20130224

huargh!

Bismillah



the beauty (read: horror) of da'wah is, when u remind others kau akan rasa nak bunuh diri dan siat-siat hati sendiri bila tak mampu dan gagal untuk buat segala benda yang telah dihamburkan se sedap sedapnya ke dalam telinga yang mendengar.


rasa busuk sangat tak terkata.


kau suruh orang ikhlas, kau sendiri niat masuk ke longkang ntah mana-mana

kau suruh orang jangan takbur, kau sendiri bengkak hatinya rasa diri bagus teramat

kau suruh orang istiqamah dengan amal fardhi, kau sendiri ibadah berterabur lintang-pukang

kau suruh orang berlapang dada, kau sendiri orang yang paling sakit jiwa raga



serius rasa nak tumbuk muka sendiri.











20130220

Beautiful soul

Bismillah


Ternanti nanti bila tiba masanya.

satu hari;

bila sang Tuhan bermurah hati menurunkan ujian.

pembersih dosa atas diri

lalu jiwa itu mampu berlapang

lalu lidah itu tidak putus melantunkan istighfar dan lafaz tahmid

lalu ruh itu tunduk-setunduknya memeluk takdir;

berbekal segala macam kekuatan yang Dia tiupkan dari langit.

dengan hati yang celik dan bugar matanya;

terdetiklah;

oh. ini permainan.

Tuhan ada. nun di depan.

sesompek mana pun langkah.

lari.

Aku mahu kejar Tuhan itu!






20130211

Stop giggling, would you?

Bismillah


Nouman Ali Khan pernah cakap dalam satu talk ni how gedik perempuan is, in reality. Gedik yang kadang-kadang diorang (ehem, kami) sendiri pun tak perasan kalau kami sedang gedik-ing. I was like, O my God, like seriously, apa yang dia cakap sangatla betul n i could not agree more, trust me, being a perempuan for like almost 23 years, i know how does it feel; sama ada aku sedang gedik dalam keadaan sedar separa sedar atau pun luar sedar. zzz.

and dia ada stress part di mana perempuan ni suka giggling much. dalam basa melayunya macam gelak 'ihik-ihik-kind-of-gelak' kadang-kadang takde benda yang kelaka pun nak giggle. die macam bengang gila dengan orang puang yang macam ni. hew. i dont know apa efffect nya pada gegendang telinga lelaki bukan mahram yang mendengar perepuan giggles. tapi kalau ada pendapat yang cakap suara perempuan tu aurat and tak boleh dialun-alunkan tanpa keperluan mendesak, apatah lagi nak giggling-giggling bagai.

Aku senanya annoyed jugak dengan diri dan kawan kawan perempuan yang suka ter-giggle tanpa keperluan dan arah tujuan. i iz annoyed especially, masa ada kuliah agama, talk, daurah, seminar or whatever yang ada percampuran dengan lelaki or lelaki sebagai speaker, perempuan giggle. and aku akan menjadi lagi annoyed bila tak kelako pun apa yang speaker tu cakap, tapi still nak giggle for no reason. kecuali la kalau ustaz tu kelako nak mati, ok la kot. di mahafkan.

terinagt ada sorang sister ni, dia ni hebat dan amat la tangkas berdakwah dan tarbiah. tapi dia ni kalau cakap dengan ikhwah (brothers) dia akan mengganaskan mukanya n cakap macam nak gaduh. tapi kalau duduk sesama sisters dia ni sangat-sangat la mesra, lembut n suka buat kelako. ok ni nak giggle ketawa berdekah dekah pun takpe. semua pompuan. tapi sangat tak sopan la wei sisters gelok gitu. hewhew.  sampai la ada sorang brother ni terasa (read: hurt) n tuntut sister ni apologise kat dia for being harsh n rude (from his kind of view) to him. i was like. gila tak gagah mamat ni. garang sikit pun nak kenek mintak mahap. aigo.

so cannot brain this one ady -.-

sila lah faham. sister tu sedang bermujahadah dengan gigihnya nak jaga hati dia dan hati kaum lelaki yang dia dealing with. cume. mungkin over sikit cara dia. kot.

mungkinla. MUNGKIN. dengan giggle tak tentu hala ni membuatkan kite nampak comel. di telinga dan mata lelaki. mungkin.

tapi seriously tak comel kalau dengan benda tu la yang menyebabkan hati dorang rosak dan berpenyakit dan lalai dari ingat Allah.

serious. tak comel.


20130206

Contented

Bismillah

Hari ni kakak aku tweet satu bende touching kat twidder (gedik sangat nak der der..zzz)

Seorang nenek ni bercadang nak keluarkan rm150 dari akaun dia. It turned out that dalam akaun tuh tinggal rm69 je.

Hiba gila rasa kot.

Aku yg mendengar dri tweet je pun dah terusik usik sayu hati membaca. Teringat nenek aku yg sakit.

Mesti nenek tu dah terlupa yang dia dah keluarkan duit sikit hari tu. Atau mesti anak dia yang main keluarkan (assumption jahat). Mesti dia kecewa sebab tu je duit groceries yg tinggal untuk sebulan. Or or, duit tu senanye nak p buat beli ubat dia. Huk :(

Idk know why i have soft spot for the elderly. Yg warga emas especially. Aku akan think hard untk nenek and atok yg trrbiar berjalan sorang sorang bawah panas, yang pimpin cucu berderet kat bus stand, yg duduk sorang2x kat tempat mana mana ntah. Sampai hati dorang biar mak pak lepas camtu. Lagi lagi yang mcam loner duduk sorang sorang. Pelis la jangan duk depan mata ai.

Akan dok fikir kesian sangat kat depa. Tak tahu kenapa. Takdek orang ke nak sayang korang? Napa dok sorang sorang? Ill then make my own hypothesis yg anak anak dorang dah ditch dorang. N ill be like marah kat anak dorang yg aku tak pernah jumpe tu. Its crazy right.

Hidup mana ada stagnant je n cerita sama yang standard untuk semua orang?

Anyways,

Kesiannya nenek tu :'(

N today. Kat mana je yang dah aku spend nikmat melimpah yang Allah bagi ni?

Oh.

20130204

esaimen y u no easy?

Bismillah.

Gosh! I always thought i am still 21 despite the fact that i am waaay cough*older*cough than that. alhamdulillah. age is just numbers rite? anyhow it's a bliss to be surrounded by mat salleh yang badan besaq gedabaq. rasa dikelilingi tiang-tiang kalau duduk dengan depa. so i feel young. motif  dan kaitan? takde. dulu masa first year diorang (mat+minah salleh) mostly akan terkejut once i disclosed to them about my age. they never thought i am 21. why? because i didn't look like one la, duhh! i look younger 17 or 18 y.o liddat. of course saya pun blushing. and at the same time flattered juga. sambil saying no la, no la dengan gediknya. NOT. ok now rase macam nak sepak laju-laju muka sendiri.

oh cut the crap ikin. Asians are basically smaller in size and kinda petite compared to Caucasian people. so, that's why. relatively, height makes u looked younger than your age. yeh?

pastu dorang lepas SPM dorang which is called VCE, bole terus masuk uni  buat degree without having to buat foundation, matriculation, diploma segala bagai tu. tu yang dorang rasa sebaya je ngan kita. unlike malaysia. dok sampai tua pun rasa tak habis-habis belajar. dah habis belajar dok pening nak bayar hutang sampai meninggal dunia. like me. alhamdulillah.

hew.

Age is just a number. Taqwa tu yang Allah kira.

semuda-muda Ali pun Allah angkat darjat kalau hati tu beriman

setua-tua (umur seribu kurang 50 tahun) nabi Nuh pun Allah muliakan selagi masih teguh setia buat dakwah.

Kalau bumped into orang tua-tu  aku mesti akan ter-mesmerized sekejap. Allah nak tunjukkan kebesaran Dia pada penciptaan manusia tu sendiri.

Kalau lah dia tu tua camtu, dia mesti pernah muda rite?

kalau lah sekarang dia berkedut berkeronyok kulitnya, mudanya dulu mesti kulit kenyal dan elastik, rite? (macam describe daging steak pulop. ggah)

kalau lah jalannya bertongkat dan terhencot-hencot, dulu mesti dia jalan dengan gagahnya, rite?

kalaulah sekarang dia berpegangan tangan berjalan dengan spouse-nya, mesti dulu they were lovebirds yang sangat love each other rite? ok, motif takde kaitan soalan ni.

nak cakapnya. nanti aku tua pun mesti macam tu. pastu mati.

tak payah tunggu tua kot eh. sekarang pun boleh mati.

da tau nak mati tapi hati tu masih keras untuk tunduk setunduk-tunduknya pada Tuhan

Da tau nak mati, lutut tu masih liat, seliat-liatnya sujud pada Dia.

wahai. nak masuk syurga tapi amal macam ahli neraka Jahannam T.T

how la?

nanges.



Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, 
untuk secara khusyu' mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan 
dan janganlah mereka seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras
Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasiq

(57:16)


Allahu Allah..

20130201

Apologi kepada Sahara

Bismillah arRahman arRahiim

Sekarang kalut orang dok citer pasal drama sahara yang sangat konroversi ittew.

Bagusla orang sangat concern tentang benda jahiliah centu.

Masa aku tengok first time trailer drama pun rasa nak wek wek (read:muntah) sangat. Sangat tak islamik gitu. Menyumpah sendiri dalam hati kecilku. Cewah.

To be fair, n tak nak lupe daratan, tak perlu kot aku nak rasa disgusted sangat dgn drama tu. Sebab aku pun dulu pernah berada dalam kelompok jahiliah camtu.

And i enjoyed it. Campur lelaki perempuan macam xdek pape yg berlaku.U know masa remaja remaja dulu. Takdek arah tujuan. Takdek orang pun nak tarbiah ke, panggil datang usrah ke. Ustad ustajah pun hanya mengajar agama buku teks semata. Tak rasa fikrah islam as a whole. Takdek pape. Syaitan pun memperindah apa yang aku buat dulu.

And aku tak tahu pun dulu bahawasanya percampuran lelaki dan perempuan tanpa batas dan tanpa keperluan syarie'e tu sekotor dan sejijik kite duduk sekandang dengan kekawan khinzir. Sumpah blur. Rasa seronok n rasa cool je sebab ramai kawan. Cet. Rasa macam hot stuff pun ada sebab ramai nak kawan dengan saya (muntah sebakul). Eh. Neraka lagi panas la. Wuwu.

As time goes by. Bila tarbiah Allah datang menyerang. Cewah. Mula nampak kekotoran tu.

Yela bila hati dah memang kotor, benda kotor yang ter colet (read:stained) kat hati pun tak rasa pape.

Bila Allah simbah dengan maghfirah dan hidayah dia dalam hati yang lekit dan hitam tu, sampai bersih sikit, alhamdulillah, baru perasan dan nampak bertapa laghanya benda tu.

Alhamdulillah. Rasa disucikan. Seperti Allah menarik tangan aku keluar dari lumpur jahiliah yang hitam melekit dan slimy itu :'(

Pastu Allah suruh mandi dengan usrah. Pehe dok. Pehe dok?

Not to say sekarang dah bersih dan beriman sekilat para nabi. Tak. Dengan dapat rasa jahiliah tu sendiri adalah satu rahmat dari Allah. Sekarang dapat la bezakan mana tu dosa mana tu pahala. Sekarang bertujuan la jugak hidup ni. Bertujukan akhirat. Alhamdulillah.

N sekarang pun masih nak merangkak rangkak lagi nak kejar redha Allah tu. Susah woo. Setan berlumba lumba kiri kanan depan belakang nak hasut masuk neraka. Wuwu. Allah, tolong. Ggahh! D':

So nak cakapnya. Orang orang dalam drama sahara tu tak pehe (read:faham) pun yang dorang buat tu dosa (really?) Diorang takdek kefahaman islam tu. Caner dorang nak buat drama yang syariah compliant pun?

So nak cakapnya. Kesian la kat dorang ni. Diorang tak faham lagi fikrah islam yang syumul tu apa.

N nak cakap jugak (eh, tulis) yang, MANA ORANG ORANG NI TAK AJAK DORANG USRAH! Tau nak kecoh jek.

Marah benar saya!.

Eh. Tapi being kecoh itself is a form of dakwah jugak, right. Fine.

Baik pengarah,pelakon, penerbit, krew produksi TV, tukang mekap, dan segala badan yang meluluskan penayangan drama tu semua tak faham lagik. Kesian la dorang.

Ni sume sume ni kenek usrah kan dulu ni. MasyaAllah.

Selagi dorang tak ditarik dan difahamkan dengan kefahaman islam tu, xpayah kot nak merasa diri sangat suci dan sangat bertaqwa tahap mokhsya kalau dakwah amanah Allah ni pun masih tak disampaikan lagi ke dalam hati-hati kosong mereka, yang tercari-cari Tuhan sendiri.

Indeed. Jalan ni sumpah panjang.

Aigo. Sakit jantung. Oh.