20140303

Taksub

Bismillah


orang taksub ni macam orang kene rasuk. cakap la pape pun, mereka takkan dengar. Aku tahu benar sebab pernah berada dalam fasa taksub tu.

ciri taksub: merasakan segala apa yang berkaitan dengan institusi nya, pemikirannya, 'orang' di atasnya adalah sacral dan benar belaka. maksum. tiada khilaf dan salah 

---ia membawa kepada sikap keras dan tidak toleran kepada pendapat dan pengetahuan yang lain dari apa yang diketahuinya. menjadi sangat DEFENSIF.

cakap lah apa pun. sumpah takkan terima.

dari segi emosi dan psikologinya, bila seseorang itu telah menyerahkan dirinya kepada mana-mana 'kebenaran' dan mendarah dagingkan 'kebenaran' itu di dalam hatinya dan menjadikan ia penolaknya, cintanya, motivasinya; ia adalah sesuatu yang menyakitkan apabila 'kebenaran' itu tidak di-benar-kan atau langsung di-tolak oleh yang lain.

it hurts. sebab aku pernah taksub. dan aku pernah rasa macam tu.

taksub dengan Allah takpe.

aku cuba menasihati dan mengajar diriku untuk:

---berlapang dada dengan kepelbagaian. toleran.
---melihat sesuatu dari isinya, bukan luarnya. secara substantial.
---melihat sesuatu dari sumbernya. bukan hanya dengar-dengar dan percaya. jangan malas untuk menggunakan otak.

kadang tak sedar. bergeraknya kita digerakkan semata oleh sentimen tanpa rasional. tu yang nak emosioanl memanjang.

aku rasa helpless. begitu banyak yang akalku tidak tahu. 

Allah :(




No comments: