20140323

square one

Bismillah


Currently im reading 'Islam dan sejarah dalam kebudayaan Melayu' by Syed Naquib Al-Attas. bahasanya terlalu sastera. lebam kepala otak aku cuba mentafsir setiap patah ayat yang dia tulis. but as time goes by, my brain cells managed to adapt to the style of writing quite well. alhamdulillah. and it's beautiful. just beautiful.

i need to do something for my religion and my nation, --apart from dreaming of being a politician despite my weird temperament and the totally unrelated degree to politics -- i need knowledge. i need to go deeper into my root. that is melayu and islam. and NO. aku tak tertarik langsung nak join ISMA or whatsoever. prinsip mereka is just. different from the mainstream. im not sure whether it's bad or good for the society and islam itself; dari segi jangka panjang and generally. idk. maybe there's just something i dont know. maybe.

aku sangka menjadi puitis dan ruhi at the same time is mere impossible. but naquib proved me wrong. sasteranya dan zouq (rasa) rabbani itu terasa bila anak mata melangkau baris demi baris tulisannya. siapa kata seni itu melalaikan? kau tahu guna, kau ada ilmu, boom! boleh jadi alat dakwah.

sekian lama didedahkan dengan politk dan realiti serta pergolakan yang berlaku di Mesir dan negara-negara arab yang lain yang jauhnya berjuta-juta batu dari aku, sekian lama didekatkan dengan prinsip untuk mencapai khalifah yang menguasai planet bumi, yang tak dapat terjangkau fikiranku dalam masa bila ia akan berlaku--- tidak mustahil Allah akan kembalikannya semula, tak mustahil langsung. tapi- 

aku rasa aku memerlukan sesuatu yang praktikal yang tidak terlalu jauh dari aku, budayaku dan negara aku. yang aku faham dan aku mampu buat. yang aku sendiri bergelut dengan realiti itu. 


aku taknak ikut. aku nak faham.


---apa, tak menapang senjata di sana dan tak giat berflash-mob sana-sini untuk negara-negara itu, tak boleh mati syahid ke kat sisi Tuhan?


aku tak pernah menyesal dengan ilmu-ilmu dan pengalaman-pengalaman yang menjatuh bangunkan, yang mengayakan pengetahuan aku tentang Tuhan --- semoga saja rahmat Allah turun ke atas hati-hati yang pernah menyentuh ku selama mana aku masih hidup fi sabilillah ---malah ia menjadi senjata paling ampuh yang membimbing aku untuk terus mencari dan mencari. bi iznillah.

hence i need to start from scratch. 



.: there's no faithfullness to the message of islam without evolution:.


No comments: