20130413

Sakit

Bismillah


semalam usrah kami terlajak sampai masa yang dihadkan (as usual). masa tu melepasi masa yang aku sepatutnya dinner 6-7ish pm. sempat makan megi before gerak ke usrah tapi dalam kadar yang amat segere and aku tak sempat lansung menikmati kesedapan megi tu. takut jalan jam so kene cepat. masa tengah usrah tu perut dah berkeriuk-keriuk lapar (eh what kind of sound is that? weird.) tapi digagahkan jua. taujihat basah yang diberi murabbi n usrahmates telah berjaya dengan bergayanya men-distract otak dari terlalu fokus kepada receptor lapar. eh.

towards the end nak habis tu, dah terlentuk-lentuk baring atas lantai. nasib baik naqibah sporting. perut kosong dah merebak ke migrain. ah sudah.

habis je usrah terus berkejar ke toilet. memuntahkan keluar segala megi dan roti nutella pengalas perut. tekak rasa pahit sanagt. rasa perut lega sikit. tapi kepala masih sakit berdenyut

sambil menunggu hosmet yang lain dalam kereta, duduk bersandar. memejamkan mata. cuba mencari tenang di sebalik kesakitan.

dalam hati merayu-rayu pada Allah.

mintak Allah hilangkan sakit kepala tu. sebab aku sangat sedar sakit tu Allah yang bagi.

Dia je berkuasa hilangkan kesakitan dan musibah. bila-bila masa je Dia nak.

at that instant aku rasa busuk sangat sebab masa tu je la baru betul-betul nak ingat Allah.

teringat satu ayat Allah ni dalam quran. kene setepek kat muka. wuwu.


"Dan apabila manusia ditimpa bahaya 
dia berdoa kepada kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, 
tetapi setelah kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), 
seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami 
untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. 
Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas 
apa yang mereka kerjakan" 
(10:12)


masa sakit kepala tu jela baru nak mintak pada Allah.  nangis.

busuknya aku. seriyus busuk.


'Jom baca Al-Mulk sementara tunggu diorang sampai (masuk kereta)'.

Ajak hosmet yg duduk kat seat driver.


And I just really can't. nak bukak tengok quran kat phone pun rasa berat. tulisan-tulisan arabic yang berkhat macam cacing membuatkan kepala bertambah pening.

hilang nikmat sihat. hilang nikmat ibadah.

seseorang pernah share. kalau rasa beratnya dan bebannya ibadah yang kite nak buat tu, mungkin Allah pun tak menghkendaki ibadah kita tu.***

bertambah-tambah hujan dalam hati


T__________T



***sangka baik dengan Allah at all time adalah wajib. ayat perlu disesuaikan mengikut konteks.

No comments: