20140425

For the sake of God

Bismillah


recently baru habis baca 'Pluralisme dalam masyarakat islam' karya Gamal Al-Banna.

perasaan semasa dan lepas baca buku ni adalah;

rasa sedap sangat, 

rasa macam haus sangat, tibe-tibe dapat minum milo ais yang sangat manis and kaw and nyaman. 
(my favorite. tapi kene boikot da sekarang. sigh)

literally. aku rasa macam tu. nikmatnya.

rasa macam terjawab segala persoalan yang bersarang dalam kepala otak selama ni

segala jawapan yang aku fikir dan rangka dan assume dalam kepala kurang lebih sama dengan apa yang dia tulis dalam buku tu.

i was like. puas gila dapat baca buku tu. 110 muke surat je pun padahal. nipis gila.

and aku tak check pun background dia sebelum baca. hanya yakin dengan kredibilitinye sebagai seorang Egyptian dan seorang adik Asy-Syahid Hassan Al-Banna.

...

out of curiosity, i searched this guy on the internet. i was quite shocked to be honest; when i found that he is actually the opposite of his brother. 


bila ternampak words mcam liberal, secular, feminist, rejecting hadith; i know these words are enough to describe him as someone yang uncommon and radical---dalam konteks masyarakat muslim mainstream masa kini. Dia even tak support the obligation to wear hijab.

maybe it was okay for him to believe and promote that kind of principles and ideologies sebab dia ada ilmu, ada buat kajian, ada dalil yang menyokong, dia tahu tentang urusannya.

but as for me; to blindly agree and gembira and contented dengan segala apa yang di tulis, just because it satisfies my hunger for truth... it doesn't seem quite right, somewhere. somehow.

aku suka dengan tulisan dia, tapi on what basis? 

sebab nafsu atau sebab kemuliaan ilmu dan kebenaran tu sendiri?


...


the same thing goes when, kita memperguna dalil dan hujah agama untuk rationalise benda yang kita buat. 

like we only ask and refer to certain people/ustaz/scholars because we knew that they gonna give answers yang puaskan hati kita dna menyejukkan hati bila mendengarnya.

it's basically for our own sake. not God's.


...


somehow aku selalu rasa hadis pasal niat (hadis 1), hadis halal dan haram adalah jelas (hadis 6) and hadis yang ada mention pasal 'dosa adalah sesuatu yang menggetarkan hati' (tak ingat hadis apa), and any other hadis dalam Syarah Hadis 40 Imam Nawawi'- adalah antara gem dari Allah dan Rasul yang mengikat kemas dan membimbing manusia dalam memilih sesuatu.

sebab in the end of the day, nak atau tak nak, kita somehow akan tersangkut dengan perkara-perkara yang tak ada dalil jelas tentang nya. semua terletak dalam tangan kita nak pilih. there's no one there to guide you but yourself.

it's totally up to you.

because when it comes to faith, takdek sapa yang nak marah atau pukul kau kalau kau salah, terpesong, terlebih, terkurang---it is a matter of heart yang kau simpan rapi. yang hanya kau dan Tuhan saja yang tahu.

Taqwa is the one and only torch you have. itu pun kalau cukup terang nak menyuluh jalan.

...

terpulang pada hati sama ada nak berlaku telus dan jujur kepada Tuhan.

...

ada masa-masa aku terfikir kenapa aku tak ada ilmu yang sewajar dan secukupnya untuk faham agama ku sendiri. kenapa dulu-dulu tak pegi SMKA, or kenapa tak further degree dalam syariah or somethign, or make effort gi belajar pondok ke pe. etc.

---somehow it kinda shallow to think that way tho. pada semorang yang mukallaf Allah bagi kudrat dan pilihan.

bukan stok-stok yang HANYA faham rukun islam dan rukun iman dan segala hukum yang kering.

some people may say;


nak benar apanya lagi? islam tu paling benar dan betul. cukup la tu. ikut je.


I firmly and wholeheartedly believe; tu adalah jawapan penganut paling malas dalam dunia.

kau nak malas? fine. tak payah halang and ajak orang ikut sama malas macam kau.








20140424

Lullaby.

Bismillah

Susan Cain used to mention that introverted people are more alert to (possible) threats and dangers. They are really sensitive to stimulus hence are more alert in making plan and decisions.

Bukan nak cakap kitorang pesimis. Cuma berjaga-jaga. Dan mempersediakan jiwa raga atas kemungkinan buruk yang mendatang.

Dua perasaan yang disediakan untuk segala kemungkinan masa depan. Tak ke islamik macam tu. Erm. Orang belum islam pun bole figure out the hikmah.

Bila kita sedar takde benda pun yang dibawah kawalan kita sebenarnya. Melainkan hanya mampu berharap pada hati kecil untuk mendapat kebaikan dari Tuhan--- but sometimes kebaikan Tuhan takkan pernah mampu ditafsir dari kaca mata manusia, dan ia sangat berbeza secara relatif dan cara ukur kita--- dan berusaha dengan fizikal dengan seupayanya; mempermakna sunnatullah.

Bila memikirkan Tuhan itu Maha Menggenggam segala sesuatu. tiada satu apa pun yang tertakdir untuk hamba-hambaNya melainkan kebaikan.

Sebab Dia Ar-Rahmaan.

Lega sikit. Hati perlahan-lahan cinta untuk redha.

Sekian.

-Lullaby for tonight-

20140423

Amanah

Bismillah


sejak umur semakin tua dan minda semakin matang ni aku berasa agak terbeban dengan biasiswa yang terpegang selama ni. rfsjkfefrun;siaflafra.

segala kesenangan dan kemudahan nikmat yang aku dapat kat sini datang dari cukai rakyat-rakyat marhaen yang bekerja keras. sebulan elaun aku akt sini belum tentu seorang petani kat bendang dapat kumpul walau utnuk setahun. sometimes aku tak faham. why me? it's kinda unfair. yes, life. Tapi tu semua hikmah dari Tuhan yang aku langsung tak dapat dan mampu figure out.

tapi mereka terbeban fizikal. aku terbeban emosi dan perasaan. fair enough. 

Ada Tuhan jugak untuk menghakimi aku if i ever spend the money heedlessly. menjawab la di akhirat nanti.

*nangis*

rezeki sangat bergolek. what have i done with it?

the fiqh of priority stated that there are three level of needs in our life that we must consider upon. and from it we based our choice and decision.

  1. dharuriyat: kalau takde benda ni kau akan mati
  2. hajiyyat: keperluan hidup. like food, shelter (maybe)
  3. tahsiniyyat: just for fun. kau takde bende ni pun ok je.


semua orang ada tahapan memasing. ada orang kalau tak beli baju setiap bulan dia akan mati. so ikut keperluan hidup. setiap orang tak sama.

aku rasa untung siapa yang memperpasangankan aku. aku tak la bernafsu sangat pasal decoration, furniture, pinggan mangkuk segala bagai ni. lulz. jimat duit. eh.

just spare money for me to buy books every month. and ill do good. insyaAllah.

...


semoga Allah memlimpahkan kesabaran ke atas ku atas jihad nafsu ini. amen.

20140422

oversimplikasi

Bismillah


kalau kita terus memudah cara dan memudah fikir sesuatu ia akan membuatkan segala teori dan kata-kata begitu mudah, indah dan tidak memeningkan. 

life does not work that way.

terlalu memudahkan (over simplify) akan menjadikan kita merasa segala nya yang berlaku di masa yang lalu boleh dan realistik untuk kita lakukan di masa sekarang.

kita ignorant terhadap dunia yang semakin kompleks dan berkembang. lupa tentang pemikiran masyarakat, perbezaan budaya dan historical context yang sangat variasi dan berubah-ubah seiring saat.

ambil segala perkara yang ada pada zaman dulu dan terus sumbat pada zaman sekarang.

memaksakan sesuatu pada yang bukan tempatnya. zalim.


20140421

Tarbiyyah.

Bismillah



somebody gave me this link. dia tunjukkan pasal pekerja yang ditindas teruk-teruk. gaji yang dibayar di Bangladesh kepada seorang pekerja adalah 1/10 daripada gaji yang dibayar kepada pekerja yang ditindas di New York awal tahun 1900 yang berjumlah kurang dari 50sen sejam pada masa tu.

aku berasa sebal. mixed feeling. so i asked her. 

'how to fix this? government spends millions of dollars on us scholars to change things. what can we do to change this?'--- perosalan yang aku benar-benar tidak tahu jawapannya.

cos i know and convinced kat mesia pun banyak masalah yang sama walaupun konteks mungkin berbeza.

aku tersentak dengan soalan ku sendiri. memikirkan aku pernah punya cita-cita berumah besar, berkereta besar, melancong ke tempat indah-indah dan segala macam cita-cita yang berkepentingan utnuk memenuhkan tembolok nafsu ku sendiri. oh. sedihnya pemikiran.

and then she said to me:

' (ni semua terjadi) sebab kurang tarbiah'


...



manusia yang berkesedaran penuh tentang fitrah dan tanggungjawab sesama manusia tak perlu disentak sedarkan dengan segala macam definisi khalifah dan apa tanggungjawab seorang muslim di atas muka bumi. sedangkan orang kafir pun bermati-matian memperjuangkan hak manusia dan menuntut segala hak keadilan dan keharmonian sejagat; tanpa perlu di-quote dna dibrain-wash kepadanya ayat Al-Quran ataupun program 'apa itu tujuan hidup?' kepadanya berhari-hari.


apa beza manusia yang (kita panggil) kafir berbekalkan rasional kemanusiaannya; 
dengan muslim yang bersenjata dengan Al-Qurannya?


Adil mengikut neraca Tuhan itu bukan sahaja tentang 'semua orang perlu tarbiah (kesedaran tentnag Tuhan)', tetapi apa yang boleh dilakukannya dengan kesedaran; bahawa segala gerakan kepada keadilan itu adalah merupakan perintah dan amanah Tuhan juga. 

dengan keadilan bermaksud; 'sesuatu yang diletakkan pada tempatnya'.

Allah kan suruh kita berlaku adil dalam Quran. 

adil dalam semua benda. by default; dalam lingkungan tidak mempersekutukan Allah dengan apa-apa dan sesiapa pun dan dalam membawa manusia lain kepada penyembahan kepada Allah

---syumulkan adil itu; 




 negara dan watan, 

pemerintah dan umat, 

akhlaq dan kekuatan, 

rahmat dan keadilan,

 pengetahuan dan undang-undang,

 ilmu dan kehakiman, 

kebendaan dan harta,

usaha dan kekayaan, 

jihad dan dakwah, 

tenteran dan fikrah, 

aqidah yang benar, 

ibadah yang sahih.

 [petikan USUL 20 bahagian pertama: Asy-Syahid Hassan Al Banna]


sesetengah memilih untuk memfokuskan kepada satu atau dua sahaja daripada yang di atas. fine. mungkin ia lebih berkesan untuk mencapai matlamat. tapi ia sesuatu yang bermasalah bila cuba memperkecilkan usaha yang lain untuk mencapai keadilan bukan dari skop yang kita pilih dan berada dalam.

betapa bila kita melaung-laungkan 'manusia-manusia biasa' (read: tidak ikut tarbiah) itu tidak faham apa itu islam yang syumul, yang menyeluruh. sedangkan mereka juga sebenarnya sedang membentuk dan berusaha mendapatkan adil; cuma bukan dengan cara kita (tahu)

--- mungkin dalam kita menuduh (subconsciuosly) manusia lain tidak faham islam, mungkin konteks 'menyeluruh' kita yang semakin menyempit. 

mungkin kita pun sebenarnya tak faham. mungkin. 


Allah kata Iqra bismirabbiklallazi khalaq; Baca dengan nama Tuhan yang menciptakan.


What do we reckoned by this ayat?

baca, cari; segala hikmah yang mendatangkan kebaikan kepada manusia.

...

dah lama bertarbiah tapi yang bertukar hanyalah ukuran labuh tudung, bersembang ana enti.

itu; masalah.

...

muhasabah dari cerita pekerja Bangladesh di atas; 

apa impak tarbiah ke atas aku untuk respon kepada isu itu selain diskusi dan sembang agamawi


Allahualam wa astaghfirullah.





20140420

Mutabaah kitab

Bismillah



Target cuti seminggu ni:


1) Habiskan dengar lecture Tariq Ramadan: Towards Faithfulness (12 lectures altogether)

Tariq Ramadan: Faithfulness

2) Fifty key Figures in Islam-Roy Jackson

3) Doktrin Pluralisme dalam Al-Quran- Gamal Al-Banna

4) Pluralitas dalam masyarakat Islam- Gamal Al-Banna

5) Major themes of the Quran - Fadzlurrahman.

6) Kontroversi Khilafah dan negara Islam- Tinjauan kritis atas pemikiran politik Ali Abdur Raziq


fuh. fuh. *peluh*


Bismillah Ar-Rahmaan Ar-Rahiim..


20140415

ajaran nenek moyang versus ajaran Tuhan.



Bismillah


Setiap perbuatan ibadah kita ada sebab kenapa Allah suruh.

setiap ibadah ada tujuan, ada objektif.

Ada tujuan kenapa kita disuruh bershahadah

ada tujuan kenapa kita disuruh bersolat

ada tujuan kenapa kita disuruh berpuasa

ada tujuan kenapa kita disuruh membayar zakah

ada tujuan kenapa kita disuruh melakukan ibadah haji (jika mampu)

---aku percaya, suruhan Allah kesemuanya adalah membina ruh dan spiritualiy; untuk dekat kepadaNya,

---tapi aku juga percaya ada sisi kebaikannya dan hikmahnya kepada umat manusia secara praktikal dan realistik.

perhaps i may say it is not completely all mystical or completely unfathomed.

...


'Thinking of God's law in the light of it's objective'


frasa yang selalu diulang-ulang Tariq Ramadan in most of his lectures. fikir, fikir dan fikir. konsistensi idea ini aku dapat rasa dan lihat pada pemikiran Dr MAZA dalam lectures dan bukunya. subhanallah. walaupun keduanya tak pernah bertemu (i guess) tapi Allah ilhamkan sesuatu yang sama dari kotak fikir keduanya.

Dr Maza dengan tajdid (pembaharuan) agamanya, Tariq dengan reformasinya (islah). see? that's why i love 'em both. MasyaAllah. anyways.

To put it in simple words; 

every time we do our ibadah, we must know the outcome/s we want to achieve out of it.

(1) kalau solat, kita mahu dekat dengan Allah, kita mahu jadi bertaqwa, kita mahu jiwa yang bersih
---but if we still do syirk, sins, ma'siat walaupun dah cukup solat 5 waktu sehari semalam, it means, kita tak tahu apa tujuan ibadah kita. 


we are clueless. hanya mengikut ajaran nenek moyang. bukan ajaran Tuhan.


---para nabi di dalam Al-Quran begitu bersungguh mengajak kaumnya keluar dari penyembahan agama nenek moyang. terkadang aku terfikir; mungkinkah 'sembahan nenek moyang' berlaku kepada mereka yang sudah islam dan bershahadah?

---define 'sembahan nenek moyang'.


(2) but if you already knew the obejctives of solat, and you still commit all the things Allah refrain you from doing;
--- then, you ought to be really frustrated with yourself, sebab kau tak berlaku jujur dan telus pada diri dan Tuhan mu sendiri. 

aku kira 'seksaan' perasaan itu lebih teruk dari segalanya yang ada di dunia bagi jiwa yang mengaku bertuhan dan sedar dirinya adalah hamba yang tiada punya kudrat dan kekuatan tanpa rahmah dari Tuhannya. 


...


sedar dengan segala perkara yang kita buat. buat kerana faham dan bukan ikutan. Bertuhan dengan sedar. bukan kerana hendak menyembah manusia--- you know when you do good things, simply because you want to please others? and in you heart, you actually had objectives other than Allah? that's it. 

akan ada masa hati akan tersedar hakikat itu. berhenti seketika, fikir dan bebaskan diri; menuju kembali pada Allah.

be firm, be honest. and listen to what your own voice had to say. because amidst chaos; you tend to lose one.

and. don't. ever. stop. thinking.


20140412

beautiful soul.

Bismillah


So today i went to the supermarket to buy a sauce pot and some other stuff. lega ok. selama ni masak makanan bersup semua pakai periuk nasi. pas ni boleh masak megi tanpa batasan. lulz.

sebelah seat tu ada seorang lelaki and dua orang anak dia. sorang lelaki sorang perempuan. gua perati je mereka anak beranak tanpa rasa bersalah. the conversation that happened between the father and the children was so beautiful.

i am touched. i can feel the love.

cara lelaki tu cakap pada anak beliau sungguh lembut dan penuh kasih sayang. cara si ayah melihat ke dalam mata si anak ketika berbual. cara beliau membersihkan sesuatu di muka anak lelakinya; and budak lelaki tu was like; senyum kat bapak dia, kind of blushing and said thank you through his eyes.

---omygod. detailnye aku stalk. sampai boleh tafsir perbuatan bagai. hew.

The guy looked really tired though. dengan eye bag nya. macam tak cukup tidur. but he kindly and patiently explained to his children how to ride the tram. 

bila dia explain pasal cemana nak sentuh myki, he took out his wallet and showed the myki to his son. buat gaya segala bagai nak tunjuk cara sentuh myki. 

---I guess it was their first time riding the tram.

bila dia explain cemana nak turun tram stop, dia buat gaya macam tengah tarik signal wire, as if it was there.

the conversation went on and on and on; beautifully. i feel warm and fuzzy inside :')

kudos to the parents. mereka telah  telah berjaya membesarkan anak lelaki mereka menjadi manusia yang berhati dan berperasaan.

they made my day. hmm :)

and right on the spot i determined to raise my children exactly the same way. with utmost love and tender.

may Allah bless you and your family. 

---

i like to observe people. aku belajar dari cara manusia. 

aku belajar apa yang aku sepatutnya buat and belajar apa yang aku tak sepatutnya buat.

...actions are more real. sebab dia terus masuk tembus. sampai ke dalam hati.



20140411

Rasis

Bismillah


Di negara-negara barat dan bukan islam, muslim dalam keadaan struggle dan bersusah payah untuk survive dengan islam dan hidupnya; dengan berhadapan dengan segela kerenah birokrasi, skeptis, dan racisme dan yang sama baris dengannya, untuk berintegrasi dan mengadaptasi ke dalam komuniti asing, dengan mengamalkan cara hidup islam, secara normal tanpa dilihat sebagai tempelan 

---tanpa dilihat sebagai immigran yang datang masuk ke negara mereka (generasi demi generasi yang lalu) sedangkan by default mereka adalah warganegara (tersebut)

dua usaha sentiasa berjalan;

1) meyakinkan diri para muslim 'immigrant' bahawa mereka adalah sebahagian dari negara itu dan berhak ke atasnya--- krisis keyakinan dalam diri muslims.

2) membuka mata para penduduk 'peribumi' negara itu bahawa mereka adalah sama seperti 'immigrant' muslim itu. Mereka adalah sebahagian dari negara itu dan berhak ke atasya---membuang superioriti dan skeptis dari diri 'warga peribumi'.

bumi ini milik Allah.

berikut di atas adalah sebahagian kesimpulan aku dapat dari buku Tariq Ramadan, 'What I Believe'.

...

aku kengkadang merasakan isu perjuangan muslim di barat tidak relevan kat aku since aku dok malaysia. 

tapi tetibe terfikir;

jika ada usaha by muslims untuk membuka mata dunia bahawa kewujudan mereka adalah sebagai warganegara sah yang berhak ke atas semua hak di negara-negara barat lain di dunia;

---dan kita menerima dan menyokong perjuangan itu sebagai hak Muslim dan manusia secara amnya.

kenapa di Malaysia tidak diterima konsep yang sama untuk para Cina, India dan 'immigran' lain? 

Immigran by definition, dalam konteks aku; dua atau tiga generasi sebelum ini yang masuk ke Malaysia yang keturunannya lahir di sini. warganegara yang sah.

kenapa ada ketidak adilan di situ? apa beza hak muslim dan bukan muslim sebagai penduduk bumi?

hak kemanusiaan itu berfungsi pada orang islam sahaja kah?

---soalan yang ingin ku tanyakan kepada mana-mana pejuang dan badan yang ligat memperjuangkan isu hak, ras, dan kaum di Malaysia (hingga ke tahap kaum tertentu sahaja yang layak diutamakan)

---sama ada yang beraffiliasi agama mahupun tidak.








20140409

'Why do u pray?'

Bismillah


selesai tilawah dan tadabbur Al -Quran seusai solat asr, my roomate asked me;


'why do u pray? is there any specific reason?'  


..in which i replied, spontaneously;


'..to get more connected to God'.


Ya Tuhan.

This.

tersentak dengan jawapan sendiri.

aku rasa itu jawapan paling jujur dan menenangkan antara banyak-banyak jawapan kepada persoalan ibadahku 

it feels so easy. 

aku tak rasa perlu menerangkan kepadanya seperti dalam kitab-kitab fiqh atau aqidah; seperti ianya hanya layak diterangkan lepasan universti Timur Tengah.

aku tak rasa terdesak perlu menerangkan kepadanya dari segi kesihatan mengapa. 

aku tak rasa perlu rasa complicated untuk menerangkan kepadanya atas sebab-sebab ghaib atau yang tak dapat dilihat mata. 

terkadang manusia suka memayahkan penjelasan tentang Tuhan.

...

i simply wanna be connected to my God.


-perspektif manusia jahil-




k

Bismillah


Hari ni adalah literally hari bising sedunia.

so today at home she decided it would be best to turn on the music to the highest volume like for the whole day. great. just great.

im literally suffocated. rasa pening meloya. i need to escape myself from this.

aaaand to the bookshop we go :) berjaya beli satu buku at $10. rasa macam syurga (dunia). buku-buku kat shelves tu dok senyap je tak buat bising. bagus sungguh. kenapa manusia tak macam tu?

happy sekejap.

but wait.

tiba-tiba ditimpa perasaan berat bilamana mengenangkan buku kat bilik yang bertingkek-tingkek dan buku library yang dok pinjam 2 minggu tak habis-habis baca lagi but yet i keep buying books and sumbat penuh atas meja. kau nak jadi keldai ke apa?

k.

then i went to the nearest musolla to seek some (real) peace and tranquility. Rumah Allah kan. mesti tenang. i found out there was halaqah too. so i stayed. membayang kepak malaikat menaung di atas musolla itu :)

and man i was absolutely wrong.

girls are sooo loud aren't they? oh God. pening lagi. dorang punya bising nauzubillah. aku rasa sesak lagi.

terasa energy dari dalam badan aku disedut-sedut keluar masuk ke dalam kotak suara mereka yang seperti tiada had nada.

...

ingat Allah tu pada hati. bukan mengharapkan pada jasad bangunan atau batang tubuh manusia.

k.


.

20140404

Beggar

Bismillah ArRahmaan ArRahiim.


Pagi ni lepas Allah mudahkan urusan aku di pejabat immigresen, dalam berjalan pulang, Allah takdirkan aku ditahan seorang makcik tua. dengan riak sedih dan risau, dia minta duit pada aku untuk beli makanan. beg duitnya hilang---katanya.

aku sekarang dalam proses belajar untuk buang skeptik pada beggar di jalanan; yes mungkin diorang menipu, mungkin mengambil kesempatan sentimen saudara seagama yang mudah kasihankan sesama sendiri, atau seribu juta  mungkin lain yang jahat

aku agak gembira sedikit. perasaan skeptik aku pada makcik tu ditenggelamkan dengan perasaan percaya dan kasihan. Alhamdulillah ala kulli haal. it's a beautiful feeling. masyaAllah. KAU TAU TAK PENAT NAK SKEPTIK MANJANG AND NAK DOUBT KAT ORANG 24 JAM?

biarlah dalam hatinya dan niatnya itu diuruskan Tuhan. aku hanya ingin bermuamalah secara gembira sesama manusia.

aku sungguh percaya dunia ini tidak berlaku adil utnuk manusia berlaku jujur dalam rezekinya.

it's such a relief.

kebiasaan aku untuk spare around $5 dalam kocek untuk beli sushi kat kedai memana tepi jalan. fries ke. muehehe. i took all i have in my pocket and gave it to her. aku rasa tak sampai $5 dolar pun duit tu. i was in a rush masa tu and nak cecepat balik rumah. plus it was raining at that time.

---bila sampai rumah aku cam terfikir. kenapa aku tak tarik makcik tu pegi seven eleven or subway and belikan dia something to eat? why and why? or kenapa aku tak belikan dia tiket train balik rumah. another why to myself.

erm. da lepas pun. takpela.

Dalam berjalan pulang lepas beli lunch ternampak seorang beggar tepi jalan. duduk sugul di depan kotak yang ada beberapa coins.

tangan kiri aku penuh dengan bungkusan fries masa tu. Allah lebihkan aku rezeki yang melimpah-limpah. Allah jua yang menahan rezeki dari perbendaharaan langit dan bumi daripada sampai kepada makhlukNya.

----food in my hand and some money in my pocket. i feel like a total jerk if i just walk away without giving him anything.

---bila sampai rumah aku cam terfikir. kenapa aku tak bagi je fries yang ada kat tangan aku masa tu instead of bagi duit? why?


reflection. reflection. oh :(

so much things to be grateful for.

banyak sangat nikmat yang Allah da bagi.




20140401

irrelevant

Bismillah


'kau ni tak make sense la'

it kinda hurt bila orang cakap kat kita macam tu. not that anyone has ever said that to me. mungkin dalam hati perna la kot. idk.

i admit im a little bit slow. bila aku cakap aku tak pandai and the other person was like;


'no la sayang. you are smart, cuma you je tak nampak, bla, bla, bla and any other similar dialog'


i was like; 'please, perempuan. u dont know me.'----dalam hati


anyways. bukan nak cakap intellectual level determines common sense or whatsoever.

kadang-kadang apa yang orang fikir tak sama dengan apa yang kita fikir even though ia adalah satu benda yang sama.

aku just tak nampak apa yang kau nampak.

and i am so sorry sebab tak ada common sense yang sama macam kau. im sorry that my parents' genes forgot to introduce common sense yang sebijik sama macam common sense kau into my DNA blueprint when they made me! it's entirely my fault! omg. im so sorry.

pfft.

in the end of the day. maybe kite kena faham orang dan berharap orang faham kita.

kengkadang kau tak faham pun kenapa seseorang itu buat sesuatu, tapi; terima. mungkin ruang lingkup hidup mereka adalah itu. cara fikir mereka adalah begitu.

tapi tak boleh jugak nak salahkan dia kalau dia memang shallow. hidupnya membentuk nya begitu. paradigm manusia tak terubah dengan satu malam. it takes time---it takes your whole life to understand the right one.

mari kita benarkan kehidupan mengajarnya semua itu---you may be the part of it if you want. maybe you can scar her/him a lil bit so dia ingat and benci kau seumur hidup. or you can choose to be the best person ever yang pernah ajar dia value tentang kehidupan tanpa dia rasa butt hurt even seinci pun ---- sebab dua-dua cara pun berkesan mengubah paradigm manusia lain.

apa yang aku ajar diri aku bila tak faham orang;

---Accept; kalau kau boleh sabar and tolerate and berlapang dada. just keep the lesson (of what not to do) to yourself.

---speak out; kalau kau rasa da melanggar batas haq dan adil. and kalau kau ada sedikit berani.

---and be humble. merendah la diri pada manusia. in the end of the day kau pun bernajis juga. tidak la semulia mana.

i hate twitter a bit sebab dia selalu portray emosi dan intellektual manusia yang tak faham emosi dan intellektual manusia lain. terkeluar la akhirnya tweet bajet bagus. well, maybe aku pun pernah buat. and maybe still do.

astaghfirullahalazim. astaghfirullahalazim :(