20140201

my ummah

Bismillah


aku pernah diajar dan diberitahu; asas kepada nak buat sesuatu tu, first, adalah kerana Allah. dan kedua; adakah benda tu kita rasa akan menambah kepada (timbangan) amal kita? terutamanya dalam nak menilai perkara-perkara harus dan tidak di classify sebagai wajib atau haram untuk melakukannya.

basis kedua sedikit sebanyak  akan membantutkan banyak benda dalam kehidupan kita. terutamanya kalau minda tak besar, visi tak jelas dan tak nampak hala tuju berbuat sesuatu (not that i say ive all those)

ritual ibadah sahaja yang diberatkan (not that i deny its importance to our iman), tak nampak lubuk pahala tu pada sesuatu yang tak nampak islami di mata kita. syurga dan pahala tu seolah hanya nampak pada ceramah, majlis ilmu, solat dan ibadah-ibadah fizikal yang lain.

sedangkan tugas khalifah tu menuntut kita memakmurkan bumi dan membina perhubungan dengan manusia yang  islam dan yang belum islam; dengan cara manusiawi. yang aku rasa tidak mudah tertunai dengan kita hanya meng-isolate-kan diri di tempat-tempat suci dan tempat ibadah yang penuh dengan manusia suci dan sifar manusia kebanyakan. (not that i deny the importance of bi'ah [persekitaran] soleh to one's iman)

macam mana ye nak majukan umat islam kalau kite masih selesa dalam kotak yang sama. sentiasa memberi laluan kepada yang lain untuk bergerak maju dalam urusan duniawi? 

membina iman yang mantap dan kuat akan mendatangkan rahmat dan rezeki dari Allah. no doubt about it. tapi kene cara yang betul. ada usaha. baru Allah bagi hasil. sunnatullah. tapi Allah berkehendak, Dia boleh je buat sesuatu yang mustahil dengan hendakNya. anyways.

tapi bila difikirkan kalau betul syumul islam yang kita tahu dan faham, betul ibadah kita (not that i say mine is perfect) ia seharusnya menolak kite mengembangkan potensi keluar dari kerangka kebiasaan menembusi kotak-kotak agama, politik, kaum, nama, negara, ideologi.

kite terlalu defensive dengan idea-idea luar, pergerakan dan aktiviti  bukan islami yang kita tak nampak ganjaran Allah (di mata kita). (tapi kalau jelas haram berlawan dengan syariat memang tak la)

mungkin ianya ada manfaat dan hikmah untuk menggerakkan islam, mungkin, who knows. tapi minda dan hati kita yang jumud, sempit dan tak cukup besar untuk melihat ia sebagai alat untuk gerakkan dan menguatkan islam. 

nak membuka minda dan iman untuk dapat melihat ia sebagai hikmah is another thing. perlu sangat-sangat pada hidayah dan taufiq Allah.

Allahualam.





No comments: