20130724

Rahmah

Bismillah.


when something bad happened in my life, i tend to ignore and do not think (much) about it. pada satu sisi lain bagus la. kot. bila kepala otak dan hati tak terbeban dan terikat dengan hal dunia yang menyesakkan. hati ini yakin Allah lah yang pegang segala hidup aku. setiap saat. Allah tak pernah berlaku zalim pada makhluk Dia. aku yakin itu. sangat yakin. Allah itu Ar-Rahman, Ar-Rahim. tiada batas pada rahmat untuk seisi penduduk langit dan bumi. cuma nikmatnya mungkin diselimuti musibah dan bencana yang aqal tak mampu meneka. 

the trick is, Allah itu mengikut persangkaan hambaNya.

cuma terkadang emosi dan nafsu menjadikan hakikat tu kabur dan meletihkan hati.

tazkirah terawih a few days ago begitu menyentakkan hati. bila dia cakap hidup adalah ujian. untuk Allah lihat siapa di kalangan hambaNya paling terbaik amalannya (Al-Mulk:2)

it made me think hard, apa tujuan aku selama ni? apa yang aku nak kejar? 

terasa dunia ini sangat melelahkan. bahagia dan sukanya terlalu sekejap. yang palsu itu sangat ecstasy. yang menyibukkan dada itu begitu addictive. berlumba-lumba untuk memuaskan nafsu yang tak pernah ada hujung. it's a pure struggle n and jihad untuk jadikan Allah sebagai satu-satunya ilah teragung di tengah-tengah tarikan dunia yang berlegar-legar t.t

rasa syukur sangat bila dapat peringatan simple yang sangat basic. peringatan yang mengikat semula kepercayaan dan akidah dan hakikat hidup. sometimes tak perlu pun pengisian berat dan basah yang mengalirkan air mata untuk sedarkan hati yang layu. cuma perlu usaha gerakkan mata hati untuk lihat dan fikir yang selama ini keras, kaku, menafikan untuk hidup.

fikir, tadabbur, reflect, hayati kisah hidup sendiri.

memenuhkan hati dengan rasa syukur atas segala rahmah (in disguise) yang Allah turunkan.

tapi, sebenarnya jauh beza bila kita berkata tentang tak kisah, malas nak fikir and redha. jauh benar.

aku ingin benar merasa yang redha itu.


No comments: