20121111

Confessions of a Shopaholic

Bismillah.


if u perasan the title of this entry belongs to a book written by Sophie Kinsella. back then when i was in KMB, sukak gila baca buku tu. dia ada banyak series, besides Nicholas Spark punya buku. Sophie ni ala-ala girly camtu buku die, sesuai sangat dengan jiwa aku yang konon-konon feminine. pacik spark ni suka tulis buku yang jiwang jiwang gitu. so i yang masa tu remaja keliru yang tak jumpe tujuan hidup berhempas pulas la uolls baca buku-buku mereka dengan gigihnya, despite claim knon-konon takde masa langsung masa untuk benda selain academic -.-!

pastu teringat la satu masa ni. masa tu cuti pe ntah. so aku dengan bersungguhnya pinjam la buku2x  genre cantu utnuk membunuh masa (kill the time) kalau bosan-bosan ke tibe tibe kan. so satu hari ni kak Naqibah call tanya khabar. and Allah takdirkan masa tu aku tengah baca this one book, english novel tak hingat pe ntah nama dia. pastu dia tanya tengah buat apa.


masa tu kak Naqibah kot yang call. u know that feeling. deep down in my heart, tak sedapla nak bitau aku tgah baca buku camtu. dah la tak islamik. unsur dakwah jauh la sekali. pastu end up bitau je la tajuk buku tu, pastu goreng la alasan, nak membenarkan perbuatan aku membaca buku tu. aku pun goreng sesedap rasa, cakap la;


"kite baca buku ni sebab nak improve english la kak. besides banyak pengalaman yang kite boleh ambik dari penulis. Bla, bla, bla..."


*konteks ayat diubah mengikut kesesuaian*

ececeh. kemain sodap lagi menggoreng ayat masa tu. pastu kak Naqibah pun reply;


"banyak lagi buku fikrah and dakwah yang kite belum cover lagi(dalam usrah). seeloknya awak baca buku-buku tu dulu sebelum baca buku tu (the novel that i was reading masa tu)"


dush. amek se das.

so yeah. aku ingat lagi ayat kakak tu sampai sekarang. after almost like 4 years ago. thanks la akak. sampai sekarang kite teringat ayat akak everytime berniat nak baca buku lagha. sobs. may Allah bless u kakak :')

oh nak ceritanya, tadi pegila meneman roomate shopping souvenir bawak balik mesia nanti. tahun ni aku sangat jarang dah shopping compared to last year. last year shopping bagai nak rak kot. almost every week akan keluar untuk shopping. i was like. what was i thinking back then? spend money tak hengat dunia. and i was really known for my bad habit tu among akhawat. so kalau nak shopping tu tak ajak dorang pun. cos i dont want their time wasted sebab accompany me. ceh padahal masa sendiri yang wasted takpe. zzz. -.-

so yeah. tapi lama-lama habit tu makin kurang, makin kurang. seiring berjalan tarbiah. sebab yang batil tu tetap akan nampak batil kan. bukanlah nak cakap shoppping tu dosa besar dan masuk ke neraka kerananya. tapi banyak benda yang wasted kot sebab tu.


my time is wasted for nothing

my money is wasted for momentary pleasure

my soul is wasted for the hawa' (nafs)


so it's clear. shopping is not really healthy for ur soul. except if u have a very solid reason nak berbeli belah. cam dulu alasan aku shopping sebab, nak baru bertukar fashion. dari yang not-so-muslimah kepada yang lebih decent and moderate. because last year, baju-baju yang dibawak ke melben semuanya tak tutup aurat betul-betul yang betul. like, blouse or t shirt tu tak cover punggung, jarang, kecik and the list goes on. so wardrobe memang kene 360 degree tukar. sangat tak lepas nak dibawak keluar.

so beli la. beli beli beli. lelama it becomes addictive. man! setan dah mencucuk dah. masuk jarum dah dia. so it's not healthy la konklusinya. bad effect dia adalah, almost everyday, termenung depan wardrobe nak pakai baju apa, matching dengan skirt apa, warna apa, that sort of stuff. hati sanagt tak terjaga. keinginan ber-tabarruj (berhias) sangat membuak walaupun kononnya menutup aurat. T_T

aku lupa. jasad tu dah tertutup litup. tapi lupa nak tutup hati. leka, lalai biar dia dimain-mainkan nafsu.

My god. my time is really wasted for that kot! sahabat Baginda S.A.W dulu sampai lusuh-lusuh kot baju sebab takde duit nak beli baru. aku? beli sesuka hati macam takde tujuan hidup. everyday termenung buang masa fikir baju apa nak pakai pegi kelas.orang syria and palestine takde masa pun nak fikir benda tu semua, yang diorang fikir is syahid, syahid semata-mata. wasted, wasted kot hidup. sangat bertentangan dengan tujuan hidup yang Allah ciptakan. tsk. t.t 

enough tu enough la kan.

and tadi gi shopping tu, hati aku sanagt rasa tak best. untuk orang lain, takpe la. teman diorang, untuk meraikan their needs to buy things. but for myself, it does not feel right anymore. dah tak jumpa dah kemanisan iman dalam bershopping tu. eh.

plus aku pening. ramai sangat makhluk Allah yang dah tak jumpa baju yang fit their size. it's summer. Al-maklumlah. banyak sangat pencemaran mata hari ni. too much of it. make me feel dizzy oredi. setiap korner yang terpandang pun, mata akan tercemar dengan hebatnya. Allahh.

ya Allah, macam mana lah nak pulangkan balik sepasang mata ni pada Allah si Empunya. terlalu hitam pekat, penuh dengan dosa. malu nak pulangkan semula T_T


semoga Tuhan sembuhkan hati yang dah rosak teruk ni. Allah.


sekian.


confession of a broken heart.


No comments: