20140208

Hikmah 2.0

Bismillah

Teringat di semester lalu. Di dalam kelas quranic studies, tutor menerangkan tentang bagaimana kitab injil itu berkait rapat dengan Al-Quran dan banyak intipatinya selari dengan al-quran kecuali konsep ketuhanan dan banyak juga isu lain. Konklusi yang aku dapat dari tutorial; tutor ni nak bitau yang kita boleh ambil sumber dari injil dan percaya dengannya as long as dia selari dengan al-quran.

Pada masa itu, mindset aku adalah

'Al-Quran hanyasanya kitab yang paling haq dan benar yang Allah turunkan untuk baginda Muhammad s.aw. kitab-kitab lain dah distorted dan tak valid untuk direfer dan diguna pakai.'

---membawa kepada persoalan lain (sekarang ni) apa maksud dan cakupan rukun iman 'beriman dengan kitab-kitab'?. Hmm.

Aku tak senang duduk sepanjang tutorial.

Aku tak mendapati apa yang diajar tu 'selari' dengan apa yang aku di ajar selama lepas aku baligh dan mumayyiz hingga hari itu.

Ketidaksenangdudukan itu memaksa aku jumpe dia lepas kelas, aku sendiri terkejut dengan keberanian aku jumpe and confront dengan dia, sampai hari ni.

Me: are you saying that the bible compliment the quran? *muke curious dan seriyus*

Him: well, yes. *slight hesitant*

Me: then, i dont agree.

---i still remember clearly, my voice was a bit shaky. I doubt it he could hear me clearly.Aku introvert kot.

Him: well, if you dont agree, then you dont agree

Me: im afraid that u might give wrong informations about islam to other students in the class.

---up to this point i did not know that he is actually a muslim too.

Ayat aku yang last tu cam paling gampang aku pernah cakap kat dia. Who am i nak tuduh dia ajar yang bukan-bukan dalam kelas, ordering around like i know shit and stuff. Buruk sangka yang dia cuba nak cacatkan ajaran islam. Aku menyesal cakap cam tu kat dia. Sorry tutor. Cam kurang adab kot. *kuis tanah* but im pretty sure he's cool with it sebab dia suka tanya aku dalam kelas lepas tu. Cis.

Aku ingin mempertahankan agama aku tapi aku tak jelas garisan antara berlaku toleran dengan yang 'lain' dan pertahankan apa yang aku 'tahu'. I tried.

Aku takut dengan benda yang aku tak tahu. Benda yang dia ajar tu; simply asing.

....

Konklusi aku;

1) kalau salah apa-apa yang diajarkannya itu(pada fikiranku);adalah kewajipan aku untuk mencari yang benarnya

2) kalau betul apa-apa yang diajarkannya, (dari sisi islam secara khususnya), adalah kewajipan aku jugak untuk mencari apa yang benarnya; mintak Allah meluaskan hati dan melapangkan dada dan menjadikan hati dan aqal hikmah dalam menerima ilmu dan pengetahuan.

....

Currently, im reading Tariq Ramadhan's 'The quest for meaning'. Buku ni merungkai isu tentang pluralisme. dalam keadaan dunia sekarang; yang aku rasa relevan kat malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Pluralisme (yang aku faham), bukan bermakna kita mengiktiraf kekufuran mereka pada Allah, tetapi bagaimana kita nak iktiraf kewujudan mereka dan survive bersama atas muka bumi. La ikrahafiddin, tiada paksaan dalam beragama (given dakwah itu jelas dan sudah sampai kepada mereka)

Islam means sejahtera. Takkanlah kesejahteraan itu membawa kepada  peperangan, provokasi, kecurigaan, dan bersangka-sangka (given that diorang tak lancar perang dan mencerobohi tempat ibadah dan menghalang ketaatan pada Allah)

Tariq juga membawa kita kepada dimensi lain; cuba meletakkan diri kite di dalam kasut mereka (yang bukan islam). Fitrah manusia inginkan kepada kebenaran dan berpegang kepadanya. Fitrah manusia untuk menyembah kepada suatu kuasa yang terpaling tinggi.

'Kebenaran' yang mereka dapat; itulah, menyembah kepada 'Tuhan' mereka ( yang pada kita, bukan Tuhan kita).

;maka terwujudlah Jesus, Gauthama Buddha, Confucious etc.

Pluralisme (yang aku faham) itu tidak mengiktiraf kekufuran mereka kepada Allah, tapi mengiktiraf kewujudan mereka bersama kita di atas muka bumi Allah.

Bahkan, penganut Kristian itu melebihi penganut islam di seluruh dunia! Mahu diapakan mereka itu? Diperangi?!

....

My point is, sedangkan kepelbagaian yang dalam islam itu pun aku tidak mampu mewujudkan persefahaman dan toleransi, apatah lagi perhubungan dengan yang bukan islam.

Kita perlukan ilmu,ilmu,ilmu yang dibalut dengan hikmah.

Jumud dan sempit fikiran itu menjadikan kita begitu keras dan rigid yang akhirnya membawa kepada kerumitan dalam beragama. I think.

Allahualam.

Astaghfirullah. Astaghfirullah.

No comments: