20140214

Hikmah

Bismillah

Aku pernah di tegur oleh seorang sahabat kerana telah mengepos artikel yang agak kontroversi di fb berkenaan seorang tokoh agamawan yang begitu besar jasanya dalam revolusi perjuangan islam.

Niat di hati, post dengan tujuan mengajak sama orang lain untuk berfikir tentang ke-releven-an isu itu dan hikmah disebaliknya.

Sahabat itu menegur, kerana dilihat seperti aku menyebarkan sesuatu yang diluar jangkauan pemikiran dan mampu mendatangkan fitnah bagi para manusia yang jahil.

Aku rasa butthurt sekejap. Biase la. Ego.

Kalau aku bersangka baik; i would say Alhamdulillah ala kulli haal, masih ada yang masih sudi menegur 'kesilapan' dan membetulkan. Alhamdulillah. Mungkin betul akan ada yang akan salah faham tanpa mahu menyelidik. Mungkin.  

Aku butthurt sebab marah bila fungsi aqal manusia disempitkan. Tak boleh bertanya itu ini. Tak boleh wonder begitu begini. Dengan alasan;

Kite tak tahu, kite masih baru, kite kurang ilmu, kite takde pengalaman and so on.

Hello, takdek orang nak sumbat ilmu tu masuk anak tekak ko straight ke kepala otak kalau kau tak (cuba) fikir and figure out sendiri.

Aku jelas bahawa aqidah dan sunnah itu sudah tetap termaktub tak boleh dipertikai gugat.  aku belum sampai tahap radikal sesetengah yang berani mempersoalkan eksistensial Tuhan dan perkara yang ghaib-ghaib. Itu. Jelas. Insyaallah, I know my limit, insyaallah.

Tiada manusia yang maksum selain para anbia'. Selain dari golongan itu, manusia-manusia prone to mistakes. Even if they are not committing any sins, mereka tidak terlepas dari kepelbagaian ummah yang setiapnya berbeza keperluan kefahaman agama (fiqh) hence kite bebas untuk menerima dan menolak pandangan-pandangan.

Aku perasan ada pattern orang-orang tarbiah yang begitu strict dengan sesuatu yang bukan aliran tarbiah mereka dan sesuatu/term/konsep yang mereka tak familiar, hence, menganggap ia tiada benefit untuk islam dan iman padahal mereka yang tidak nampak hikmah dan kebaikannya untuk agama (read: narrow minded) hence come the exclusivity among orang tarbiah/usrah bahawa mereka pemegang kebenaran paling betul (simply because they can't 'see' the othrrs).

Tiba-tiba boleh jadi pemegang kunci syurga dan neraka.

Wahai, sedangkan jemaah yang memperjuangkan islam begitu banyak mencapah-capah. Kalau begitu SATU sahaja jalan yang betul, mengapa tidak bersatu seluruh umat islam di bawah payung yang sama? Mengapa perlu jemaah yang begitu banyak dan beranak-anak dengan berbagai salutan dan jenama? Wahai.

Mungkin kita yang terkurung di dalam dunia sendiri. Kita menelungkupkan diri/komuniti di bawah kotak yaang dilabel sebagai 'kebenaran tertinggi'. Sedangkan diversiti dan fleksibiliti untuk beramal dengam islam itu lebih luas dari kaca mata kita yang sangat terhad;

Rahmatallil alamin. Rahmat untuk SELURUH alam.

Boleh untuk memandu dan membimbing manusia ke arah pemikiran yang sepatutnya, bil hikmah.

Tapi aku cam butthurt kalau ada yang melarang manusia dari fikir dan bertanya sesuatu tentang agama sendiri (im not talking about aqidah). It's ok to question things sometimes.

Mempersoal bukan bermakna menafi.

Kalau dengan berfikir dan bertanya itu bertambah iman dan mendorong diri untuk terus cari ilmu (read:kebenaran), why not?

Mungkin, masalah 'kita' adalah, kita rasa kalau fikir dan bertanya lelebih itu,  takut ianya mendatangkan 'kesesatan', 'kemurtadan', 'kekeliruan', 'kekurangan iman'. Begitu mudah yang Haq itu digoncangkan;

---Masalahnya di sini, adakah yang bermasalah itu, Yang Haq atau penerima Haq itu?

Berbalik kepada sahabat aku tadi, aku butthurt, sebab dari pihak aku, aku rasa kebebasan menggunakan aqal AKU SENDIRI seperti ditekan, for fear apa yang aku paparkan secara eksplisit tu mungkin akan MEMPENGARUH orang lain dan menimbulkan salah faham.

Aku butthurt jugak bila seolah-olah beliau dapat menembus langsung ke dalam hati aku sama ada aku judgemental, buruk sangka dan sebagainya.

I just simply invite others to THINK and PONDER. that's it. Tiada niat memburukan mana-mana manusia.

Dari satu sisi ada betulnya. Mungkin ada sesetengah manusia yang kurang rajin berfikir lantas membuat konklusi tidak benar. I cant help it if they think that way.

Mungkin, social network yang pelbagai audience itu tak sesuai diprovok dan mengetengahkan isu sebegitu. Mungkin.

But as for me;

1)  we just cant help it if people misundertand something we present or say. Kapasiti otak manusia berbeza-beza. People have different ways of interpreting things.

Kalaulah aku mengatakan sesuatu itu A, tapi they secretly think it's B, C, D, E or maybe Z;

We CAN'T control what other people think.

2) kalau takut sesuatu idea yang diketengahkan itu mengelirukan 'sesetengah manusia', hence menghalang dari ia  diketengahkan, SIAPA JAMIN mereka tak akan mendapatkan 'kekeliruan' itu dari 'TEMPAT LAIN'?

And how are we gonna control that?

Macam mana nak kendalikan kepelbagaian dengan hikmah dengan tak secara mudah melabel 'kelainan' itu sebagai sesat dan tidak boleh dipertikai lagi, kalau sebenarnya memang ada ruang untuk perbahasan di situ?

---we can simply admit kita tak tahu n be comfortable with it;

---or kite cuba cari ianya di tempat lain;

--- and not simply bash or stop others who seek for the answers. Respect their choices.

...

Akhir kata, aku emo gila dengan orang yang suka persoal ikhlas dan taqwa orang lain.

Tapi bagus jugak kalau ade orang jenis suka pertikai-pertikai hati kite ni. Beri kite peluang sentiasa reflect dan muhasabah. Alhamdulillah ala kulli haal.

Akhir kata lagi sekali;

aku mengimpikan masyarakat islam yang terbuka pemikirannya dan berkasih sayang dalam menyeru kepada islam. Toleran dan bertolak ansur. Dengan hikmah dengan ramah. Tidak merendah jijikkan manusia-manusia lain yang jahil dan tidak se'aliran'. Sentiasa rendah hati dan tawadhu' di samping tak merasa syurga itu milik mereka semata-mata.

Allahualam.

Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim.

No comments: