20140228

Ar-razzaq

Bismillah

Aku selalu confuse dengan perasaan aku sendiri.

Ada dua jenis kemungkinan perasaan yang aku sedang berhadapan sekarang ni;

it's either aku da malas nak kisah

Ataupun; aku redha.

Caner eh nak bagi garisan lurus untuk bezakan dua dua tu? Yang redha tu dapat pahala. Yang da malas nak kisah tu aku tak tau apa status nya di mata tuhan.

Tak kira banyak mana pun aku fikirkan benda tu setiap saat or bape banyak effort pun aku letakkan, tapi kalau sebenarnya Allah tak bagi; takkan jadi pun apa yang aku nak tu. Semuanya dari Dia. Semuanya. Sumbernya Dia; bukan sesiapa yang berada di atas muka bumi ni.

Why worry? Rezeki tu Allah sentiasa cukupkan walau dosa sentiasa terkutip setiap saat :'(

Du'a; is another thing. Aku sekali lagi tak tahu di mana garisannya aku memohon pada Allah itu.

Antara aku nak sebab itu keperluan nafsu dan keperluan duniawi aku

Atau;

berserah bulat pada Allah, tak kisah la nak letakkan aku kat memana pun asalkan taqdirNya itu memberi seribu rahmat dan kebaikan untuk agamaku dunia dan akhirat.

Malu nak mintak lelebih. Dah terlalu banyak Dia bagi :'(

Aku selalu menasihati diri aku untuk sentiasa bersangka baik pada Allah. Cukupkanlah Allah dan Rasul dalam diri dan hati. Walau selalu tersungkur setiap kali nak mengejar Allah :'(

Alhamdulillah ala kulli haal wa astaghfirullah.

Cukuplah Allah bagi ku. Moga-moga.

Alhamdulillah.





20140224

Skeptikal

Bismillah

**Winter 2012. Australia.**

aku pernah bersua dan keluar bersama dengan seorang ukht (saudara perempuan) yang sungguh mantap dakwahnya dan qawiy tarbiahnya (secara zahir). Dia begitu dikenali dengan semangatnya yang terbakar-bakar dalam berdakwah dan men-takwin (bina) kader dakwah. Tiada penafian untuk itu. And she's well known and respected by many for that.

Tapi personally aku tak pernah mempunyai perasaan ukhuwwah yang hangat bila bersama dengan beliau. We're just different. Yang menghubungkan kami hanya dakwah. Tiada semangat dan perasaan 'ukhuwwah fillah abadan abada' dalam hati aku terhadapnya.

Ok. U may judge me now.

Kami keluar dengan keadaan dia tak pakai socks. Dia pakai crocs mase tu. Ok. Otak aku sedaya upaya berhempas pulas merasionalkan perbuatan beliau (yang tak pakai stokin tu).

Ok.

1) kitorang naik kete. So probabily tak keluar kereta kot. Jenjalan amik angin dari dalam sahaja.

----teet. N no. Kitorang benti kat satu restoran for supper. Semua kitorang keluar dari kereta.

Ok.

2) da malam kot. Takde sape nak perhati kaki orang lain. Gelap kot. Tak nampak even kalau dia tak pakai stokin

----Getus dzaan (sangkaan) baik ku (;so-called).

Ok.

3) semua mat salleh kot kat sini. Dorang tak tahu muslim kene pakai stokin ke tak. it should be fine. Kot.

----wait. What? adakah itu justify perbuatan beliau?

Ok.

4) socks tu kan khilaf ulama' (?). Ada mazhab yang ok je kalau pompuan tak tutup kaki.

-----untuk ini; otak aku da habis pusing. Sudah habis rasional ku utnuk beliau.

Mungkin dia beramal dengan mazhab lain.

Tapi bagi otak jumudku yang tak terbuka pada masa itu; pemandangan aurat kakinya yang terdedah di hadapan bijik mata ku begitu menganggu fikiran  dan hati aku.

Aku yang terpening sendiri.

Aku yang tak habis belajar ke tentang aurat? Atau dia sebenanrnya mengetahui sesuatu tentnag aurat yang aku tak tahu yang menyebabkan beliau melakukan apa yang beliau lakukan di malam itu. Aku terganggu dan mula ragu dengan kapasiti intellektual ku sendiri. Tak habis belajar kah aku?

Dia yang tersesat atau sebenarnya aku yang tak berjumpa jalan?

P/s: i am well aware percanggahan ulama' itu adalah perkara  furu' (cabang) dalam islam. Tiada perlu untuk didebatkan selagi tak melanggar batas aqidah;

..said I to my non existent reader.

20140214

Hikmah

Bismillah

Aku pernah di tegur oleh seorang sahabat kerana telah mengepos artikel yang agak kontroversi di fb berkenaan seorang tokoh agamawan yang begitu besar jasanya dalam revolusi perjuangan islam.

Niat di hati, post dengan tujuan mengajak sama orang lain untuk berfikir tentang ke-releven-an isu itu dan hikmah disebaliknya.

Sahabat itu menegur, kerana dilihat seperti aku menyebarkan sesuatu yang diluar jangkauan pemikiran dan mampu mendatangkan fitnah bagi para manusia yang jahil.

Aku rasa butthurt sekejap. Biase la. Ego.

Kalau aku bersangka baik; i would say Alhamdulillah ala kulli haal, masih ada yang masih sudi menegur 'kesilapan' dan membetulkan. Alhamdulillah. Mungkin betul akan ada yang akan salah faham tanpa mahu menyelidik. Mungkin.  

Aku butthurt sebab marah bila fungsi aqal manusia disempitkan. Tak boleh bertanya itu ini. Tak boleh wonder begitu begini. Dengan alasan;

Kite tak tahu, kite masih baru, kite kurang ilmu, kite takde pengalaman and so on.

Hello, takdek orang nak sumbat ilmu tu masuk anak tekak ko straight ke kepala otak kalau kau tak (cuba) fikir and figure out sendiri.

Aku jelas bahawa aqidah dan sunnah itu sudah tetap termaktub tak boleh dipertikai gugat.  aku belum sampai tahap radikal sesetengah yang berani mempersoalkan eksistensial Tuhan dan perkara yang ghaib-ghaib. Itu. Jelas. Insyaallah, I know my limit, insyaallah.

Tiada manusia yang maksum selain para anbia'. Selain dari golongan itu, manusia-manusia prone to mistakes. Even if they are not committing any sins, mereka tidak terlepas dari kepelbagaian ummah yang setiapnya berbeza keperluan kefahaman agama (fiqh) hence kite bebas untuk menerima dan menolak pandangan-pandangan.

Aku perasan ada pattern orang-orang tarbiah yang begitu strict dengan sesuatu yang bukan aliran tarbiah mereka dan sesuatu/term/konsep yang mereka tak familiar, hence, menganggap ia tiada benefit untuk islam dan iman padahal mereka yang tidak nampak hikmah dan kebaikannya untuk agama (read: narrow minded) hence come the exclusivity among orang tarbiah/usrah bahawa mereka pemegang kebenaran paling betul (simply because they can't 'see' the othrrs).

Tiba-tiba boleh jadi pemegang kunci syurga dan neraka.

Wahai, sedangkan jemaah yang memperjuangkan islam begitu banyak mencapah-capah. Kalau begitu SATU sahaja jalan yang betul, mengapa tidak bersatu seluruh umat islam di bawah payung yang sama? Mengapa perlu jemaah yang begitu banyak dan beranak-anak dengan berbagai salutan dan jenama? Wahai.

Mungkin kita yang terkurung di dalam dunia sendiri. Kita menelungkupkan diri/komuniti di bawah kotak yaang dilabel sebagai 'kebenaran tertinggi'. Sedangkan diversiti dan fleksibiliti untuk beramal dengam islam itu lebih luas dari kaca mata kita yang sangat terhad;

Rahmatallil alamin. Rahmat untuk SELURUH alam.

Boleh untuk memandu dan membimbing manusia ke arah pemikiran yang sepatutnya, bil hikmah.

Tapi aku cam butthurt kalau ada yang melarang manusia dari fikir dan bertanya sesuatu tentang agama sendiri (im not talking about aqidah). It's ok to question things sometimes.

Mempersoal bukan bermakna menafi.

Kalau dengan berfikir dan bertanya itu bertambah iman dan mendorong diri untuk terus cari ilmu (read:kebenaran), why not?

Mungkin, masalah 'kita' adalah, kita rasa kalau fikir dan bertanya lelebih itu,  takut ianya mendatangkan 'kesesatan', 'kemurtadan', 'kekeliruan', 'kekurangan iman'. Begitu mudah yang Haq itu digoncangkan;

---Masalahnya di sini, adakah yang bermasalah itu, Yang Haq atau penerima Haq itu?

Berbalik kepada sahabat aku tadi, aku butthurt, sebab dari pihak aku, aku rasa kebebasan menggunakan aqal AKU SENDIRI seperti ditekan, for fear apa yang aku paparkan secara eksplisit tu mungkin akan MEMPENGARUH orang lain dan menimbulkan salah faham.

Aku butthurt jugak bila seolah-olah beliau dapat menembus langsung ke dalam hati aku sama ada aku judgemental, buruk sangka dan sebagainya.

I just simply invite others to THINK and PONDER. that's it. Tiada niat memburukan mana-mana manusia.

Dari satu sisi ada betulnya. Mungkin ada sesetengah manusia yang kurang rajin berfikir lantas membuat konklusi tidak benar. I cant help it if they think that way.

Mungkin, social network yang pelbagai audience itu tak sesuai diprovok dan mengetengahkan isu sebegitu. Mungkin.

But as for me;

1)  we just cant help it if people misundertand something we present or say. Kapasiti otak manusia berbeza-beza. People have different ways of interpreting things.

Kalaulah aku mengatakan sesuatu itu A, tapi they secretly think it's B, C, D, E or maybe Z;

We CAN'T control what other people think.

2) kalau takut sesuatu idea yang diketengahkan itu mengelirukan 'sesetengah manusia', hence menghalang dari ia  diketengahkan, SIAPA JAMIN mereka tak akan mendapatkan 'kekeliruan' itu dari 'TEMPAT LAIN'?

And how are we gonna control that?

Macam mana nak kendalikan kepelbagaian dengan hikmah dengan tak secara mudah melabel 'kelainan' itu sebagai sesat dan tidak boleh dipertikai lagi, kalau sebenarnya memang ada ruang untuk perbahasan di situ?

---we can simply admit kita tak tahu n be comfortable with it;

---or kite cuba cari ianya di tempat lain;

--- and not simply bash or stop others who seek for the answers. Respect their choices.

...

Akhir kata, aku emo gila dengan orang yang suka persoal ikhlas dan taqwa orang lain.

Tapi bagus jugak kalau ade orang jenis suka pertikai-pertikai hati kite ni. Beri kite peluang sentiasa reflect dan muhasabah. Alhamdulillah ala kulli haal.

Akhir kata lagi sekali;

aku mengimpikan masyarakat islam yang terbuka pemikirannya dan berkasih sayang dalam menyeru kepada islam. Toleran dan bertolak ansur. Dengan hikmah dengan ramah. Tidak merendah jijikkan manusia-manusia lain yang jahil dan tidak se'aliran'. Sentiasa rendah hati dan tawadhu' di samping tak merasa syurga itu milik mereka semata-mata.

Allahualam.

Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim.

20140208

Hikmah 2.0

Bismillah

Teringat di semester lalu. Di dalam kelas quranic studies, tutor menerangkan tentang bagaimana kitab injil itu berkait rapat dengan Al-Quran dan banyak intipatinya selari dengan al-quran kecuali konsep ketuhanan dan banyak juga isu lain. Konklusi yang aku dapat dari tutorial; tutor ni nak bitau yang kita boleh ambil sumber dari injil dan percaya dengannya as long as dia selari dengan al-quran.

Pada masa itu, mindset aku adalah

'Al-Quran hanyasanya kitab yang paling haq dan benar yang Allah turunkan untuk baginda Muhammad s.aw. kitab-kitab lain dah distorted dan tak valid untuk direfer dan diguna pakai.'

---membawa kepada persoalan lain (sekarang ni) apa maksud dan cakupan rukun iman 'beriman dengan kitab-kitab'?. Hmm.

Aku tak senang duduk sepanjang tutorial.

Aku tak mendapati apa yang diajar tu 'selari' dengan apa yang aku di ajar selama lepas aku baligh dan mumayyiz hingga hari itu.

Ketidaksenangdudukan itu memaksa aku jumpe dia lepas kelas, aku sendiri terkejut dengan keberanian aku jumpe and confront dengan dia, sampai hari ni.

Me: are you saying that the bible compliment the quran? *muke curious dan seriyus*

Him: well, yes. *slight hesitant*

Me: then, i dont agree.

---i still remember clearly, my voice was a bit shaky. I doubt it he could hear me clearly.Aku introvert kot.

Him: well, if you dont agree, then you dont agree

Me: im afraid that u might give wrong informations about islam to other students in the class.

---up to this point i did not know that he is actually a muslim too.

Ayat aku yang last tu cam paling gampang aku pernah cakap kat dia. Who am i nak tuduh dia ajar yang bukan-bukan dalam kelas, ordering around like i know shit and stuff. Buruk sangka yang dia cuba nak cacatkan ajaran islam. Aku menyesal cakap cam tu kat dia. Sorry tutor. Cam kurang adab kot. *kuis tanah* but im pretty sure he's cool with it sebab dia suka tanya aku dalam kelas lepas tu. Cis.

Aku ingin mempertahankan agama aku tapi aku tak jelas garisan antara berlaku toleran dengan yang 'lain' dan pertahankan apa yang aku 'tahu'. I tried.

Aku takut dengan benda yang aku tak tahu. Benda yang dia ajar tu; simply asing.

....

Konklusi aku;

1) kalau salah apa-apa yang diajarkannya itu(pada fikiranku);adalah kewajipan aku untuk mencari yang benarnya

2) kalau betul apa-apa yang diajarkannya, (dari sisi islam secara khususnya), adalah kewajipan aku jugak untuk mencari apa yang benarnya; mintak Allah meluaskan hati dan melapangkan dada dan menjadikan hati dan aqal hikmah dalam menerima ilmu dan pengetahuan.

....

Currently, im reading Tariq Ramadhan's 'The quest for meaning'. Buku ni merungkai isu tentang pluralisme. dalam keadaan dunia sekarang; yang aku rasa relevan kat malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Pluralisme (yang aku faham), bukan bermakna kita mengiktiraf kekufuran mereka pada Allah, tetapi bagaimana kita nak iktiraf kewujudan mereka dan survive bersama atas muka bumi. La ikrahafiddin, tiada paksaan dalam beragama (given dakwah itu jelas dan sudah sampai kepada mereka)

Islam means sejahtera. Takkanlah kesejahteraan itu membawa kepada  peperangan, provokasi, kecurigaan, dan bersangka-sangka (given that diorang tak lancar perang dan mencerobohi tempat ibadah dan menghalang ketaatan pada Allah)

Tariq juga membawa kita kepada dimensi lain; cuba meletakkan diri kite di dalam kasut mereka (yang bukan islam). Fitrah manusia inginkan kepada kebenaran dan berpegang kepadanya. Fitrah manusia untuk menyembah kepada suatu kuasa yang terpaling tinggi.

'Kebenaran' yang mereka dapat; itulah, menyembah kepada 'Tuhan' mereka ( yang pada kita, bukan Tuhan kita).

;maka terwujudlah Jesus, Gauthama Buddha, Confucious etc.

Pluralisme (yang aku faham) itu tidak mengiktiraf kekufuran mereka kepada Allah, tapi mengiktiraf kewujudan mereka bersama kita di atas muka bumi Allah.

Bahkan, penganut Kristian itu melebihi penganut islam di seluruh dunia! Mahu diapakan mereka itu? Diperangi?!

....

My point is, sedangkan kepelbagaian yang dalam islam itu pun aku tidak mampu mewujudkan persefahaman dan toleransi, apatah lagi perhubungan dengan yang bukan islam.

Kita perlukan ilmu,ilmu,ilmu yang dibalut dengan hikmah.

Jumud dan sempit fikiran itu menjadikan kita begitu keras dan rigid yang akhirnya membawa kepada kerumitan dalam beragama. I think.

Allahualam.

Astaghfirullah. Astaghfirullah.

20140204

Mangsa Pemangsa

Bismillah

Kita tahu kita mangsa keadaan bila kita tak dapat mengawal keadaan yang berlaku.

Kita rasa desperate sangat nak mintak maaf, but hey, takde reason yang kukuh pun untuk kita mintak maaf. An apology would be so irrelevant.

Nak kata salah manusia lain mereka takde sumbangan apa pun atas per-tahi-an yang berlaku.

Tersepit. We just dont know who to blame.

Kita memang takde daya nak mengawal segala apa benda yang berlaku dekat sekeliling. Rasa helpless sungguh.

We dont have any other choice but to keep playing.

Mungkin bukan keadaan yang pemangsa. Maybe it is just taqdir. Qada dan qadr. Definitely.

Life is rough yo.

20140202

mati

Bismillah


Bangun tidur pagi ni di khabarkan dengan kematian seorang ukht (saudara perempuan) yang tak pernah aku jumpa. whatsapp, fb gempar menghebahkan kepergiannya. tak pernah kenal pun sapa dia. mesti dia seorang yang hebat.

uhkt ni baru berkahwin tahun 2012. ada baby 9 bulan. Allahu Allah. memang kite tak jamin pun bile masa Allah akan cabut nyawa kita. kite tak dapat jamin sama ada kite sempat bahagia sebelum mati. sempat grad, sempat kahwin, sempat beranak, sempat balas jasa ibu bapa kita. and sempat apa-apa lagi yang kita rasa membuatkan kita rasa bahagia.

aku kene check balik definisi bahagia aku. adakah nak bahagia yang terakhir kali dengan hati mengingat Tuhan atau memenuhkannya langsung dengan kebergantungan pada makhluk-makhluk.

I really need to redefine my happiness.

dan berapa banyak lagi kematian yang perlu dibentangkan depan mata untuk sentiasa aku ingat dunia ni sangat-sangat sementara. sangat-sangat sedikit.

kerasnya hati.

Allah.

20140201

my ummah

Bismillah


aku pernah diajar dan diberitahu; asas kepada nak buat sesuatu tu, first, adalah kerana Allah. dan kedua; adakah benda tu kita rasa akan menambah kepada (timbangan) amal kita? terutamanya dalam nak menilai perkara-perkara harus dan tidak di classify sebagai wajib atau haram untuk melakukannya.

basis kedua sedikit sebanyak  akan membantutkan banyak benda dalam kehidupan kita. terutamanya kalau minda tak besar, visi tak jelas dan tak nampak hala tuju berbuat sesuatu (not that i say ive all those)

ritual ibadah sahaja yang diberatkan (not that i deny its importance to our iman), tak nampak lubuk pahala tu pada sesuatu yang tak nampak islami di mata kita. syurga dan pahala tu seolah hanya nampak pada ceramah, majlis ilmu, solat dan ibadah-ibadah fizikal yang lain.

sedangkan tugas khalifah tu menuntut kita memakmurkan bumi dan membina perhubungan dengan manusia yang  islam dan yang belum islam; dengan cara manusiawi. yang aku rasa tidak mudah tertunai dengan kita hanya meng-isolate-kan diri di tempat-tempat suci dan tempat ibadah yang penuh dengan manusia suci dan sifar manusia kebanyakan. (not that i deny the importance of bi'ah [persekitaran] soleh to one's iman)

macam mana ye nak majukan umat islam kalau kite masih selesa dalam kotak yang sama. sentiasa memberi laluan kepada yang lain untuk bergerak maju dalam urusan duniawi? 

membina iman yang mantap dan kuat akan mendatangkan rahmat dan rezeki dari Allah. no doubt about it. tapi kene cara yang betul. ada usaha. baru Allah bagi hasil. sunnatullah. tapi Allah berkehendak, Dia boleh je buat sesuatu yang mustahil dengan hendakNya. anyways.

tapi bila difikirkan kalau betul syumul islam yang kita tahu dan faham, betul ibadah kita (not that i say mine is perfect) ia seharusnya menolak kite mengembangkan potensi keluar dari kerangka kebiasaan menembusi kotak-kotak agama, politik, kaum, nama, negara, ideologi.

kite terlalu defensive dengan idea-idea luar, pergerakan dan aktiviti  bukan islami yang kita tak nampak ganjaran Allah (di mata kita). (tapi kalau jelas haram berlawan dengan syariat memang tak la)

mungkin ianya ada manfaat dan hikmah untuk menggerakkan islam, mungkin, who knows. tapi minda dan hati kita yang jumud, sempit dan tak cukup besar untuk melihat ia sebagai alat untuk gerakkan dan menguatkan islam. 

nak membuka minda dan iman untuk dapat melihat ia sebagai hikmah is another thing. perlu sangat-sangat pada hidayah dan taufiq Allah.

Allahualam.