20130426

Ar-Razzaq : The Provider

Bismillah


the other day, masa baru balik dari uni, a chinese guy approached me.

"hei, u malaysian ke?"


it all started there. dia adalah volunteer untuk cari orang donate duit every month to this organization called ChildFund. they help refugees and needy people all across the globe. Dia pun dengan manis mulutnya promote la this thing. Siap cakap name aku sama dengan best friend dia kat mesia lagi. motif sangat, i try to avoid at first sebab masa tu kestabilan kewangan hampir mencapai tahap kritikal. punya la pujuk mamat tu nak suruh donate and berusaha gigih nak jugak nombor kad bank masuk dalam borang donation tu. bagi la alasan takde duit la, kad bank tertinggal la (which was true). 

dengan takdir Allah dapat jugak dia nombor bank akaun aku. -_______- 

the down side of being lembut hati (?). myGod. perasan.

pastu a few days after, i try to reach ChildFund nak kurangkan amount duit yang dorang akan tolak dari bank sebab that guy sendiri bitau amaun direct debit tu boleh di adjust mengikut tahap kekayaan dan kesengkekkan pen-donate. ohmyenglish. tapi tak berjaya because dia tak bagi  my donation punya number series (a system to recognise pen-donate). so tak boleh nak buat pape and the money akan ditolak every month hingga mencapai negative. (walaupun sebenarnya ke-negative-an duit tu boleh dihindari dengan jayanya kalau organize sikit) aku seorang yang sanagt loser dalam menyusun kewangan. SANGAT.

pastu hati mula dah bersangka-sangka yang bukan-bukan pada dia. siap bersumpah seranah dalam hati kat budak cina tu. dah la bagi message tak reply langsung. rasa kene tipu tahap terukkk. 

but then again. istighfar. 

tak kisah la apa niat dia. At least dia dah buat kerja kebaikan tu. takpela. ikhlaskan je la. benda dah jadi. Apa yang Allah susun tu la yang terbaik.

pastu. after a few weeks, Allah takdirkan jumpa dia kat Melbourne City. Dia tegur dulu. rasa flattered la jugak because he remembers my name after so long. NOT. aku buat muka garang kat dia. membebel-bebel kat dia about the number series. tak ade akhlak islamiah langsung. dia hanya kool dan mintak maaf. explaining things. tukar phone la, tak dapat message la, etc. 

tapi pastu, dia still tak bagi number series tu, and aku somehow tak dapat nak reach orang childfund tu. 

rasa tertipu. kali kedua.

pastu Allah takdirkan terjumpa number series tu kat transaction details dalam akaun. Alhamdulillah. rasa happy sangat. now da bole kurangkan amount duit yang ditolak dari bank every month. 

worst, i was planning to cancel the donation terus. busuk punye perangai. i know.

then in the middle tulis email nak bagi orang ChildFund, untuk cancelkan donation, terdetik sesuatu;



why ikin why? (A really BIG BIG why)



Allah dah mudahkan jalan kebaikan. kenapa nak lari?

terlalu miskin sangat ke sampai takde langsung portion untuk manusia lain?

yang beribu kali ganda lebih memerlukan. yang berganda lebih fakir?

Yakin tak ni Allah yang bagi rezeki?


"Barangsiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik  
maka Allah melipatgandakan kepadanya dengan banyak.  
Allah menahan dan melapangkan (rezeki) 
dan kepada-Nya lah kamu dikembalikan."  

(2:245)


nangis.


20130423

Rejected.

Bismillah


Bila apa yang diseru kepada manusia ditolak.

it made me think hard. rasa bersalah yang teramat. keras sangat ke cara? tak berhikmah ke gaya ajak? tak cukup lembut ke gaya bahasa? tak cukup berusaha ke?

tak cukup, tak cukup, tak cukup, apa lagi yang tak cukup? erggh. stress.

berlari ke sana ke mari meminta nasihat, pandangan manusia lain. masih. tak tenang.

.
.
.
.
.
.
.
.

Rasullullah kata, mintalah fatwa hati.

i could be bias.

the bottomline is, sampaikan. natijah, end result, hasil; tolak tepi. itu. Allah tak kira.

tak perlu rasa bersalah secara exaggerate kalau dah yakin buat apa yang Allah suruh.

sampai satu tahap bengang dengan diri sendiri sebab rasa guilty ajak orang pada Allah.

Rasulullah pun Allah jamin. hati yang diseru tu bukan di bawah tanggungan amal Baginda.

tapi. cukup tak ikhlas lillahi ta'ala?

da habis bergolok gadai sepenuh daya sampai lembik kudrat?

no, right?

ok sila nangis.





Sakinah

Bismillah


'Ikin, setiap kali fikiran negative tu datang, 

awak cuba tuliskan perasaan-perasaan tu kat atas kertas. 

cuba awak fikir, kenapa awak rasa macam tu?'



pesan murabbi aku. on one fine day. aku kira itu nasihat bernas dari seorang yang yang dah makan garam bergelen lebih dari aku.

falsafah di sebalik tulis-perasaan-atas-kertas-dan-fikir tu. muhasabah diri. reflect atas segala minute details of myself and the things that bugged me.

Rasulullah dulu luluh dan sempit dadanya dengan gelapnya ummat. beruzlah atas bukit.

mencari tenangnya hati dari Sang Tuhan.

itu formulanya;


asingkan hati, otak dan jasad dari segala benda yang menjauhkan dari center of ketenangan tu.


negativity used to distract me a lot from my dakwah, study, and life as a whole.

aku suka sangat nak ulang benda ni patbelas ratos kali.

Allah tak turunkan ketenangan dalam hati hambaNya berserta dengan kepandaian, kemewahan, kecantikan, dan segala macam benda best yang lain yang wujud atas muka bumi ni.

Ketenangan itu; rahsia terus antara Dia dan makhluqNya.



"Bergantunglah pada Allah seperti bergayutnya orang tenggelam; 
ia tidak tahu sebab selamatnya selain Allah Ta'ala" 
(Ibn Qudamah)




20130422

Of letting go.

Bismillah.


I hate this feeling. when it's so empty and my heart craves for something other than Allah. 

i hate this. I hate this. i hate this. .

I keep running around in circle. sampai penat. sampai terfikir;

sampai bila?

it hurts to move on. REALLY?


20130419

Suami

Bismillah.

lately, aku banyak dilanda dengan isu rumah tangga. especially yang baru nak masuk dan baru mula bergiat.

At this stage, kerisauan kami seusrahmate, kesepakatan kami (well, not all) bila memikirkan berkemungkinankah akan dapat husband yang tak faham tarbiah dan mengawal ketat kegiatan usrah kitorang secara aktif dan agresif?

*sambil tunjuk muka seriyus dan garang*


'kenapa lelaki ni susah nak dikejar dan ditarbiah?


i asked this silly question (silly ke?) to my murabbi. persoalan rethorical tu disambut dengan penuh hikmah dan comelnya oleh beliau;


...eh ada banyak je la lelaki yang join usrah..da da da *justification* da da da...ha.


fine.

tapi aku masih doubt dengan lelaki yang berusaha maintain iman tanpa tarbiah. doubt much. wah wah tak baik gila nak judge hati orang. hamboi. peluh. hebat la if they could do that. in other words, hebatla kalau baik dengan naturally tanpa ada usrah. ha gitu. sebab bagi aku kematangan dan kebijakan seseorang tu datang seiring dengan tarbiah dari Quran dan sunnah.

banyak kali da dengar cerita husband yang larang dan restrict kan bini mereka dari berusrah dan bertarbiah dengan riang gembiranya. aku mungkin bias. mungkin after da kawin bias aku juga akan berubah pada benda-benda baru. nehi. takmau. gugu. mungkin bias nya aku masa tu adalah kepada suami. wajib katanya ditumpukan, dari segala fardu kifayah yang lain. mungkin. hopefully not. ye mungkin ini adalah statement tak matang terbitan hati seorang yang belum kawin yang tak realistik. okbye.

suami tu nombor dua. tarbiah nombor satu.

wa bila menaip gempak sungguh guruh berdentum dentum. sekali Allah nak uji nanti kang. hamik. wuwu T___T

la yukallifullahu nafsan illa wus'aha.

tapi geram la ohoi pada suami semacam ini hei. suami yang tak bagi usrah. kalau tak mampu bagi pendidikan agama tu pada isteri tolonglah beri peluang mereka cari pahala di luar. please lah.

geramnya. geramnya.

tapi hari tu baru came across denagn satu ayat quran ni.

Allah ceritakan tentang isteri-isteri nabi-nabi yang tertinggal di seksa bersama dengan kaum yang derhaka, ISTERI NABI KOT. pendamping kepada golongan manusia yang Allah muliakan. boleh lagi tertinggal? bisa?

Allah takdirkan Asiah jadi isteri kepada manusia paling zalim atas dunia. tapi dialah yang paling dekat hatinya dengan Allah walau jasadnya duduk paling dekat dengan kemungkaran.

in the end it's not about with whom we are going to end up with.

akaun pahala dan dosa tak dikongsi pun dengan si suami.

Allah  nilai sendiri-sendiri amal. nafsi-nafsi.

kat akhirat nanti bole jadi si suami tu la orang pertama yang berlari jauh tinggalkan si isteri.

my point is; geramla dengan suami-suami yang tak bagi isteri usrah ni

or

hanya bagi isteri join tarbiah sipi-sipi celup kaki kat air.

suami jahil. isteri jahil. jadi apa?


20130418

Surrender

Bismillah


Kalau dah masuk dalam jalan ni segala pilihan adalah untuk dan bersebabkan hanya Allah dan rasul.

tiada diri sendiri.

terasa wajib unutk menyerahkan diri pada ia/apa/sesiapa sahaja yang mampu  pelihara Allah untuk aku;

dunia dan akhirat.

itu. cara cinta dan taat pada Rabbul A'lamin.


20130415

Besar

Bismillah


banyak benda nak kena buat hari ni, esok, lusa, tulat. rasa sesak nafas. gelabah ayam tak tentu pasal. ada oral presentations, multiple tests, assignments, and the list goes on. sampai rasa macam tak kuat. tapi Allah janji dia takkan bagi benda yang makhluk Dia tak mampu nak tanggung.

i feel so weak and fragile at times.

bila rasa dunia ni segala-galanya terasa semua benda pun susah nak jauh nak gapai.

tapi bila fikir-fikir balik, akan tiba masa nya dengan pasti, semua kesusahan and these so-called hardships akan berakhir. tapi tak tahu la siapa dan apa yang akan berakhir dulu.

Akan sampai satu point semua benda ni akan selesai. Akan sampai satu masa semua benda ni jadi benda yang dah lepas.

sekarang tengah mem-programkan otak untuk lihat semua kesusahan sebagai benda yang tak significant dan kecik.

sedang melatih otak untuk melihat dunia dari sisi hina. yang tak bernilai seberat debu pun kat mata Allah.

sedang mengajar diri untuk buat segala perkara kerana Dia.

sedang didik diri; segala benda yang dah, sedang dan akan berlaku dalam hidup aku, Allah lah yang pegang.

jangan risau untuk benda remeh.

risau untuk dosa diri yang bertimbun banyaknya. rasa seperti nak patah bahu memikul t.t


20130413

Sakit

Bismillah


semalam usrah kami terlajak sampai masa yang dihadkan (as usual). masa tu melepasi masa yang aku sepatutnya dinner 6-7ish pm. sempat makan megi before gerak ke usrah tapi dalam kadar yang amat segere and aku tak sempat lansung menikmati kesedapan megi tu. takut jalan jam so kene cepat. masa tengah usrah tu perut dah berkeriuk-keriuk lapar (eh what kind of sound is that? weird.) tapi digagahkan jua. taujihat basah yang diberi murabbi n usrahmates telah berjaya dengan bergayanya men-distract otak dari terlalu fokus kepada receptor lapar. eh.

towards the end nak habis tu, dah terlentuk-lentuk baring atas lantai. nasib baik naqibah sporting. perut kosong dah merebak ke migrain. ah sudah.

habis je usrah terus berkejar ke toilet. memuntahkan keluar segala megi dan roti nutella pengalas perut. tekak rasa pahit sanagt. rasa perut lega sikit. tapi kepala masih sakit berdenyut

sambil menunggu hosmet yang lain dalam kereta, duduk bersandar. memejamkan mata. cuba mencari tenang di sebalik kesakitan.

dalam hati merayu-rayu pada Allah.

mintak Allah hilangkan sakit kepala tu. sebab aku sangat sedar sakit tu Allah yang bagi.

Dia je berkuasa hilangkan kesakitan dan musibah. bila-bila masa je Dia nak.

at that instant aku rasa busuk sangat sebab masa tu je la baru betul-betul nak ingat Allah.

teringat satu ayat Allah ni dalam quran. kene setepek kat muka. wuwu.


"Dan apabila manusia ditimpa bahaya 
dia berdoa kepada kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, 
tetapi setelah kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), 
seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami 
untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. 
Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas 
apa yang mereka kerjakan" 
(10:12)


masa sakit kepala tu jela baru nak mintak pada Allah.  nangis.

busuknya aku. seriyus busuk.


'Jom baca Al-Mulk sementara tunggu diorang sampai (masuk kereta)'.

Ajak hosmet yg duduk kat seat driver.


And I just really can't. nak bukak tengok quran kat phone pun rasa berat. tulisan-tulisan arabic yang berkhat macam cacing membuatkan kepala bertambah pening.

hilang nikmat sihat. hilang nikmat ibadah.

seseorang pernah share. kalau rasa beratnya dan bebannya ibadah yang kite nak buat tu, mungkin Allah pun tak menghkendaki ibadah kita tu.***

bertambah-tambah hujan dalam hati


T__________T



***sangka baik dengan Allah at all time adalah wajib. ayat perlu disesuaikan mengikut konteks.

20130403

Barakah

Bismillah


Apa tandanya masa itu diberkati Allah?

tandanya adalah, segala benda yang dibuat dalam suatu masa tu adalah benda yang bermanfaat dan menambah iman, berjaya menjadi lampu penerang dalam kubur dan berjaya menjadi pemberat amal kebaikan untuk ditimbang kat akhirat.

masa yang diberkati tu adalah, walau suntuk macam mana sekalipun masa, walau macam mana sikit sekali pun masa yang ada untuk buat benda, masa tu sentiasa cukup. Allah cukupkan. Masa tu kan makhluq Allah. Allah Maha Menundukkan.

masa yang berkat tu adalah, walau ada urusan dunia dan akhirat clash (bertindan) at the same time, and kite pilih untuk utamakan akhirat, Allah akan cukupkan masa untuk kite settle kan urusan dunia selepas tu.

isunya whether kite ni yakin tak yakin je dengan janji Allah.

nah, easy peasy bile cakap pasal theory. nak buatnya sumpah susah i wanna cry. ggah.

rasa regret untuk masa-masa dan hari-hari yang tak produktif ni.

aku dok terfikir-fikir dosa apa lah yang dah buat kat Allah (obviously mestila banyak. duh. nangis), kesalahan apalah yang dah terbuat pada manusia sama ada sedar atau tak, sampai susah no nak dapat berkat masa tu.

haish.

-.-'




20130401

Breath

Bismillah


Syaitan tu kerja dia memperindah perbuatan, fikiran dan perasaan. Menjanjikan benda-benda palsu yang tak kekal.

Kadang-kadang kita try nak justify benda tu. Berusaha nak memusing benda tu nampak betul. Sebab nampak macam kena dengan fitrah. Garisan itu terlalu halus. Terlalu. 

Tapi Allah kan kata dalam kitabNya; sekali yang batil tu dilempar yang hak, hancur terus kebatilan tu. 

Langsung. It's just a matter of time. 

Kalau hari ni nampak ia cantik, bi iznillah, dengan rahmat Allah, Dia akan perbukak mata dan hati untuk nampak betapa kecik dan permainannya cita-cita tu. Tapi dengan kondisi penuh; HARUS untuk doa, mohon pada dia;


Dilembutkan hati yang keras 
Dijernihkan hati yang kotor 
Dijadikan neraca Allah pertama-tama dalam setiap pandang mata dan hati. 
Dibersihkan hati dengan Al-Furqan.

It's too complicated; 

Sama ada berserah pada Allah, redha dan tawakkal, ikhtiar ke arah takdir yang baik.

Atau

Terus bermain-main. Leka, lalai dengan janji si iblis. Menafikan yang batil. Menutup mata dan hati. Berpura-pura tak fahami dan menafi. Walaupun wallahi, Allah tahu.

Allahu Allah.

Sosak dado den.

I. Need. Oxygen.

:'(