20130626

saint.

Bismillah


aku pantang benar bila orang judge aku based on tudung.


'kalau orang tengok awak, mesti dorang ingat awak ni sekolah kisas'


tersedak gua.

tudung tak melambangkan ke-saint-an seseorang perempuan. tak pernah.

kalaulah orang tahu betapa hampir setiap kali nak pakai tudung tu, aku rasa berat dan sebal;

sebab a part of me rasa hipokrit; for not being a true and obedient servant of Allah.

kalaulah.

tak yah pandang melangit sangat kot.

aku tak kisah bila orang cakap;

'tudung je besar, perangai macam *&%%$#'

it's true, anyway. im not perfect. not free from sin. cume masih merangkak-rangkak kejar Tuhan.

terasa wajib untuk diselubungkan sebab terasa ia sebagai satu adab dengan Tuhan yang memuliakan aku.

sebab Tuhan. bukan sebab aku baik. 

20130622

moi

Bismillah


aku tak tahu apa dia (orang) fikir pasal aku. aku seriyesly tak reti beno nak ber-ana-enti-enta dengan orang.

dalam whatsapp bole la. tak payah cakap.

the other day when i met them, aku hesitate nak guna ana sebagai kata ganti diri. eh awkwardnya. AWKWARD.

aku cuba elak perkataan yang perlu refer kepada diri aku dalam conversation.

last-last cam; ah biarla nak jadi apa. end up guna 'saya..bla bla bla..saya..bla bla bla'

dorang la syok ber ana enti enta. eh awkward 2.0.

i never really use that kind of panggilan to myself. in real life.  family: no. akhawat: no. murabbi: no. mutarabbi: no.

but hey. that does not gonna make myself less of a daie.

kan?



20130619

Silly

Bismillah


sebab aku slow and blur. aku suka tanya soalan luar common sense and mungkin common sense jek cuma suka tanya balik to affirm balik and to get furher clarification. tak kurang terjadi bila soalan tu disambut dengan gelak sinis; gelak eh-tu-pun-kau-tak-tau-ke?-common-sense-kot-duh! Tak kira la orang tu usrah ke tak usrah ke, akhawat ke tak akhawat ke. sama je. mereka manusia jugak. and hey, mungkin banyak je aku ada buat camtu kat orang lain. cuma orang tak cakap, and berlapang dada dengan aku. mungkin. semoga Allah ampunkan dosa aku t.t 

it hurts me sebab seperti rasa being looked down upon and rasa bodoh sanagt jek; the downside for being ultra-super-very-sensitive kind of person.

SETIAP KALI itu terjadi aku sangat harapkan Allah tak hilangkan benda ni dari hati aku:


hormat dan cinta aku pada beliau

sabar, tawadhu'~humble (kalau ada..uhuk) 

perasaan sedar diri sangat jahil dan perlu ilmu, and tak serik untuk bertanya

berlapang dada and memory loss (so that Allah cabut perasaan being humiliated dari kepala otak)


semoga Allah ampunkan dosa dan menghapuskan kesalahan mereka-mereka yang berkenaan.

tiba-tiba sayu teringat Rasulullah yang super caring tu. Rasulullah sangat menjaga dan berusaha meng-happy kan sahabat-sahabat yang ada kekurangan diri. Baginda berusaha mencari titik kelebihan pada diri sahabat-sahabat dan menaikkan semanagat dan harga diri mereka. Rasulullah selalu membuatkan mereka rasa mereka sanagt berharga di mata Allah dan para penduduk langit. 

Rasulullah sangat shweeet. tsk. rindu T.T

im inspired to be like him; tawadhu' dan sensitif dengan perasaan manusia-manusia di sekeliling :']

AND LETS NOT LOOK DOWN AND LAUGH AT OTHER PEOPLE'S (SILLY) QUESTIONS, SHALL WE?

let's make this world a better place to live in :) especially for people like me.

20130616

remedy

Bismillah.


'ikin, family awak sihat?' asked le housemate.

masa tu baru lepas skype dengan family.

'oh, kenapa? bising yeh saye skype tadi?'

aku memang suka bagi respond yang tak parallel dengan question. terbiasa buat assumption on sebab soalan yang ditanya. tak menjawab soalan langsung -.-

'no. saya dengar awak gelak-gelak tadi'

'tapi saya suka cara awak gelak tadi'

'selalunya awak senyap je, belajar je..' 

last dialog tu aku sangat respect and terharu. berbaik sangka sungguh dia dengan aku. t.t

dengan family je aku boleh jadi kelakar. sense of humor tiba-tiba mendadak naik. and le family pun gelak sakan to my jokes. idk. rasa macam berbakat sanagt dalam buat kelakar-kelakar nih u_u. tapi bila dengan manusia asing (read: friends), i dont even get what the jokes are all about. sometimes, i would be the last one to laugh. sebab macam blur. i guess we (family) speak common language that others don't.

dengan dorang je aku boleh giggle and gelak sepenuh paru-paru sungguh tak akhawat langsung.

i miss them.

Le pere

Bismillah.


Abah seorang yang pendiam. and gene tu terwaris pada aku. bila dia ada hal penting yang berlegar dalam kepala dia yang dia PERLU untuk cakap, baru dia akan cakap. i dont talk much with abah. most of the time the conversation berlaku antara aku and mama. tapi abah, bahasa cinta dia adalah action :] dia tak tunjuk dengan perkataan tapi dia akan buat EVERYTHING yang aku perlu mengikut semampu dia. and the action speaks so loud. abah suka cerita pasal academic achievement aku pada kawan-kawan dia. suka sangat. kalau jumpa kawan-kawan dia, selalu akan timbul soklan ni:

'o ni ke anak kau yang belajar kat luar tu?'

Bila ada soalan cenggitu maknanya banyak kali la dia bercerita pasal aku pada pakcik-pakcik tu. and im  feeling grateful to be able to make him proud of me, in some ways. and NO. aku tak bangga pun. haza min fadhli rabbi. aku seorang yang setadi lembap macam siput. Allah je tahu betapa lemahnye kapasiti otak aku. hanya dengan qudrat Allah yang mampu bawak aku this far. rasa tak layak n tak mampu sangat. and aku selalu wonder;

why me, God?

most of the time aku takut sangat kalau lah sebenarnya aku ni punca fitnah (ujian) pada mama n abah. 

even though kami jarang bercakap, tapi aku tahu. terbaca dari setiap gerak-geri dia.  hati tu ada untuk aku.

:']

20130615

socially awkward penguin


Bismillah.

tepat 7pm keluar dari laiberi after seharian 'study'. hujan rintik-rintik. hari ni pakai baju winter coat bubble. rasa macam dewasa sangat menempuh alam buana yang penuh mencabar. ada hood lagi. *flip hijab*. 

niat hati nak ke Coles membeli cicipan untuk ahli usrah yang lain. i have 1 hour untuk melaksanakan misi ini. Cewah. berniat mendengarkan taujihat sang ustaz sepanjang perjalanan dalam tram via ipod. ustaz kupas hadith 1. niat. tapi tak fokus pun dengan apa yang ustaz cakap. how ironic. otak dan hati menerawang. melihatkan hujan. melihatkan orang-orangan. terawangan. berangan sekejap. sesungguhnya manusia introvert itu selalu menjadikan headphone sebagai penyelamat dari bersosial secara langsung dengan orang sekeliling. ia sangat berkesan sepanjang pengamatan aku. nobody going to get near you once they see you wearing the headphone. that works on me most of the time.

sedang enak memilih potato chip, ternampak kelibat perempuan melayu dari jauh. macam tak kenal. so i just ignored. tiba-tiba, unexpectedly she came to me, hulur tangan salam. aku agak terperanjat sebab selama kitorang kenal dia jarang nak duduk dekat or bersosial secara ramahnya dengan aku. yep, we are in the same lecture and tutorial class. omaigod, omaigod. aku cam tergamam jap, sebab otak aku tak terprogram awal-awal nak cakap apa dengan dia. eh nak beramah mesra apa ni yeh? Gosh, look what exam did to me :o kitorang berdialog sekejap. and it was awkward. aku cam tak reti nak cakap apa dgn dia. aku tak hingat lansung what was the conversation all about. yang pasti aku rasa loser sekejap, sebab it (the perbualan) did not went smoothly. and i wonder why. 

hence the title

this is really-really bad for dakwah. i know. sobs. 

after the incident i went straight to 7e to top up myki (somekind of touch n go versi tram). tiba-tiba debit card yang nak buat bayar topup tu hang sebab takdek duit dalam tu. supposedly ada tapi it takes about 72 hours fro the money to be credited into my account. orang 7e tu cube for the second time, but it did not work jugak. sorang mat salleh yang memerhatikan dari tadi menyampuk. dengan muka yang amat busuk dan  penuh sinis, he said to me;

'you should not be stealing, u know' sambil senyum kambing. menyeringai macam kerang busuk.

menjadi aku yang slow dan blur, i was like; 'sorry?'

dia repeat ayat yang sama. gua syak dia ingat aku cuba nak curi duit myki tu. UJIAN FITNAH APAKAH HINI? hati risau bila memikirkan dengan sebab akulah bertambah prejudis orang kafir towards the deen. da la pakai tudung, nampak beno muslimnya. nampak menipu ke muka aku masa tu? jahatnya mamat ni tuduh  centu t.t

aku cam bingung taktau nak cakap apa. 

the 7e guy suruh withdraw duit kat atm, in case la sebenarnya duit tak boleh keluar sebab technical problem ke ape ke. tapi duit tak berjaya keluar jugak. to make it worst, top up value dah masuk dalam card tapi tula, isunya tak boleh nak bayar, so i dont know what to do. kalau amik je kad tu dah kira mencuri. aku insist utnuk tinggal myki tu kat dia so that i could come the next day untuk bayar top up tu. dia taknak. maka berlakulah sesi drama tolak-menolak kad kat kaunter 7e. orang 7e insist untuk aku amik je kad n bayar next time. 

i was like; mana boleh, 'hamboi-hamboi ingat ni kedai bapak kau ke suka-suka nak buat cam tu' tapi ni cakap dalam hati je la. agaga.

aku kebingungan masa tu, nak berdrama lagi tapi lambat pulak dah janji dengan orang. mamat 7e tu pun macam malas dah nak layan aku sebab ada customer lain jugak masa tu. aku cam bingung. sambil keluar dari 7e dengan perasaan bingung.

hari apakah ini? penuh dengan kekeliruan dan syubhah. macam mana kalau nanti tiba-tibe mati tengah jalan dnegan keadaan aku amsih berhutang dengan 7e tak bayar duit myki? nak jawab apa kat Tuhan?

'takpa. Allah kan Adil. dia tahu niat kau nak bayar balik duit topup tu nanti'. konon ayat untuk menyedapkan hati.


'tapi niat tak menghalalkan cara'. 


10x bertambah bingung.

...

20130610

of precious summer.

Bismillah


26/12/2012-27/12/2012


RI (rumah islam) mereka besar tapi shared with 15 people. 15 ORANG ok. dapur dorang sangat kecik. takde stove yang proper. masak atas lantai. kesemua 3 bilik kat tingkat atas penuh dengan tilam dan baju. tiada privasi. semua trebongkar depan mata semua orang. agenda akt bilik tidur adalah untuk tidur semata-mata. eh. duh. obviously. i mean, u know what i mean. ruang tamu kat bawah digunakan untuk study sahaja. berlambak-lambak laptop, buku, assignments atas lantai. masyaAllah. hebat dorang ni t.t

ada sorang ukht ni. Ayu nama dia. orang Kelantan. cantik orangnya. kiut miut. cakap slow n lembut sesangat. alahai. molek sangat buat menantu solehah. pandai masak pulak tu. pagi sebelum balik rumah, macam-macam dia masakkan. pagi2x dah bangun siapkan serapan. aku faham je resources mereka sikit and limited, tak payah la masak bebanyak untuk aku sorang, patutunye la. but then again tu la sunnah Rasulullah beradab muliakan n melayan tetamu.. nampak tak produk tarbiah yang bermutu tu? nampak tak? nampak tak people??? malam sebelumnya. dia berusaha untuk tidur sebelah aku. risau aku rasa out of place or tak selesa, mungkin. dicarikannya bantal n selimut n spot paling selesa untuk kitorang baring. haih t.t


Aku: camana awak boleh duduk serumah dengan 15 orang. ramai kot. macamana awak boleh deal dengan konflik, gaduh ke. (ape da punya soklan. akhawat gaduh? pelik beno bunyinyo. tepuk dahi)

Ayu: Entah la, kenapa enti tanya macam tu? kalau enti betul-betul buat kerja (dakwah n tarbiah) n masing-masing buat kerja mereka (DnT) antum takkan ada masa untuk semua tu (konflik, etc). 

Aku: senyap (read:sentap)


nadanya bukan menyindir jauh sekali mengenakan. ikhlas dari hati mungkin. dia tanya kehidupan luar negara.. tak sampai hati nak bitau betapa mudahnya hidup kat sini (study not included). Ayu hanya dapat ptptn, yang sangat tak cukup. I could not recall parents dia keje apa, tapi hidup dorang susah la yang penting. dia request cerita kehidupan kat melben. aku buat tak layan. aku rasa akan sanagt bersalah, sebab hidup kat sini jauh berganda senang dari apa yang dia lalui kat sana. itu pun kalau kesenangan tu 100% guna untuk Allah.

*tarik rambut* apa jenis ujian kah ini semua???


she is such an inspiration. rindunya kat dia. haih.


rindu malaysia. okbye.

20130606

Yaum At-Tanaad.

Bismillah.


tiada yang merisaukan aku melainkan amal diri sendiri.

kenapa suka sangat ambil kesempatan atas rahmah dan rahimnya Allah?

Allah..

20130604

I is funny.

Bismillah


Usai usrah, kitorang serumah bergegas ke airport. dengan tak sempat bukak telekung terus masuk kete. over sangat tau. kuikui. btw, my telekung is my new pyjamas. i put it on during usrah, study, tido (sometimes), etc. convenient gila. warm pulak tu sebab winter kan gap solat rapat-rapat, so rasa macam waste of time and energy asyik nak pakai, bukak balik, lipat, simpan, pakai balik. so yeah. hewhew.

kereta yang kitorang naik snagat fragile and semput. rosak here and there. kepergian secara tiba-tiba pun sebab risau dengan kestabilan dia untuk bergerak malam-malam. tapi dia (kereta) sangat-sangat berjasa pada warga daie di sini. buruk-buruk, eh, *cough* antik-antik *cough* pun berkorban banyak pada Tuhan.

masa atas high way, aku dah mula cuak n risau. kereta goyang-goyang, something wrong with the tayar, screw, whatever, mungkin. aku rasa insecure. rasa macam kereta boleh terburai bila-bila masa je on the spot.


aku: awak, cepat mengucap, istighfar ke.

housemate tengah driving: kenapa?

aku: ye la, mana tau tibe-tibe eksiden ke, ape ke. kete ni da la tak stabil.


senyap.

masa tu baru sibuk hati nak membetulkan niat segala bagai. aku masa tu like;


oh ok. set kan niat nak mati syahid. nak mati syahid u.u


mulut time tu terus  istighfar bertasbih. kot-kot rosak tengah jalan, semoga Allah turunkan lah pertolongan Dia. Allah menjanjikan bantuanNya dengan istighfar and taubat (refer surah Nuh). kepala dah fikir macam-macam, terbabas la, kene sodok dengan kete lain la, tayar meletup la. poker face.

kelakar sangat-sangat. bila mana aku rasa dengan mengucap and istighfar sependek masa tu, dosa seumur hidup terpadam bersih macam tu je. tapi possible je dengan rahmat Allah. but, what? amal nya mana? seriously tak bole nak imagine macam mana pengakhiran hidup on that instant, Allah redha tak? ibadah tak pernah cukup, amar maaruf pun lompong-lompong lagi. dakwah lagi la main-main. nangis lagi.

tapi, like serious, kalau nak mati masa study, masa makan, masa tidur, masa tengah bersenang-senang, masa yang bukan aku berada dalam kereta tak stabil tu pun Allah boleh cabut nyawa bila-bila masa je! Allah boleh! like serious, OMG. tapi masih buat dosa tak ingat Tuhan.

my mind, heart, body and soul sepatutnya bersedia untuk Allah bila-bila masa pun setiap saat. sebab tak tahu sangat-sangat bila masanya Dia nak hentikan denyut nadi. SEPATUTNYA LA. nangis.


funny la ikin you ni. t.t


"Dan setiap umat mempunyai ajal. Apabila ajalnya tiba,  
mereka tidak mendapat penundaan atau percepatan sesaat pun"  
(Al-A'raf:34)