20140421

Tarbiyyah.

Bismillah



somebody gave me this link. dia tunjukkan pasal pekerja yang ditindas teruk-teruk. gaji yang dibayar di Bangladesh kepada seorang pekerja adalah 1/10 daripada gaji yang dibayar kepada pekerja yang ditindas di New York awal tahun 1900 yang berjumlah kurang dari 50sen sejam pada masa tu.

aku berasa sebal. mixed feeling. so i asked her. 

'how to fix this? government spends millions of dollars on us scholars to change things. what can we do to change this?'--- perosalan yang aku benar-benar tidak tahu jawapannya.

cos i know and convinced kat mesia pun banyak masalah yang sama walaupun konteks mungkin berbeza.

aku tersentak dengan soalan ku sendiri. memikirkan aku pernah punya cita-cita berumah besar, berkereta besar, melancong ke tempat indah-indah dan segala macam cita-cita yang berkepentingan utnuk memenuhkan tembolok nafsu ku sendiri. oh. sedihnya pemikiran.

and then she said to me:

' (ni semua terjadi) sebab kurang tarbiah'


...



manusia yang berkesedaran penuh tentang fitrah dan tanggungjawab sesama manusia tak perlu disentak sedarkan dengan segala macam definisi khalifah dan apa tanggungjawab seorang muslim di atas muka bumi. sedangkan orang kafir pun bermati-matian memperjuangkan hak manusia dan menuntut segala hak keadilan dan keharmonian sejagat; tanpa perlu di-quote dna dibrain-wash kepadanya ayat Al-Quran ataupun program 'apa itu tujuan hidup?' kepadanya berhari-hari.


apa beza manusia yang (kita panggil) kafir berbekalkan rasional kemanusiaannya; 
dengan muslim yang bersenjata dengan Al-Qurannya?


Adil mengikut neraca Tuhan itu bukan sahaja tentang 'semua orang perlu tarbiah (kesedaran tentnag Tuhan)', tetapi apa yang boleh dilakukannya dengan kesedaran; bahawa segala gerakan kepada keadilan itu adalah merupakan perintah dan amanah Tuhan juga. 

dengan keadilan bermaksud; 'sesuatu yang diletakkan pada tempatnya'.

Allah kan suruh kita berlaku adil dalam Quran. 

adil dalam semua benda. by default; dalam lingkungan tidak mempersekutukan Allah dengan apa-apa dan sesiapa pun dan dalam membawa manusia lain kepada penyembahan kepada Allah

---syumulkan adil itu; 




 negara dan watan, 

pemerintah dan umat, 

akhlaq dan kekuatan, 

rahmat dan keadilan,

 pengetahuan dan undang-undang,

 ilmu dan kehakiman, 

kebendaan dan harta,

usaha dan kekayaan, 

jihad dan dakwah, 

tenteran dan fikrah, 

aqidah yang benar, 

ibadah yang sahih.

 [petikan USUL 20 bahagian pertama: Asy-Syahid Hassan Al Banna]


sesetengah memilih untuk memfokuskan kepada satu atau dua sahaja daripada yang di atas. fine. mungkin ia lebih berkesan untuk mencapai matlamat. tapi ia sesuatu yang bermasalah bila cuba memperkecilkan usaha yang lain untuk mencapai keadilan bukan dari skop yang kita pilih dan berada dalam.

betapa bila kita melaung-laungkan 'manusia-manusia biasa' (read: tidak ikut tarbiah) itu tidak faham apa itu islam yang syumul, yang menyeluruh. sedangkan mereka juga sebenarnya sedang membentuk dan berusaha mendapatkan adil; cuma bukan dengan cara kita (tahu)

--- mungkin dalam kita menuduh (subconsciuosly) manusia lain tidak faham islam, mungkin konteks 'menyeluruh' kita yang semakin menyempit. 

mungkin kita pun sebenarnya tak faham. mungkin. 


Allah kata Iqra bismirabbiklallazi khalaq; Baca dengan nama Tuhan yang menciptakan.


What do we reckoned by this ayat?

baca, cari; segala hikmah yang mendatangkan kebaikan kepada manusia.

...

dah lama bertarbiah tapi yang bertukar hanyalah ukuran labuh tudung, bersembang ana enti.

itu; masalah.

...

muhasabah dari cerita pekerja Bangladesh di atas; 

apa impak tarbiah ke atas aku untuk respon kepada isu itu selain diskusi dan sembang agamawi


Allahualam wa astaghfirullah.





No comments: