20140516

Misinterpret 2.0

Bismillah


ok. sekarang da ingat dah.

...

keluasan tafsiran sesuatu itu bergantung kepada berapa luas cara pandang kita. berapa luas 'tingkap' kita bila meneropong dari dalam rumah.

...

bila bercakap tentang tarbiah, penyingkiran jahiliah dari dalam hidup adalah satu kemestian dan kewajipan. Ia merupakan satu jihad ruhiyyah yang tidak boleh tidak perlu dilakukan jika mahu mendekatkan diri pada Allah dan redhaNya.

tazkiah (pembersihan hati) is an ongoing process. dari titik seseorang itu sedar tentang kebenaran dan ketuhanan---sampai dia mati. it is a never ending journey. sebab syaitan selalu mengintai-ngintai nak sesatkan dan perosokkan anak-anak adam dalam neraka.

perangkap yang tak kira mangsa. hatta sang ulama' sekalipun; dengan segala sifat kibr dan ghurur nya --- sehinggalah kepada pendosa-pendosa kebanyakan yang terus-terusan enak dengan maksiat dan kelalaian.

...


dunia dan hidup ni terlalu luas, terlalu cantik, terlalu banyak hikmah dan ilmu di dalamnya. terlalu, terlalu---

...


bila sempitnya definisi 'jahiliah' seseorang itu, segala yang tidak ber copkan jakim atau bernamakan islam ---adalah jahiliah.

tiada nama dan terma arab pada nya---jahiliah

tiada sosok islam yang memperkatakan tentang nya ---jahiliah.

tiada perkataan dakwah, jihad --- jahiliah.

semua-semua lah jahiliah. bila dalam kotak fikiran memprogramkan kesemua perkara tersebut tiada dalam islam; secara automatis mendorong diri untuk segera menjauhi 'jahiliah' tersebut lantaran takut tercemar kesucian hati dan membawa jauh dari Allah.

lantaran semua nya dijauhi. apa sahaja yang boleh? apa sahaja islam yang ada padanya yang membantunya memuliakannya sebagai khalifah?

---Al-Quran dan Sunnah (katanya)

Right. 

apa sahaja yang kita tahu tentang Al-Quran dan sunnah selain daripada terjemahan literal dan tafsiran para ulama'  ratusan tahun dahulu?

apa dan bagaimana?

apa praktikaliti nya? apa implimentasinya? macam mana?

tak muak ke dengan cycle sama yang berulang-ulang semata?


...


segala yang tidak 'islam' tertolak. 

islam itu perlukan pada label dan nama?

perlu kah kepada setiap benda di-islam-kan dan di-arabkan?



...


kadang-kadang aku pun tak faham dengan orang agama yang lantang memperkatakan tentang muslim yang tidak 'islam'
---sedangkan islam nya mereka itu pun disogokkan pada 'jenama' dan 'nama' yang sempit.


...


salah satu maksud taqwa adalah takut. takut berbuat dosa. takut pada murka Allah. takut dengan seksaan api neraka. takut. takut. dan takut.

aku kira; takut dan fobia melampaui batas juga merupakan sesuatu yang tidak adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya), barangkali?

takut yang mencengkam dari bergerak dan berubah. stagnant. takut untuk mencari. takut untuk keluar dari jalan yang sudah biasa. takut untuk faham.

bukankah segala apa hikmah yang ada di dunia diciptakan untuk manusia. memperingatkannya tentang Tuhan dan mengabdikan diri padaNya?

tapi takut dan menjauhi?

mahu duduk di planet mana barangkali?


...



'tapi dunia tu kan senda gurau dan permainan? akhirat yang maha kekal'


---kalau dunia itu menyesatkan dan membenamkan engkau pada dosa; isu itu pada engkau and it's YOUR problem, maybe? 

Allah ciptakan dunia bukanlah semata-mata untuk kefasadan iman manusia-manusia barangkali?

---tapi Tuhan tidaklah menciptakan manusia untuk memenuhi figura seorang(?) malaikat. (?)

it is more than just fear.

Kaca mata seorang islam yang benar itu ialah bila mana hatinya itu ada Allah dan taqwa tanpa bergantung pada masa dan kondisi. datangkanlah apa sahaja, kaca mata itu menjadi penapis baginya untuk kembali (bertaubat) pada Allah dan kembali menilai sesuatu itu melalui neraca penciptaNya
---utopia seorang pendosa.


hati yang faham. dan ehsan 


---walaupun kefahaman dan paradigma taqwa itu bukanlah sesuatu yang tertanam dalam hati seseorang dalam sekejapan malam.


It's a journey towards God and the truth.


...


untuk yang takut tersesat, takut tercacat iman nya;

aku teguh percaya dan yaqin; Allah itu Maha Pemurah, Maha Kasih, Maha Lembut, Maha Adil. RahmahNya itu melimpah-ruah ke atas setiap hamba-hambaNya.

untk setiap yang imannya adalah Allah yang satu;

untuk setiap yang keluar mencariNya dan mendapatkan kasih sayangNya;

Allah akan tunjukkan dan mendorongkan jalan.

Allah akan tunjukkan jalan. Allah akan tunjukkan.

---dengan syarat berlaku jujur dan telus pada Tuhanmu.

---sedar bahawa setiap perkembalian hati dan amal jasad itu hanya kepada dan untuk Tuhan.


...


Untuk manusia-manusia yang sudah terlalu qarib dengan Tuhannya; 

---tahniah kerana telah berjaya dengan pasti melangkahkan satu kaki kalian ke dalam syurga.


...



asal aku rasa duniawi sanagt entri kali ni.



No comments: