20130312

naive

Bismillah


I came across this quote n twitter, 'bersangka baik lah walau kelihatan bodoh'. wrote by a famous rocker yang dah jadi baik.

the first time i read it, i was like; what the ? nak bersangka baik pun ada limitnya. based on setting masa, tempat, orang, pengetahuan, yada yada. tak yah la sampai nak jadi nampak bodoh.

tapi lama-lama nampak la logik benda tu. logik sangat. dengan akal yang terbatas sebagai hamba.

tak dapat di teka motif, niat, tujuan seseorang untuk berbuat sesuatu. walaupun perlakuan itu membuatkan mata dan hati yang melihat merasa 'sesuatu'.

dari rasa 'sesuatu' itu, syaitan pun mencucuk dan membisik hati untuk berasa syak dan merasa diri lebih baik :'(

perkara terbaik yang boleh dibuat untuk jaga kesucian hati (yang tak berapa nak suci) ni adalah    memikir tentang Pengasih dan Penyayangnya Allah.

memikir bahawa kedudukan orang yang dipandang pelik  itu mungkin berganda  lebih tinggi di sisi Allah dari diri sendiri.

ikhlas amalnya mungkin sangat lebih di redhai Tuhan dari diri sendiri

Niat berbuatnya hanya dia dan Tuhannya sajalah. biarlah. tak perlu cemarkan hati.

serbu otak dengan aib dan dosa sendiri.

sila lah malu kerana punya masa lagi untuk bersangka-sangka sesama saudara seakidah sendiri.

Allah tu melihat, tahu?

I'd rather be stupid dari dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan Allah tentang apa ada di balik hati itu di hari Pengadilan nanti.

tsk.

No comments: