20131129

jemaah

Bismillah


Bila orang cakap pasal futur aku tak tau kenapa everytime aku dnegar aku akan mengesan nada intimidating, threatening, blaming di situ dari orang yang menyampaikan (so far). so problemnye aku la kot. besenye orang yang normal imannya ni tak terkesan secara negatif dengan peringatan dan nasihat T_T

futur tu adalah bergerak perlahan bila dah bergerak laju, in terms of dakwah dan tarbiah.

kengkadang bile dengar certain people cakap pasal futur, terkait pula isu seperti; keluar dari suatu jemaah yang dianutinya itu seperti terkeluar dari islam. no, i didnt say they said that. tapi dari nada dan cara menyampaikan seperti itulah hendaknya. it is that bad. as if, jemaahnya sahaja yang terpaling betul. ive seen and met these kind of people. tapi waktu tu hanya mampu mendengar dan mencerna sahaja. tak banyak benda yang mampu diperdebat dek kurangnya ilmu dan pengalaman. 

seperti yang aku benar-benar yaqinkan diri sebelum ni, jalan kebenaran tu terbuka luas. jalan ke syurga tak terbatas kepada satu jalan yang rigid. ia terbuka. asalkan ia berpegang pada Quran dan sunnah secara rapat. tiada sesiapa yang boleh claim jalan dia adalah jalan yang paling diredhai Allah. tapi setiap orang boleh berusaha ke arah itu. 

cari jalan tu, berpegang dengan jalan tu dan beramal dengan jalan tersebut. 

boleh je kalau taknak berada pada mana-mana jalan dan tetap terus beriman sendiri-sendiri je dalam hati. tapi Allah sendiri kata tak sama orang beriman yang duduk dengan orang beriman yang keluar ke jalan Allah. tak sama. 

Again rahmat Allah itu luas. tiada siapa boleh menerakasyurgakan sesiapa. tiada siapa boleh mengurang tambahkan pahala dan dosa sesiapa berdasarkan jalan apa yang diambil.

Futur jalannya. yakni tertinggal dan tercicir dari jemaahnya, atau sengaja meninggalkan dan mencicirkan diri, tak semestinya dia futur langsung dari dakwahnya. boleh jadi kebenaran itu tak dijumpai pada jalan tersebut, boleh jadi kebenaran itu mahu dicari di jalan berbeza. dan aku tak rasa itu salah. orang yang dah betul2x yakin sila lah yakin dengan jalan anda dan berusahalah menyakinkan manusia lain juga dengan tablighnya.

sesudah itu jika tertolak ajakan; khalas. biar dia dengan jalannya sendiri yang dia pilih.

mungkin Allah ingin mencampakkannya ke lembah hidayah yang berlainan. ataupun mungkin perjalanannya menemui Tuhan dan Kebenaran itu sedikit panjang masanya. it is just a matter of place and time. and God's will.

itu pun kalau betul-betul mencari.

atau kot saja cari alasan nak lepaskan diri.

la ikra hafiddin.

entry ni sungguh anti-climax. i dont know how to end it.


No comments: