20140228

Ar-razzaq

Bismillah

Aku selalu confuse dengan perasaan aku sendiri.

Ada dua jenis kemungkinan perasaan yang aku sedang berhadapan sekarang ni;

it's either aku da malas nak kisah

Ataupun; aku redha.

Caner eh nak bagi garisan lurus untuk bezakan dua dua tu? Yang redha tu dapat pahala. Yang da malas nak kisah tu aku tak tau apa status nya di mata tuhan.

Tak kira banyak mana pun aku fikirkan benda tu setiap saat or bape banyak effort pun aku letakkan, tapi kalau sebenarnya Allah tak bagi; takkan jadi pun apa yang aku nak tu. Semuanya dari Dia. Semuanya. Sumbernya Dia; bukan sesiapa yang berada di atas muka bumi ni.

Why worry? Rezeki tu Allah sentiasa cukupkan walau dosa sentiasa terkutip setiap saat :'(

Du'a; is another thing. Aku sekali lagi tak tahu di mana garisannya aku memohon pada Allah itu.

Antara aku nak sebab itu keperluan nafsu dan keperluan duniawi aku

Atau;

berserah bulat pada Allah, tak kisah la nak letakkan aku kat memana pun asalkan taqdirNya itu memberi seribu rahmat dan kebaikan untuk agamaku dunia dan akhirat.

Malu nak mintak lelebih. Dah terlalu banyak Dia bagi :'(

Aku selalu menasihati diri aku untuk sentiasa bersangka baik pada Allah. Cukupkanlah Allah dan Rasul dalam diri dan hati. Walau selalu tersungkur setiap kali nak mengejar Allah :'(

Alhamdulillah ala kulli haal wa astaghfirullah.

Cukuplah Allah bagi ku. Moga-moga.

Alhamdulillah.





No comments: