20131005

Rahmah

Bismillah

Semalam g daurah tak bawak sleeping bag. Bajet tahan sejuk takdek sleeping bag masa tido. Sebenarnye pemalas nak bawak barang bebanyak naik tram. Rase nak tumbok muka sendiri.

Padan muka.

It has been a really long day yesterday, penat yang sangat, macam gi menoreh pulak siang tu. Masa program pun tersengguk-sengguk mengantuk. Haisz. Memula segan la jugak dengan muwajjih. da la dok depan dia tapi ngantuk kemain lagi dengan terang jelas dan nyatanya :3 ala, ala tapi kan dah malam. Standard la ngantuk. Fitroh. Ecewah.

Habis je baca tasbih kifarah n surah al asr berdesup masuk bilik tido tanpa berselimutkan pape. Tawakal pada Allah. Ceh padahal pemalas. Rasulullah pun suruh sahabat tambat unta dulu sebelum tawakkal :3

Terjaga pukul 1am lebih dalam keadaan yang sangat2x sejuk. Tapi takde pape masa tu nak jadikkan selimut. Nothing. Orang lain semua da tido. Tak sampai hati pulok nak nyusahkan. Da sedih da masa tu. Sejukkk. Caner ntah ni nak tido balik. Sambung sedih dalam masa beberapa saat :'l

Pastu camane ntah dalam keadaan mamai n semi conscious tu tetibe Allah ilhamkn untuk bangun n cari sesuatu. Meraba-raba dalam gelap pakai phone 'mencari sesuatu' kat ruang tamu. Mata pedih lagi sebab ngantuk. Tetibe depan pintu ada quilt elok cantik terlipat depan pintu. I was like.

YA ALLAHH. NIKMAT APAKAH INI. T_T

Random gila tetiba ade selimut tercegat depan pintu malam2x buta.

alhamdulillah thumma alhamdulillah t.t

Allah ni baik sangat. Nangis.

Teringat cerita 4 tahun dulu kat kmb.

Pagi tu solat dhuha dalam keadaan lapar. Tapi takdek duit nak beli nasi lemak kat koop. N dah siang sangat masa tu. Makcik dewan selera da tak bagi amik sarapan. Tetiba right after solat ada orang ketuk bilik hantar donut. Allah..

Allah lah pemegang rezeki. Maha melihat hamba-hambaNya. Memenuhi keperluan setiap makhluqNya.

Tiada apa lagilah nikmat Allah yang ingin aku dustakan.

Tiada.

Aku perlu lebih positif dalam hidup. Allah tu dah sangat-sangat cukup menjaga kalau betul-betul yakin n buka mata (hati) tu. Allah saje.

No comments: