20130423

Sakinah

Bismillah


'Ikin, setiap kali fikiran negative tu datang, 

awak cuba tuliskan perasaan-perasaan tu kat atas kertas. 

cuba awak fikir, kenapa awak rasa macam tu?'



pesan murabbi aku. on one fine day. aku kira itu nasihat bernas dari seorang yang yang dah makan garam bergelen lebih dari aku.

falsafah di sebalik tulis-perasaan-atas-kertas-dan-fikir tu. muhasabah diri. reflect atas segala minute details of myself and the things that bugged me.

Rasulullah dulu luluh dan sempit dadanya dengan gelapnya ummat. beruzlah atas bukit.

mencari tenangnya hati dari Sang Tuhan.

itu formulanya;


asingkan hati, otak dan jasad dari segala benda yang menjauhkan dari center of ketenangan tu.


negativity used to distract me a lot from my dakwah, study, and life as a whole.

aku suka sangat nak ulang benda ni patbelas ratos kali.

Allah tak turunkan ketenangan dalam hati hambaNya berserta dengan kepandaian, kemewahan, kecantikan, dan segala macam benda best yang lain yang wujud atas muka bumi ni.

Ketenangan itu; rahsia terus antara Dia dan makhluqNya.



"Bergantunglah pada Allah seperti bergayutnya orang tenggelam; 
ia tidak tahu sebab selamatnya selain Allah Ta'ala" 
(Ibn Qudamah)




No comments: