20121231

Cengeng

bismillah

Ada satu hari ni. Just recently. I got scolded by le sister. Dah besaq gajah pun kene marah, ok? Itu la fungsi kakak sulung sebenar benarnya. Pft.

Terus sentap gila.

It was my fault pun, anyway. Kuikui.

Sambil basuh pinggan meredakan hati yang duka lara. Terlintas kat hati;

Tak pernah pun kena marah dengan akhawat. Dorang berkasar pun tak pernah. Tsk.

Sayu tetiba. Gosh.

Nak cakapnya.

Ukhuwwah is thicker than blood.

hingga Nuh redha si anak tertinggal bahtera,

hingga Lut yaqin takdir si isteri ditimpa azab.

hingga Abu ubaidah tegar memerangi si bapa musyrik

Ini apatah lagi manusia biasa biasa. Yang snagat sanagt jauh dari mulianya nabi dan  sahabat.

:'[

Eh. Apa pointnye ni.

Oh. aqidah tu la yang mendahului segala apa hubungan pun atas dunia.

20121228

A tale of a kakak.

Bismillah.

Ada sorang kakak yang daku stalk sejak beberapa bulan ni. Wohoi. Nampak sangat takdek keje yg lagi bermanfaat nak dibuat. Guu.

I see her changing; dari jahiliah kepada yang lebih baik, menuju Allah.

Dia sangat cantik. Tapi seksi and agak sosial. Itu yg aku nampak dari timeline fb dia lah. Tapi physical appearance does not really portray a person secara mutlaq.

Dalam hatinya mungkin lebih suci dari aku. Mungkin ada lebih redha Allah kepada dia. In what ever way pun.

Nak dijadikan cerita, kakak ni pada mulanya couple dengan one of my relatives. She was so in love dengan my relative tu. Nampak sangat dah nak menuju ke bibit bibit pernikahan.

Long story cut short.

Sedara aku tu tak jadik kahwin dengan dia. End up nikah dengan childhood sweetheart dia.

Sedih gila. I feel u, kak :'[

Pastu after a while. Tergerak hati nak stalk dia semula.

Tiba tiba dia sangat berubah. Sangat berubah. Dari seorang yg terdedah auratnya kembali ke fitrah bertudung litup. Even, di halakan kerjayanya kepada Allah.

Status status fb dia berubah langsung. Dari yang tiada apa apa kepada yang mengingatkan Allah. Takdek yang sia sia.

Fikrah hidupnya; jelas untuk Allah.

Masyaallah. MasyaAllah. First time tengok dia macam tu. Mulut dan hati aku tak henti henti bertasbih memuji Allah arRahman arRahim. Rasa goosebump sangat. Allah benar benar baik dan pemurah yang teramat :']

Allah ambil kecintaan dunia dari dia. Allah ganti dengan kemuliaan yang lebih agung, lebih besar. Cinta Dia.

Hilang boifren apa la sangat kan bila Allah ganti dengan cinta yang lebih mulia.

For some people. Ada yang tak sanggup nak melepaskan maksiat cinta. Risau hilang sayang manusia.

Tapi for this kakak, Allah sendiri yang take charge of her bussiness. Allah sendiri yang putuskan tali jahiliah tu dari hidup dia.

Setiap kali ter stalk or teringat kakak ni, hati segere teringat pada kebesaran Allah.

Agak agak orang lain pun mesti rasa benda yang sama dengan apa yang aku rasa.

Takde apa yang lebih menguntungkan bagi seseorang melainkan bila manusia terpandang wajahnya;

hanya kebesaran Allah lah yang tergambar.

Masyaallah.

Macam fairy tale kan? But it's not.

:']

20121224

Rendah

Bismillah

Semalam, sementara tunggu naik bus ke kluang. Singgah ke surau tbs untuk tunggu zuhur masuk. As i was entering, ada seorang kakak cleaner tengah melipat telekung yang berlambak bersepah atas lantai. Duduk senyap kat belakng surau buat keje. Tergerak kaki terus dekat ke kakak tu, tolong dia lipat sekali. Sambil2x tu, i started to initiate a conversation with her.

Back in melbourne, naqibah selalu pesan banyakkan bergaul dengan masyarakat. Masuk dengan orang kebanyakan sebab dorang la medan sebenar untuk kite dakwah. Bukakan hati untuk belajar dan menerima dengan kasih tarbiah dari orang yang lebih rendah dari kita. Hei, itu dari pandangan hina manusia, di mata Allah darjat ketaqwaan mereka mungkin berkali kali lebih tinggi dari aku t.t

So yeah.

Tak dapat seru banyak pun, cukupla dengan qudwah. Insyaallah.

Berbekalkan ingatan dari murabbi, perbuatan mendekati dan 'masuk' dengan stranger jadi senang. Sebab tujuan utama adalah sebab Dia. Of course for the ukhuwwah as well. Kakak tu macam malu malu. Mungkin dia segan. Masyallah. How does it feel to be humble, yea? Mesti lebih indah dari ketinggian yang membongkakkan. Astaghfirullah..

Sambil melipat telekung, hati tak henti henti istighfar. Mintak Allah lindung dari penyakit hati. Mula mula mungkin ikhlas lillahitaala. Lama lama?.. oh t.t

i hope u rot in hell..ya syayatiin t.t

before balik dari program a day before, Allah jumpekan aku dengan sorang makcik yang masakkan kami sepanjang program. Dia minta kami pulangkan balik pisau yang one of us pinjam. Sambil meminta, dia mintak maaf. Mungkin dia rasa dia mengganggu kami dengan kehadiran dia. Padahal tak pun. Nampak sangat rendah dirinya dengan kami. Mungkin 'title' yang berbeza buat dia rasa macam tu.

Nak je aku bitau makcik tu tentang surah hujurat, firman Allah tentang satu satu nya saja cara menilai maknusia; neraca taqwa.

But u wouldnt understand pun kan makcik? Berharap sangat dengan semanis manis senyuman yang aku beri, sehangat hangat pandangan yang aku tujukan, seramah ramah kata yang aku lepaskan, sampai ke makcik tu,sending the message;

Kita sama je makcik.

Hati kuat mengatakan, mungkin darjat dan taqwa makcik lebih tinggi di sisi Allah. Makcik masak dengan ikhlas. Sebab tu sedap :']

sesungguhnya Allah menutup dengan sebaik baiknya aib dosa kami dengan perhiasan dunia yang sangat hina dan sementara. Menjadikan diri sempurna di mata manusia t.t

Aku sangat terdesak untuk menjadi humble. Di mata Allah dan maknusia. Macam kakak n makcik tu :'[

If only people knew..

20121212

Al-waqeel

Bismillah

Upon whatever reason pun yang berlaku atas dunia yang menimpa hidup, Allah dah tulis siap siap kat lauh mahfuz.

Itu. kite panggil takdir.

Percaya pada takdir tu adelah benda ghaib. It's about faith. U can't show or prove it to anyone except Allah.

Macam mana nak explain pada orang yang belum percaya dengan takdir? Atau orang yang nak tahu sequence of logic on kenapa whatever-bad things tu terjadi?

Penjelasan tentang benda yang kite sendiri pun tak reti nak explain. Tak tahu pun dia datang dari mana. Clueless.

Tak tahu pape melainkan dengan yakin it happens because Allah says so.

Of course, asbabnya terjadi melalui kekurangan dan jahilnya diri.

How la?

Mungkin Allah turunkan mereka-mereka sbg fitnah (ujian). To see macam mana kite hadapi mereka-mereka ini.

Dengan sebaik-baik amalan atau tidak?

Dengan sepenuh penuh ehsan atau tidak?

Sebaik amalan dan ehsan itu berpunca dari Allah.

Pertama-tama langkah; kemaskan hubungan dengan Allah.

I know deep down in my heart, Dia takkan bagi sesuatu yg aku tak mampu nak tanggung emotionally, spiritually, mentally.

Cukuplah Allah sebagai pelindung.

Tsk.

i wish

Bismillah

There are too many things i want in life.

Tapi tak pasti kalau Allah dah tunaikan (impian tu), adekah hati tu akan rasa tenang, puas.

Walaupun mungkin cita-cita tu islamik dan kedengaran 'baik', kalau niat bukan sebab Allah ditambah dengan cara mendapatkan yang Allah tak redha;

Tetap ke longkang la akhirnya.

B*d** lah aku kalau rasa puas dan tenang tu untuk dunia.

Sedangkan Allah cakap dunia dan segala isinya tu hanya permainan dan senda gurau.

Semoga tak dibalikkan hati redha dengan kerendahan.

20121210

Phsycho

Bismillah

Perkara keburukan yang datang dalam hidup manusia itu berpunca dari tangan mereka sendiri. Bersebabkan kejahatan yang dilakukan itu lah fasad (kehancuran) itu masuk dalam hidup.

Fasad dalam kewangan, study, family, dakwah dll.

Dari sisi lain, bencana yang menimpa itu didatangkan, untuk Allah bersihkan dosa-dosa lalu. Dan mungkin Allah turunkan sebagai fitnah (ujian) atas hambaNya untuk melihat siapakah di antara mereka-mereka yang ahsanu amala (paling baik amalannya). Tanda kasih sayang Allah pada hambaNya.

Nak redha Dia. kejarlah!

Walau betapa jijik dan dosanya diri engkau.

Allah kata Allah tak sia-siakan pahala orang yang sabar;

Sabar dengan diri sendiri yang selalu engkar pada Tuhan,

Sabar dengan keinginan yang meluap untuk melakukan maksiat,

Sabar dengan godaan kejahatan yang menarik-narik di sekeliling diri

Sabar untuk taat pada Allah..

Allahhh..

between those two perspectives, hati aku cenderung mengatakan bencana atas diri aku bersebabkan atas kejahatan dan dosa yang aku buat. Allah turunkan sebagai pengajaran dan peringatan buat aku. Taatlah!

Tapi, Allah itu kan menurut persangkaan hambaNya.

Kenapa aku tak fikir ia sebahagian dari sifat rahman nya Allah, Rahim nya Allah? Kenapa tak nak terfikir ia turun atas sebab belas dan kasihanNya?

Kalau kepala otak asyik fikir terjadinya bencana tu sebagai hukuman Allah atas diri, macam tu lah jadinya! Sebab aku fikir benda tu macam tu. Faham tak?

Tapi. Sangatlah tak layak nak fikir Allah turunkan sesuatu tu sebab dia nak berikan kebaikan atas diri. Sebab sangat sedar diri yang hina ini sangat sangatlah jauh dari sifat baik tu sendiri. Wuwu.

sangat jauh dari baik.

Astaghfirullah..

The thing is; macam mana aku fikirkan tentang Tuhan terhadap diri sendiri.

Oh.

Baik sangka. Baik sangka. Baik sangka.

Ihdinassiratul mustaqim ya Rabb t.t

20121209

i is sad.

Bismillah


tengahari tadi my sister balik to where she belongs after seminggu lebih duduk rumah. untuk menyambut adek tersayam balik mesia, konon-kononnya.

sayunya rasa masyaAllah. nak tahan dia simpan duduk rumah sampai bile-bila. unbearable feeling kot. almost setahun tak jumpe. seminggu jek dapat jumpa (and gaduh dengan) dia. eh. fiu -.-

WHY LA.WHY LA? semua orang kena besar, belajar and kahwin.pastu duduk jauh-jauh dari family? WHY LA?

rasa terpecah. menci :l

tapi sooner or later Tuhan akan pisahkan jugak.

kalaulah Allah tarik nyawa sekarang.






Keep calm and be strong

Bismillah.

Im expecting it to happen before. And it happened.

Dah takdek perasaan sebab mungkin dah prepare lama for it to happen, mentally, logically and emotionally.

So yeah.

Kurang takut untuk fikir masa depan sebab i know that i can never grasp it right now.

Rezeki itu straight datang dari Allah.

Kalau dia nak tumpahkan rahmat atas makhluq takdek sapa yang dapat halang.

He is powerful over everything i could ever imagine.

The only thing that keeps me going is. Apebende pun yang berlaku atas dunia tak kekal lama. My destination is the hereafter. Benda tu takdek affect apa pun to my investment there.

Cume emotionally mungkin kene kental lebih sikit.

Selagi tak dapat susahnya berdakwah macam nabi Nuh xperlu nak perasan hidup ni derita sangat.

Selagi tak mengalami humiliation (read:nikmat) yang Maryam rasa, tak perlu rasa lemah tertunduk hina depan manusia.

Sekarang my job is to bersangka baik pada Tuhan. He is arRahman arRahim. Yang fasad itu datang dari tangan aku sendiri. Tapi rancanganNya tentu tentulah yang terbaik dan berhikmah untuk hambaNya.

Teruskan dengan sifat ehsan itu dan rancang hidup sebaiknya.

Put your trust to Allah and let Him guide you all the way.

Like that :)

Come on ikin, come on! U've went through things a lot worst than this. U can do it! *clap, clap*

Patting myself in the back.

Sekian, motivasi di pagi hari.

Ggyah.

20121208

Bruised.


I can't tolerate harsh people.

20121207

Happy girl.

Malam ni. Malam jumaat 6Disember2012.

Nervous at first. tapi redah je. Allah mudahkan jalan. Dia bentangkan seluas luasnya.

Tinggal nak tak nak jep.

Deep down in my heart i know that i want this.

Bismillah..

20121206

Semoga pakcik bahagia

Bismillah

Semalam Allah beri peluang attend dua usrah dengan orang-orang hebat alhamdulillah. :]

Dua dua acara berlangsung kat batu pahat. so i went there alone, by bus. Lepas breakfast with the family. I hope the time was berkualiti enough as i dont spend much time with them since asyik keluar rumah ke sana ke mari. Anak dara yang tak lekat kat rumah. Takleh buat bini. Unless si bakal suami redha dan suke hantar zaujah ke usrah usrahnya. Ehhe. Eh.

Tak pernah pun ke batu pahat sensorang. So tak tahu exactly jalan ke sana and how long does it take to reach there. Xpelah. Redah je. yakin Allah pandu :)

Supposedly kami kene jumpa kat BP Mall and akhawat bp akan fetch me dekat bus stand at 10.30am. After 11am the bus still otw tak sampai bus station. So i decided to find my own way ke bp Mall and let the akhawat proceed dulu dgn usrah on time. Dah la sampai lewat. Xpatut la pulak mem-postpone usrah just because of me. That is so not good :s

After almost 2 hours journey sampailah kaki buat pertama kalinya di stesen bus batu pahat. alhamdulillah. I decided to naik cab becuase bas takdek and probabliy kalau ada pun it goin to take forever untuk sampai.

So naikla teksi. I knew its going to be a bit costly. And it was!

tambang bus dari kluang ke batu pahat is rm5.10. Itu untuk perjalanan 1 jam lebih, i reckon. Plus dengan air cond.

Pak cik teksi tu charge me rm10 untuk perjalanan yang tak sampai 5minit without air cond dalam teksi. Guna angin dri ttingkap jek. Heh. Tak guna meter langsung pun!

Kenek bayar double ok?!

Aku tak marah sebab mahal. Tapi tak puas hati seandainya pakcik teksi tu tak amanah dan tak menimbang (charge) customer dengan betulnya.

Allah kan tak suke manusia menipu dalam timbangan?

Risau untuk pakcik itu. Haih.

I think it's a bit costly for such a short distance journey. Atau mungkin aku ni kampung sangat tak pernah naik teksi di zaman global dan tak up to date dengan harga semasa charge teksi. Hmmph. Idk.

Rasa macam unfair.

But deep down in my heart said;

pakcik amikla duit tu. Lepas ni, benda tu adalah urusan pakcik secara langsung dengan Allah.

Allah itu adil.

Hati jahat ini cube bersangka baik,

Mumgkin pakcik tu dah expert dengan jalan2x kat sana, tak perlu pun bantuan meter untuk charge customer.

Mungkin betul charge nya rm10.

Semoga betul betul saja sangkaan itu.

20121204

Penat

Sometimes i just feel too tired to care about how u feel or what u think.

Im tired. 

I seek refuge with Allah from whatever thoughts you have about me.

Both u and i aren't perfect. God knows that.

Just stay away.

Sick.

20121201

Hidup

Bismillah

After a long journey of 8 hours hari ni, sampailah kat RI akhawat shah alam. Alhamdulillah ya Allah for the hidayah, strength, and will yg ditiupkan dalam hati.

Tiada qudrat untuk taat melainkan dengan hendakNya :'l

Masyaallah. Sangat semangat ok ditemukan Allah dengan para akhawat terchenta. Dalam tram n train tersengih sengih sendirik terbayang bayang salam dan peluk cium mereka. Fiufiu. :B

Dalam sesi tadabbur quran tadi, this one sister share satu analogi ni. Tarbiyyah Allah tu sakit.

The words striked me. Goosebump tibe-tibe. 'Sakit' apa yang aku dah dapat sepanjang duduk dalam tarbiah Allah ni?

Do i even allow myself to be hurt in this journey?

Terlihat wajah akhawat satu-satu.

Ada yang sanggup sambung study (honours, master, phd) semata-mata nak teruskan tarbiyyah di tempat mereka. Sebab dah takde orang nak buat dakwah kat situ.

Ada yang sanggup kahwin dengan akh setempat sebab nak mudahkan dakwah dan tarbiah kat tempat mereka.

Redhanya mereka dengan dakwah dan tarbiah untuk Allah. Apa-apa pun sanggup.

Allah above everything.

aku dah buat ape ntah?

*peluh

Belum campur lagi dengan bab ikhlas tak ikhlas nya.

Oh.

T.T