakkan.

impiannya, impian keanak-anakan.

manusia-manusia yang tak kenal Tuhan persis orang mabuk. tak sedarkan diri.

kena ketuk. ketuk. ketuk dan ketuk. goncangkan. gegar sampai bangun.

Salim A. Fillah,

katanya; Angan sia-sia itu mematikan amal. 

which i think, that's what i have been doing all this while, every single second.

tak senang hidup jadi orang faham.

sebab u really know, Allah akan persoalkan setiap inci amal.

even sekecil-kecil lintasan hati.

tak boleh nak gerak dah.

paralysed.

t.t

(69:27)





20121111

Confessions of a Shopaholic

Bismillah.


if u perasan the title of this entry belongs to a book written by Sophie Kinsella. back then when i was in KMB, sukak gila baca buku tu. dia ada banyak series, besides Nicholas Spark punya buku. Sophie ni ala-ala girly camtu buku die, sesuai sangat dengan jiwa aku yang konon-konon feminine. pacik spark ni suka tulis buku yang jiwang jiwang gitu. so i yang masa tu remaja keliru yang tak jumpe tujuan hidup berhempas pulas la uolls baca buku-buku mereka dengan gigihnya, despite claim knon-konon takde masa langsung masa untuk benda selain academic -.-!

pastu teringat la satu masa ni. masa tu cuti pe ntah. so aku dengan bersungguhnya pinjam la buku2x  genre cantu utnuk membunuh masa (kill the time) kalau bosan-bosan ke tibe tibe kan. so satu hari ni kak Naqibah call tanya khabar. and Allah takdirkan masa tu aku tengah baca this one book, english novel tak hingat pe ntah nama dia. pastu dia tanya tengah buat apa.


masa tu kak Naqibah kot yang call. u know that feeling. deep down in my heart, tak sedapla nak bitau aku tgah baca buku camtu. dah la tak islamik. unsur dakwah jauh la sekali. pastu end up bitau je la tajuk buku tu, pastu goreng la alasan, nak membenarkan perbuatan aku membaca buku tu. aku pun goreng sesedap rasa, cakap la;


"kite baca buku ni sebab nak improve english la kak. besides banyak pengalaman yang kite boleh ambik dari penulis. Bla, bla, bla..."


*konteks ayat diubah mengikut kesesuaian*

ececeh. kemain sodap lagi menggoreng ayat masa tu. pastu kak Naqibah pun reply;


"banyak lagi buku fikrah and dakwah yang kite belum cover lagi(dalam usrah). seeloknya awak baca buku-buku tu dulu sebelum baca buku tu (the novel that i was reading masa tu)"


dush. amek se das.

so yeah. aku ingat lagi ayat kakak tu sampai sekarang. after almost like 4 years ago. thanks la akak. sampai sekarang kite teringat ayat akak everytime berniat nak baca buku lagha. sobs. may Allah bless u kakak :')

oh nak ceritanya, tadi pegila meneman roomate shopping souvenir bawak balik mesia nanti. tahun ni aku sangat jarang dah shopping compared to last year. last year shopping bagai nak rak kot. almost every week akan keluar untuk shopping. i was like. what was i thinking back then? spend money tak hengat dunia. and i was really known for my bad habit tu among akhawat. so kalau nak shopping tu tak ajak dorang pun. cos i dont want their time wasted sebab accompany me. ceh padahal masa sendiri yang wasted takpe. zzz. -.-

so yeah. tapi lama-lama habit tu makin kurang, makin kurang. seiring berjalan tarbiah. sebab yang batil tu tetap akan nampak batil kan. bukanlah nak cakap shoppping tu dosa besar dan masuk ke neraka kerananya. tapi banyak benda yang wasted kot sebab tu.


my time is wasted for nothing

my money is wasted for momentary pleasure

my soul is wasted for the hawa' (nafs)


so it's clear. shopping is not really healthy for ur soul. except if u have a very solid reason nak berbeli belah. cam dulu alasan aku shopping sebab, nak baru bertukar fashion. dari yang not-so-muslimah kepada yang lebih decent and moderate. because last year, baju-baju yang dibawak ke melben semuanya tak tutup aurat betul-betul yang betul. like, blouse or t shirt tu tak cover punggung, jarang, kecik and the list goes on. so wardrobe memang kene 360 degree tukar. sangat tak lepas nak dibawak keluar.

so beli la. beli beli beli. lelama it becomes addictive. man! setan dah mencucuk dah. masuk jarum dah dia. so it's not healthy la konklusinya. bad effect dia adalah, almost everyday, termenung depan wardrobe nak pakai baju apa, matching dengan skirt apa, warna apa, that sort of stuff. hati sanagt tak terjaga. keinginan ber-tabarruj (berhias) sangat membuak walaupun kononnya menutup aurat. T_T

aku lupa. jasad tu dah tertutup litup. tapi lupa nak tutup hati. leka, lalai biar dia dimain-mainkan nafsu.

My god. my time is really wasted for that kot! sahabat Baginda S.A.W dulu sampai lusuh-lusuh kot baju sebab takde duit nak beli baru. aku? beli sesuka hati macam takde tujuan hidup. everyday termenung buang masa fikir baju apa nak pakai pegi kelas.orang syria and palestine takde masa pun nak fikir benda tu semua, yang diorang fikir is syahid, syahid semata-mata. wasted, wasted kot hidup. sangat bertentangan dengan tujuan hidup yang Allah ciptakan. tsk. t.t 

enough tu enough la kan.

and tadi gi shopping tu, hati aku sanagt rasa tak best. untuk orang lain, takpe la. teman diorang, untuk meraikan their needs to buy things. but for myself, it does not feel right anymore. dah tak jumpa dah kemanisan iman dalam bershopping tu. eh.

plus aku pening. ramai sangat makhluk Allah yang dah tak jumpa baju yang fit their size. it's summer. Al-maklumlah. banyak sangat pencemaran mata hari ni. too much of it. make me feel dizzy oredi. setiap korner yang terpandang pun, mata akan tercemar dengan hebatnya. Allahh.

ya Allah, macam mana lah nak pulangkan balik sepasang mata ni pada Allah si Empunya. terlalu hitam pekat, penuh dengan dosa. malu nak pulangkan semula T_T


semoga Tuhan sembuhkan hati yang dah rosak teruk ni. Allah.


sekian.


confession of a broken heart.


20121103

Bend it like Beckham

Bismillah

*brace urself. this is another very long post of mine*


hari tu kami bincang dalam usrah pasal akhlaq. akhlaq tu apa? 

akhlaq tu adalah perkataan, perbuatan yang terkeluar dari kita tanpa kite perlu berfikir dua kali tentang benda tu.

contohnya, say like ada orang tertumpahkan kicap atas baju kite masa tengah makan, what's gonna be our reaction masa tuh? nak sabar? nak senyum? nak marah? nak tido? eh. haaa. 

reaksi yang pertama sekali terkeluar tanpa perlu dipikirin (read: difikirkan) itulah akhlaq. nah!

aku teringat masa pegi winter gathering ka adelaide masa tengah tahun hari tu. Allah memang telah menciptakan satu hamba Allah ni untuk aku diuji dengan. dan hamba Allah itu telah dengan berjayanya menguji kesabaran, keimanan dan ke-ukhwwah-an diriku ini. ku namakan dia kakak X. cewah.

kami ditakdirkan untuk bergerak ke tempat program bersama-sama. sebab kete tak cukup and takde akhwat yang free nak bawak kami, kami terpaksa bergerak sendiri dan cari jalan sendiri. so kitorang naek bus, berbekalkan google map andgut feeling. because im the only one yang duduk adelaide lama sikit dari geng kakak X, tu, aku pun kononnya ditauliahkan (secara tak rasmi) to lead the way. sangat sesat masa tuh. i think we got into the wrong bus, wrong way, and wrong stop. kakak X tu macam keep pressuring me. macam keep questioning betul ke jalan yang aku bawak dorang tuh. aku pun dah semestinya la tak sure. tapi berusaha la dengan sesungguhnya nak membawa mereka ke jalan yang lurus dan Allah redhai. eh. ke tempat yang betul la. 

but, HEY, aku pun baru sampai adelaide bape hari je pun. tak familiar pun dengan tempat tu. duhhh! chill la kakak X. takmo la emo sangat. tak akhawat la camtu yaw. bila rasa ter-pressure dengan soalan2x dari dia. hati aku mula emo dan teruji. meh la cari jalan sama2x. takyah la nak salahkan aku 100%. hati aku yang tak berapa nak suci ni mula berasa geram. tapi masih sabar lagi masa tu. akhawat kot. cuba berlapang la dada dengan dia. memang salah aku kot tak effisien cari jalan, agaknya. chill chill :)

scene kedua, masa tengah on the way ke tempat program tu, lepas tanya sorang local tunjukkan jalan, kami pun jumpe la tempat tu, Alhamdulillah. pastu tengah jalan-jalan tu, tibe-tibe kakak X tu tegur aku;


"eh, awak, jalan kat tepi sikit boleh tak? orang nak jalan kat tengah tu."


and i was like -.-

jalan tu punye la besau. and takde orang pun masa tu as in tak ramai orang pun jalan kat situ. it was not a big deal pun kot aku jalan kat situ. and i dont think it would be an issue negara australia ponnn. ok. hat ni aku dah ter-geram untuk kali kedua. i was like; pehal ntah kakak ni?. nada tak puas hati je macam. aku ada mengganggu ketenteraman hati dia ke? at this point, walau pon geram and terkecik hati, sabar lagi. betul kot, salah aku. jalan kat tengah2x alam buat apa. so. bagi laluan. senyum :)

ada seorang kakak (kakak Y) ni terperasan, yang aku mungkin terguris dengan perlakuan kakak X towards aku, sepanjang kami berjalan bersama, right dari scene bus tadi , which i did. tergores hatiku ini. oh, 

dia pegang tangan aku. dia bisik;


"sabar eh awak. dia memang macam tu" 
*senyum sambil mengusap-usap bahu aku*


Mula je saat tu aku rasa nak menangis sangat. bergenang air mata. dah nak melimpah dah ke ladang gandum. tapi aku menyeka nya (read: menahan). cewah. MASYAALLAH..AT LAST, ADA PON WITNESS YANG NAMPAK AKU TAK SALAH AND AKU TAK OVER SENSETIP PONN SEBENARNYAA. wuuu. sebak sebab ada orang yang faham aku. t.t

jazakillah khairan kathira kakak Y. Right at that isntant aku teus jatuh chenta dengan kakak Y itu. :') dia sanagt baik. semoga Allah berkati dan melimpahkan rahmat dan hidayah atas kakak Y :)

scene ketiga. ditakdirkan Allah lagi, on the next day of program, masa lunch, aku ditakdirkan makan sedulang dengan kakak X, again. so aku pun macam -.- takpelah. benda dah lalu dah la kot. biarla dia. senyum.

ditakdirkan Allah juga nasik dalam dulang kitorang sangat banyak, alhamdulillah. tapi perut aku sangat tak mengizinkan aku untuk habiskan nasik dengan dorang. so i was like, berhenti half way. sebab dah kenyang sangat. Kakak X tu tanya, kenapa aku dah benti makan. aku ingat lagi ayat yang aku cakap pada kakak X;


"Kite dah kenyang la kak. tak nak menzalimi perut" 


pastu kakak X tu berkerut. dia stop makan. lama dia senyap. pastu dia keluarkan cam satu hujah, hadith ke ape ntah, tak ingat, point nya, dia mcam nak beritahu, membazir tu amalan syaiton, macam tu la. nak cakapnye macam salah la kenyataan aku tu and aku tak harus berhenti makan. aku macam nak tenangis kat situ jugak masa tu. KAKAK NI DAH KENAPA??? AKU DAH KENYANG NAK BUAT CAMANE. TAKKAN NAK TERUS SUMBAT NASIK SAMPAI MUNTAH KOTT. wuuu t.t

physiologically memang aku dah tak larat nak makan punn. huk.

aku dah nak ternangis lagi kat situ jugak bila dia cakap macam tu kat aku di depan 4/5 orang yang makan dalam dulang yang sama. why God why T_T

aku tahan marah tu. aku diam. terus tak cakap apa. bangun and basuh tangan. again. aku rasa mungkin salah jugak kot sebab takde kapasiti perut yang besar nak sumbat nasi banyak-banyak.

aku cuba bersabar and keep calm. Allah nak uji ni. Allah nak uji ni. kalau nak balas balik dan kurang ajar dengan kakak X tu boleh sanagt dah. sebab geram sangatt.


tapi Allah tak suka aku berperasaan macam tu. aku marah bukan sebab Allah. so tak boleh marah. wuuuu. kena sabar lagi. teringat ayat Ali-Imran (3:134). Allah kata tahan marah, maafkan kesalahan orang lain.


baiklah. Allah memang nak uji aku dengan 'turunkan' kakak X tu pada aku. baiklah ya Allah t.t

scene ke-4. the last day masa program tu da  nak habis, ada sesi bersalam-salaman, berpeluk-pelukan, berlaga-laga pipi sesama akhawat. beselah akhwat kan... nak berpisah peluk cium kemain lagi. nangis-nangis sikit. tu sweetnya akhawat ni. ukhuwwah fillah abadan abada gitu. eh.

pastu aku dah peluk cium salam semua orang. ada sorang lagi ni aku tak salam. and u know who.

kalau ikutkan hati ego aku ni. taknak langsung pun bersalam berpeluk dengan dia. sebab dia break my heart into pieces wuuuu u.u

tapi zass, teringat ayat Allah. Allah benci orang yang memutuskan tali persaudaraan. aku tak ingat ayat mana. tapi ayat tu terlalu, sangat kuat utnuk patahkan aku dari terus ego dan berlagak dengan perangai jahiliah.

zasss jugak teringat ayat Allah dalam surah Al-Luqman. Allah tak suka orang berjalan atas muka bumi dengan keadaan sombong.

zasss, zasss, zass everywhere. hati aku rebah. tak sanggup memperjudikan redha Allah dengan sifat takabbur sendiri T_T

soooo..dengan segagah mungkin. aku pergi straight kat kakak X, senyum dan hulurkan tangan bersalam. berat seperti gunung yang menghempap bahu. sebab aku tahu aku tak salah. kakak X, tu yang salah. dia la kenek salam aku dulu. 

tengok tu. jahat tak hati kecilku itu? T_T

SO. khalas. aku dah tak jumpa dah kakak X lepas tu sebab dia study kat New Zealand and maybe dah balik for good dah next year. probabily tak jumpa pun dia dalam mana2x program next year.

tahniahla kakak X. anda benar-benar telah mentarbiah hati ni untuk tunduk setunduk-tunduknya. tunduk pada Allah T_T semoga Allah pandu awak wahai kakak.

so tu la nak cakapnya. nak bentuk hati, sampai dia tunduk dengan fitrah Allah, sampai dia terkeluar menjadi akhlaq yang tak perlu di buat-buat. saaaaaangat la susah. sangat susah. samapi saat ni aku masih struggle nak bentuk akhlaq tu. sebab Allah keep sending me orang-orang yang berperangai seperti kakak X untuk uji dan lentur hati aku. 

ataupun sebenarnya aku kah versi kakak X tu di mata orang lain? :o


kemaafan, berlapang dada, dan berbaik sangka itu mahal harganya. rupa-rupanya.


i came across this quote the other day:


"Allah will make u bend, but He'll never let you break"


ke-egoan, kebesaran diri, ke-bajetan diri tu, Allah lentur (bend), selentur-lenturnya. sampai lunyai.

tapi Dia takkan pernah patah-kan kita. 

that is why:

the tajuk of my entry is; "bend it like beckham"

because there is the word "bend" there. eh. 

ahaks.

:p