20140411

Rasis

Bismillah


Di negara-negara barat dan bukan islam, muslim dalam keadaan struggle dan bersusah payah untuk survive dengan islam dan hidupnya; dengan berhadapan dengan segela kerenah birokrasi, skeptis, dan racisme dan yang sama baris dengannya, untuk berintegrasi dan mengadaptasi ke dalam komuniti asing, dengan mengamalkan cara hidup islam, secara normal tanpa dilihat sebagai tempelan 

---tanpa dilihat sebagai immigran yang datang masuk ke negara mereka (generasi demi generasi yang lalu) sedangkan by default mereka adalah warganegara (tersebut)

dua usaha sentiasa berjalan;

1) meyakinkan diri para muslim 'immigrant' bahawa mereka adalah sebahagian dari negara itu dan berhak ke atasnya--- krisis keyakinan dalam diri muslims.

2) membuka mata para penduduk 'peribumi' negara itu bahawa mereka adalah sama seperti 'immigrant' muslim itu. Mereka adalah sebahagian dari negara itu dan berhak ke atasya---membuang superioriti dan skeptis dari diri 'warga peribumi'.

bumi ini milik Allah.

berikut di atas adalah sebahagian kesimpulan aku dapat dari buku Tariq Ramadan, 'What I Believe'.

...

aku kengkadang merasakan isu perjuangan muslim di barat tidak relevan kat aku since aku dok malaysia. 

tapi tetibe terfikir;

jika ada usaha by muslims untuk membuka mata dunia bahawa kewujudan mereka adalah sebagai warganegara sah yang berhak ke atas semua hak di negara-negara barat lain di dunia;

---dan kita menerima dan menyokong perjuangan itu sebagai hak Muslim dan manusia secara amnya.

kenapa di Malaysia tidak diterima konsep yang sama untuk para Cina, India dan 'immigran' lain? 

Immigran by definition, dalam konteks aku; dua atau tiga generasi sebelum ini yang masuk ke Malaysia yang keturunannya lahir di sini. warganegara yang sah.

kenapa ada ketidak adilan di situ? apa beza hak muslim dan bukan muslim sebagai penduduk bumi?

hak kemanusiaan itu berfungsi pada orang islam sahaja kah?

---soalan yang ingin ku tanyakan kepada mana-mana pejuang dan badan yang ligat memperjuangkan isu hak, ras, dan kaum di Malaysia (hingga ke tahap kaum tertentu sahaja yang layak diutamakan)

---sama ada yang beraffiliasi agama mahupun tidak.








No comments: