20140202

mati

Bismillah


Bangun tidur pagi ni di khabarkan dengan kematian seorang ukht (saudara perempuan) yang tak pernah aku jumpa. whatsapp, fb gempar menghebahkan kepergiannya. tak pernah kenal pun sapa dia. mesti dia seorang yang hebat.

uhkt ni baru berkahwin tahun 2012. ada baby 9 bulan. Allahu Allah. memang kite tak jamin pun bile masa Allah akan cabut nyawa kita. kite tak dapat jamin sama ada kite sempat bahagia sebelum mati. sempat grad, sempat kahwin, sempat beranak, sempat balas jasa ibu bapa kita. and sempat apa-apa lagi yang kita rasa membuatkan kita rasa bahagia.

aku kene check balik definisi bahagia aku. adakah nak bahagia yang terakhir kali dengan hati mengingat Tuhan atau memenuhkannya langsung dengan kebergantungan pada makhluk-makhluk.

I really need to redefine my happiness.

dan berapa banyak lagi kematian yang perlu dibentangkan depan mata untuk sentiasa aku ingat dunia ni sangat-sangat sementara. sangat-sangat sedikit.

kerasnya hati.

Allah.

No comments: