20130610

of precious summer.

Bismillah


26/12/2012-27/12/2012


RI (rumah islam) mereka besar tapi shared with 15 people. 15 ORANG ok. dapur dorang sangat kecik. takde stove yang proper. masak atas lantai. kesemua 3 bilik kat tingkat atas penuh dengan tilam dan baju. tiada privasi. semua trebongkar depan mata semua orang. agenda akt bilik tidur adalah untuk tidur semata-mata. eh. duh. obviously. i mean, u know what i mean. ruang tamu kat bawah digunakan untuk study sahaja. berlambak-lambak laptop, buku, assignments atas lantai. masyaAllah. hebat dorang ni t.t

ada sorang ukht ni. Ayu nama dia. orang Kelantan. cantik orangnya. kiut miut. cakap slow n lembut sesangat. alahai. molek sangat buat menantu solehah. pandai masak pulak tu. pagi sebelum balik rumah, macam-macam dia masakkan. pagi2x dah bangun siapkan serapan. aku faham je resources mereka sikit and limited, tak payah la masak bebanyak untuk aku sorang, patutunye la. but then again tu la sunnah Rasulullah beradab muliakan n melayan tetamu.. nampak tak produk tarbiah yang bermutu tu? nampak tak? nampak tak people??? malam sebelumnya. dia berusaha untuk tidur sebelah aku. risau aku rasa out of place or tak selesa, mungkin. dicarikannya bantal n selimut n spot paling selesa untuk kitorang baring. haih t.t


Aku: camana awak boleh duduk serumah dengan 15 orang. ramai kot. macamana awak boleh deal dengan konflik, gaduh ke. (ape da punya soklan. akhawat gaduh? pelik beno bunyinyo. tepuk dahi)

Ayu: Entah la, kenapa enti tanya macam tu? kalau enti betul-betul buat kerja (dakwah n tarbiah) n masing-masing buat kerja mereka (DnT) antum takkan ada masa untuk semua tu (konflik, etc). 

Aku: senyap (read:sentap)


nadanya bukan menyindir jauh sekali mengenakan. ikhlas dari hati mungkin. dia tanya kehidupan luar negara.. tak sampai hati nak bitau betapa mudahnya hidup kat sini (study not included). Ayu hanya dapat ptptn, yang sangat tak cukup. I could not recall parents dia keje apa, tapi hidup dorang susah la yang penting. dia request cerita kehidupan kat melben. aku buat tak layan. aku rasa akan sanagt bersalah, sebab hidup kat sini jauh berganda senang dari apa yang dia lalui kat sana. itu pun kalau kesenangan tu 100% guna untuk Allah.

*tarik rambut* apa jenis ujian kah ini semua???


she is such an inspiration. rindunya kat dia. haih.


rindu malaysia. okbye.

No comments: