20141202

Hijab

Perspektif aku tentang hijab sangat-sangat berbeza dari zaman remaja, zaman universiti, zaman sekarang---2014.

zaman remaja 2006-2007:

---hanya betul betul pakai tudung secara konsisten dalam jangka masa tingkatan 4 dan tingkatan 5. tapi masih level beginner, selimpang tudung kat bahu. masih tak tutup dada.

---masa zaman ni tak banyak seleksi tudung and i cont really care tudung tu cantik or tak as long as dia tutup rambut.


zaman kolej (Kolej MB) 2008-2010:

---pakai tudung tutup dada, tapi sangatlah ketara simptom mangsa fashion. setiap baju kurung yang aku ada mesti akan ada tudung yang matching dengan kaler baju tu. bila ingat balik aku mengerekot sendirian. it was hideous and aku tak tahu macam mana aku boleh terfikir benda tu adalah yang paling cantik yang aku pernah pakai.

---masa ni zaman baru nak up masuk usrah segala bagai, masuk je hujung tahun 2010 dah mula berjinak dengan tudung extra labuh. stock-stock macam tudung abby abadi pakai sekarang ni. 


zaman universiti (melbourne) 2011-2013

--- wardrobe pada tahun ni 180degree berubah. segala baju yang aku bawak dari malaysia ke melbourne semua ditukar dengan yang lebih labuh dan menutup punggung dan dada. mungkin sebab dikelilingi kakak-kakak usrah yang pakai tudung yang sangat labuh mencecah lutut, aku sangat bersemangat nak ikut pakai macam dorang.

---balik summer 2012 dan 2013, aku dapat rasa semorang (kawan, family, saudara) macam sangat terkejut dengan perubahan saiz tudung yang sangta mendadak. masa ni sangat terasa lain dengan semorang and it is hard to fit in, as i knew a lot of people were staring and at the back of their minds they must be wondering macam mana aku boleh sampai ke tahap amcam tu. amcam ekstreme sangat.

---kadang-kadang aku yang rasa segan sangat sebab nampak lain.

---tapi hanya abaikan perasaan tu sebab nak jadi ghuraba' (katanya) and redha Allah lebih sikit.


zaman 2014.

----sepanjang 2011-2013 aku tak pernah kisah dengan isu nak blend-in dengan local people in australia. aku tak pernah bother sama ada aku nampak pelik dan asing pada pandangan dorang.

----this year was totally different, maybe sebab aku dah tak lagi bersama dengan orang-orang usrah, tiba-tiba rasa asing tu jadi sangat ketara. the feeling of alienation and isolation are just inevitable.

---kawan-kawan dah tak banyak yang muslim, hanya satu or dua yang masih in contact, yang lain semuanya adalah non-muslim, yang sangat ebrbeza cara pakai dan cara hidup dari aku. pada masa ni masih lagi mengekalkan stail tudung labuh sekolah agama yang jahit tengan tu. basically most of them are hitam dan besar.

....

pada masa sekarang ni lah aku mula mempersoalkan rasional cara aku berpakaian. mungkin sebab environment ( yang msotly sanagt terdedah cara berpakaian), percanggahan budaya, sukar untuk blend in dengan society (ditambah dengan temperament aku yang sangat introvert and reserved), so the hijab im wearing is like a huge repellent to other people from approaching.

---and mostly aku terfikir kenapa aku pakai pakaian/tudung yang aku pakai sekarang ni. falsafah di sebaliknya, obligation as muslims to wear hijab, the boundaries, cara pakai, how much is revealing, and how much isn't.

---bila terfikir semula rasa nak nangis sebab ia terlalu overwhelming for my brain to digest,

---apa kaitan tudung dengan modesty and chastity.

---sebab yang orang selalu bagi untuk rasionalisekan hijab adalah untuk memelihara diri dari pandangan lelaki buas. perkara ini boleh dilihat dari bermacam perspektif. the equality in islam itself when it comes to self-expression for men and women.

---kenapa sepertinya perempuan sahaja yang perlu 'menjaga' dari maksiat. it is true that lelaki pun kena jaga pandangan dalam surah an-nur (ayat 30) dalam islam, basis utnuk memelihara diri pada lelaki adalah taqwa, iman dan self-control. pada perempuan, ditambah sikit: hijab. (walaupun ada berlainan tafsiran kewajipan tutup rambut, boundaries, etc)

---kalau dilihat di airport, muslim couples especially dari middle east, banyak sangat di mana yang perempuan bertutup segalanya seluruh badan dengan abaya hitam dan berpurdah. manakala yang lelaki bersenang memakai seluar pendek dan tshirt. yang namapk sunnah dan islam adalah jannggut sahaja. 

---kita yang muslim dan dah biasa mungkin tak nampak ia sebagai unfair. idk.

cara berpakaian seperti itu sahaja seperti emnunjukkan wanita itu perlu disembunyikan ataupun tenggelam dalam suasana. (mungkin bergantung pada culture)

---and for me, jika tertakdir aku bukan lagi islam atau yang sewaktu dengannya, i'd be comfortable to maintain the way i dress now as it really represents myself. tiada perhatian, lebih selesa dengan diri sendiri. membawa kepada persoalan lain:

---why do i wear it in the first place? makanya jawapan skema tak lain tak bukan akan membawa kepada; Ketuhanan, which i cant really refute or debate unless i no longer believe in the concept of faith.






existential crisis.

I am very much confused at this point of my life.

20141201

lelaki tak guna

tiba-tiba terngiang lagu Yuna. tentang lelaki tak guna


beberapa hari lepas ada tengok satu komen lelaki kat website pasal ciri-ciri isteri yang dia nak. dia cakap dalam bahasa inggeris tapi bila diterjemah kepada bahasa yang mudah, lebih kurang berbunyi:'


'bakal isteri saya haruslah pandai melayan saya di rumah sebab beliaulah penyebab saya terhalang dari melakukan zina di luar rumah'


jadi maksud disebalik ayat tersebut yang aku boleh nampak adalah, kalau perempuan tu tak mampu memuaskan hati dia (in whatever aspect there may be) itu totally salah isteri dia sebab tak pandai layan suami, atau tak mampu cantik 24 jam dan tak kentut keluar pelangi dan tak pernah busuk---and dia ada reason untuk berselingkuh di luar sepertinya dia seekor binatang buas yang tak mampu berfikir yang tak mampu menundukkan nafsu dna keinginan sendiri. 


*teringat pulak kes Mah di Metro. ditipu suami sebab dah tak cantik dan tak wangi lagi.


aku kehilangan kata terbaca komen lelaki ni, ditambah dengan statusnya yang 'kelihatan' alim.

tahi. 

kenapa perempuan sepenuhnya dibebankan dengan tanggungjawab yang sepatutnya lelaki tu pun kongsi separuhnya? ---- SELF-CONTROL.

dan walaupun lelaki itu macam hampeh aku masih tak berminat nak jadi feminist kat sini.


20141130

tak suka orang kaya.

Bismillah

Dulu aku pernah ada satu sentimen dan perasaan marah dan tak puas hati pada orang kaya. 

kaya maksudnya kat sini yang mampu cuti ke luar negara setiap tahun atau ada berbuah-buah kereta di garaj atau mampu berganti perhiasan (read: beg tangan , kasut, baju, anything else yang tak perlu ganti setahun pun takpe) setiap bulan. 

mungkin ada je yang jenis miskin setelah segala-gala gaji dihabiskan untuk menampakkan diri sebagai 'kaya'. well. that's a whole different situation.

aku macam tefikir diorang ni selfish betul. takde ke ingin nak menderma pada orang-orang miskin gelandangan. semua spend untuk diri sendiri dan family.

--- macam la wajib kan untuk semorang beritahu satu dunia bila dorang derma or sedekah pada orang gelandangan. 


empati

memang tak dapat nak elak, dalam dunia pada setiap zaman akan terbahagi manusia pada dua jenis, yang tinggi dan yang rendah, yang gagah dan yang lemah, yang cantik dan yang hodoh, yang jahat dan yang baik. aaaaaaand definitely yang kaya dengan yang miskin. this kind of yin and yang is just inevitable.

so bila kita boleh mengaku kewujudan golongan bertentangan yang tak dapat dielakkan, suatu lumrah alam, maka ia membawa kepada persoalan yang lain; 

--- memang kita kasihan pada mereka yang memerlukan, tapi kita tak boleh tuduh orang (like what i did) yang ada lebih rezekinya sebagai jahat dan pentingkan diri sendiri, just because i couldnt see them donate their money to the less fortunates (misalnya).

---bila kita tuduh orang sebagai selfish, maksudnya kita kata mereka tidak empati dan simpati dan takde rasa kemanusiaan. cuma, adakah maksud empati tu adalah yang kaya harus menjadi semiskin-miskinnya untuk merasa empati, yang cantik harus menjadikan diri mereka hodoh dan jelek sebagai solidariti kepada yang tidak cantik dan kelihatan seperti shrek. 

---contoh terhampir yang aku dapat gambarkan adalah di mana Asyikin mencukur botak rambutnya untuk menunjukkan solidariti kepada Ayshah yang juga botak kerana rambutnya gugur sebab kemoterapi. some people might find this absurd as it is not necessary of us to level ourselves, literally, with the unfortunate ones just to show we care, yet at the same time we have abundance of resources in our hand (be it talent or money) that we could use for the very same purpose.

---bagus untuk meletakkan diri dalam kasut orang yang tidak bernasib baik, untuk lebih faham mereka dan mencari ilham yang lebih baik untuk membantu dan membaik pulih keadaan mereka. tak salah. 

---so in my case, mungkin tak perlu untuk orang kaya tu mensedekahkan keseluruhan gajinya kepada faqir miskin, ataupun berpakaian, makan, berpenampilan sebagai orang miskin untuk menunjuk empati.


individuality

pernah terbaca this one book yang membicarakan tentang 'macam mana kita tak boleh marah dekat seseorang hanya kerana dia berperangai buruk selagi dia tak menyusahkan orang'

tak tahula bagaimana nak menyimpulkannya kepada bahasa yang lebih mudah.

analogi yang dia bagi; seorang Asyikin yang berperangai angkuh dan popular tak nak ajak Ayshah yang pemalu dan terasing, bermain dengannya selepas waktu sekolah.

the key point here are:

1) Asyikin dan Ayshah
2) ajakan bermain selepas sekolah 

perangai Asyikin yang asshole tak boleh disalahkan seratu peratus ke atasnya sebab dia tak memudaratkan orang lain, mungkin iya, seperti kebencian dan kemeluatan dan sebagainya, other than that, the world will just run perfectly fine dengan perangai buruknya itu. tak de effect pun ke atas kes kemelaratan di Afrika etc.

---adalah HAKNYA untuk berperangai begitu. bukan salah dia kalau dia tak mau ajak Ayshah main dengan dia after school (even though Ayshah secretly hoping that she would do that)

---seperti orang kaya tersebut, itu adalah hak mereka untuk sama ada sedekah atau tak pada fakir miskin. it is their freaking money, they can do whatever they want with it. (walaupun kita kata bagus kalau mereka derma seluruh duit untuk orang miskin, lebih bermoral, bak kata orang)

---in this case, kita simply TAK BOLEH PAKSA ORANG. i really couldnt stress this enough.

---hanya yang patut kita kejikan dan kutuk adalah diri sendiri. bila kita sendiri yang sedar dan insaf, yang mampu berubah dengan sekelip mata (berbekalkan anjakan paradigma yang baru diperoleh).

---kita boleh paksa diri sendiri, kita tak boleh paksa orang,

---kita boleh ubah diri sendiri, kita tak boleh ubah orang.

--- i dont wish to discuss about dakwah dan tarik orang kepada kebaikan sebab it falls under different category. I just wanna touch on what we need to realize about the fundamental nature and capacity of a human being.


Penyelesaian

there are a lot of solutions for this, 

--bagi yang kuat naluri kemnausiaannya makaakan bersungguh-sungguhlah ia untuk melakukan kerja sukarelawan  seperti bagi makan homeless dan sebagainya

--bagi yang percaya dengan kekuatan spiritual pada yang ghaib atau ketuhanan akan berkerah segala kekuatan dan semangat untuk dakwahkan orang agar jadi baik, kembali pada tuhan, and be a good religious people yang eventually akan suka menderma (ciri-ciri orang beriman, bak katanya). 

---bagi yang berspiritual realistik dan reformist akan menekankan bahawa pentingya zakat dan menguatkan ekonomi, mengukuhkan inistitusi baitulmal, menjadikan pengurusan pembahagian zakat lebih mantap dan efisien supaya setiap sen yang dizakatkan sampai kepada tangan-tangan yang berhak.

---bagi yang simply bijak akan berusaha menguatkan ekonomi dengan menekankan sistem yang lebih adil, mungkin, ekonomi yang liberal, menekankan tentang hak hidup pekerja yang terbeban dengan tanggungjawab kerja yang gila (ini gara-gara sistem kapitalis, katanya)

---and thousand more ways. and everythign is just interconnected to each other. so kena berjalan seiring semuanya, tak kisahla dari kaca mata apa yang kita mahu melihatnya. asalkan ia membawa kepada ---PENYELESAIAN.



Dunia ini terlalu besar


masalah kaya dan msikin hanyalah antara salah satunya dari bermacam-macam benda yang berlaku kat dunia

---bergantung pada manusia tu sendiri isu apa yang dekat dengan dirinya, bantuan (tenaga, ilmu, masa etc) apa yang boleh ditawarkannya untuk menyerlsaikan isu tersebut.

---bercakap tentang ini, aku pernah rasa marah dengan aktivis palestin di Malaysia yang macam poyo berhabis-habisan buat derma, flashmob, segala bagai utnuk bantu negara tersebut, SEDANGKAN kat malaysia sendiri ramai lagi yang homeless dan tak makan (bak kata orang seperti menyusukan kera di hutan). i strongly feel perangai itu adalah hipokrit kecuali mereka melakukan semuanya itu dengan kesedaran Malaysia memang banyak homeless dan tak makan, tapi mereka juga sedar atas rasa 'tanggungjawab' sama agama untuk menyalurkan tenaga lbih kepada ke sana.

---kalau nak kata hipokrit mereka tak ambil kisah pasal kebobrokan yang berlaku di Malaysia, samalah macam aku menuduh mereka tak ambik kisah apa yang berlaku di Iraq, di Myanmar (Rohingya), penculikan anak muslim di Afrika, etc. so it is just unfair to have that kind of mindset.

---kita memang tak dan nak kisah dan ambil tahu tentnag semua benda.

---iya, kita simpati dan empati, tapi sometimes kita helpless

--- so just do what we afford to do.

---yang penting diri sendiri, apa yang kita ambil tindakan atas kesedaran yang ada, 

---kalau nak marah pada yang 'selfish' dan 'tak ambik kisah' sampai kiamat pun tak habis.


---

ada je orang kaya yang buat kebaikan dengan kekayaan yang mereka ada, tapi level orang-orang kaya lah. 

1) macam kelas-kelas agama, where the ustaz come over to the house and ajar ngaji and tazkirah or whatever

2) conference agama, like pernag tengok kat astro dorang buat coverage 'usrah' kat new zealand lead by ustazah Yasmin Mogahed. amsa tu Mizz Nina pun ada join. so definitely memang dikhaskan program (agama ni untuk yang berada sahaja)

3) artis kaya yang suka jemput anak yatim makan kat rumah or whatever else yang dorang buat kat anak yatim tersebut.

4) i bet there are a lot more examples but at this point number 4 aku dah malas fikir.

---so konklusinya, mereka boelh berbuat kebaikan dalam lingkungan kemampuan dan kapasiti mereka. boleh kekal dengan gaya hidup mewah mereka. tak ada masalah. asalkan segalanya membawa mereka kepada yang lebih baik untuk diri sendiri dan masyarakat.

---maka selesailah isu orang kaya yang selfish ini.

----

---erm aku pun tak tau apa yang aku carutkan di keseluruhan entri ini.


The end.


20141114

shower.

Bismillah


So the other day my housemate told me that I shower too long and suggested i should shorten my trip there every morning by at most 20 minutes. instead of mengamuk tak puas hati i gave her the most pleasant smile ever and thanked her for that. im quite impressed with my self-composure at that time.

boleh difahami kenapa dia suggest macam tu sebab shower+toilet kitorang ada satu sajork and it would be best to be considerate kepada ahli rumah yang lain.

I have ton of questios the moment she told me about my 'problem' yang menyebabkan mekanisme self-defence aku mencecah zero a.k.a tak sempat nak marah-marah instead.

1) macam mana dia tahu it was me in the shower every morning? my roomate pun ada habit mandi pagi every day (in fact more than i do)

2) dia takde kelas or kerja that requires her to wake up super early unlike me and my roommate.

3) how do i know bila exactly dia terbangun nak pee pagi-pagi buta?

4) if so, do i have to wait every morning sampai dia terbangun nak masuk toilet, then baru aku masuk the toilet? so do i just wait in front of her room for that sole reason?

5) how many times this 'problem' has occurred that caused her life so much pain and misery?

6) and why 20 minutes? can u just simply ask me to mandi 20 minit je? WHO ARE YOU? MY MOM? SHOULDN'T WE DISCUSS THIS MATTER TOGETHER INSTEAD OF YOU ORDERING ME AROUND? I DON'T LIVE HERE FOR FREE I HAVE MY RIGHT TO DO WHATEVER I WANT. *ROAR*

 ermm.


---


communication kitorang macam ayam dengan itik. bila aku tanya she doesnt even want to explain.

this thing bothered me so much i have to post it in my blog. and i am thanking myself sebab tak overreact masa dia beritahu pasal benda tu. i feel like an adult, you know. cam cool cam peace jek. lulz.

i just dont understand the logic of certain people, sometimes. mungkin orang lain pun tak faham logik aku.

Are you happy?

Bismillah


semalam duduk-duduk dengan housemate baru, she's an Italian woman. sangat peramah, sanagt genuine and sincere. suka offer makanan. so teman dia makan dinner. amcam-macam dia tanya pasal islam. dia tanya pasal tudung, pasal solat, pasal kenapa dia tak commit dengan christianity, pasal social life dia, pasal freedom, pasal macam mana aku socialise dengan ada batasan hubungan antara lelaki dan perempuan.

i was overwhelmed that night, because no one really asked me about my religion the way she did. dia tak tanya soalan susah pun, banyak perkataan kenapa tu, kenapa ni. aku tak tau kenapa susah sangat nak cari logik yang dia boleh faham sebagai seorang non-muslim dan bukannya jawapan template yang biasa cakap dalam usrah dengan adik-adik yang hanya tahu angguk dan tak bantah.

like, should i say; 'it is because my God asked me to do such and such.'?

is it even sufficient?

am i right to doubt the common answer, or i can just leave it to that?

and last-last bila da cakap and explain banyak-banyak, she came up with this question:


'are you happy (being a practicing muslim)?'


subhanallah. that question completely blew my mind. i never asked myself that question, am i happy being a muslim? am i forced to be happy? 

to be completely honest, i don't know whether i am happy or not with this religion. 

is happy the right word to portray how i feel about my own faith? calm? peace? or whatever?







20141006

malu dan awkward.

Bismillah


That moment when we are being too nice to each other it ended up with shyness and awkwardness.

that's what happening to me and my housemates. when i decide to be kind and polite to them it resonates a rather awkward responds after.

like, why? aren't we supposed to be more laid back and open up to each other?

i noticed this 'problem' quite a number of times in different situations with different people.

kenapa. tak selesanya perasaan ni :(

20140628

unpatritotic

Bismillah


Sempena kedatangan Nouman Ali Khan haritu ada beberapa orang menaikkan concern bagaimana bahasa asing yang digunakan dalam berdakwah kepada rakyat malaysia yang native language-nya adalah bahasa melayu emmebri impak (sort of) negative kepada cara rakyat melayu muslim malaysia berfikir dan bagaiamana ianya 'mengganggu' adapatasi apa yang mereka peroleh hasil dari syarahan para pendakwah asing yang berbhasa inggeris ke dalam kehidupan seharian. 

---

aku cam, kenapa benda ni jadi isu sangat? idk mungkin aku seorang yang kurang berjiwa patriotik or kurang menghargai bahasa melayu. idk. well, i blame it on Tun Mahathir. dari form 1 sampai from 5 belajar english semua. masuk foundation and uni lagi la tak jumpe basa melayu. ok seriously no. takde salah sapae pun.


---put aside pasal semangat patriotik dan mencintakan bahasa kebangsaan sendiri. tak semorang bole ada perasaan tu automatically. cinta tak boleh dipaksa-paksa. kah.

---

berbalik kepada isu nouman ali khan. ada yang cam emo sebab bila penceramah asing dari luar dijemput menyampaikan ceramah, lagaknya macam malaysia ni takdek langsung orang yang layak dan setaraf dengan pendakwah asing ni.

banyak sangat dimensi yang kite boleh tengok kalau nak cakap pasal isu ni. tapi aku lebih berminat untuk fikir bagaimana utnuk tak menyalahkan orang yang tak minat ceramah bahasa melayu.

---

sebelum kita bergerak kepada notion kenapa lah orang melayu malaysia ni bias and unfair? apa beza standard ceramah/syarahan/tazkirah yang dalam bahasa melayu dengan bahasa inggeris?

---mari menyedarkan diri bahawa setiap orang berhak menapis dan membenarkan apa-apa jenis informasi/ideologi/fikrah dan pemikiran ke dalam kepala otak secara sedar.

apa beza dengan orang yang dengar ceramah nouman ali khan kat putrajaya sekali setahun, 

DENGAN

orang yang tak pegi langsung mana-mana ceramah live nouman ali khan tapi consistently everyday dengar lecture dia kat youtube?

mana impaknya lebih power? so sekarang aku tak nampak menjemput penceramah asing dari luar sekali setahun (atau lebih sikit, kurang dari lima kali, mungkin, lol) memberi impak besar kepada cara fikir rakyat muslim Malaysia

KECUALI

mereka-mereka ini benar-benar konsistent mendalami dan mencedok ilmu ustaz nouman ali khan secara langsung atau secara maya---yang mana aku kira, muslim sebeginilah berpotensi dan berguna kepada kemajuan ummah islam malaysia, lebih baik. which is bagus la kan? ini lebih baik 

DARIPADA

manusia yang acah-acah suka pergi majlis ilmu yang di terajui penceramah terkenal antarabangsa dan suka untuk upload gambar di instagram dan laman sosial tapi lepas balik rumah takde kesan apa-apa pun selain dari keterujaan menjadi sebahagian dari international event.

orang canni. tak beri apa-apa impak negatif or positif pada kemajuan islam di malaysia.


---


mari jadikan ustaz nouman ali khan sebagai X. 

SO ustaz X can be anyone. 

---ustaz X boleh jadi orang yang cakap bahasa melayu/bahsa inggeris/bahasa arab/bahasa etc.

---ustaz X boleh jadi orang yang membawa pemikiran sekian, sekian.

---ustaz X boleh jadi berasal dari negara bukan eropah, boleh jadi dari Amerika, Thailnad, Africa or wherever.

---ustaz X can be any body


AND


and semorang berhak pilih pemikiran yang bagaimana mereka mahu otak mereka dibentuk. hence dorang berhak pilih penceramah yang bagaimana-bagaimana pun mereka mahu dalam membantu mereka emnuju ke arah process tu. get it? it's about the right and freedom to choose.

la ikra hafiddiin. mana mungkin memaksakan ideologi dan cara berfikir kepada orang yang sedar dan waras dan bertanggungjawab atas pilihannya sendiri?

it's not about the language, it's not about the country of origin, it's not about his/her skin colour.

i think.



----


walaupun aku setuju kadang-kadang proses import ilmu dari negara dan bahasa asing benar-benar mencacatkan cara manusia melihat tempat asalnya---terus merasa mereka belong kepada negara asing tersebut.

ada yang begitu kepingin dan mahu mengejar-negjar menjadi mujahidin di negara-negara arab sedangkan negara sendiri pun tunggang langgang, perlu dibela.

seperti nya peluang syahid dna jihad tu tak valid di negara Malaysia.

itu. awful.

kesan karya dan ideologi asing yang tidak dihadam dengan cermat dan relevan mengikut sosio-budaya dan realiti tempatan.


---


konklusinya. aku tak tahu entri ini menuju ke mana. sekian.


20140623

stupid.

Bismillah


Yesterday i told my roommate how frustrated I was as i could not answer my immunology paper well.

lepas habis meluahkan perasaan dia cakap;


'Dont't worry. Im sure there are other people who felt stupid too and cannot answer it well.'


i was like. apakah?

dalam kepala, apa yang aku faham dari apa yang dia cakap is:



'don't worry. aku yakin ramai orang pun bodoh macam kau jugak masa jawab exam.' 

lol.

dia tak berniat pun nak maksudkan macam tu. maybe cara dia cakap and struktur ayat dia membuatkan ia kedengaran macam nak kutuk aku. kah.

thanks roomate. walaupun respond kau unik aku terhibur.





20140622

rock bottom.

Bismillah




"sesungguhnya orang-orang yang mengatakan 'Tuhan kami adalah Allah' kemudian mereka tetap istiqamah 
maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tidak pula berduka cita." 

(Al-Ahqaf:13)


Subhanallah. 

:(

20140619

ustazah.

Bismillah


aku selalu hesitate untuk keluar pegi mana-mana tempat yang orang kenal aku. i dont really like the situation where i have to explain about myself to other people, what am i up to, yada yada.

and disebabkan apa yang aku pakai before high school and after high school sangat jauh beza. aku selalu rasa malu nak display myself to the public padahal bagus la kan kalau pakaian dah bertukar jadi better. more syariah compliant. katanya la.

aku pulak yang segan pada orang. tahi apakah ini.

Ada satu hari ni my sister and I pegi breakfast kat kedai makan near to our house. and masa makan tu ada a few kawan lelaki masa sekolah menengah datang. duduk kat meja berdekatan. aku rasa nak lari and nyorok. i feel like; 'no u guys cant see me like this!' apehal aku nak rasa begitu pun aku tidak tahu mengapa. i cringe. cuba menggulungkan diri seperti seekor ulat gonggok so they cant see me. tapi gagal. i secretly hope that they could not recognize me. tapi aku awet muda sangat. they knew me.

tetibe terdengar suara seorang dari mereka cakap something like this;


'weh ada orang tu dah jadi ustazah seh' pastu gelak-gelak.


and i know exactly that he was referring to me.

jahatnya mulut. tetibe rasa nak nangis on the spot. that humiliation. 

---wait. what? kenapa nak rasa humiliated pulak? see. i also kenot understand myself.

drama kan budak tu? i thought usik-usik keji macam tu only happens in drama melayu picisan! this adds more reason why i should ban malay movies/drama in my life. look what it does to my poor fellow friend's ability to think!

rasa sedih gila. 

kenapa society makes me feel like im the one who should be blamed just because i present myself differently?




20140618

burrito

Bismillah


I watched two movies today; a Thai short film; Present perfect. and KIL.

---and im glad that my 3 hours or so are not wasted.

Present Perfect

karakter utama sangat moody and ada kepala sendiri and clumsy sikit-sikit. aku jatuh cinta pertama kali melihat beliau sebab i feel like watching myself on screen---except dia lagi lawa la. and i can totally relate to her attitude. but idk her name sampai la citer habis. is that even possible? duh. 

perempuan tu betelungkup menangis atas sofa. mengongoi seperti anak kecil. tiba-tiba budak tu datang; ask her what has happened. kissed her. and hugged her. that small gestures. tak membantu selesaikan or hilangkan apa-apa. but sometimes it would mean the world to someone.

setiap dengusan tangis yang keluar; seperti setiap esakan terhambur keluar bersama seribu kesakitan.

---

when life decided to knock you down really hard, bertelungkuplah memeluk diri sendiri atas katil, it would be great if you could just wrap yourself in a warm duvet like a fat yummy burrito. then cry your lungs out. 

---penyelesaian terbaik utnuk menghadapi masalah secara dewasa. not.

when cry is the only way. pernah tak rasa menangis tu feels like the most natural thing to do? like kau automatically ketawa pada joke kelakar (obviously). and automatically cry bila recall balik to all the shits that ever happened in your life. it feels good, though. seriously. 

Bagusnya Allah ciptakan mekanisme ni.

---setiap orang ada hak untuk berlaku dingin dan defensif pada apa sahaja yang pernah menyakitkan diri mereka. and you do not owe any explanation to anyone for that reason.


KIL

Aku rasa filem ni bijak dalam banyak-banyak filem malaysia yang suka membodohkan rakyat.

karakter dia; it feels like watching myself on screen---except dia lagi lawa la. and dia lelaki.

aku dah agak apa ending cerita ni. semorang cakap KIL ni different la, unpredictable la pe la. bile citer da sampai hujung-hujung aku cam bergembira sebab expectation aku betul.

tapi aku get lost a few times jugak la sebab plot twist dia memang unpredictable---tapi ending dia ended exactly like what i thought it would be. u think u really smart eh mr director. kah.

---

sebab ending dia cam pelik aku cuba google review orang pasal filem ni. and i am kinda amused when semorang try really hard to interpret setiap benda yang berlaku dlam cerita ni. cuba bersungguh-sungguh untuk kelihatan 'deep' dalam ulasan mereka. 

---some of them try to figure out what the orange represents. THE ORANGE. erm. k.

tapi aku emmang percaya pun mr director and the team memang memberatkan artistic value and instilled some kind of philosophical nuance in the movie. 

so the orange mungkin ada la represent something. life?, happines?, idk. 

what if mr. screenwriter sebenarnye sesaja je letak oren dalam movie tu? takde tujuan lain. ahah!

---


i just like it bila watak utama filem tu tergelak bila dia rasa company yang nak tolong orang untuk mati tu sebagai mengarut sedangkan watak dia sendiri adalah fictional.


---


watak Kil sebagai manusia yang terbeban dengan kesedihan dan kegelapan sangat menghidupkan.


20140615

nikmat makan.

Bismillah


sejak pindah masuk rumah baru yang tiada pertanggungjawaban ke atas aku utnuk bergilir-gilir masak setiap beberapa hari, kemhairan memasak aku sanagt merudum. and i just dont know why. dulu masa duduk dengan akhawat, aku rasa aku terror (bukan as in terror mengganas) masak. name it; bakso, mi bandung, mi kari, ayam kicap blackpepper, sambal nasi lemak. cewah. celah jari jew ---tema keseluruhan perenggan: perasan dan takabbur.

bila masak untuk diri sendiri, aku sendiri pun tak larat nak makan. lebih garam la, lebih gula la. rasa pelik-pelik ntah apa-apa. aku rasa kalau bagi kucing pun mereka tak sanggup jua nak menghadapnya. give up ah cenni masak. tsk. 

teringat ada satu dokumentari ni, tentang plane crash survivors yang terpaksa makan daging mayat kawan dorang sendiri utnuk terus hidup sebab dah dharurat and desperate sangat, and it happened for more than a month. dorang tersadai dekat pergunungan salji yang takde langsung tumbuhan atau kelibat haiwan.--- dorang makan just for the sake of sustaining their lives. not more or less. sebab daging manusia tu memang tak sedap (macam sure je) and memang geli and unethical pun untuk makan daging orang. kan.

---sebab takde option lain. like, bila kau sebenarnya takde nafsu pun nak makan makanan tu, but you just have to eat it or else you gonna die. macam tu la perasaan aku setiap kali menyuap masakan sendiri. lol. exaggerate nya -.-

but it feels good though. situasi yang mengajar aku untuk sentiasa rasa cukup dan syukur dengan apa yang ada and melatih diri untuk tak merungut. 

terasa nikmat di sebalik musibah masakan yang terhasil dari kefasadan masakan hasil tangan sendiri. (fasad: rosak). 
---terasa nikmat makan tu hanya sekadar untuk menggerakkan tubuh seharian untuk bekerja dan sekadar untuk mencukupkan. bukan semata-mata nak kenyang dan memuaskan nafsu. 

---bila tak diperhambakan nafsu. nikmat apa yang paling besar selainnya?



'Dan adapun, orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari hawa nafsunya, 
maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya' 

(79:40)


amboi bila takde option kemain pandai berkata-kata dan elok bermuhasabah bagai. cuba nanti tengok balik malaysia macam mana gayanya. u_u

---bukan ke lagi nikmat bila tidak melakukan sesuatu tu sebab Allah semata-mata. bukan sebab takde pilihan?

erm. k.

sedang aku paksa diri untuk menyuap nasi goreng masin ke mulut sendiri, ada manusia-manusia kat luar sana, kat ceruk dunia yang lain, yang tak berjumpa langsung punca makanan untuk terus hidup. Allah :(

alhamdulillah ala kulli haal.

semoga Allah sentiasa mencukupkan kekurangan mereka.

Hanya Allah sebaik-baik pemberi rezeki. hanya Allah sebaik-baik pelindung.


20140614

#tilljannah

Bismillah


Lately banyak cerita artis bercerai-berai. erm. kantoi baca website gossip. herher. eh kat metro pun keluar juga ye u_u yang paling menarik hati adalah tentang kisah bekas sepasang suami isteri yang ketara perbezaan umur mereka ni. and you know who. kawin for a short while after kenal each other for a short period of time.

bagi aku adalah satu perkara yang sangat menakutkan kalau isteri takde rasa hormat pada suami sendiri---antara perkara yang aku sendiri takut bila dah kahwin. keji kot perasaan macam tu. kan. like, kau akan senang-senang pandang rendah pada suami sebab kurang pandai ke, kurang harta ke, kurang fikir, kurang umur, kurang kacak ke (eh). dari perasaan macam tu je pun dah mampu untuk spark perbuatan nusyuz pada suami.



BUT COME ON. SIAPA PUN SEMPURNA KAT DUNIA NI?.

---

pengajaran pertama; perpisahan mereka meruntuhkan persepsi positif aku tentang idea 'tak-kenal-lama-pun-takpe-kawin-dulu-nanti-bercinta-lepas-kahwin-insyaAllah-lagi-halal-dan-berkah' ---but of course it is unfair to generalise things. ada yang kenal sehari and then kawin and then bahagie je manjang. ada pasangan yang mereka tak rasa pun mawaddah, rahmah dan sakinah pada perkahwinan dorang. Allahualam. boleh jadi ia ujian untuk mereka.--- btw aku tak percaya pun wujud relationship yang setiap saat happy. hashtagtilljannah.

pengajaran kedua; hubungan yang sihat tak semestinya perlu dicanang satu dunia. rasanya macam takde keperluan pun dihebahkan kebahagiaan tu untuk semua orang tahu especially kat social networks-hashtagfollowersperlutahu. kalau gambar berdua dengan gaya ala-ala ok la jugak. ni kalau setiap kali post gambar dedua melekat macam kembar siam, meluat la jugak lelama menengoknya. unfollow kang kecik hati pule. ahaks. walaupun aku masih meragui diri aku sama ada dapat menahan diri atu tidak dari post unnecessary pictures of me and my future husband on fb or instagram. erm---melainkan perbuatan tersebut diniatkan untuk sebarkan kebaikan lillahi taala.

pengajaran ketiga; bergantunglah seerat-eratnya pada Allah. walau macam mana tinggi pun expectation kita pada kebahagiaan dan persediaan untuk mendapatkan rasa bahagia itu, akhirnya yang menumbuhkan rasa itu hanyalah Allah jua semata-mata.

---tiadalah kebahagiaan yang paling benar melainkan redha Tuhan semata-mata.


'Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepda Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. 
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaku'

(89:27)


ya ayyuhannafsul mutmainnah irji'e ila rabbiki radhiyatammardhiyyah. fadkhuli fi ibadi wadkhuli jannati.


20140611

Crazy attachment.

Bismillah


Aku bersyukur Allah ciptakan aku dengan fitrah introvert. aku tak pernah kisah jadi loner. i have myself with me all the time. *hugmyself*. and books. and internet. agaga.

kadang-kadang (no. most of the time) rasa rimas kalau setiap saat duduk dengan manusia yang perlu di hiburkan 24 jam. kena layan, kena berbual, kena teman gi toilet, hence aku rasa bersalah gila pada roomate sekarang sebab i RARELY talk to her. hanya formal greeting je everyday like; 'hi', 'hello', 'how are you'. you know just for the sake of being polite. aku berkelakuan seperti tahi. i know it. but we do engaged in serious discussions at times. we talked about the division of korea, the culture of Japanese people (my roomate is a Japanes girl), relationship, travelling, life, and other (acah-acah deep) stuff. 

tapi aku rasa dia faham jew. aku pernah explain kat dia how anti-social i am. hew. so yeah.

as a result aku rasa english aku deteriorating gila. tahu fake australian accent je lebih.

but once i got attached to people, you cant get as near to someone else as you are with me. Im the kind of overly-attached girlfriend like that. pernah psycho sensorang sebab my bestfriend masa kat KMB dulu ada banyak kawan. rasa tergugat bila dia tak spend most of her time with me. im crazy like that.

---

anyways, nak cakap. attachment to people, things, ideology, institution, labels, and names is a disastrous psychological disease that could ever happen kepada seorang manusia yang mempunyai akal yang sihat.

attachment to Allah takpe.

tapi, yang define prinsip, motivasi dan tujuan manusia tu adalah attachment pada 'sesuatu' la kan? like you know that your life is dedicated to that 'something'. and you are willing to die for it. erm k.

nak cakap nya. it's not good to be too attached to your emotion. there is a realy really really fine line between emotion and rational. like, for example, perempuan, kalau dah suka sangat sesuatu benda tu, they would do anything for it. liek bayar thousands of ringgit for a piece of tudung, contohnya. 

walaupun secara rational nya, perbuatan itu adalah bodoh secara mutlak.

---

aku akan rasa tak betul kalau setiap kali berfikir, argue dengan orang lain, or berdebat dengan minda aku sendiri (yes, i do a lot of thinking--- especially when im in the shower, golden opportunity where everyone tetiba jadi pengikut Socrates); ---aku banyak directkan source pada specific figures sahaja. 

--- im really into school of thought of Tariq Ramadan and Dr Asri Zainal Abidin right now. pemikiran aku banyak dipengaruhi dorang-dorang ini. so, aku akan rasa something is amiss bila cakap or argue dengan orang je, aku guna nama dorang.

like, 


'Dr MAZA penah cakap macam ni,', 

'tapi, Tariq Ramadan tak setuju dengan bla, bla, bla', 

'tapi Dr MAZA kata bla, bla, bla,'


---U know, like you are really tied and attached to them, semorang punye pendapat kena alligned dengan your preferred scholars. walaupun (maybe) apa yang dorang cakap tu betul.

i was like, come on, be open and flexible. the world does not revolve among the people you like je. kan.

sikit-sikit nak quote orang tu, sikit-sikit nak quote orang ni cakap apa. tapi at the same time tak faham pun apa yang dipertahankan tu.

memang la kita takde ilmu, kite tak tahu, jadi kena ikut orang yang lebih faqih dan sebagainya, yes i agree, but wouldnt it be nice if we follow and understand and think- all at the same time?


---


aku rasa ini penyakit juga. takut menggunakan aqal. walhal aqal yang terpenjara itu adalah sesuatu hukuman yang paling menyeksakan yang pernah boleh berlaku pada sejarah hidup manusia.

for me, azabnya aqal yang terkurung ni adalah sama teruknya dengan penindasan fizikal yang berlaku pada manusia-manusia yang tertindas di Palestine, Syria, Afghanistan dan lain-lain negara arab yang teruk dibedil tentera kuffar laknatullah setiap hari.

What's worse than an oppressed mind?


---

nak cakapnya. attachment (membuta dan secara bodoh) kepada selain Allah adalah kejahilan yang membebalkan.


---

aku rasa nak cubit-cubit orang yang suka pertahankan bermati-matian figura-figura pujaan (/sembahan) mereka based on emotional attachment.

selagi sesuatu itu tak bertentangan dengan Al-Quran, hadith dan segala macam pandangan ulama' muktabar dan logik akal manusia, sentiasa ada ruang untuk persoalan, keraguan dan kritik. kan?

---

ye aku dhaif dan banyak sangat tak tahu tapi aku sangat curious nak tahu kebenaran tu apa.

aku kengkadang berkecil hati dan butthurt dengan orang yang alim dan pepandai agama yang suka condemn orang jahil yang suka menggunakan akal dalam berfikir atas tiket tak tahu ilmu agama.

tapi islam tu untuk orang agama je ke?

and if it is so, apa guna islam sebagai rahmat seluruh alam yang Allah firmankan dalam kitab suciNya?

---

bagi aku ada benda yang perlu dan wajib kita sandarkan pada jargon-jargon dan prinsip bersadurkan bahasa arab, tapi ada banyak juga benda yang tak perlu di-islamisasi-kan as they are already muslims in the first place.

kan ke islam tu syumul, kamil, mutakamil. kalau kepala otak kau dah sadurkan dengan islam, you will see everything dari kaca mata agama. and you dont need name and labels cos you know; that is religion.

---talk about fikrah yang tercelup pekat (sibghah Allah).

sebab honestly, kadang-kadang aku rasa manusia terlalu sibuk mengetuk tin-tin kosong yang membingitkan atas nama agama yang mereka sendiri pun tak pasti apa.




20140527

Ikhlas-ception

Bismillah


so i shared a video by dr MAZA about 'ikhlas' on her fb wall. kenapa tak share kat mesej je? tapi aku nak orang lain tahu juga pasal ikhlas ni.

ilmu aqidah kot; ikhlas pada Allah. berharap orang lain dapat manfaat juga. erm. k.

tapi suara lain bisik kat kepala;


ikhlas ke ni? ke nak orang lain nampak yang kau ni dah ikhlas sangat?


setan ni. setan ni. saje nak hasut orang tak buat kebaikan. lantak pi la. aku balas pada suara tu;


aku ikhlas ni. lantak la. Allah je tau. masuk dalam perlindungan Allah. tsk. 


*walaupun hati dah shaky. rasa nak delete balik video tu*

suara tu datang lagi.


erm. nak orang nampak la tu kau ikhlas. nanti mesti orang rasa kau ni orang yang 
ikhlas dan tawadhu lagi zuhud. hipokritnya kau.


erm. jahat gila. main usik-usik pulak dia.

i dont care. i just want others to get the benefit, too.

but deep down in my heart i still doubt my own sincerity, though.

ikhlas ke tidak ni?

nangis.









20140516

Misinterpret 2.0

Bismillah


ok. sekarang da ingat dah.

...

keluasan tafsiran sesuatu itu bergantung kepada berapa luas cara pandang kita. berapa luas 'tingkap' kita bila meneropong dari dalam rumah.

...

bila bercakap tentang tarbiah, penyingkiran jahiliah dari dalam hidup adalah satu kemestian dan kewajipan. Ia merupakan satu jihad ruhiyyah yang tidak boleh tidak perlu dilakukan jika mahu mendekatkan diri pada Allah dan redhaNya.

tazkiah (pembersihan hati) is an ongoing process. dari titik seseorang itu sedar tentang kebenaran dan ketuhanan---sampai dia mati. it is a never ending journey. sebab syaitan selalu mengintai-ngintai nak sesatkan dan perosokkan anak-anak adam dalam neraka.

perangkap yang tak kira mangsa. hatta sang ulama' sekalipun; dengan segala sifat kibr dan ghurur nya --- sehinggalah kepada pendosa-pendosa kebanyakan yang terus-terusan enak dengan maksiat dan kelalaian.

...


dunia dan hidup ni terlalu luas, terlalu cantik, terlalu banyak hikmah dan ilmu di dalamnya. terlalu, terlalu---

...


bila sempitnya definisi 'jahiliah' seseorang itu, segala yang tidak ber copkan jakim atau bernamakan islam ---adalah jahiliah.

tiada nama dan terma arab pada nya---jahiliah

tiada sosok islam yang memperkatakan tentang nya ---jahiliah.

tiada perkataan dakwah, jihad --- jahiliah.

semua-semua lah jahiliah. bila dalam kotak fikiran memprogramkan kesemua perkara tersebut tiada dalam islam; secara automatis mendorong diri untuk segera menjauhi 'jahiliah' tersebut lantaran takut tercemar kesucian hati dan membawa jauh dari Allah.

lantaran semua nya dijauhi. apa sahaja yang boleh? apa sahaja islam yang ada padanya yang membantunya memuliakannya sebagai khalifah?

---Al-Quran dan Sunnah (katanya)

Right. 

apa sahaja yang kita tahu tentang Al-Quran dan sunnah selain daripada terjemahan literal dan tafsiran para ulama'  ratusan tahun dahulu?

apa dan bagaimana?

apa praktikaliti nya? apa implimentasinya? macam mana?

tak muak ke dengan cycle sama yang berulang-ulang semata?


...


segala yang tidak 'islam' tertolak. 

islam itu perlukan pada label dan nama?

perlu kah kepada setiap benda di-islam-kan dan di-arabkan?



...


kadang-kadang aku pun tak faham dengan orang agama yang lantang memperkatakan tentang muslim yang tidak 'islam'
---sedangkan islam nya mereka itu pun disogokkan pada 'jenama' dan 'nama' yang sempit.


...


salah satu maksud taqwa adalah takut. takut berbuat dosa. takut pada murka Allah. takut dengan seksaan api neraka. takut. takut. dan takut.

aku kira; takut dan fobia melampaui batas juga merupakan sesuatu yang tidak adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya), barangkali?

takut yang mencengkam dari bergerak dan berubah. stagnant. takut untuk mencari. takut untuk keluar dari jalan yang sudah biasa. takut untuk faham.

bukankah segala apa hikmah yang ada di dunia diciptakan untuk manusia. memperingatkannya tentang Tuhan dan mengabdikan diri padaNya?

tapi takut dan menjauhi?

mahu duduk di planet mana barangkali?


...



'tapi dunia tu kan senda gurau dan permainan? akhirat yang maha kekal'


---kalau dunia itu menyesatkan dan membenamkan engkau pada dosa; isu itu pada engkau and it's YOUR problem, maybe? 

Allah ciptakan dunia bukanlah semata-mata untuk kefasadan iman manusia-manusia barangkali?

---tapi Tuhan tidaklah menciptakan manusia untuk memenuhi figura seorang(?) malaikat. (?)

it is more than just fear.

Kaca mata seorang islam yang benar itu ialah bila mana hatinya itu ada Allah dan taqwa tanpa bergantung pada masa dan kondisi. datangkanlah apa sahaja, kaca mata itu menjadi penapis baginya untuk kembali (bertaubat) pada Allah dan kembali menilai sesuatu itu melalui neraca penciptaNya
---utopia seorang pendosa.


hati yang faham. dan ehsan 


---walaupun kefahaman dan paradigma taqwa itu bukanlah sesuatu yang tertanam dalam hati seseorang dalam sekejapan malam.


It's a journey towards God and the truth.


...


untuk yang takut tersesat, takut tercacat iman nya;

aku teguh percaya dan yaqin; Allah itu Maha Pemurah, Maha Kasih, Maha Lembut, Maha Adil. RahmahNya itu melimpah-ruah ke atas setiap hamba-hambaNya.

untk setiap yang imannya adalah Allah yang satu;

untuk setiap yang keluar mencariNya dan mendapatkan kasih sayangNya;

Allah akan tunjukkan dan mendorongkan jalan.

Allah akan tunjukkan jalan. Allah akan tunjukkan.

---dengan syarat berlaku jujur dan telus pada Tuhanmu.

---sedar bahawa setiap perkembalian hati dan amal jasad itu hanya kepada dan untuk Tuhan.


...


Untuk manusia-manusia yang sudah terlalu qarib dengan Tuhannya; 

---tahniah kerana telah berjaya dengan pasti melangkahkan satu kaki kalian ke dalam syurga.


...



asal aku rasa duniawi sanagt entri kali ni.



20140511

Misinterpret.

Bismillah

Kite selalu mengharapkan keajaiban berlaku pada diri.

bukan ke penciptaan diri sendiri dan segala peristiwa dan takdir yang revolve sekeliling diri kita ---setiap saat, setiap hari --- merupakan keajaiban, nikmat dan petunjuk dari Tuhan?

...

setiap orang ada kemampuan untuk tafsir dan terima sesuatu benda tu dengan penilaian sendiri. tapi tak semestinya perkara yang kita tafsir  tu sama tafsirannya seperti mana pentafsiran dari mana asal kita mendapat benda tu.

geddit?

your teacher taught you A, you thought you understood it as A but at the back of your mind u r actually looking at it as Z.

geddit?

kefahaman kau tak sama macam apa cikgu kau faham. tapi kau claim kau faham. faham?.

salah siapa sekarang ni.

ilham dan daya mampu untuk faham dan melihat sesuatu dari dimensi yang berbeza-beza itu pun datang dari Allah jua.

---tapi kita sentiasa ada pilihan untuk pilih.

...

ok now dah lupa nak tulis ape sebenarnya. cis.




20140507

Ours.

Bismillah


dua jenis perangai manusia yang aku observe lately;


yang beragama dan so-called beriman menggunakan Tuhan untuk menunjukkan betapa 'salah' nya perbuatan-perbuatan tertentu manusia-manusia tak beriman (di mata mereka).
---maka terkeluar jargon seperti; neraka, murka Allah, berkurang rahmat Allah & yang sewaktu dengannya.

which bagi aku sangat biadap untuk manusia mempersempitkan dan memperbataskan kasih sayang Allah yang Pengampun dan maha penyayang ke atas hamba-hambaNya mengikut neraca (nafsu) sendiri. bagi aku; ini penyakit orang beragama. attitude Holier art thou; Ana khairun minkum.

Jijik. 

Zat dan sifat Allah yang Maha Mulia dan Maha Perkasa dan segala sifat rahmah dan pengampunNya tidak sekedekut seorang manusia---yang suka benar menahan-nahan nikmat.

...

orang yang biasa-biasa (read: golongan yang bukan asatizah dan orang kebanyakan) mempertahankan 'kesalahan' atau segala perbuatan pelik yang dilakukan mereka, yang bukan dalam 'landasan' agama dengan justifikasi; 
---hanya Allah yang boleh menghakimi perbuatan mereka. hanya Allah yang tahu niat (baik) hati mereka. Hanya Allah yang tahu. Hanya Allah.

tapi bagaimana bisa mempertahankan yang batil dengan nama Tuhan?

bagi aku ini juga adalah peyakit; jahil. bukan jahil tak gi sekolah. jahil tak tahu dalam beramal. bukankah sebaik-baik amalan itu adalah berdasarkan ikhlas dan benar***? 
---tidak boleh ikhlas tanpa benar. tidak boleh benar tanpa ikhlas.

...

semua claim Tuhan adalah milik mereka dan bersama mereka, regardless 'amal' yang  dipersembahkan. 

Tapi apa yang sebenarnyaTuhan mahu? 

Siapa saja yang mampu membelah langit, memetik dan mempersembahkan benar yang Mutlaq?


...


pernah merasa menjadi kedua-dua golongan. tak pasti sekarang berada di spektrum yang mana.



***berdasarkan Al-Quran dan as-sunnah,


20140504

Tak tahu

Bismillah


Bila kita dalam keadaan tak tahu kita ada tendency untuk justify pendapat yang kita rasa dekat dan betul dengan kita.

say, if kita tak tahu sesuatu and terpaksa depend pada orang dalam menunjukkan jalan. walaupun idea nya nampak dan rasa asing, kita sedaya upaya nak justify supaya ia berjalan selaras dalam kepala, perbuatan dan kata-kata---tanpa menghiraukan rasa tidak selesa yang bersarang dalam hati sendiri. 

the same thing goes dengan diri sendiri. bila kita rasa dan fikir sesuatu tu betul dan lebih hampir dengan apa yang kita nak (hopefully bukan nafsu), kita berusaha justify supaya ia berjalan selaras dalam kepala, perbuatan dan kata-kata---tanpa menghiraukan apa-apa fikiran orang-orang.

it's either one.


to escape from people's judgement and come to Allah's forgiveness
---the very meaning of tauhid.

20140503

a note to myself.

Bismillah


I ve been constantly telling myself that

---it is okay to be myself.

i don't have to apologize to other people for behaving like one.

and i don't need to feel bad if people choose not to understand.


20140501

Crashed.

bismillah


aku tak tahu kenapa lately aku cam fond sangat dengan air crash investigations.

so much memories, so much tragedies. it teaches me a lot about life. A LOT.

apa yang dorang fikir 15 seconds before the plane crashes/vessel sinks?

how does it feel? do they cry? do they scream? apa doa mereka pada Tuhan saat-saat terakhir tu?

apa yang terfikir dalam kepala bila tahu tahu there is definitely no way out?

the mystery is just enticing and mind blowing.

setiap kali dengar kata-kata terakhir si kapten dari pita rakaman kotak hitam;  it's like their very last word.

takde jalan patah balik. mati yang definitely pasti. depan mata. death is the only way out

---the denial, the confusion, the frustration, the regrets, the catastrophic feeling inside your heart. it's just....

that piece of shit is so real. it is just like listening to a recording of someone who is dying.

---except that you won't be able to see the death angel rip out soul from the helpless body.




detour

Bismillah 


erm. sepatutnya pagi ni dah ada kat malaysia. spend some time kat pesta buku before heading off to Johor for my sister's akad and walimah.

tapi Allah has better plan, insyaAllah.


:]

20140425

For the sake of God

Bismillah


recently baru habis baca 'Pluralisme dalam masyarakat islam' karya Gamal Al-Banna.

perasaan semasa dan lepas baca buku ni adalah;

rasa sedap sangat, 

rasa macam haus sangat, tibe-tibe dapat minum milo ais yang sangat manis and kaw and nyaman. 
(my favorite. tapi kene boikot da sekarang. sigh)

literally. aku rasa macam tu. nikmatnya.

rasa macam terjawab segala persoalan yang bersarang dalam kepala otak selama ni

segala jawapan yang aku fikir dan rangka dan assume dalam kepala kurang lebih sama dengan apa yang dia tulis dalam buku tu.

i was like. puas gila dapat baca buku tu. 110 muke surat je pun padahal. nipis gila.

and aku tak check pun background dia sebelum baca. hanya yakin dengan kredibilitinye sebagai seorang Egyptian dan seorang adik Asy-Syahid Hassan Al-Banna.

...

out of curiosity, i searched this guy on the internet. i was quite shocked to be honest; when i found that he is actually the opposite of his brother. 


bila ternampak words mcam liberal, secular, feminist, rejecting hadith; i know these words are enough to describe him as someone yang uncommon and radical---dalam konteks masyarakat muslim mainstream masa kini. Dia even tak support the obligation to wear hijab.

maybe it was okay for him to believe and promote that kind of principles and ideologies sebab dia ada ilmu, ada buat kajian, ada dalil yang menyokong, dia tahu tentang urusannya.

but as for me; to blindly agree and gembira and contented dengan segala apa yang di tulis, just because it satisfies my hunger for truth... it doesn't seem quite right, somewhere. somehow.

aku suka dengan tulisan dia, tapi on what basis? 

sebab nafsu atau sebab kemuliaan ilmu dan kebenaran tu sendiri?


...


the same thing goes when, kita memperguna dalil dan hujah agama untuk rationalise benda yang kita buat. 

like we only ask and refer to certain people/ustaz/scholars because we knew that they gonna give answers yang puaskan hati kita dna menyejukkan hati bila mendengarnya.

it's basically for our own sake. not God's.


...


somehow aku selalu rasa hadis pasal niat (hadis 1), hadis halal dan haram adalah jelas (hadis 6) and hadis yang ada mention pasal 'dosa adalah sesuatu yang menggetarkan hati' (tak ingat hadis apa), and any other hadis dalam Syarah Hadis 40 Imam Nawawi'- adalah antara gem dari Allah dan Rasul yang mengikat kemas dan membimbing manusia dalam memilih sesuatu.

sebab in the end of the day, nak atau tak nak, kita somehow akan tersangkut dengan perkara-perkara yang tak ada dalil jelas tentang nya. semua terletak dalam tangan kita nak pilih. there's no one there to guide you but yourself.

it's totally up to you.

because when it comes to faith, takdek sapa yang nak marah atau pukul kau kalau kau salah, terpesong, terlebih, terkurang---it is a matter of heart yang kau simpan rapi. yang hanya kau dan Tuhan saja yang tahu.

Taqwa is the one and only torch you have. itu pun kalau cukup terang nak menyuluh jalan.

...

terpulang pada hati sama ada nak berlaku telus dan jujur kepada Tuhan.

...

ada masa-masa aku terfikir kenapa aku tak ada ilmu yang sewajar dan secukupnya untuk faham agama ku sendiri. kenapa dulu-dulu tak pegi SMKA, or kenapa tak further degree dalam syariah or somethign, or make effort gi belajar pondok ke pe. etc.

---somehow it kinda shallow to think that way tho. pada semorang yang mukallaf Allah bagi kudrat dan pilihan.

bukan stok-stok yang HANYA faham rukun islam dan rukun iman dan segala hukum yang kering.

some people may say;


nak benar apanya lagi? islam tu paling benar dan betul. cukup la tu. ikut je.


I firmly and wholeheartedly believe; tu adalah jawapan penganut paling malas dalam dunia.

kau nak malas? fine. tak payah halang and ajak orang ikut sama malas macam kau.








20140424

Lullaby.

Bismillah

Susan Cain used to mention that introverted people are more alert to (possible) threats and dangers. They are really sensitive to stimulus hence are more alert in making plan and decisions.

Bukan nak cakap kitorang pesimis. Cuma berjaga-jaga. Dan mempersediakan jiwa raga atas kemungkinan buruk yang mendatang.

Dua perasaan yang disediakan untuk segala kemungkinan masa depan. Tak ke islamik macam tu. Erm. Orang belum islam pun bole figure out the hikmah.

Bila kita sedar takde benda pun yang dibawah kawalan kita sebenarnya. Melainkan hanya mampu berharap pada hati kecil untuk mendapat kebaikan dari Tuhan--- but sometimes kebaikan Tuhan takkan pernah mampu ditafsir dari kaca mata manusia, dan ia sangat berbeza secara relatif dan cara ukur kita--- dan berusaha dengan fizikal dengan seupayanya; mempermakna sunnatullah.

Bila memikirkan Tuhan itu Maha Menggenggam segala sesuatu. tiada satu apa pun yang tertakdir untuk hamba-hambaNya melainkan kebaikan.

Sebab Dia Ar-Rahmaan.

Lega sikit. Hati perlahan-lahan cinta untuk redha.

Sekian.

-Lullaby for tonight-

20140423

Amanah

Bismillah


sejak umur semakin tua dan minda semakin matang ni aku berasa agak terbeban dengan biasiswa yang terpegang selama ni. rfsjkfefrun;siaflafra.

segala kesenangan dan kemudahan nikmat yang aku dapat kat sini datang dari cukai rakyat-rakyat marhaen yang bekerja keras. sebulan elaun aku akt sini belum tentu seorang petani kat bendang dapat kumpul walau utnuk setahun. sometimes aku tak faham. why me? it's kinda unfair. yes, life. Tapi tu semua hikmah dari Tuhan yang aku langsung tak dapat dan mampu figure out.

tapi mereka terbeban fizikal. aku terbeban emosi dan perasaan. fair enough. 

Ada Tuhan jugak untuk menghakimi aku if i ever spend the money heedlessly. menjawab la di akhirat nanti.

*nangis*

rezeki sangat bergolek. what have i done with it?

the fiqh of priority stated that there are three level of needs in our life that we must consider upon. and from it we based our choice and decision.

  1. dharuriyat: kalau takde benda ni kau akan mati
  2. hajiyyat: keperluan hidup. like food, shelter (maybe)
  3. tahsiniyyat: just for fun. kau takde bende ni pun ok je.


semua orang ada tahapan memasing. ada orang kalau tak beli baju setiap bulan dia akan mati. so ikut keperluan hidup. setiap orang tak sama.

aku rasa untung siapa yang memperpasangankan aku. aku tak la bernafsu sangat pasal decoration, furniture, pinggan mangkuk segala bagai ni. lulz. jimat duit. eh.

just spare money for me to buy books every month. and ill do good. insyaAllah.

...


semoga Allah memlimpahkan kesabaran ke atas ku atas jihad nafsu ini. amen.