20140329

lelaki (so-called) islamik

Bismillah


I have ALWAYS refrained myself dari menulis bebenda cheesy cinta segala bagai. aku taff kot. tapi ada satu masalah umat ni membebankan kepala otak aku. taktahula jika rant ini dikira sebagai cheesy, whatsoever. ppft. bfdhsj. huwargh.

---masalah lelaki so-called alim dan beriman (di mata manusia) yang suka like gambar pompuan kat fb/isntagram/other social networks, etc. ini masalah umat yang serius (for me). hilang thiqah wei.

takde la hilang sangat thiqah. sebab there's a saying; 'lihat apa yang diperkatakan, bukan siapa yang memperkatakan.' erm betul latu. kalau ada hikmah apa yang dia cakap tu ape salahnya. erm

aku tengok benda ni dari dua layer. lelaki (yang nampak) soleh dan lelaki muslim biasa. alah. nak kena la pulak define 'soleh' tu apa. zzz. let me put it this way; kalau lelaki muslim biasa yang jahil (read: tak tahu) tentang batas ikhtilat dan menjaga pandangan and like gazilion gamba pompuan kat social network boleh la di maafkan. kot. tapi lelaki yang lagi satu ni, gua syak ada something wrong kalau dia buat

---IM NOT JUDGING PEOPLE'S IMAN okay. Im talking about what's apparent. so yeah go ahead. you ma as well judge me.

orang paling mulia di sisi Allah tu orang bertaqwa. taqwa itu hanya Allah je yang layak menilai. bukan manusia--- insaf dengan tazkirah sendiri.

but. realistically speaking, kalau tak like secara visible pun dalam hati mesti ada like jugak kan kalau da tertengok. itu cerita lain. itu urusan hati dan Pemilik hati. deal sendiri dengan Tuhan. Allahualam. ala, setiap orang pun ada dosa sendiri dengan Allah dengan cara tersendiri. uhuk. astaghfirullahalazim.

ghaddul bashar; tundukkan pandangan. kepada yang membawa mesej islam, dan menonjolkan imej islam. at least tak perlu la zahirkan ketewasan anda pada fitnah umat akhir zaman ni. hai la hai. seriously. 

im that conservative, aku hilang trust to this kind of guy walau bertingkek-tingkek mana pun tinggi serban dia.

i have read Fatimah Syarha's 'pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul'. you may judge me. aku rasa peringkat umur aku da layak nak baca genre sebegitu---pada kadarnya. pft.

initially aku rasa, definisi cinta ustazah ini terlalu ideal. cerewet gila. tapi alhamdulillah akhirnya Allah pinjamkan beliau suami yang soleh (insyaAllah).

banyak jugakla pinangan, risikan dan usha-an pak ostad dan tokoh agama yang beliau tolak, initally. simply because dorang contact directly dengan ustazah tu. tak guna perantara. walaupun ok je senarnya kalau emreka-mereka itu bertujuan ada berniat untuk bernikah dengan ustazah tu, tapi bagi beliau (mungkin), cam tak manis la di sisi agama. (eh ada pula istilah ni dalam agama). nampak la usaha ustazah untuk berlaku ehsan pada Allah dalam isu ni. masayaAllah. 

salah ustazah tu la comel n lemah lembut sangat. lol. NO---ujian Allah pada beliau dan para lelaki yang cuba mendekatinya. Allah nak nengok siapa yang ada ahsanu amala (amal yang paling terbaik) bila berdepan dengan ujian macam tu.

walaupun mungkin moral of the story of buku tu is nak cakap, carilah pasangan mengikut syariat dan islah diri sebelum berkahwin untuk membina baitul muslim yang produktif dan menyumbang untuk ummah;--- aku nampak kepincangan lelaki dalam menguruskan perasaan dan perlakuan (despite tahap didikan agama sampai ke langit), wanita tetap menjadi kelemahan mereka.

ye aku pesimis. introvert cam aku selalu nampak threat and dangers. but im not that hopeless though.

moral of the story: jemaah apa dia ikut, berapa labuh jubah dia pakai, berapa banyak status islamik dipost setiap dua hari, tak memberi makna selagi like gambar pompuan tak tentu pasal. and seriously kengkadang gambar pompuan berniqab/berpurdah/tudung labuh pun nak di-like dan dikomennya. i was like? wei?

--- oh ada ayat Allah lelaki baik untuk perempuan baik and vice versa. well. that doesnt justify the means?

tapi. mungkin kelemahan mereka pada wanita sahaja dan bukan aspek akidah dan ruhi yang lain. a weakness in certain thing does not necessarily nullify the other advantages they have. kan?

and i know it's kinda unfair too to judge people through social network alone.

entoh le. whatever it is. i just dont like it.

astaghfirullah. astaghfirullah.


.:muhasabah diri sendiri semula dengan dosa sendiri yang dilakukan di depan Allah. oh :.




20140327

demonstrasi

Bismillah


aku diajak untuk berdemonstrasi sempena penghukuman mati saudara-saudara ikhwanul muslimin di Mesir. I went a few times before to events like that. secara emosi dan psikologi diri aku sendiri; it does not feel right to me. aku tak suka diperhati tatkala berjalan secara publik di jalanan (mode perasan: on) --- AS IF ADA ORANG NAK TENGOK KAU KAN. pfft. rasa macam terdedah sanagt. aku lebih senang duduk di balik sesuatu where no one else can see me. ---tapi islam tak ajar kurung wanita dan wanita itu mengurung diri sendiri--- but it defies the objective of da'wa itself la kan. to call upon people to come back to Allah.

im. just. shy.

dari sudut pandangan jihad dan berangkat (at-taubah), aku tak tahu apa status aku di mata Tuhan (tidak berdemonstrasi). berdosa? tidak patriotik dengan agama? tidak ada rasa izzah pada islam? tidak concern dengan ummah? 

entah la.

kalau ada cara lain, kalaulah doa itu pun dah dikira sebagai usaha. and read some.



20140326

oversensitive

Bismillah


tengok benda comel nak mengalir air mata---make me go aww and hug myself (loner gila)

tengok benda cantik pun rasa nak nangis

tengok benda sedih lagi la rasa nak bergenang menitik-nitik.

tengok benda gembira rasa very warm inside smapi rasa nak jerit terlompat (but i can't cos im in the library and people would thin im crayzeh)

why la feeling you is so very strong and emotional like that?

buat rilex dan buat cool je tak boleh ke.

20140325

Si poseur agama.

Bismillah


"Sifat tidak tahu malu, adalah petanda kepada keangkuhan, rohani yang lemah dan tercicirnya keseriusan dan kesedaran dalam beragama. 

Tanpa ragu, ia adalah petanda kepada kemunafikan terutamanya apabila seseorang meluahkan rasa kesal dan malunya di hadapan manusia, tetapi tidak di hadapan Allah dan Rasul-Nya. 

Siapa lagi kalau bukan sang munafiq, tatkala dia menyuarakan kekesalannya kepada manusia atas khilaf yang terjadi, tetapi dia tidak pun bertaubat kepada Allah? Sedangkan Allah itulah Penciptanya, Pengurnia rezeki, Pengurnia akal untuk dia memahami, dan yang mengajarnya pelajaran tentang kehidupan. 

Celakalah orang tergesa-gesa dalam hidupnya tetapi mengabaikan tanggungjawabnya kepada Allah dan sesama manusia. Dan celakalah sang munafiq yang menunjukkan kekesalannya kepada manusia atas salah lakunya yang terjadi, berusaha meminta maaf dan pengiktirafan manusia, tetapi terlupa kepada KESAKSIAN TUHAN.”




enough said. enough said.


astaghfirullahalazim ya Allah.. :'(

20140323

square one

Bismillah


Currently im reading 'Islam dan sejarah dalam kebudayaan Melayu' by Syed Naquib Al-Attas. bahasanya terlalu sastera. lebam kepala otak aku cuba mentafsir setiap patah ayat yang dia tulis. but as time goes by, my brain cells managed to adapt to the style of writing quite well. alhamdulillah. and it's beautiful. just beautiful.

i need to do something for my religion and my nation, --apart from dreaming of being a politician despite my weird temperament and the totally unrelated degree to politics -- i need knowledge. i need to go deeper into my root. that is melayu and islam. and NO. aku tak tertarik langsung nak join ISMA or whatsoever. prinsip mereka is just. different from the mainstream. im not sure whether it's bad or good for the society and islam itself; dari segi jangka panjang and generally. idk. maybe there's just something i dont know. maybe.

aku sangka menjadi puitis dan ruhi at the same time is mere impossible. but naquib proved me wrong. sasteranya dan zouq (rasa) rabbani itu terasa bila anak mata melangkau baris demi baris tulisannya. siapa kata seni itu melalaikan? kau tahu guna, kau ada ilmu, boom! boleh jadi alat dakwah.

sekian lama didedahkan dengan politk dan realiti serta pergolakan yang berlaku di Mesir dan negara-negara arab yang lain yang jauhnya berjuta-juta batu dari aku, sekian lama didekatkan dengan prinsip untuk mencapai khalifah yang menguasai planet bumi, yang tak dapat terjangkau fikiranku dalam masa bila ia akan berlaku--- tidak mustahil Allah akan kembalikannya semula, tak mustahil langsung. tapi- 

aku rasa aku memerlukan sesuatu yang praktikal yang tidak terlalu jauh dari aku, budayaku dan negara aku. yang aku faham dan aku mampu buat. yang aku sendiri bergelut dengan realiti itu. 


aku taknak ikut. aku nak faham.


---apa, tak menapang senjata di sana dan tak giat berflash-mob sana-sini untuk negara-negara itu, tak boleh mati syahid ke kat sisi Tuhan?


aku tak pernah menyesal dengan ilmu-ilmu dan pengalaman-pengalaman yang menjatuh bangunkan, yang mengayakan pengetahuan aku tentang Tuhan --- semoga saja rahmat Allah turun ke atas hati-hati yang pernah menyentuh ku selama mana aku masih hidup fi sabilillah ---malah ia menjadi senjata paling ampuh yang membimbing aku untuk terus mencari dan mencari. bi iznillah.

hence i need to start from scratch. 



.: there's no faithfullness to the message of islam without evolution:.


20140320

Housemates

Bismilllah

Meryl

She's a very sweet and soft person. She's a bit unique and weird in her own way. She's a bit clumsy. Suka pakai summer dress eventhough its nearing winter! -.- Senyuman dia sangat manis. She reminds me much of the leading actress of korean drama; 'my girlfriend is a gumiho'. But unlike her, she's a Singaporean. Neighbor :)

...

Hari kedua duduk rumah tu; bukak je almari pantry, nampak paket gloves dengan sponge yang masih baru. Ada sticky note dia lekatkan kat paket sponge tu:

'For Nur :)'

It must be her. She knows i cant eat pork and share utensils with the others. Ngaww sweet sangat dia ni :')



Fiona

She's a pretty korean woman with natural beauty. Her nose looks normal; not so pointy like the other typical korean girls yang mostly went under the knife to look more caucasian.

Ye aku skeptik sikit pada orang-orang korea ni. Plastik lebih.

She's married and she likes to cook.

Dia orang pertama tunjuk tempat buang sampah kat apartment ni.

She cant speak english fluently, sometimes aku kena mintak dia ulang cakap sebab tak faham. I feel so bad. Takut dia discouraged :(

Tapi dia sangat peramah. Despite her difficulties of saying some english words dia nampak berusaha nak berbual. Dia suka tanya pasal hijab, aurat and other physical and superficial things about muslim.

Aku rasa dia rasa perempuan muslim ni sangat restricted and takleh buat pape.

Tadi dia tanya;

'Can you watch movies?'.


Alehandra.

A columbian woman. Benda pertama keluar dari mulut aku bila dia cakap dia dari columbia;

'Same as shakira?'

Sengal nye statement ku.

Dia jarang ada rumah. Keluar awal sangat pagi n balik lewat sangat malam.

She's a researcher back in columbia. Did her master half way then migratrd here. Pandai bak hang. Dia ajar aku biochem kot tadi.

Sedang terkial-kial aku revise paper obesity tu tiba-tiba dia cakap;

'Hey i know this! I ve been working on this, exactly like this!'--- dengan excitednya bila nampak immune system regulator IKK/Nf kappa beta on my laptop screen. Masyallah. Takde yang kebetulan kan. Semua Allah dah tulis.

---hence my new biochem tutor. Hikhok.


Ching

My roomate. Hong kong origin. Tak banyak cakap and suka buat keje sendiri.Tapi peramah kalau tanya tanya and bual-bual. Sesuai utnuk introvert cam aku ni. Tak perlu pretend memakai earphone untuk tak didekati. Zzz. Semuaaaaaa ok je dengan dia ni except dia da kene tup lampu kalau da pukul 10pm.


All is well so far. Alhamdulillah ala kulli haal. Alhamdulillah :)

Semoga taaruf ini lebih mendekatkan diri pada Allah. Bi iznillah.

Insyaallah.





20140318

rasa

Bismillahi 


bila kita ternanti-nanti sesuatu yang buat kita rasa gembira, kita rasa kita akan gembira. bila masa gembira itu tiba, dengan izin Allah; ya, kita benar merasa gembira. tapi kan euphora itu akan menghilang seiring masa?

seterusnya ia menanti pula kegembiraan yang akan datang dari  masa depan, dihiaskan padanya ilusi yang sama, yang diakhirnya, selepas Tuhan berkenan meletakkan rasa, ia perlahan-lahan hilang meresap ke mana-mana.

dan kitaran itu memusingkan dirinya dari satu kitaran lengkap melangkau ke kitaran seterusnya sehinggalah si punya hati itu penat mencipta dan mengejar rasa.


.:yaaytuhannafsulmutmainnah irji'i ila rabbika radiatammardhiah fadkhuli fi ibadi wadkhuli jannati:.

20140315

to be or not to be

Bismillah


These are the questions I keep asking to my dear self for the past few days;

Am i making the right decision?

Am i making the right decision?

Am i making the right decision?

every single time.

sebelum tidur bertanya kepada kepala sndiri. tiba-tiba pertanyaan itu mengangkat diri nya sendiri menjadi lullaby ku. because counting sheeps sebeblum tido is too mainstream kot. tengah bernafas dan hidup di siang hari pun masih juga tertanya-tanya diri sendiri. meminta assurance dari diri sendiri yang masih pusing mencari-cari dan tak pasti.

there's no reverse button. no pause button. I have to keep on moving and living and playing.

Hasbunallahu wani'mal wakiil (3:173)

20140313

spekulasi.

Bismillah


Tak sangka perempuan ala-ala 'mean girls' wujud di kalangan orang melayu. melayu and muslim.

i hate to speculate and assume sebab aku tak pernah rapat dengan dorang tapi pernah jumpa dengan group melayu ala urban-urban people ni; orang bandar, selalu ootd kat instagram, cakap i (saya), u (awak), i, u dengan rakan-rakan, ngeteh kat cafe and classy restaurant je (dan selfie di sana sambil menunjukkan cawan kedai tu or steak or anyhting edible), ramai kawan glamour sepertinya and the list goes on.

the eyes are the window to the souls kan; omputih kata.

aku selalu dapat 'pandangan mata' yang sama jenis, mood dan intensity dari beberaa mereka. pandangan itu. 

sebab pakaian aku ke? sebab cara aku bercakap ke? sebab tudung ke? wallahi tak pernah buat mereka kecil hati or whatever; but they gave me that 'look'. o why la.

adakah sebab mereka rasa aku judge dorang sebab tu dorang judge aku (through facial expressions and gesture) adakah itu?
---spekulasi ku.

kenapa buruk sangat perangai orang-orang yang berpakaian muslimah sempurna ni sampai buat orang yang tidak sama dnegan mereka (dari segi appearance) menjadi paranoid and sick?


20140312

Tak sama

Bismillah


betapa orang-orang tak sedar kita sangat-sangat tak sama antara sekalian manusia.

bila kita cakap A pada orang, mungkin dia hanya akan nampak B, even ada yang terus tangkap ia sebagai Z.

Subhanallah. betapa Allah emnjadikan manusia secara fitrah sangat pelbagai.

akan ada banyak, terlalu banyak peristiwa dan kejadian dalam hidup kita, tapi kite kena sangat bear in mind yang skrip setiap hidup manusia itu Allah jadikan asing dan berbeza.

yang menyamakan; hanyalah perasaan yang hati kite rasa tentang pelbagai kejadian itu,

;sedih, gembira, marah, geram, keliru, tak tahu.

;yang ianya HANYA berlaku dalam hidup, fikiran dan emosi kita. terbatas pada diri kita sahaja. dunia kita sahaja.

;untuk manusia lain, Allah da siap-siap buat template lain utnuk dorang.

jangan paksakan semua orang untuk faham apa yang kepala kita faham. just dont.

untuk kamu-kamu yang salah faham mentafsir;

menjadikan aku terlalu baik atau terlalu buruk pada mata-mata kamu.

---please. kita tak sama.

20140303

Taksub

Bismillah


orang taksub ni macam orang kene rasuk. cakap la pape pun, mereka takkan dengar. Aku tahu benar sebab pernah berada dalam fasa taksub tu.

ciri taksub: merasakan segala apa yang berkaitan dengan institusi nya, pemikirannya, 'orang' di atasnya adalah sacral dan benar belaka. maksum. tiada khilaf dan salah 

---ia membawa kepada sikap keras dan tidak toleran kepada pendapat dan pengetahuan yang lain dari apa yang diketahuinya. menjadi sangat DEFENSIF.

cakap lah apa pun. sumpah takkan terima.

dari segi emosi dan psikologinya, bila seseorang itu telah menyerahkan dirinya kepada mana-mana 'kebenaran' dan mendarah dagingkan 'kebenaran' itu di dalam hatinya dan menjadikan ia penolaknya, cintanya, motivasinya; ia adalah sesuatu yang menyakitkan apabila 'kebenaran' itu tidak di-benar-kan atau langsung di-tolak oleh yang lain.

it hurts. sebab aku pernah taksub. dan aku pernah rasa macam tu.

taksub dengan Allah takpe.

aku cuba menasihati dan mengajar diriku untuk:

---berlapang dada dengan kepelbagaian. toleran.
---melihat sesuatu dari isinya, bukan luarnya. secara substantial.
---melihat sesuatu dari sumbernya. bukan hanya dengar-dengar dan percaya. jangan malas untuk menggunakan otak.

kadang tak sedar. bergeraknya kita digerakkan semata oleh sentimen tanpa rasional. tu yang nak emosioanl memanjang.

aku rasa helpless. begitu banyak yang akalku tidak tahu. 

Allah :(