20130729

ikhlas

Bismillah


Malam tu begitu tense. semua orang semacam off guard, kecuali a few yang memang aku pasti tenang dan hati-hati dalam berkata-katanya. tiba-tiba  terkeluar ayat ni dari mulutnya. yang terpaling aku ingat.

Allahu Allah..

hati aku tiba-tiba terasa sakit. literally. berdenyut. kuatnya hentakan ayat itu..

tak tahu what went wrong.

sama ada kenyataan itu betul, ego aku tercabar. ataupun. terguris sungguh bila ikhlas dipersoal.

sedangkan ikhlas itu hubungan langsung Allah dan hambaNya yang tak terusik langsung oleh tangan manusia.

and it was in front of other people. again. mungkin ego yang terusik. rasa aib menyerbu masuk.

aku sentiasa sedar hakikat tak sempurnanya aku di mata sesiapa pun. always. tapi alangkah indahnya qudwah  itu jika nasihat itu berlangsung antara sahaja dia, aku dan Allah. alangkah.

hormat aku padanya luntur. langsung. hati mula mempersoalkan di mana batasan dengar, ikut dan taat.

berjumpa bermacam perangai manusia yang pelbagai sentiasa menyedarkan aku siapa ilah sebenar.

adalah sesuatu yang bodoh untuk berhenti mencari Tuhan disebabkan jeliknya akhlak manusia. 

semoga Allah menyelamatkan aku dari kejahatan makluk dan para makhluk pun Tuhan selamatkan dari kejahatan aku.

amin.

No comments: