20140527

Ikhlas-ception

Bismillah


so i shared a video by dr MAZA about 'ikhlas' on her fb wall. kenapa tak share kat mesej je? tapi aku nak orang lain tahu juga pasal ikhlas ni.

ilmu aqidah kot; ikhlas pada Allah. berharap orang lain dapat manfaat juga. erm. k.

tapi suara lain bisik kat kepala;


ikhlas ke ni? ke nak orang lain nampak yang kau ni dah ikhlas sangat?


setan ni. setan ni. saje nak hasut orang tak buat kebaikan. lantak pi la. aku balas pada suara tu;


aku ikhlas ni. lantak la. Allah je tau. masuk dalam perlindungan Allah. tsk. 


*walaupun hati dah shaky. rasa nak delete balik video tu*

suara tu datang lagi.


erm. nak orang nampak la tu kau ikhlas. nanti mesti orang rasa kau ni orang yang 
ikhlas dan tawadhu lagi zuhud. hipokritnya kau.


erm. jahat gila. main usik-usik pulak dia.

i dont care. i just want others to get the benefit, too.

but deep down in my heart i still doubt my own sincerity, though.

ikhlas ke tidak ni?

nangis.









20140516

Misinterpret 2.0

Bismillah


ok. sekarang da ingat dah.

...

keluasan tafsiran sesuatu itu bergantung kepada berapa luas cara pandang kita. berapa luas 'tingkap' kita bila meneropong dari dalam rumah.

...

bila bercakap tentang tarbiah, penyingkiran jahiliah dari dalam hidup adalah satu kemestian dan kewajipan. Ia merupakan satu jihad ruhiyyah yang tidak boleh tidak perlu dilakukan jika mahu mendekatkan diri pada Allah dan redhaNya.

tazkiah (pembersihan hati) is an ongoing process. dari titik seseorang itu sedar tentang kebenaran dan ketuhanan---sampai dia mati. it is a never ending journey. sebab syaitan selalu mengintai-ngintai nak sesatkan dan perosokkan anak-anak adam dalam neraka.

perangkap yang tak kira mangsa. hatta sang ulama' sekalipun; dengan segala sifat kibr dan ghurur nya --- sehinggalah kepada pendosa-pendosa kebanyakan yang terus-terusan enak dengan maksiat dan kelalaian.

...


dunia dan hidup ni terlalu luas, terlalu cantik, terlalu banyak hikmah dan ilmu di dalamnya. terlalu, terlalu---

...


bila sempitnya definisi 'jahiliah' seseorang itu, segala yang tidak ber copkan jakim atau bernamakan islam ---adalah jahiliah.

tiada nama dan terma arab pada nya---jahiliah

tiada sosok islam yang memperkatakan tentang nya ---jahiliah.

tiada perkataan dakwah, jihad --- jahiliah.

semua-semua lah jahiliah. bila dalam kotak fikiran memprogramkan kesemua perkara tersebut tiada dalam islam; secara automatis mendorong diri untuk segera menjauhi 'jahiliah' tersebut lantaran takut tercemar kesucian hati dan membawa jauh dari Allah.

lantaran semua nya dijauhi. apa sahaja yang boleh? apa sahaja islam yang ada padanya yang membantunya memuliakannya sebagai khalifah?

---Al-Quran dan Sunnah (katanya)

Right. 

apa sahaja yang kita tahu tentang Al-Quran dan sunnah selain daripada terjemahan literal dan tafsiran para ulama'  ratusan tahun dahulu?

apa dan bagaimana?

apa praktikaliti nya? apa implimentasinya? macam mana?

tak muak ke dengan cycle sama yang berulang-ulang semata?


...


segala yang tidak 'islam' tertolak. 

islam itu perlukan pada label dan nama?

perlu kah kepada setiap benda di-islam-kan dan di-arabkan?



...


kadang-kadang aku pun tak faham dengan orang agama yang lantang memperkatakan tentang muslim yang tidak 'islam'
---sedangkan islam nya mereka itu pun disogokkan pada 'jenama' dan 'nama' yang sempit.


...


salah satu maksud taqwa adalah takut. takut berbuat dosa. takut pada murka Allah. takut dengan seksaan api neraka. takut. takut. dan takut.

aku kira; takut dan fobia melampaui batas juga merupakan sesuatu yang tidak adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya), barangkali?

takut yang mencengkam dari bergerak dan berubah. stagnant. takut untuk mencari. takut untuk keluar dari jalan yang sudah biasa. takut untuk faham.

bukankah segala apa hikmah yang ada di dunia diciptakan untuk manusia. memperingatkannya tentang Tuhan dan mengabdikan diri padaNya?

tapi takut dan menjauhi?

mahu duduk di planet mana barangkali?


...



'tapi dunia tu kan senda gurau dan permainan? akhirat yang maha kekal'


---kalau dunia itu menyesatkan dan membenamkan engkau pada dosa; isu itu pada engkau and it's YOUR problem, maybe? 

Allah ciptakan dunia bukanlah semata-mata untuk kefasadan iman manusia-manusia barangkali?

---tapi Tuhan tidaklah menciptakan manusia untuk memenuhi figura seorang(?) malaikat. (?)

it is more than just fear.

Kaca mata seorang islam yang benar itu ialah bila mana hatinya itu ada Allah dan taqwa tanpa bergantung pada masa dan kondisi. datangkanlah apa sahaja, kaca mata itu menjadi penapis baginya untuk kembali (bertaubat) pada Allah dan kembali menilai sesuatu itu melalui neraca penciptaNya
---utopia seorang pendosa.


hati yang faham. dan ehsan 


---walaupun kefahaman dan paradigma taqwa itu bukanlah sesuatu yang tertanam dalam hati seseorang dalam sekejapan malam.


It's a journey towards God and the truth.


...


untuk yang takut tersesat, takut tercacat iman nya;

aku teguh percaya dan yaqin; Allah itu Maha Pemurah, Maha Kasih, Maha Lembut, Maha Adil. RahmahNya itu melimpah-ruah ke atas setiap hamba-hambaNya.

untk setiap yang imannya adalah Allah yang satu;

untuk setiap yang keluar mencariNya dan mendapatkan kasih sayangNya;

Allah akan tunjukkan dan mendorongkan jalan.

Allah akan tunjukkan jalan. Allah akan tunjukkan.

---dengan syarat berlaku jujur dan telus pada Tuhanmu.

---sedar bahawa setiap perkembalian hati dan amal jasad itu hanya kepada dan untuk Tuhan.


...


Untuk manusia-manusia yang sudah terlalu qarib dengan Tuhannya; 

---tahniah kerana telah berjaya dengan pasti melangkahkan satu kaki kalian ke dalam syurga.


...



asal aku rasa duniawi sanagt entri kali ni.



20140511

Misinterpret.

Bismillah

Kite selalu mengharapkan keajaiban berlaku pada diri.

bukan ke penciptaan diri sendiri dan segala peristiwa dan takdir yang revolve sekeliling diri kita ---setiap saat, setiap hari --- merupakan keajaiban, nikmat dan petunjuk dari Tuhan?

...

setiap orang ada kemampuan untuk tafsir dan terima sesuatu benda tu dengan penilaian sendiri. tapi tak semestinya perkara yang kita tafsir  tu sama tafsirannya seperti mana pentafsiran dari mana asal kita mendapat benda tu.

geddit?

your teacher taught you A, you thought you understood it as A but at the back of your mind u r actually looking at it as Z.

geddit?

kefahaman kau tak sama macam apa cikgu kau faham. tapi kau claim kau faham. faham?.

salah siapa sekarang ni.

ilham dan daya mampu untuk faham dan melihat sesuatu dari dimensi yang berbeza-beza itu pun datang dari Allah jua.

---tapi kita sentiasa ada pilihan untuk pilih.

...

ok now dah lupa nak tulis ape sebenarnya. cis.




20140507

Ours.

Bismillah


dua jenis perangai manusia yang aku observe lately;


yang beragama dan so-called beriman menggunakan Tuhan untuk menunjukkan betapa 'salah' nya perbuatan-perbuatan tertentu manusia-manusia tak beriman (di mata mereka).
---maka terkeluar jargon seperti; neraka, murka Allah, berkurang rahmat Allah & yang sewaktu dengannya.

which bagi aku sangat biadap untuk manusia mempersempitkan dan memperbataskan kasih sayang Allah yang Pengampun dan maha penyayang ke atas hamba-hambaNya mengikut neraca (nafsu) sendiri. bagi aku; ini penyakit orang beragama. attitude Holier art thou; Ana khairun minkum.

Jijik. 

Zat dan sifat Allah yang Maha Mulia dan Maha Perkasa dan segala sifat rahmah dan pengampunNya tidak sekedekut seorang manusia---yang suka benar menahan-nahan nikmat.

...

orang yang biasa-biasa (read: golongan yang bukan asatizah dan orang kebanyakan) mempertahankan 'kesalahan' atau segala perbuatan pelik yang dilakukan mereka, yang bukan dalam 'landasan' agama dengan justifikasi; 
---hanya Allah yang boleh menghakimi perbuatan mereka. hanya Allah yang tahu niat (baik) hati mereka. Hanya Allah yang tahu. Hanya Allah.

tapi bagaimana bisa mempertahankan yang batil dengan nama Tuhan?

bagi aku ini juga adalah peyakit; jahil. bukan jahil tak gi sekolah. jahil tak tahu dalam beramal. bukankah sebaik-baik amalan itu adalah berdasarkan ikhlas dan benar***? 
---tidak boleh ikhlas tanpa benar. tidak boleh benar tanpa ikhlas.

...

semua claim Tuhan adalah milik mereka dan bersama mereka, regardless 'amal' yang  dipersembahkan. 

Tapi apa yang sebenarnyaTuhan mahu? 

Siapa saja yang mampu membelah langit, memetik dan mempersembahkan benar yang Mutlaq?


...


pernah merasa menjadi kedua-dua golongan. tak pasti sekarang berada di spektrum yang mana.



***berdasarkan Al-Quran dan as-sunnah,


20140504

Tak tahu

Bismillah


Bila kita dalam keadaan tak tahu kita ada tendency untuk justify pendapat yang kita rasa dekat dan betul dengan kita.

say, if kita tak tahu sesuatu and terpaksa depend pada orang dalam menunjukkan jalan. walaupun idea nya nampak dan rasa asing, kita sedaya upaya nak justify supaya ia berjalan selaras dalam kepala, perbuatan dan kata-kata---tanpa menghiraukan rasa tidak selesa yang bersarang dalam hati sendiri. 

the same thing goes dengan diri sendiri. bila kita rasa dan fikir sesuatu tu betul dan lebih hampir dengan apa yang kita nak (hopefully bukan nafsu), kita berusaha justify supaya ia berjalan selaras dalam kepala, perbuatan dan kata-kata---tanpa menghiraukan apa-apa fikiran orang-orang.

it's either one.


to escape from people's judgement and come to Allah's forgiveness
---the very meaning of tauhid.

20140503

a note to myself.

Bismillah


I ve been constantly telling myself that

---it is okay to be myself.

i don't have to apologize to other people for behaving like one.

and i don't need to feel bad if people choose not to understand.


20140501

Crashed.

bismillah


aku tak tahu kenapa lately aku cam fond sangat dengan air crash investigations.

so much memories, so much tragedies. it teaches me a lot about life. A LOT.

apa yang dorang fikir 15 seconds before the plane crashes/vessel sinks?

how does it feel? do they cry? do they scream? apa doa mereka pada Tuhan saat-saat terakhir tu?

apa yang terfikir dalam kepala bila tahu tahu there is definitely no way out?

the mystery is just enticing and mind blowing.

setiap kali dengar kata-kata terakhir si kapten dari pita rakaman kotak hitam;  it's like their very last word.

takde jalan patah balik. mati yang definitely pasti. depan mata. death is the only way out

---the denial, the confusion, the frustration, the regrets, the catastrophic feeling inside your heart. it's just....

that piece of shit is so real. it is just like listening to a recording of someone who is dying.

---except that you won't be able to see the death angel rip out soul from the helpless body.




detour

Bismillah 


erm. sepatutnya pagi ni dah ada kat malaysia. spend some time kat pesta buku before heading off to Johor for my sister's akad and walimah.

tapi Allah has better plan, insyaAllah.


:]