20140130

Britney Spears.

Bismillah


Kalau kat kmb, subjek agama kitorang kene buat presentation ikut group. ada satu hari ni group aku kene buat pasal ape ntah. it was in the middle of 2008. aku nak cakap pasal kebejatan sosial. so aku gi kutuk britney spears and beberapa figure artis barat yang belum islam; with passion. betapa tak islaminya mereka untuk dijadikan orang yang patut dipuja dan dicontohi dalam hidup. masa tu masih hingusan lagi. dai'e wannabe. cakap ikut sukati jew.

...

fast-forward ke pertengahan tahun 2010. semasa sesi bermaafan sesama classmates before exam. one my classmate came to me and said;


'Im so sorry for being such a bitch to you' sambil menangis and memeluk aku erat.


dalam bebanyak benda dia cakap aku ingat yang tu je.

...

dia suke britney spears kot.

memang die hard fan tahap yang immortal. aku begitu blur sebab tak nampak hint yang dia suka nyanyi lagu britney dalam class. 

aku perasan dia sangat sangat sangat cold and distant dengan aku walaupun aku tak ingat aku pernah buat salah ape dengan dia. AKU INTROVERT KOT. keberangkalian adalah hampir sifar untuk cakap banyak dan sakitkan perasaan orang lain :3 *lempangmukasendiri*

...

it has been almost 6 years. 

aku masih bersalah everytime teringat peristiwa tu. betapa tak hikmahnya aku dalam berkata-kata (read:dakwah) 

betapa aku dah menyakitkan perasaan dia (tanpa sedar)

aku bertambah mengerekot bila memikirkan seandainya aku adalah salah satu sebab dari sejuta punca hatinya tak terbuka mendekati islam dan pembawanya. sigh. ergh.

...

Tadi ter-stalk fb dia. And i cringe even more.

...

pengajaran hidup;

kalau nak seru manusia mendekat pada Allah, tak perlu point out secara specific dosa dan maksiat dia and rub it to her/his face. 











20140128

usul 20

Bismillah


aku menyelak-nyelak semula usul 20 yang ditulis Asy-syahid Hassan Al-Banna, lately. 20 origins ni beliau tulis untuk menyediakan satu basis yang semua orang boleh sepakati dalam memahami, mendalami dan mengamalkan islam secara praktikal utnuk seluruh umat islam.

aku rasa genius jugak la usaha ni. nampak sangat usaha beliau cuba menyatukan umat islam melalui pemikiran dia tu. Beliau jelas dengan prinsip akidah yang tak boleh ditukar tokok tambah, tapi begitu rahmah dalam meraikan kepelbagaian manusia terutama dalam fiqh. membuka kepada perbahasan dan penerimaan dalam kasih sayang pada masa yang sama. Alhamdulillah Ala kulli haal.

apakan daya, malas yang datang bertingkat-tingkat menyebabkan satu usul sahaja yang berjaya hampir dihabiskan. HAMPIR. end up baca yang ringkasan je :'3

beliau tegaskan pasal kasih-sayang quite a number of times. tak banyak, tapi tegas dan jelas perlu ada hubb dan rahmah itu. aku rasa seperti mustahil untuk semua orang sayang semua orang. manusia ini terlalu komplex dan ego masing-masing bermacam-macam fashion. tapi tak mustahil kalau Allah nak amcam tu. Kun fa ya kun.

ada satu bab, obviously ia adalah bab satu sebab aku manage baca huraian bab satu je *pokerface*. dibawah tajuk 'Islam adalah Keadilan';





kite susah nak berlaku adil; tanpa dipengaruhi keinginan, hawa nafsu dan hasad dengki. susah sangat. kadang-kadang kita dah menetapkan dalam kepala kita untuk ada certain mindset dan attitude terhadap certain people. 


dengan si A kita boleh lebih kurang, boleh tolerate dan maafkan walaupun 
dah banyak tahi dia buat pada kita.

dengan si B kita susah sangat nak melihat sisi kebaikan dia, sebab kita memang 
tak suka dengan dia sejak dia kelaur dari rahim mak dia lagi.



ini tidak adil namanya. ia sinonim dengan zalim. zalim tidak berjalan seiring dengan islam dan peribadi seorang yang mengaku beriman dan berislam.

kadang-kadang kita kena jujur dan sangat telus dengan hati sendiri. kadang-kadang betul dah fatwa yang Allah bagi dalam hati tu; tapi kite ego sangat. buat dengar tak dengar je suara kecil yang menjerit dari batin bahawasanya kite sedang tak berlaku adil. wah. batin uolls :3

fikir balik, segala perasaan dan perlakuan kite terhadap seseorang tu, didorong oleh sifatnya yang memang tahi atau sebenarnya hati sendiri yang hasad dan hitam bak buntut belanga. yang selayaknya dicampak ke laut bagi jejerung makan. youre such a disgrace to humanity.


lihat manusia dengan adil. lihat dengan adil dan rahmah.







Ahadun Ahad.

Bismillah


Kami membincangkan isu kalimah Allah di dalam halaqah. 

aku tiada stand yang solid tentang ini. para ulama' pun masih berkhilaf antara mereka. ilmu aku tidak setaraf mereka. jauh langit dan bumi. my stand is; Allah itu Esa satu-satunya. itu je prinsip yang aku yakin dan mampu pegang. boleh ke? I wont be debating on something i dont know. 

takut fitnah dan memperkatakan, menghalal-haramkan sesuatu yang Allah tak firmankan dan rasul  tak sunnahkan.

seorang dari kami membicarakan seolah-olahnya mereka berniat jahat cuba nak hancurkan islam.

mana kita tahu mereka berniat jahat? dalam setiap kehidupan manusia beragama, yang ingin kepada berTuhan, tak kisah la jalan apa sekali pun, prinsip pokoknya adalah ingin kepada ketelusan, kejujuran, keamanan, kasih sayang antara manusia sejagat atas muka bumi. keinginan kepada harmoni itu universal, kan?

kecuali agama Yahudi yang membenarkan sewenangnya darah selain bangsa mereka ditumpahkan.

mungkin, mereka sesat dalam 'kebenaran' yang mereka cipta sendiri. mungkin saja itu manifestasi kebenaran mereka? aku kira mereka itulah jahil; yang belum diterangkan dengan sejelasnya tentang Allahu Ahad. 

atau juga aku kira, 

mungkin mereka sudah jelak kala dipersuluhkan tentang islam; pun, masih tidak mahu menerima. masih kabur. Allahualam. Maka Maha Suci Tuhanku Allah hanyasanyalah yang Maha mengetahui hamba-hambaNya.

entri ni anti-climax. again.

Adakah aku bersangka baik pada sesuatu yang bukan hak nya? 

Entah.

20140127

paradigma.

Bismillah


Bila diperhatikan dunia yang begitu zalim mebantai agamaku;

bila berpuak-puak manusia menuntut bahwa islam dari kaca matanya itulah yang paling benar absolut;

bila melihat masyarakat dan aku yang tenggelam dalam ritual nenek moyang, warisan hindu sanskrit segala tok nenek bagai;

membuatkan aku terfikir; apa yang aku tahu untuk bela agama ku? 

tibe-tibe rasa ralat. kenapelah dulu aku tak amik course islamic studies ke, syariah ke, usuluddin ke, pe ke. kenapelah tak apply belaja kat jordan ke, mesir ke, lepas spm dulu. 

tapi kan Allah dah tuliskan semua ni awal-awal en. ade hikmah. ada. insyaAllah ada hikmahnya Allah letakkan di bumi yang penuh dengan manusia yang belum kenal Tuhan. insyaAllah. meminta Allah menyingkapkan hikmah itu selapis-demi selapis; seperti apa yang Dia jalankan sekarang.

i feel like my three years there is such a waste. I could have learn so much more. so much. However I would never ever regret it. da lepas pun. ada hikmah insyaAllah. insyaAllah. sabar. i secretly pray that God would give me another chance and a little bit of strength to rectify everything. amin.

sekarang baru terkulat-kulat nak membaca buku segala bagai. peluh. dunia ni bergerak laju benar. tak terkojar den. aku jadi panik sendiri bila rasa; eh betul ke pe yang aku serap dalam kepala otak selama ni? it's like im secluded in my own world. someone used to pointed this out to me, but i was just too defensive to admit it at that time. sedih. patutnye bila aku kat sana otak aku makin terbukak. so the truth is reversed.

dulu kat kmb teringat ada saatu program keagamaan; tajuk dia 'Shift your Paradigm'. di akhir program, aku kecewa kerana paradigm dan pemikiran aku masih sama tak berganjak. apa yang mereka nak ubah pale otak aku ni sebenarnya? tak tercapai hadaf penganjur. keras sangat ke hati aku banyak no dosa, samapi tak tergerak hati.

untuk mengubah perspektif hidup bukannya amik masa sehari. attend program pagi sampai petang and 'poooof'! kau jadilah orang baru. NO. it takes time, maybe up to years. and that's how my paradigm was shifted. or mungkin aku perasan je lebih yang it has shifted. *facepalmtomyself*. we have to go through real life experiences to understand it. rasa sendiri kebenaran or kepalsuan tu; if you like. After a while. Allah akan jelaskan paradigm tu sikit demi sikit. mungkin; kalau firasat dan instinct kau benar; as in benar. 

Allah akan bagi apa yang kita NAK nampak, eventually. 

tapi Allah tak zalim. kasih-sayang dan rahmatnya melimpah untuk sesiapa yang berhajat mencari redhaNya.

...

God, I need 'ilm, knowledge, and wisdom so baddddddd.



20140125

h.o.p.e

Bismillah

Yang menggerakkan manusia itu; harapan. Harapan masih hidup untuk esok. Harapan mendapat habuan untuk segala yang dipenat lelahkan. Harapan untuk gembira  dan tenang dengan manusia tersayang.

Dan bermacam-macam senarai panjang harapan yang berbeza untuk berbilion-bilion maknusia atas muka bumi Tuhan.

Kalau kau pandai lagi sikit harapan kau adalah untuk mendapat redha dan rahmat Allah untuk agar sentiasa, sentiasa diberi masa membersihkan hati dan anggota yang busuk bak bangkai dek kerana dosa yang tak pernah lepas setiap masa sebelum dia menarik ruh yang bergelimang dalam jasad yang Dia berkenan pinjamkan. Sampai datang kadar masa yang Dia tetapkan.

Or at least. tu harapan aku sendiri.

It's like seeing a light at the end of the tunnel. Even a dim one would make you go euphoric.

Yang anti-climax nya adalah bila kite dapat tahu harapan tu palsu, sebenarnya. But worry not. As long as you do not figure out the hope youve been holding on to all this while is fake; you'll be just fine :)

Fake hope. Ignorance is a bliss. sometimes.

;beri kita rasa gembira atas harapan yang hakikatnya tak pernah wujud.

...

Marilah berharap pada Tuhan yang tiada permulaan tiada akhir. He'll never ever disappoint you.

Je ne comprend pas

Bismillah

Kite jarang nak faham orang lain or at least berusaha atau kisah untuk faham.

Bila kita tak faham kite akan rasa dia lain. Tak sama dengan kite. Asing. Takde connecting point. Sedangkan setiap kita ni ada pertalian antara satu dengan yang lain spiritually, socially or whatever we like to call it, at some points. Wujud barrier tu; sengaja atau tak.

Aku kira, kalau kita komited berusaha untuk faham sesuatu atau sesiapa, majority masalah terror dunia hingga masalah psikologi personal manusia akan selesai. Bi iznillah. Tapi idea itu dekat dengan mustahil dari logik akal manusia.

Faham dengam rahmah.

20140123

heartache

Bismillah


sakit pula hatiku ini melihatkan manusia;

para manusia 'holier art thou' bersepah.

para manusia yang boleh melihat secara langsung, terus ke dalam hati manusia; yang lancang mempersoalkan, mengukur niat, ikhlas, iman, taqwa, pahala dan dosa manusia lain; BERSEPAH. hebat kau. tak tahu pula Tuhan bagi wahyu pada kau buat semua tu.

para manusia yang tak mahu berfikir. mengajak orang lain untuk tak berfikir. marah pada manusia yang menyeru berfikir lebih sikit dari kapasiti otak sempitnya. galak mengajak yang lain terjun gaung menjadi sama bodoh sepertinya.

para manusia yang tak segan menjatuhkan perasaan dan akal manusia lain. memaksa kita menyumbat kepala otak dengan fikirannya.

ini sangat menyesakkan dada.

wahai la.





20140117

Rage.

Bismillah
Di suatu pagi itu aku berdiri berdekatan dengan 2 orang anak beranak. Budak lelaki lebih kurang 10-11 tahun dan sorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an. Mereka duduk bersama.
Dari ekor mata..ku lihat si ayah menyuruh anaknya berbuat sesuatu tapi si anak enggan. lalu dia marah kepada anak itu;
'Cibai!' Right to his face.
Persis marah kepada seekor anjing.
Jujur. hancur luluh hati aku mendengar kata-kata yang terluncur dari mulutnya. It hurts so bad; walaupun ia tidak dituju langsung kepada aku.
Hati aku sayu melihat anaknya yang hanya mampu menunduk. Riaknya sedih. Terkelu mungkin. Barangkali hatinya juga hancur tatkala seorang figur bapa yang dia sanjung dan hormati menamparnya dengan bahasa bangsat sekali.
Air mata aku mengalir deras.
Salah apa anak itu? Salah apa?
Meratapi untuk kemanusiaan yang sudah lama lenyap dari hati-hati manusia.
Aku mendoakan rahmat Allah, ampunan dan kasihNya melimpah, melingkar atas kehidupan kamu.
and for you sir; I hate you. I really really hate you.

20140116

the book

Bismillah


hari tu usha-usha la ape yang dok kecoh sangat pasal B.Ali ni. aku lambat sepuloh tahun. tu pun lepas my sister asked me about him. banyak orang bash dia. ramai gila.

tapi aku suka dia. not that i agree dengan apa yang dia bawak. tapi courage dia mencari 'kebenaran' itu adalah sesuatu. menarik sungguh bila tau dia ada background agama yang agak kuat (maybe). i went through his wall, his status, his notes (on fb). he's loud in his own way, although i could sense that he's a bit introverted.  i watched a video of him and a professor debated on something and i realized that he's a bit shaky when he talked. tapi tak adil la nak menilai dia secara superficial dari satu video je.

but he's brave. dia berfikir. dia mencari.

beberapa tulisan dia menghentak jiwa, menyedihkan sebab i have to agree with him on some points regarding agamawan dan gerakan islam kat malaysia (especially di kalangan student). it made me think hard. seolah-olah dia melontarkan sesuatu yang selama ni aku tak mampu nak luahkan. ehm.

satu benda yang aku impressed pasal budak ni is dia sangat sangat sangat sangat sangat kuat membaca..masyaAllah. bagus gila. sebab dia tahu ilmu tu senjata dia untuk memperjuangkan hujah dia pada dunia. im inspired. *terus pegi website mph cari buku nak beli*

tapi buku-buku yang dia baca dan bedah agak pelik.

terus tersentap dalam hati aku. macam mana  nak cari kebenaran kalau buku-buku selain kitab Allah yang didulukan?

not that i say that dia tak baca Quran; mungkin dia lebih arif dan menghafaz ayat lebih banayk dari aku. mungkin saja. I dont know. semoga ia benar.

entri ni anti-climax.

note to self: baca Quran dan hadis dan banyak-banyak dulu sebelum sibuk menelaah kitab lain.





20140114

the other

Bismillah


Entah kenapa; akhir-akhir ni Tuhan mempertemukan aku dengan begitu banyak sekali sisi lain tarbiah dan theology; yang fahamannya berlainan dengan apa yang aku berpegang selama ini. 

being misunderstood adalah antara salah satu perkara yang menyebabkan aku ingin ******* manusia-manusia. being an introvert; i cant help but to stay silent. aku tak reti menjelaskan diri dan apa yang berenang dalam kepala otak aku. silence is my greatest defense. but it is hurtful too when I couldn't justify myself. 

nampak je taf and macho kat luar. jentik sikit kat dalam hancur pecah.

mengharap Allah membersihkan hati aku dari sifat hasad terhadap manusia-manusia yang begitu lantang salah membaca aku.

aku begitu takut tergolong dalam golongan yang sesat, golognagn yang Allah murka. takut menjadi punca sang Nabi begitu kecewa di hari akhirat. takut menjadi manusia yang menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan. takut hati rosak langsung tidak boleh dijadikan pemandu. takut dunia terlalu menghiasi hati menjadikan jalan kepada Tuhan itu kabur.

takut.

tapi at the same time hati sangat curious nak tahu kebenaran apa yang ada di luar. 

tapi amat jelas; kebenaran yang menjauhkan aku dari penyembahan kepada Allah, Al-Quran dan jalan para Rasul itu bukanlah kebenaran.

untuk certain perkara aku terlalu kisah dengan apa yang manusia lain katakan or fikirkan tentnag aku. tersangat risau; like my whole life depending solely on it. 

ye. aku sebodoh itu. 

dah hancur amal sebab tak ikhlas. bertuhankan manusia.


*looking for way out*






20140112

Jahil

Bismillah

teringat kenangan pertama kali bawak usrah. Aku sangat semangat mase tu. Mase tu second year kat kmb 2009-2010. Dapat list nama adik-adik yang aku kene kejar dan usrahkan. Ade 5 orang semuanye. 2 dari 5 kekal dengan tarbiah samapi sekarang. Berdasarkan pengamatan fb dan bertemu secara langsung. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Sorang kat oz sorang kat uk. Yg di oz sekarang dah menjadi lebih hebat dna lebih mantap fikrah dan dakwahnye dari aku. Eh. Pernah ke aku hebat? Pft. Sorang lagi usrah dengan jiran bilik sebelah mase kat kmb blok E. What a small world.

Permulaan dan di mana mereka berada sekarang; ini semua kerja Allah. Takdek sikit pun saham aku.

Aku teringat punca dua orang yang lari dari usrah aku dulu, hasil muhasabah sendiri;

1) baru dua kali usrah aku dah sebut pasal jihad dan perang. Semangat sangat. Tapi cara tu terburu dan tak hikmah. ilmu tu penting.

Pernah kene reject dengan adik ni bila dia takmo bukak pintu bile ajak gi usrah.

2) aku tak tahu cara nak faham and bonding secara natural dengan adik ni. Aku skema. Aku awkward. I tried and it didnt work. Ukhuwwah tu penting.

My biggest weakness. So far :(

Fasa hidup kini dan seterusnya. Hidup semakin lama semakin besar. Tujuan hidup semakin besar. Agenda hidup semakin penuh. Segala terror dan kejadian berlaku di dunia yang menyesakkan dada. Segala fitnah, ideologi dan falsafah yang menghias luaran agama ku. Semuanya di luar capaian aku

Jujur..hancur hati aku untuk sesiapa yang berundur dari jalan mulia ini kerana qudwah aku yang sangat tak seberapa.

Hancur hati kerana tak bersungguh menyeru manusia

Hancur hati kerana islam yang agung ini, tersompek cacat dengan dosa-dosa dan kejahilan aku sendiri.

I am trully sorry..

Semoga Allah sentiasa memimpin dan merahmati engkau di setiap nafas dan langkah.

Maaf.

Astaghfirullah. Astaghfirullah :'(

20140109

pencacat agama

Bismillah.


Masih ada lagi orang (yang kononnya bawa) agama yang sewenang-wenangnye melabel orang/organisasi tak tentu pasal.

haram

mengarut

liberal

this is just dirty, man. you cant just label people like that?!

kancah agama yang penuh dengan holier art thou ni menyesakkan dada. dialah pemegang syurga, neraka dan pemegang buku caatan amalan orang lain. dia yang approve label dosa dan pahala pada saudara semuslim lain. this is sick.

Allah ar-Rahmaan, Maha Adil, Allah Maha meliputi sesuatu, pengetahuan Allah meliputi langit dna bumi dan segala yang berada di antaranya. Allah memegang apa yang di hadapan dan apa yang di belakang. 

apa yang kite fikir, rasa dan lihat sangat-sangat terbatas. kite hanya tahu apa yang kita nampak secara fizikal. kite banyak tak tahu.

tak bermakna bila kite tak faham 'orang lain', mereka 100% salah. in this case; ignorance is not bliss. jahil yang ini mencacatkan agama dan memecahbelahkan.

Allah ciptakan manusia kompleks dengan kepelbagaian. Al-Quran dan sunnahnya memenuhi fitrah dan mengisi sempurna kepelbagaian tu. variasi yag luas tu perlu diraikan mengikut tempat, masa, suasana, budaya, persekitaran. sebab tu kite ada 4 mazhab berlainan. ada alim ulama' yang berijtihad atas hukum yang diperselisih.

no doubt; aqidah Allah itu Esa dan Muhammad itu pesuruhNya tidak boleh untuk diperselisihkan, tapi kefahaman (fiqh) agama tu yang pelbagai. boleh dan ada ruang untuk dibahaskan.

no one is totally wrong, no one is totally correct.

lagi-lagi la pulak cara dan gerak kerja dakwah. ada banyak cara dan kaedah. Ada banyak approach menuju Tuhan. selagi asasnya kukuh kuat terikat pada Al-Quran dan sunnah, semua orang dipersilakan dialu-alukan sama-sama tarik manusia kepada Allah. TIADA PERSAINGAN, TIADA SIAPA LEBIH BAIK DARI YANG LAIN.

taqwa tu sendiri mewajibkan kita untuk scrutinize dalam-dalam iman sendiri, memecahkan langsung tembok ego yang melangit. sebab penyembahan pada nafsu itu yang menghalang hati dari menerima kebenaran.

accept differences. perbezaan itu; Dia yang ciptakan. mari agungkan Haq dan Hikmah Allah.

seek to understand to be understood.