20121103

Bend it like Beckham

Bismillah

*brace urself. this is another very long post of mine*


hari tu kami bincang dalam usrah pasal akhlaq. akhlaq tu apa? 

akhlaq tu adalah perkataan, perbuatan yang terkeluar dari kita tanpa kite perlu berfikir dua kali tentang benda tu.

contohnya, say like ada orang tertumpahkan kicap atas baju kite masa tengah makan, what's gonna be our reaction masa tuh? nak sabar? nak senyum? nak marah? nak tido? eh. haaa. 

reaksi yang pertama sekali terkeluar tanpa perlu dipikirin (read: difikirkan) itulah akhlaq. nah!

aku teringat masa pegi winter gathering ka adelaide masa tengah tahun hari tu. Allah memang telah menciptakan satu hamba Allah ni untuk aku diuji dengan. dan hamba Allah itu telah dengan berjayanya menguji kesabaran, keimanan dan ke-ukhwwah-an diriku ini. ku namakan dia kakak X. cewah.

kami ditakdirkan untuk bergerak ke tempat program bersama-sama. sebab kete tak cukup and takde akhwat yang free nak bawak kami, kami terpaksa bergerak sendiri dan cari jalan sendiri. so kitorang naek bus, berbekalkan google map andgut feeling. because im the only one yang duduk adelaide lama sikit dari geng kakak X, tu, aku pun kononnya ditauliahkan (secara tak rasmi) to lead the way. sangat sesat masa tuh. i think we got into the wrong bus, wrong way, and wrong stop. kakak X tu macam keep pressuring me. macam keep questioning betul ke jalan yang aku bawak dorang tuh. aku pun dah semestinya la tak sure. tapi berusaha la dengan sesungguhnya nak membawa mereka ke jalan yang lurus dan Allah redhai. eh. ke tempat yang betul la. 

but, HEY, aku pun baru sampai adelaide bape hari je pun. tak familiar pun dengan tempat tu. duhhh! chill la kakak X. takmo la emo sangat. tak akhawat la camtu yaw. bila rasa ter-pressure dengan soalan2x dari dia. hati aku mula emo dan teruji. meh la cari jalan sama2x. takyah la nak salahkan aku 100%. hati aku yang tak berapa nak suci ni mula berasa geram. tapi masih sabar lagi masa tu. akhawat kot. cuba berlapang la dada dengan dia. memang salah aku kot tak effisien cari jalan, agaknya. chill chill :)

scene kedua, masa tengah on the way ke tempat program tu, lepas tanya sorang local tunjukkan jalan, kami pun jumpe la tempat tu, Alhamdulillah. pastu tengah jalan-jalan tu, tibe-tibe kakak X tu tegur aku;


"eh, awak, jalan kat tepi sikit boleh tak? orang nak jalan kat tengah tu."


and i was like -.-

jalan tu punye la besau. and takde orang pun masa tu as in tak ramai orang pun jalan kat situ. it was not a big deal pun kot aku jalan kat situ. and i dont think it would be an issue negara australia ponnn. ok. hat ni aku dah ter-geram untuk kali kedua. i was like; pehal ntah kakak ni?. nada tak puas hati je macam. aku ada mengganggu ketenteraman hati dia ke? at this point, walau pon geram and terkecik hati, sabar lagi. betul kot, salah aku. jalan kat tengah2x alam buat apa. so. bagi laluan. senyum :)

ada seorang kakak (kakak Y) ni terperasan, yang aku mungkin terguris dengan perlakuan kakak X towards aku, sepanjang kami berjalan bersama, right dari scene bus tadi , which i did. tergores hatiku ini. oh, 

dia pegang tangan aku. dia bisik;


"sabar eh awak. dia memang macam tu" 
*senyum sambil mengusap-usap bahu aku*


Mula je saat tu aku rasa nak menangis sangat. bergenang air mata. dah nak melimpah dah ke ladang gandum. tapi aku menyeka nya (read: menahan). cewah. MASYAALLAH..AT LAST, ADA PON WITNESS YANG NAMPAK AKU TAK SALAH AND AKU TAK OVER SENSETIP PONN SEBENARNYAA. wuuu. sebak sebab ada orang yang faham aku. t.t

jazakillah khairan kathira kakak Y. Right at that isntant aku teus jatuh chenta dengan kakak Y itu. :') dia sanagt baik. semoga Allah berkati dan melimpahkan rahmat dan hidayah atas kakak Y :)

scene ketiga. ditakdirkan Allah lagi, on the next day of program, masa lunch, aku ditakdirkan makan sedulang dengan kakak X, again. so aku pun macam -.- takpelah. benda dah lalu dah la kot. biarla dia. senyum.

ditakdirkan Allah juga nasik dalam dulang kitorang sangat banyak, alhamdulillah. tapi perut aku sangat tak mengizinkan aku untuk habiskan nasik dengan dorang. so i was like, berhenti half way. sebab dah kenyang sangat. Kakak X tu tanya, kenapa aku dah benti makan. aku ingat lagi ayat yang aku cakap pada kakak X;


"Kite dah kenyang la kak. tak nak menzalimi perut" 


pastu kakak X tu berkerut. dia stop makan. lama dia senyap. pastu dia keluarkan cam satu hujah, hadith ke ape ntah, tak ingat, point nya, dia mcam nak beritahu, membazir tu amalan syaiton, macam tu la. nak cakapnye macam salah la kenyataan aku tu and aku tak harus berhenti makan. aku macam nak tenangis kat situ jugak masa tu. KAKAK NI DAH KENAPA??? AKU DAH KENYANG NAK BUAT CAMANE. TAKKAN NAK TERUS SUMBAT NASIK SAMPAI MUNTAH KOTT. wuuu t.t

physiologically memang aku dah tak larat nak makan punn. huk.

aku dah nak ternangis lagi kat situ jugak bila dia cakap macam tu kat aku di depan 4/5 orang yang makan dalam dulang yang sama. why God why T_T

aku tahan marah tu. aku diam. terus tak cakap apa. bangun and basuh tangan. again. aku rasa mungkin salah jugak kot sebab takde kapasiti perut yang besar nak sumbat nasi banyak-banyak.

aku cuba bersabar and keep calm. Allah nak uji ni. Allah nak uji ni. kalau nak balas balik dan kurang ajar dengan kakak X tu boleh sanagt dah. sebab geram sangatt.


tapi Allah tak suka aku berperasaan macam tu. aku marah bukan sebab Allah. so tak boleh marah. wuuuu. kena sabar lagi. teringat ayat Ali-Imran (3:134). Allah kata tahan marah, maafkan kesalahan orang lain.


baiklah. Allah memang nak uji aku dengan 'turunkan' kakak X tu pada aku. baiklah ya Allah t.t

scene ke-4. the last day masa program tu da  nak habis, ada sesi bersalam-salaman, berpeluk-pelukan, berlaga-laga pipi sesama akhawat. beselah akhwat kan... nak berpisah peluk cium kemain lagi. nangis-nangis sikit. tu sweetnya akhawat ni. ukhuwwah fillah abadan abada gitu. eh.

pastu aku dah peluk cium salam semua orang. ada sorang lagi ni aku tak salam. and u know who.

kalau ikutkan hati ego aku ni. taknak langsung pun bersalam berpeluk dengan dia. sebab dia break my heart into pieces wuuuu u.u

tapi zass, teringat ayat Allah. Allah benci orang yang memutuskan tali persaudaraan. aku tak ingat ayat mana. tapi ayat tu terlalu, sangat kuat utnuk patahkan aku dari terus ego dan berlagak dengan perangai jahiliah.

zasss jugak teringat ayat Allah dalam surah Al-Luqman. Allah tak suka orang berjalan atas muka bumi dengan keadaan sombong.

zasss, zasss, zass everywhere. hati aku rebah. tak sanggup memperjudikan redha Allah dengan sifat takabbur sendiri T_T

soooo..dengan segagah mungkin. aku pergi straight kat kakak X, senyum dan hulurkan tangan bersalam. berat seperti gunung yang menghempap bahu. sebab aku tahu aku tak salah. kakak X, tu yang salah. dia la kenek salam aku dulu. 

tengok tu. jahat tak hati kecilku itu? T_T

SO. khalas. aku dah tak jumpa dah kakak X lepas tu sebab dia study kat New Zealand and maybe dah balik for good dah next year. probabily tak jumpa pun dia dalam mana2x program next year.

tahniahla kakak X. anda benar-benar telah mentarbiah hati ni untuk tunduk setunduk-tunduknya. tunduk pada Allah T_T semoga Allah pandu awak wahai kakak.

so tu la nak cakapnya. nak bentuk hati, sampai dia tunduk dengan fitrah Allah, sampai dia terkeluar menjadi akhlaq yang tak perlu di buat-buat. saaaaaangat la susah. sangat susah. samapi saat ni aku masih struggle nak bentuk akhlaq tu. sebab Allah keep sending me orang-orang yang berperangai seperti kakak X untuk uji dan lentur hati aku. 

ataupun sebenarnya aku kah versi kakak X tu di mata orang lain? :o


kemaafan, berlapang dada, dan berbaik sangka itu mahal harganya. rupa-rupanya.


i came across this quote the other day:


"Allah will make u bend, but He'll never let you break"


ke-egoan, kebesaran diri, ke-bajetan diri tu, Allah lentur (bend), selentur-lenturnya. sampai lunyai.

tapi Dia takkan pernah patah-kan kita. 

that is why:

the tajuk of my entry is; "bend it like beckham"

because there is the word "bend" there. eh. 

ahaks.

:p


No comments: