20140109

pencacat agama

Bismillah.


Masih ada lagi orang (yang kononnya bawa) agama yang sewenang-wenangnye melabel orang/organisasi tak tentu pasal.

haram

mengarut

liberal

this is just dirty, man. you cant just label people like that?!

kancah agama yang penuh dengan holier art thou ni menyesakkan dada. dialah pemegang syurga, neraka dan pemegang buku caatan amalan orang lain. dia yang approve label dosa dan pahala pada saudara semuslim lain. this is sick.

Allah ar-Rahmaan, Maha Adil, Allah Maha meliputi sesuatu, pengetahuan Allah meliputi langit dna bumi dan segala yang berada di antaranya. Allah memegang apa yang di hadapan dan apa yang di belakang. 

apa yang kite fikir, rasa dan lihat sangat-sangat terbatas. kite hanya tahu apa yang kita nampak secara fizikal. kite banyak tak tahu.

tak bermakna bila kite tak faham 'orang lain', mereka 100% salah. in this case; ignorance is not bliss. jahil yang ini mencacatkan agama dan memecahbelahkan.

Allah ciptakan manusia kompleks dengan kepelbagaian. Al-Quran dan sunnahnya memenuhi fitrah dan mengisi sempurna kepelbagaian tu. variasi yag luas tu perlu diraikan mengikut tempat, masa, suasana, budaya, persekitaran. sebab tu kite ada 4 mazhab berlainan. ada alim ulama' yang berijtihad atas hukum yang diperselisih.

no doubt; aqidah Allah itu Esa dan Muhammad itu pesuruhNya tidak boleh untuk diperselisihkan, tapi kefahaman (fiqh) agama tu yang pelbagai. boleh dan ada ruang untuk dibahaskan.

no one is totally wrong, no one is totally correct.

lagi-lagi la pulak cara dan gerak kerja dakwah. ada banyak cara dan kaedah. Ada banyak approach menuju Tuhan. selagi asasnya kukuh kuat terikat pada Al-Quran dan sunnah, semua orang dipersilakan dialu-alukan sama-sama tarik manusia kepada Allah. TIADA PERSAINGAN, TIADA SIAPA LEBIH BAIK DARI YANG LAIN.

taqwa tu sendiri mewajibkan kita untuk scrutinize dalam-dalam iman sendiri, memecahkan langsung tembok ego yang melangit. sebab penyembahan pada nafsu itu yang menghalang hati dari menerima kebenaran.

accept differences. perbezaan itu; Dia yang ciptakan. mari agungkan Haq dan Hikmah Allah.

seek to understand to be understood.








No comments: