20140128

usul 20

Bismillah


aku menyelak-nyelak semula usul 20 yang ditulis Asy-syahid Hassan Al-Banna, lately. 20 origins ni beliau tulis untuk menyediakan satu basis yang semua orang boleh sepakati dalam memahami, mendalami dan mengamalkan islam secara praktikal utnuk seluruh umat islam.

aku rasa genius jugak la usaha ni. nampak sangat usaha beliau cuba menyatukan umat islam melalui pemikiran dia tu. Beliau jelas dengan prinsip akidah yang tak boleh ditukar tokok tambah, tapi begitu rahmah dalam meraikan kepelbagaian manusia terutama dalam fiqh. membuka kepada perbahasan dan penerimaan dalam kasih sayang pada masa yang sama. Alhamdulillah Ala kulli haal.

apakan daya, malas yang datang bertingkat-tingkat menyebabkan satu usul sahaja yang berjaya hampir dihabiskan. HAMPIR. end up baca yang ringkasan je :'3

beliau tegaskan pasal kasih-sayang quite a number of times. tak banyak, tapi tegas dan jelas perlu ada hubb dan rahmah itu. aku rasa seperti mustahil untuk semua orang sayang semua orang. manusia ini terlalu komplex dan ego masing-masing bermacam-macam fashion. tapi tak mustahil kalau Allah nak amcam tu. Kun fa ya kun.

ada satu bab, obviously ia adalah bab satu sebab aku manage baca huraian bab satu je *pokerface*. dibawah tajuk 'Islam adalah Keadilan';





kite susah nak berlaku adil; tanpa dipengaruhi keinginan, hawa nafsu dan hasad dengki. susah sangat. kadang-kadang kita dah menetapkan dalam kepala kita untuk ada certain mindset dan attitude terhadap certain people. 


dengan si A kita boleh lebih kurang, boleh tolerate dan maafkan walaupun 
dah banyak tahi dia buat pada kita.

dengan si B kita susah sangat nak melihat sisi kebaikan dia, sebab kita memang 
tak suka dengan dia sejak dia kelaur dari rahim mak dia lagi.



ini tidak adil namanya. ia sinonim dengan zalim. zalim tidak berjalan seiring dengan islam dan peribadi seorang yang mengaku beriman dan berislam.

kadang-kadang kita kena jujur dan sangat telus dengan hati sendiri. kadang-kadang betul dah fatwa yang Allah bagi dalam hati tu; tapi kite ego sangat. buat dengar tak dengar je suara kecil yang menjerit dari batin bahawasanya kite sedang tak berlaku adil. wah. batin uolls :3

fikir balik, segala perasaan dan perlakuan kite terhadap seseorang tu, didorong oleh sifatnya yang memang tahi atau sebenarnya hati sendiri yang hasad dan hitam bak buntut belanga. yang selayaknya dicampak ke laut bagi jejerung makan. youre such a disgrace to humanity.


lihat manusia dengan adil. lihat dengan adil dan rahmah.







No comments: