20130531

sinful

Bismillah


pakai tudung gabak bukan sebab nak tunjuk baik

Allah Maha mengetahui betapa hina dan busuknya aku sebagai hamba Dia.

syaitan pernah mencucuk beberapa kali bila diri tengah futur teruk;


'tukar je la balik pakai tudung kecik. orang tak usrah pun lagi baik dari kau. tak malu ke?'


salu rasa malu jugak pakai hijab yang kononnya sempurna, tapi akhlaq mangalahkan rasaksa.

rasa macam mencemarkan nilai kain tu.

in a parallel universe;

Ada sorang lelaki soleh ni, banyak kali dah perempuan tawar diri untuk jadi separuhnya.

tapi semua ditolak, to date.

sekarang baru aku faham kenapa. isu sama.

cuma aku je tak solehah.

true story.








penyaksi

Bismillah


semalam masa nak solat zohor kat musalla, terserempak dengan dua orang pendakwah kristian yang masuk ke dalam surau. i met them last semester. we had a short discussions about religion and life. gua syak dorang datang sebab nak berlatih berdakwah kot. depa due orang dok situ at the corner. mancari orang tertentu untuk didakwahkan or at least have an open discussion dengan mereka.


so i did my own business. tapi dari ekor mataku (cewah), aku sedar setiap gerak dan jalan aku mereka perhatikan. dari saat aku bersiap ambik wudhu, soalt sunat, tilawah Quran. sedar sanagt mereka sedang tengok. wah ehsan benar aku dengan maknusia. dengan Allah ke mana ntah ehsannya. uhuhuhhuhukk :'(

ramai je muslim kat situ. tapi takdek orang yang nampak peduli dengan keberadaan mereka kat situ. tak bother pun nak layan. semua orang buat hal masing-masing. makan, tidor, baca Quran, solat sunat, dduduk zikir munajat, etc.

kehadirang mereka benar-benar mengganggu kesyahduan dan ketenteraman hatiku ini (agaga). terlintas kat kepala otak; 


dorang datang menyerah diri kot, pe lagi, g la dakwah! ikan dah depan mata 

(i thought myself as a cat in this monologue, excuse me. hew)


tapi bertangguh pulak. erm. nanti la. baca quran dulu. topup diri dulu- kata hati kecil aku kat sebelah kiri.

eh tapi. peluang ni tak selalu ada. bila lagi dapat jumpa dorang - balas hati kecil aku kat sebelah kanan.

zzz.

ok ok. now otak aku ligat berpusing, get ready macam mana nak explain rukun iman n rukun islam in english pada depa. ok semnagat! semangat! mind you, gua tengah baca quran masa tu ok. gila multitasking. tak khusyuk jadinya. 

pastu muazzin da iqamat. tak jadi. so solat la dulu.

sekali lagi aku aware; gerak aku untuk perbetul posisi solat diperhati mereka. terganggu lagi kekhusyukan untuk solat. dalam hati berdetik; harap-harap terbukak hati diorang kembali pada fitrah mereka. amin amin ya Rabb.

sedang-sedang asyik rukuk, sujud, tomakninah, berdiri teguk, duduk antara dua sujud, (dengan harapan solat yang dilihat membuka hati mereka), tiba-tiba aku tersentak; 


sepatutnya solat ni la benda yang diorang kena buat

sepatutnya pergerakan-pergerakan ni la yang diorang patut buat

this solat belongs to them as well!

tapi siapa yang ajak mereka pada Allah, siapa yang seru mereka, siapa yang jelaskan pada mereka?

Allah tanya nanti nak jawap apa :'[


peluh.


Allahu Allah. 

t.t


20130530

The Savior


Bismillah


My 11-year-old little brother  met with an accident hari ni. sedih :'(


katanya tayar motor yang dibonceng botak, lost control then terbabas. kot. 

ma cakap yang bawak motornya patah bahu. adik aku pecah helmetnya. boleh imagine tak konsekuensi bila dia tak pakai helmet? nangis. right after the accident happened, an ambulance passed by. takdek sapa pun yang call, sedang elok Allah aturkan untuk ia sampai at that time. Allah memang Maha Penyelamat. 

Allahu Allah. nangis lagi.

semalam,

lepas habis shopping groceries, sementara menunggu my housemate cari heater kat KMart, aku disapa perempuan tua Lebanese. dalam nada semacam nak nangis, dia mintak aku teman dia carik toilet. dia nampak amcam tak biasa dengan supermarket kat sini. mata dia berair. idk why. tapi nampak ketakutan. aku tunjuk gesture, arah toilet. tapi dia macam blur. so i offer myself untuk bawak dia ke toilet terus. jalannya perlahan, mugnkin sakit kaki or sakit joint. berkali-kali dia cakap dia takut dan tak tahu jalan. sampai kat toilet, dia mintak aku untuk stay sampai dia habis. hati dah mula syak dan risau. tibe-tibe teringat;

Barang groceries!

trolley yang penuh, berat dan sarat barang2x dapur untuk sebulan, berharga almost $200 aku tinggalkan dekat tempat aku jumpe makcik lebanese tadi.

otak mula fikir deras. nak tinggalkan (makcik kat toilet) ke tak nak. nak stay ke tak nak. nak stay ke tak nak.

MACAM MANA KALAU DIA SEBENARNYA MENIPU? UMPAN AKU PEGI TOILET, BILA AKU TAK SEDAR, HUSBAND DIA BAWAK LARI TROLLEY GROCERIES TU! 

IM DEAD! IM DEAD! HABIS LA! D:

ok tu cuma monolog dalaman dan imajinasi liar aku. sangat terpaksa dengan tak relanya aku tinggalkan makcik tu kat toilet sensorang, terus berlari dapatkan semula trolley aku. masa berlari tu rasa bersalah sangat. kenapa nak buruk sangka? kenapa tak percaya?

hati jadi sangat2x lega bila trolley tu masih elok terletak kat situ. alhamdulillah. tiada penipuan di sini ye. makcik lebanese tu betul2x tak tahu jalan n nak orang temankan dia kat toilet. rasa bersalah kali kedua bila assumption jahat tu jatuh meleset. adeh. untuk menebus kesalahan, i quickly grabbed my trolley and ran back to the toilet untuk tengok balik makcik tu. berat gila trolley tu rasa nak patah pinggang. t.t

dia keluar dalam keadaan menggigil. seperti ketakutan. katanya tak biasa dengan toilet kat sini. nak guna hand drier pun dia takut. sebab bising sangat bunyinya. macam mesin potong rumput gamaknya.

makcik lebanese tu begitu fragile. Aku risau untuk kehidupan dia the minute I left her there with her husband.

I was worried. peristiwa itu pengajaran yang sangat menyentak jiwa. 

manusia itu sangat terbatas dan lemah kudratnya. sangat-sangat lemah.

that was a random kindness i did a couple of days ago. which not really kind pun. 

penuh diselubungi dengan syak and insecurity t.t

susah sangat nak yakin Allah yang in charge of everything. sangat susah.

haih.






20130513

Insane

Bismillah.


hari ni mengeluh marah setelah sekian lama. i am quite surprised at myself jugak bila mendengus macam tu secara tiba-tiba. 0.o tapi marah kat pinggan yang berlonggok kat sinki. sebab dia tak reti basuh diri sendiri. lulz. maybe sebab lapar. maybe sebab penat. maybe frust sebab tak tahu nak marah sapa. tapi at the first place, kenapa nak marah pun?

i am no angel. banyak sangat buruk yang Allah tutup. walaupun manusia tak nampak, God knows how ridiculously insane i am at times.

nasib baik hati tu Allah je yang boleh tahu.

sabar dan tsabat ye hati.


20130506

of losing battle.

Bismillah


Give me time and space to struggle.

Give me time and space to seek for strength from Lord.

Give me time and space to reflect deeply and think wisely.

Give me time and space to be rational and sane, again.

Give me time and space to purify myself.

I wont harm u in any way. that. I promise u.

20130502

Hijab

Bismillah

sesak dada. hampir saja menangis. dalam hati ingin sangat-sangat tegur. tapi tak terkeluar. kawan yang baik, kawan yang mengingatkan pada Allah; kawan yang membetulkan salah silap. katanya.

im a really bad bad friend, then. t.t

ingin sangat nak beritahu apa yang dibuat tu dosa, Allah murka. yes i know. dosa aku sendiri pun berat tak tertanggung gamaknya. tak perlu nak sibuk jaga dosa pahala orang. bisik si syaitan laknatullah.

fantasi sangat ke kalau nak kata; kita sebenarnya nak sangat sangat kejar redha Allah. kena tinggalkan segala ilah dan hawa nafsu yang jadi berhala dalam hati. mesti. walaupun selalu sangat jatuh setiap kali?

haih. tak cukup daie lagi ni. nak membetulkan dengan hikmah pun masih fikir patbelas ratus kali nak buat ke taknak.

Allah kata yang haq tu bila dilemparkan pada yang batil, tang tu jugak dia akan hancur.

rasa seperti tak diberikan honour untuk melempar si batil. bisik syaitan laknatullah. sekali lagi.

buruk sangka pada Allah. sedangkan peluang berbuat pahala itu Allah limpahkan. menjalar-jalar setiap saat.

Rasa nak scratch, garu-garu dan korek mata ni. kenapalah susah sangat nak jaga pandangan dari melihat yang tak sepatutnya. nak kilas-kilas pun tak payah la. jeling ekor mata ke pebenda ke. Allah kata, tunduk, tundukkan je la.

haish. rasa nak sembulkan keluar bijik mata ni. banyak sangat dosa dengan Allah. camana ntah nak pulangkan balik. ggah. t.t


"...yang luaran tak penting. yang paling-paling penting hijab hati tu.." 
(murabbi, April 2013)