20130926

:(

sedih.

life is a sad reality.


20130925

Sufisma.

Bismillah.


Minggu ni kiotrang belajar pasal sufisme. tapi secara overview, dalam lecture or reading material dornag cakap sufisme ni bermasalah. i dont know in what sense. dari pendapat aku yang marhaen ni, orang sufi ni dia ruhiyy (spiritual) lebih-lebih dalam ibadah pada Allah. Buang semua material and dunia. kalau dari segi tu tak balance lansong la kot. tak syumul la islam cenggitu. padehal semua yang Allah ciptakan kat atas bumi nikmatnya untuk maknusia guna untuk menjalankan tanggungjawab khalifah. di samping nak suh rasa beryukur dengan ayaat (signs) Allah. 

skema ayat cenggitu haa :3

tapi i think it would be beautiful, so beautiful kalau elemen sufi ni bergabung kuasa sengan salafi. school of thought yang adhere dengan early companions and stick to Quran and Sunnah greatly. nature manusia kot nak purify hati and dok dekat dengan Allah. 

and aku cam perasan sangat, dalam tarbiyyah yang aku dok ikut sekarang, elemen sufi, or ruhiyy, if u like, adalah salah satu elemen yang sangat ditekankan sungguh. and aku bahagia jek dengan penekanan macam tu. hati rasa lagi tenang. rasa hampir dengan Allah..bukan nak cakap dah hampir tapi..usaha tu, terasa la. 

and aku admit aku cam senget sikit bila nak balancekan dengan dunia. eh. entah la. caner nak define truth ek? takpe, takpe. kite cekidaut mase tutorial nanti. 

Somehow rasa bersyukur sesangat bila Allah takdirkan masuk dalam kelas ni. belajar banyak sangat. banyak sangat. pasal adab belajar, adab hormat pada guru, humbleness. masa memula asyik nak mengamuk (not literally) je dalam tute. banyak benda yang aku tak faham and asing. asyik-asyik disagree, asyik-asyik disagree je dengan tutor. haih. malu bila fikir2x balik. mungkin sebab fikiran yang sempit and tak cukup ilmu tu menyebabkan aku tolak truth (?) yang disuap dalam otak. malu la hoi. ok pasni nak diam je dalam tute. eh taknakla. cakap je la. tapi dengan reason and fact yang rational instead beremo-emo tanpa hala tujuan. okbye. pasni nak dengar je, nak belajar je cam. In additional (cewah my english), bukak minda la islam tu apa sebenarnya. walaupun aku cam rasa ada benda2x yang cam tak make sense, secara fundamental islamnya, in a way dia sebenanrnya meneguhkan lagi la iman pada Allah.  bila kita yakin, islam bukan centu sebenanye. and kita tahu apa yang kita patut berpegang teguh pada dan apa yang tak.. insyaAllah, InsyaAllah.

dia pernah cakap, 


'Look, if u know what u r believe in, just stick to it... '


dua kali dia cakap benda ni, pada occasion yang berlainan, bila setiap kali aku raise issue, 'kenapa islam yang diajarkan adalah secara itu?'. that would be his conclusion to my answer. this thing hanya baru berjaya didigest setelah beberapa lama. anddd..he is right, he is right. pintu kepada kebenaran terbuka luas. sangat luas. hanya Allah yang tahu apa itu benar yang benar. just stick to what we believe in..

sometimes, kita sendiri pun tak tahu truth mana yang the true-est. 

sebab tu Allah suh mintak siratal mustaqim; jalan yang lurus. tak mention any specific path, yang tersadur apa-apa ideologi, cuma perlu dekat dengan Allah, pegang kukuh dengan Quran dan ikut dekat-dekat cara nabi, as-sunnah.


:]

20130920

my heart is a bowl of spaghetti.

Bismillah


Tema hidup minggu ni:


  • salah satu tanda kebesaran dan kekuasaan Allah adalah dengan keberadaan aku kat sini. why fret?

  • Allah yang mencipta perasaan, Allah yang meletakkan segala macam perasaan dalam hati.  hati mampu untuk menjadi kosong kalau Allah wants it to be that way. then, what's left of me?

  • hakikat dunia yang sanagt qalil (sedikit) dan tidak kekal. but you keep dwelling in it, like you gonna live here forever.

  • love is about responsibility and maturity. your aim is Allah dan Jannah. tapi dah terbabas much. 

  • Allah tak boleh, tak layak di-replace dengan apa-apa di dalam hati. tiada yang boleh memenuhi setiap urat saraf jantung melainkan Dia. 


you are in deep trouble man. 


weep.







20130905

Bullet.

Bismillah


Im tired of talking, debating,..dalam tutorial Quran. penat. penat. for the past 2 weeks aku asyik bombard tutor tu dnegan soalan yang aku rasa apa yang diajar dalam tute tu bercanggah dengan kefahaman fundamental islam aku sendiri. put aside the fact that mungkin aku tak cukup terbuka dalam menerima islam dari perspektif yang baru. orang cakap aku gelabah tak tentu pasal, question tu la, question ni la. but, but ini melibatkan akidah (aku sendiri, at least). sebelum ni pernah banyak kali je dengar islamic studies kat sini agak bebas dan liberal. n i was like. ok. tapi bila dah masuk belajo almost half the semester baru faham keparahan konsep tu. rasa cam nak di brain wash pun ada. banyak konsep yang nak disamakan dengan apa yang ada dalam bible. nampak tak permainan dia kat situ. nampak tak? tapi tak la semua salah, banyak je yang betul, tapi benda yang sikit2x tu boleh bawak kepada major misunderstanding (bagi yang takde ilmu). aku rasa. tapi taknakla i just feel ok with it n just terima je.

i see pluralism sikit, liberalism sikit. tak kisah la orang lain nak terbuka ke, terima je la tapi sipi-sipi ke. i was like; akidah kot. i would fight for it. tapi semangat untuk bersuara tu menurun. drained gila minggu ni. 

tibe2x terfikir, banyak-banyak soalan yang aku muntahkan kat dia tu kenapa? 


nak provoke ke? nak uji keislaman dia ke? nak tengok sejauh mana ilmu dia ke? nak tengok dia gugup dengan jawapan sendiri ke? nak nampakkan dia salah ke?


aku rasa selama ni aku quite arrogant dengan tutor aku sediri. tanya soklan macam banyak sangat je ilmu kat dada. padahal aku yang menuntut ilmu dengan dia. kojaq.

akhlak aku sebagai murid adalah sangat KO. -1 out 10 markah. i should have respect him at least, sebenar-benar hormat. i should be more sincere in seeking knowledge. bertanya sebab nakkan clarification, kepastian, tanya yang betul-betul nak tahu, bukan tanya soklan yang betul-ke-apa-yang-kau-cakap-tu-cer-explain-sikit-aku-rasa-kau-salah.

put aside apa yang dia ajar tu aku rasa cam pelik n lain dengan kefahaman aku selama ni. Prinsip taqwa yang Tuhan ajarkan adalah jangan pernah nak korek or question apa intention orang, jangan nak skeptikal dengan apa yang ada dalam hati orang. kalaupun mungkin betul dia nak perkenalkan islam yang 'baru' yang membawa kepada kefaham yang lebih 'bebas', let him (/the system be), bersangka baik baik pada dia (on my part)

tunjukkan akhlak yang baik dalam menuntut ilmu. be sincere to Allah. be humble. kalau kau rasa setiap explaination dia tak boleh nak feed ur mounting curiosity, cari hikmah ilmu tu pada Quran dan sunnah n orang yang lebih alim ulama dan ahli tentang bidang ni. bukan dwell dalam ego sendiri and berhujah pakai emosi. 

seriously malu gila dengan dia. reflect balik diri sendiri aku rasa aku ni emotional lebih. hujah on facta-based takde gak. huahua. walaupun mungkin dia tak rasa camtu tapi aku terasa la sendirik. rasa macam terjejas pulak repo sebagai seorang muslim.

hari ni gi tute dengan satu azam baru. cewah. lapangkan hati, be humble, dengar je apa yang dia nak cakap, fikir dalam2x sebelum nak mengamuk (read: debate). be wise, be wise.

tadi at the end of the class, tetiba dia tanya and particularly looking at me; 


'anyone would want to add up anything. like wrestling (metaphorically) on what i have just said or something?'


...

and no. i didnt take that as sarcasm pun. cuma mungkin dia pelik kenapa aku tak bersilat sangat hari ni :3

ok sekian untuk kutukan pada diri sendiri hari ini.





20130902

Lari

Bismillah


kalau dengan lari dari masalah tu menyebabkan kau rasa boleh lepas dari ujian tu, apa yang menyebabkan kau fikir Allah tak mampu timpakan ujian yang sama pada masa depan? lari lagi, mengharapkan ia menjauh dan hilang. Allah timpakan lagi ujian yang sama.

fa aina tazhabun?

Kalau dengan berlari ke arah sesuatu yang kau rasa boleh menenangkan dan menggembirakan hati kau, apa yang menyebabkan kau fikir Allah tak mungkin bagi kesempitan tu pada objek/manusia yang kau berlari kepadanya tu?

Ala bizikrillahi tatma innulquluub (13:28)

jauh sekali dari berkeinginan bersangka buruk pada Allah. muhasabah semula titik mula berbuat. lari, kenapa? mengejar, kenapa?