20140112

Jahil

Bismillah

teringat kenangan pertama kali bawak usrah. Aku sangat semangat mase tu. Mase tu second year kat kmb 2009-2010. Dapat list nama adik-adik yang aku kene kejar dan usrahkan. Ade 5 orang semuanye. 2 dari 5 kekal dengan tarbiah samapi sekarang. Berdasarkan pengamatan fb dan bertemu secara langsung. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Sorang kat oz sorang kat uk. Yg di oz sekarang dah menjadi lebih hebat dna lebih mantap fikrah dan dakwahnye dari aku. Eh. Pernah ke aku hebat? Pft. Sorang lagi usrah dengan jiran bilik sebelah mase kat kmb blok E. What a small world.

Permulaan dan di mana mereka berada sekarang; ini semua kerja Allah. Takdek sikit pun saham aku.

Aku teringat punca dua orang yang lari dari usrah aku dulu, hasil muhasabah sendiri;

1) baru dua kali usrah aku dah sebut pasal jihad dan perang. Semangat sangat. Tapi cara tu terburu dan tak hikmah. ilmu tu penting.

Pernah kene reject dengan adik ni bila dia takmo bukak pintu bile ajak gi usrah.

2) aku tak tahu cara nak faham and bonding secara natural dengan adik ni. Aku skema. Aku awkward. I tried and it didnt work. Ukhuwwah tu penting.

My biggest weakness. So far :(

Fasa hidup kini dan seterusnya. Hidup semakin lama semakin besar. Tujuan hidup semakin besar. Agenda hidup semakin penuh. Segala terror dan kejadian berlaku di dunia yang menyesakkan dada. Segala fitnah, ideologi dan falsafah yang menghias luaran agama ku. Semuanya di luar capaian aku

Jujur..hancur hati aku untuk sesiapa yang berundur dari jalan mulia ini kerana qudwah aku yang sangat tak seberapa.

Hancur hati kerana tak bersungguh menyeru manusia

Hancur hati kerana islam yang agung ini, tersompek cacat dengan dosa-dosa dan kejahilan aku sendiri.

I am trully sorry..

Semoga Allah sentiasa memimpin dan merahmati engkau di setiap nafas dan langkah.

Maaf.

Astaghfirullah. Astaghfirullah :'(

No comments: