20130729

ikhlas

Bismillah


Malam tu begitu tense. semua orang semacam off guard, kecuali a few yang memang aku pasti tenang dan hati-hati dalam berkata-katanya. tiba-tiba  terkeluar ayat ni dari mulutnya. yang terpaling aku ingat.

Allahu Allah..

hati aku tiba-tiba terasa sakit. literally. berdenyut. kuatnya hentakan ayat itu..

tak tahu what went wrong.

sama ada kenyataan itu betul, ego aku tercabar. ataupun. terguris sungguh bila ikhlas dipersoal.

sedangkan ikhlas itu hubungan langsung Allah dan hambaNya yang tak terusik langsung oleh tangan manusia.

and it was in front of other people. again. mungkin ego yang terusik. rasa aib menyerbu masuk.

aku sentiasa sedar hakikat tak sempurnanya aku di mata sesiapa pun. always. tapi alangkah indahnya qudwah  itu jika nasihat itu berlangsung antara sahaja dia, aku dan Allah. alangkah.

hormat aku padanya luntur. langsung. hati mula mempersoalkan di mana batasan dengar, ikut dan taat.

berjumpa bermacam perangai manusia yang pelbagai sentiasa menyedarkan aku siapa ilah sebenar.

adalah sesuatu yang bodoh untuk berhenti mencari Tuhan disebabkan jeliknya akhlak manusia. 

semoga Allah menyelamatkan aku dari kejahatan makluk dan para makhluk pun Tuhan selamatkan dari kejahatan aku.

amin.

20130727

defensif

Bismillah.


Selalu sangat orang kata dont judge a book by its cover.

jangan judge orang dari appearance dia, akhlaq dia, lingkungan sahabatnya,

tapi bukan ke faham dan ikhlas tu buahnya amal. berbuat. bergerak. berangkat?

berbuat, bergerak, berangkat mengeluarkan diri dari circle of taghut and jahiliah. 

ikut la pace kau lambat ke cepat. asal kau buat.

So tell me what is truth?

(2:208)

20130725

beautiful

Bismillah.


dia berteleku di sisi katil.

katanya; hatinya redha. semangatnya kental. azamnya kuat.

lalu dilemparkan segala senyuman yang ada pada dunia.

hatinya juga menyeru, 'Tuhan, aku terima'

terduduk di situ.

perlahan-lahan. air mata itu jatuh mengalir.

i wish u well, ye broken soul.






20130724

Rahmah

Bismillah.


when something bad happened in my life, i tend to ignore and do not think (much) about it. pada satu sisi lain bagus la. kot. bila kepala otak dan hati tak terbeban dan terikat dengan hal dunia yang menyesakkan. hati ini yakin Allah lah yang pegang segala hidup aku. setiap saat. Allah tak pernah berlaku zalim pada makhluk Dia. aku yakin itu. sangat yakin. Allah itu Ar-Rahman, Ar-Rahim. tiada batas pada rahmat untuk seisi penduduk langit dan bumi. cuma nikmatnya mungkin diselimuti musibah dan bencana yang aqal tak mampu meneka. 

the trick is, Allah itu mengikut persangkaan hambaNya.

cuma terkadang emosi dan nafsu menjadikan hakikat tu kabur dan meletihkan hati.

tazkirah terawih a few days ago begitu menyentakkan hati. bila dia cakap hidup adalah ujian. untuk Allah lihat siapa di kalangan hambaNya paling terbaik amalannya (Al-Mulk:2)

it made me think hard, apa tujuan aku selama ni? apa yang aku nak kejar? 

terasa dunia ini sangat melelahkan. bahagia dan sukanya terlalu sekejap. yang palsu itu sangat ecstasy. yang menyibukkan dada itu begitu addictive. berlumba-lumba untuk memuaskan nafsu yang tak pernah ada hujung. it's a pure struggle n and jihad untuk jadikan Allah sebagai satu-satunya ilah teragung di tengah-tengah tarikan dunia yang berlegar-legar t.t

rasa syukur sangat bila dapat peringatan simple yang sangat basic. peringatan yang mengikat semula kepercayaan dan akidah dan hakikat hidup. sometimes tak perlu pun pengisian berat dan basah yang mengalirkan air mata untuk sedarkan hati yang layu. cuma perlu usaha gerakkan mata hati untuk lihat dan fikir yang selama ini keras, kaku, menafikan untuk hidup.

fikir, tadabbur, reflect, hayati kisah hidup sendiri.

memenuhkan hati dengan rasa syukur atas segala rahmah (in disguise) yang Allah turunkan.

tapi, sebenarnya jauh beza bila kita berkata tentang tak kisah, malas nak fikir and redha. jauh benar.

aku ingin benar merasa yang redha itu.


mukhlisin


Bismillah


i have to make this one decision secara cepat. memilih salah satu rencana terbesar hidup. 


tapi mati benar-benar pasti lebih besar. Hari berbangkit menghadap Allah adalah hal yang lebih-lebih pasti Maha Besar dari segalanya.

rasa ralat sebab tak betul-betul follow up dan iring setiap keputusan tu dengan mintak petunjuk dari Allah. It's like exam la, bila kite rasa dengan study tu la menjadi nadi berjayanya kita.

tapi dengan Allah, dengan istikharah tu la menjadi nadi berkatnya hidup fiddunya wal akhirah.

ada satu rasa cuak dan paranoid. eh dah dua rasa tu. zzz. bila tak betul-betul mintak guide dari Allah, and hanya ikut kepala dan nafsu sendiri. ia sangat berpotensi dan berisiko maha besar menjadi benda yang Allah tak redha dan berkati.

bila kita istikharah,  ia merupakan satu benda yang sangat terbeban di dalam jiwa, bila segala-gala pengharapan selain dari Allah wajib dan harus segera diputuskan. tiada satu pengharapan pun yang boleh disandarkan pada makhluq yang tidak selayaknya.

tapi beban tu akan jadi nikmat kalau hati tu redha dan cinta.

Hati yang masih diikat-ikat dengan segala tarikan dunia akan dapati sukarnya dan lelahnya perjalanan  menuju Allah.

Haih. berat, berat..

t.t


20130722

Ramadahan 3.0

Bismillah


Malam ini terasa sikit malam ramadhan. Hoi lambat gila nak masuk gear. padahal puasa nak masuk dua minggu dah. t.t

Di momok-momokkan dengan kata-kata betapa ruginya Ramadhan yang disia-siakan. it is scary to think that you wont be able to feel the ruh of the Month. scary sebab aku sekarang masih mencari-cari.


mencari-cari tujuan kenapa aku buat benda yang aku buat.

mencari-cari Allah sahaja satu-satunya ghayah untuk aku berpegang kuat pada setiap gerak aku

mencari-cari nilai atas hakikat hidup yang sebenar-benar.

mencari-cari kenapa, kenapa, dan kenapa.


Malam ni terasa best sebab masa imam baca surah dalam solat isyak i could identify surah tu surah apa. im a happy, happy girl :] tu pun sebab ada perkataan-perkataan arab yang i am quite familiar with. masyaAllah, Allah baru bagi sikit. sipi-sipi  je rasa nikmat faham Al-Quran. alhamdulillah, alhamdulillah. baru rasa khusyu' sikit. sikit la. 

first rakaat tu pak imam baca surah Al-Baqarah, start dari ayat 30 onwards. cerita tentang Allah lantik manusia sebagai khalifah, kesombongan syaitan and how Adam and Hawa were expelled from Heaven. 

rakaat kedua imam baca ayat dari surah Ali-Imraan, ayat 183 onwards. Allah firmankan tentnag kewajipan puasa, rukhsah, hikmah Al-Quran danRahmah serta  kedekatan Dia pada hamba-hambaNya.

MasyaAllah. It's so refreshing. Kalaulah dapat hafaz semua surah dalam Quran tu mesti best. just like the sahabah, the quran tu engraved in their hearts. kadang-kadang rasa overwhelmed sebab ayat-ayat Quran tu terlalu banyak, each and every word and verse tersimpan banyak-banyak sangat wisdom and gems, but yet aku tak mampu nak simpan and hadam semuanya dalam hati. haih.

jatuh cinta dengan atmosfera terawih dekat Melbourne Madina, the place where i do my terawih every now and then. dorang buat 8 rakaat je, after 4 rakaat dorang selitkan tazkirah tentang surah-surah yang di-recite masa solat tu. suka sangatt. yang memberi tazkirah sangat ahli dengan tugasnya. sangat berpengetahuan. sampai berjaya menimbulkan semangat aku untuk kahwin dengan orang yang pandai macam dia. nanti hari-hari bole dengar dia cerita dan ajarkan anak-anak pasal Quran. motifsangatokbye. 

eh serious ni.


20130716

One

Bismillah


do you know how not genuine your feeling is when you are physically and emotionally attached to people?
i was born as an introvert and just figured it out recently. sedihnya. baru kenal hakikat diri sendiri after 20+ years. before this i thought myself as having minor dyslexia or something for being too passive when interacting with homo-sapiens. lulz. 

manusia unik. that includes me. Alhamdulillah. 

i don't understand how people could get too attached to another fellow human being. i just dont understand. i dont feel like sharing what's in my heart and mind except things that related to da'wah. maybe because my personal space is waaaaaaaaaaaaay to BIG. or maybe because manusia tak layak pun untuk diadukan segala rintihan dan kesedihan or even kegembiraan melainkan ianya hanya layak dinisbahkan kepada Allah semata-mata. semua nikmat dan bala' pun datang dari Dia. 

why bother cari manusia untuk curahkan segalanya?

genuine is; bila fikiran dan perasaan kau hanya dipengaruh diri kau sorang-sorang. of course boundary-nya adalah syariat and Quran and sunnah. kita dah punya terlalu banyak suara-suara yang membisik-bisik ke telinga (yes, that includes you, syaitan). opinion dan stand sendiri tak sepatutnya dicorakkan otak dan fikiran-fikiran lain yang bukan datang dari aqal, emosi dan mahu kau sendiri. 

cuba lah pisahkan diri dari suara-suara luar. fizikal-fizikal luar. emosi-emosi luar yang bukan kau punya. cuba.

rasalah cantiknya dapat tafakkur, indahnya berseorangan memikir hakikat diri. bebas dari segala-gala nya kecuali kehambaan pada Allah.

kau mungkin fikir kau tak kuat berseorang. rasa kesunyian bila tak bercerita. rasa goyah bila tak menyandar.

trust me, kau lebih dari itu.







20130712

:]

Bismillah


Seriously, I dont know which one hurts the most;

disakitkan perasaan oleh orang tanpa niat. Takpe kot. Mungkin tak perasan. Tapi sakit la jugak :)

Or

She/he knows that they are hurting my feeling. And they apologized.

It hurts, twice.

You aware that you are hurting others and you had fun with it? Seriously people?

Eh. Perlu ke compare pun at the first place?

Eh. Banyak pulak si setan ni mencucuk-cucuk. t.t tumbok lelaju sekor-sekor kang.

Semoga Allah selamatkan hati dari segala rasa benci, annoyed dan segala penyakit dalam dada yang pernah terwujud atas muka bumi ni.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mereka dan aku juga.

Mujahadah, mujahadah. Ujian semua ni :)

by the way;

thank you a lot sangat-sangat sebab make me stronger emotionally, kebal to sick attitude, mujahadah untuk bersangka baik and paling-paling menyedarkan aku tentang Allah dan nilai hidup di mata Dia.

thank you.


20130702

Wudhu'

Right after makan i went straight to the toilet to wash hands and amik wudhu'. It was 11am n lambat lagi nak dhuhr.

I have to make wudhu'. I have to make wudhu'.

Terlalu banyak pencemaran hati, pencemaran mata berlaku dalam diri. Terasa urge yg sangat to wash it all away.

Dalam hadith rasulullah. Bersama air yang jatuh dari celah-celah jari dan muka, jatuh bersama dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang terpalit pada kulit dan jiwa. Lottery hoi lottery! Orang bodoh je yg taknak appreciate wudhu'. Ye la jahil sebab takde ilmu.

Sambil feeling-feeling amik wudhu'. Berharap Allah tazkiah segala yang tercemar pada hari ni.

Tibe-tibe, sorang adik ni masuk.

'Akak amik wudhu' ke?'

'Haah'

'Nape? (Why; as in belum masuk waktu nape nak wudhu')

'Saje. nak menjaga hati, pendengaran, percakapan dari yang tak sepatutnya. Tehee' *rasa cam poyo je. Oh well*

'O. Kalau takdek wudhu' tak terjaga la eh?'

Teeet! Haah la. Apa beza ada wudhu' dgn takde wudhu'? Betul gak. Gua terkebil sendiri.

'Takla. Maksudnya bila kite tahu diri kite dalam keadaan suci kite lebih berhati-hati dan menjaga.'

Haa. Tu la yg nak cakap benornye. Walaupun at first cam terconfused dengan ayat sendiri. Haks.

I was at the walimah masa tu. Banyak sangat pencemaran, banyak sangat. Hati dan mata terutamanya. Aku rasa sayu sangat-sangat sebab terasa hati amat fragile n lemah. Sedih. Nak lari. Taktahu ke mana. Kalau lah Allah campak ke afrika tapi penyakit dada yang sama membuak-buak jugak dalam hati. What's the point?

Rasa nak nyorok dalam gua. Duk situ lelama.

Hanya mampu doa dan harap Allah sentiasa, sentiasa beri peluang untuk aku bersihkan hati selain dari Dia. Sebelum dipanggil datang menghadap :'(