20130220

Beautiful soul

Bismillah


Ternanti nanti bila tiba masanya.

satu hari;

bila sang Tuhan bermurah hati menurunkan ujian.

pembersih dosa atas diri

lalu jiwa itu mampu berlapang

lalu lidah itu tidak putus melantunkan istighfar dan lafaz tahmid

lalu ruh itu tunduk-setunduknya memeluk takdir;

berbekal segala macam kekuatan yang Dia tiupkan dari langit.

dengan hati yang celik dan bugar matanya;

terdetiklah;

oh. ini permainan.

Tuhan ada. nun di depan.

sesompek mana pun langkah.

lari.

Aku mahu kejar Tuhan itu!






No comments: