20140628

unpatritotic

Bismillah


Sempena kedatangan Nouman Ali Khan haritu ada beberapa orang menaikkan concern bagaimana bahasa asing yang digunakan dalam berdakwah kepada rakyat malaysia yang native language-nya adalah bahasa melayu emmebri impak (sort of) negative kepada cara rakyat melayu muslim malaysia berfikir dan bagaiamana ianya 'mengganggu' adapatasi apa yang mereka peroleh hasil dari syarahan para pendakwah asing yang berbhasa inggeris ke dalam kehidupan seharian. 

---

aku cam, kenapa benda ni jadi isu sangat? idk mungkin aku seorang yang kurang berjiwa patriotik or kurang menghargai bahasa melayu. idk. well, i blame it on Tun Mahathir. dari form 1 sampai from 5 belajar english semua. masuk foundation and uni lagi la tak jumpe basa melayu. ok seriously no. takde salah sapae pun.


---put aside pasal semangat patriotik dan mencintakan bahasa kebangsaan sendiri. tak semorang bole ada perasaan tu automatically. cinta tak boleh dipaksa-paksa. kah.

---

berbalik kepada isu nouman ali khan. ada yang cam emo sebab bila penceramah asing dari luar dijemput menyampaikan ceramah, lagaknya macam malaysia ni takdek langsung orang yang layak dan setaraf dengan pendakwah asing ni.

banyak sangat dimensi yang kite boleh tengok kalau nak cakap pasal isu ni. tapi aku lebih berminat untuk fikir bagaimana utnuk tak menyalahkan orang yang tak minat ceramah bahasa melayu.

---

sebelum kita bergerak kepada notion kenapa lah orang melayu malaysia ni bias and unfair? apa beza standard ceramah/syarahan/tazkirah yang dalam bahasa melayu dengan bahasa inggeris?

---mari menyedarkan diri bahawa setiap orang berhak menapis dan membenarkan apa-apa jenis informasi/ideologi/fikrah dan pemikiran ke dalam kepala otak secara sedar.

apa beza dengan orang yang dengar ceramah nouman ali khan kat putrajaya sekali setahun, 

DENGAN

orang yang tak pegi langsung mana-mana ceramah live nouman ali khan tapi consistently everyday dengar lecture dia kat youtube?

mana impaknya lebih power? so sekarang aku tak nampak menjemput penceramah asing dari luar sekali setahun (atau lebih sikit, kurang dari lima kali, mungkin, lol) memberi impak besar kepada cara fikir rakyat muslim Malaysia

KECUALI

mereka-mereka ini benar-benar konsistent mendalami dan mencedok ilmu ustaz nouman ali khan secara langsung atau secara maya---yang mana aku kira, muslim sebeginilah berpotensi dan berguna kepada kemajuan ummah islam malaysia, lebih baik. which is bagus la kan? ini lebih baik 

DARIPADA

manusia yang acah-acah suka pergi majlis ilmu yang di terajui penceramah terkenal antarabangsa dan suka untuk upload gambar di instagram dan laman sosial tapi lepas balik rumah takde kesan apa-apa pun selain dari keterujaan menjadi sebahagian dari international event.

orang canni. tak beri apa-apa impak negatif or positif pada kemajuan islam di malaysia.


---


mari jadikan ustaz nouman ali khan sebagai X. 

SO ustaz X can be anyone. 

---ustaz X boleh jadi orang yang cakap bahasa melayu/bahsa inggeris/bahasa arab/bahasa etc.

---ustaz X boleh jadi orang yang membawa pemikiran sekian, sekian.

---ustaz X boleh jadi berasal dari negara bukan eropah, boleh jadi dari Amerika, Thailnad, Africa or wherever.

---ustaz X can be any body


AND


and semorang berhak pilih pemikiran yang bagaimana mereka mahu otak mereka dibentuk. hence dorang berhak pilih penceramah yang bagaimana-bagaimana pun mereka mahu dalam membantu mereka emnuju ke arah process tu. get it? it's about the right and freedom to choose.

la ikra hafiddiin. mana mungkin memaksakan ideologi dan cara berfikir kepada orang yang sedar dan waras dan bertanggungjawab atas pilihannya sendiri?

it's not about the language, it's not about the country of origin, it's not about his/her skin colour.

i think.



----


walaupun aku setuju kadang-kadang proses import ilmu dari negara dan bahasa asing benar-benar mencacatkan cara manusia melihat tempat asalnya---terus merasa mereka belong kepada negara asing tersebut.

ada yang begitu kepingin dan mahu mengejar-negjar menjadi mujahidin di negara-negara arab sedangkan negara sendiri pun tunggang langgang, perlu dibela.

seperti nya peluang syahid dna jihad tu tak valid di negara Malaysia.

itu. awful.

kesan karya dan ideologi asing yang tidak dihadam dengan cermat dan relevan mengikut sosio-budaya dan realiti tempatan.


---


konklusinya. aku tak tahu entri ini menuju ke mana. sekian.


20140623

stupid.

Bismillah


Yesterday i told my roommate how frustrated I was as i could not answer my immunology paper well.

lepas habis meluahkan perasaan dia cakap;


'Dont't worry. Im sure there are other people who felt stupid too and cannot answer it well.'


i was like. apakah?

dalam kepala, apa yang aku faham dari apa yang dia cakap is:



'don't worry. aku yakin ramai orang pun bodoh macam kau jugak masa jawab exam.' 

lol.

dia tak berniat pun nak maksudkan macam tu. maybe cara dia cakap and struktur ayat dia membuatkan ia kedengaran macam nak kutuk aku. kah.

thanks roomate. walaupun respond kau unik aku terhibur.





20140622

rock bottom.

Bismillah




"sesungguhnya orang-orang yang mengatakan 'Tuhan kami adalah Allah' kemudian mereka tetap istiqamah 
maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tidak pula berduka cita." 

(Al-Ahqaf:13)


Subhanallah. 

:(

20140619

ustazah.

Bismillah


aku selalu hesitate untuk keluar pegi mana-mana tempat yang orang kenal aku. i dont really like the situation where i have to explain about myself to other people, what am i up to, yada yada.

and disebabkan apa yang aku pakai before high school and after high school sangat jauh beza. aku selalu rasa malu nak display myself to the public padahal bagus la kan kalau pakaian dah bertukar jadi better. more syariah compliant. katanya la.

aku pulak yang segan pada orang. tahi apakah ini.

Ada satu hari ni my sister and I pegi breakfast kat kedai makan near to our house. and masa makan tu ada a few kawan lelaki masa sekolah menengah datang. duduk kat meja berdekatan. aku rasa nak lari and nyorok. i feel like; 'no u guys cant see me like this!' apehal aku nak rasa begitu pun aku tidak tahu mengapa. i cringe. cuba menggulungkan diri seperti seekor ulat gonggok so they cant see me. tapi gagal. i secretly hope that they could not recognize me. tapi aku awet muda sangat. they knew me.

tetibe terdengar suara seorang dari mereka cakap something like this;


'weh ada orang tu dah jadi ustazah seh' pastu gelak-gelak.


and i know exactly that he was referring to me.

jahatnya mulut. tetibe rasa nak nangis on the spot. that humiliation. 

---wait. what? kenapa nak rasa humiliated pulak? see. i also kenot understand myself.

drama kan budak tu? i thought usik-usik keji macam tu only happens in drama melayu picisan! this adds more reason why i should ban malay movies/drama in my life. look what it does to my poor fellow friend's ability to think!

rasa sedih gila. 

kenapa society makes me feel like im the one who should be blamed just because i present myself differently?




20140618

burrito

Bismillah


I watched two movies today; a Thai short film; Present perfect. and KIL.

---and im glad that my 3 hours or so are not wasted.

Present Perfect

karakter utama sangat moody and ada kepala sendiri and clumsy sikit-sikit. aku jatuh cinta pertama kali melihat beliau sebab i feel like watching myself on screen---except dia lagi lawa la. and i can totally relate to her attitude. but idk her name sampai la citer habis. is that even possible? duh. 

perempuan tu betelungkup menangis atas sofa. mengongoi seperti anak kecil. tiba-tiba budak tu datang; ask her what has happened. kissed her. and hugged her. that small gestures. tak membantu selesaikan or hilangkan apa-apa. but sometimes it would mean the world to someone.

setiap dengusan tangis yang keluar; seperti setiap esakan terhambur keluar bersama seribu kesakitan.

---

when life decided to knock you down really hard, bertelungkuplah memeluk diri sendiri atas katil, it would be great if you could just wrap yourself in a warm duvet like a fat yummy burrito. then cry your lungs out. 

---penyelesaian terbaik utnuk menghadapi masalah secara dewasa. not.

when cry is the only way. pernah tak rasa menangis tu feels like the most natural thing to do? like kau automatically ketawa pada joke kelakar (obviously). and automatically cry bila recall balik to all the shits that ever happened in your life. it feels good, though. seriously. 

Bagusnya Allah ciptakan mekanisme ni.

---setiap orang ada hak untuk berlaku dingin dan defensif pada apa sahaja yang pernah menyakitkan diri mereka. and you do not owe any explanation to anyone for that reason.


KIL

Aku rasa filem ni bijak dalam banyak-banyak filem malaysia yang suka membodohkan rakyat.

karakter dia; it feels like watching myself on screen---except dia lagi lawa la. and dia lelaki.

aku dah agak apa ending cerita ni. semorang cakap KIL ni different la, unpredictable la pe la. bile citer da sampai hujung-hujung aku cam bergembira sebab expectation aku betul.

tapi aku get lost a few times jugak la sebab plot twist dia memang unpredictable---tapi ending dia ended exactly like what i thought it would be. u think u really smart eh mr director. kah.

---

sebab ending dia cam pelik aku cuba google review orang pasal filem ni. and i am kinda amused when semorang try really hard to interpret setiap benda yang berlaku dlam cerita ni. cuba bersungguh-sungguh untuk kelihatan 'deep' dalam ulasan mereka. 

---some of them try to figure out what the orange represents. THE ORANGE. erm. k.

tapi aku emmang percaya pun mr director and the team memang memberatkan artistic value and instilled some kind of philosophical nuance in the movie. 

so the orange mungkin ada la represent something. life?, happines?, idk. 

what if mr. screenwriter sebenarnye sesaja je letak oren dalam movie tu? takde tujuan lain. ahah!

---


i just like it bila watak utama filem tu tergelak bila dia rasa company yang nak tolong orang untuk mati tu sebagai mengarut sedangkan watak dia sendiri adalah fictional.


---


watak Kil sebagai manusia yang terbeban dengan kesedihan dan kegelapan sangat menghidupkan.


20140615

nikmat makan.

Bismillah


sejak pindah masuk rumah baru yang tiada pertanggungjawaban ke atas aku utnuk bergilir-gilir masak setiap beberapa hari, kemhairan memasak aku sanagt merudum. and i just dont know why. dulu masa duduk dengan akhawat, aku rasa aku terror (bukan as in terror mengganas) masak. name it; bakso, mi bandung, mi kari, ayam kicap blackpepper, sambal nasi lemak. cewah. celah jari jew ---tema keseluruhan perenggan: perasan dan takabbur.

bila masak untuk diri sendiri, aku sendiri pun tak larat nak makan. lebih garam la, lebih gula la. rasa pelik-pelik ntah apa-apa. aku rasa kalau bagi kucing pun mereka tak sanggup jua nak menghadapnya. give up ah cenni masak. tsk. 

teringat ada satu dokumentari ni, tentang plane crash survivors yang terpaksa makan daging mayat kawan dorang sendiri utnuk terus hidup sebab dah dharurat and desperate sangat, and it happened for more than a month. dorang tersadai dekat pergunungan salji yang takde langsung tumbuhan atau kelibat haiwan.--- dorang makan just for the sake of sustaining their lives. not more or less. sebab daging manusia tu memang tak sedap (macam sure je) and memang geli and unethical pun untuk makan daging orang. kan.

---sebab takde option lain. like, bila kau sebenarnya takde nafsu pun nak makan makanan tu, but you just have to eat it or else you gonna die. macam tu la perasaan aku setiap kali menyuap masakan sendiri. lol. exaggerate nya -.-

but it feels good though. situasi yang mengajar aku untuk sentiasa rasa cukup dan syukur dengan apa yang ada and melatih diri untuk tak merungut. 

terasa nikmat di sebalik musibah masakan yang terhasil dari kefasadan masakan hasil tangan sendiri. (fasad: rosak). 
---terasa nikmat makan tu hanya sekadar untuk menggerakkan tubuh seharian untuk bekerja dan sekadar untuk mencukupkan. bukan semata-mata nak kenyang dan memuaskan nafsu. 

---bila tak diperhambakan nafsu. nikmat apa yang paling besar selainnya?



'Dan adapun, orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari hawa nafsunya, 
maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya' 

(79:40)


amboi bila takde option kemain pandai berkata-kata dan elok bermuhasabah bagai. cuba nanti tengok balik malaysia macam mana gayanya. u_u

---bukan ke lagi nikmat bila tidak melakukan sesuatu tu sebab Allah semata-mata. bukan sebab takde pilihan?

erm. k.

sedang aku paksa diri untuk menyuap nasi goreng masin ke mulut sendiri, ada manusia-manusia kat luar sana, kat ceruk dunia yang lain, yang tak berjumpa langsung punca makanan untuk terus hidup. Allah :(

alhamdulillah ala kulli haal.

semoga Allah sentiasa mencukupkan kekurangan mereka.

Hanya Allah sebaik-baik pemberi rezeki. hanya Allah sebaik-baik pelindung.


20140614

#tilljannah

Bismillah


Lately banyak cerita artis bercerai-berai. erm. kantoi baca website gossip. herher. eh kat metro pun keluar juga ye u_u yang paling menarik hati adalah tentang kisah bekas sepasang suami isteri yang ketara perbezaan umur mereka ni. and you know who. kawin for a short while after kenal each other for a short period of time.

bagi aku adalah satu perkara yang sangat menakutkan kalau isteri takde rasa hormat pada suami sendiri---antara perkara yang aku sendiri takut bila dah kahwin. keji kot perasaan macam tu. kan. like, kau akan senang-senang pandang rendah pada suami sebab kurang pandai ke, kurang harta ke, kurang fikir, kurang umur, kurang kacak ke (eh). dari perasaan macam tu je pun dah mampu untuk spark perbuatan nusyuz pada suami.



BUT COME ON. SIAPA PUN SEMPURNA KAT DUNIA NI?.

---

pengajaran pertama; perpisahan mereka meruntuhkan persepsi positif aku tentang idea 'tak-kenal-lama-pun-takpe-kawin-dulu-nanti-bercinta-lepas-kahwin-insyaAllah-lagi-halal-dan-berkah' ---but of course it is unfair to generalise things. ada yang kenal sehari and then kawin and then bahagie je manjang. ada pasangan yang mereka tak rasa pun mawaddah, rahmah dan sakinah pada perkahwinan dorang. Allahualam. boleh jadi ia ujian untuk mereka.--- btw aku tak percaya pun wujud relationship yang setiap saat happy. hashtagtilljannah.

pengajaran kedua; hubungan yang sihat tak semestinya perlu dicanang satu dunia. rasanya macam takde keperluan pun dihebahkan kebahagiaan tu untuk semua orang tahu especially kat social networks-hashtagfollowersperlutahu. kalau gambar berdua dengan gaya ala-ala ok la jugak. ni kalau setiap kali post gambar dedua melekat macam kembar siam, meluat la jugak lelama menengoknya. unfollow kang kecik hati pule. ahaks. walaupun aku masih meragui diri aku sama ada dapat menahan diri atu tidak dari post unnecessary pictures of me and my future husband on fb or instagram. erm---melainkan perbuatan tersebut diniatkan untuk sebarkan kebaikan lillahi taala.

pengajaran ketiga; bergantunglah seerat-eratnya pada Allah. walau macam mana tinggi pun expectation kita pada kebahagiaan dan persediaan untuk mendapatkan rasa bahagia itu, akhirnya yang menumbuhkan rasa itu hanyalah Allah jua semata-mata.

---tiadalah kebahagiaan yang paling benar melainkan redha Tuhan semata-mata.


'Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepda Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. 
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaku'

(89:27)


ya ayyuhannafsul mutmainnah irji'e ila rabbiki radhiyatammardhiyyah. fadkhuli fi ibadi wadkhuli jannati.


20140611

Crazy attachment.

Bismillah


Aku bersyukur Allah ciptakan aku dengan fitrah introvert. aku tak pernah kisah jadi loner. i have myself with me all the time. *hugmyself*. and books. and internet. agaga.

kadang-kadang (no. most of the time) rasa rimas kalau setiap saat duduk dengan manusia yang perlu di hiburkan 24 jam. kena layan, kena berbual, kena teman gi toilet, hence aku rasa bersalah gila pada roomate sekarang sebab i RARELY talk to her. hanya formal greeting je everyday like; 'hi', 'hello', 'how are you'. you know just for the sake of being polite. aku berkelakuan seperti tahi. i know it. but we do engaged in serious discussions at times. we talked about the division of korea, the culture of Japanese people (my roomate is a Japanes girl), relationship, travelling, life, and other (acah-acah deep) stuff. 

tapi aku rasa dia faham jew. aku pernah explain kat dia how anti-social i am. hew. so yeah.

as a result aku rasa english aku deteriorating gila. tahu fake australian accent je lebih.

but once i got attached to people, you cant get as near to someone else as you are with me. Im the kind of overly-attached girlfriend like that. pernah psycho sensorang sebab my bestfriend masa kat KMB dulu ada banyak kawan. rasa tergugat bila dia tak spend most of her time with me. im crazy like that.

---

anyways, nak cakap. attachment to people, things, ideology, institution, labels, and names is a disastrous psychological disease that could ever happen kepada seorang manusia yang mempunyai akal yang sihat.

attachment to Allah takpe.

tapi, yang define prinsip, motivasi dan tujuan manusia tu adalah attachment pada 'sesuatu' la kan? like you know that your life is dedicated to that 'something'. and you are willing to die for it. erm k.

nak cakap nya. it's not good to be too attached to your emotion. there is a realy really really fine line between emotion and rational. like, for example, perempuan, kalau dah suka sangat sesuatu benda tu, they would do anything for it. liek bayar thousands of ringgit for a piece of tudung, contohnya. 

walaupun secara rational nya, perbuatan itu adalah bodoh secara mutlak.

---

aku akan rasa tak betul kalau setiap kali berfikir, argue dengan orang lain, or berdebat dengan minda aku sendiri (yes, i do a lot of thinking--- especially when im in the shower, golden opportunity where everyone tetiba jadi pengikut Socrates); ---aku banyak directkan source pada specific figures sahaja. 

--- im really into school of thought of Tariq Ramadan and Dr Asri Zainal Abidin right now. pemikiran aku banyak dipengaruhi dorang-dorang ini. so, aku akan rasa something is amiss bila cakap or argue dengan orang je, aku guna nama dorang.

like, 


'Dr MAZA penah cakap macam ni,', 

'tapi, Tariq Ramadan tak setuju dengan bla, bla, bla', 

'tapi Dr MAZA kata bla, bla, bla,'


---U know, like you are really tied and attached to them, semorang punye pendapat kena alligned dengan your preferred scholars. walaupun (maybe) apa yang dorang cakap tu betul.

i was like, come on, be open and flexible. the world does not revolve among the people you like je. kan.

sikit-sikit nak quote orang tu, sikit-sikit nak quote orang ni cakap apa. tapi at the same time tak faham pun apa yang dipertahankan tu.

memang la kita takde ilmu, kite tak tahu, jadi kena ikut orang yang lebih faqih dan sebagainya, yes i agree, but wouldnt it be nice if we follow and understand and think- all at the same time?


---


aku rasa ini penyakit juga. takut menggunakan aqal. walhal aqal yang terpenjara itu adalah sesuatu hukuman yang paling menyeksakan yang pernah boleh berlaku pada sejarah hidup manusia.

for me, azabnya aqal yang terkurung ni adalah sama teruknya dengan penindasan fizikal yang berlaku pada manusia-manusia yang tertindas di Palestine, Syria, Afghanistan dan lain-lain negara arab yang teruk dibedil tentera kuffar laknatullah setiap hari.

What's worse than an oppressed mind?


---

nak cakapnya. attachment (membuta dan secara bodoh) kepada selain Allah adalah kejahilan yang membebalkan.


---

aku rasa nak cubit-cubit orang yang suka pertahankan bermati-matian figura-figura pujaan (/sembahan) mereka based on emotional attachment.

selagi sesuatu itu tak bertentangan dengan Al-Quran, hadith dan segala macam pandangan ulama' muktabar dan logik akal manusia, sentiasa ada ruang untuk persoalan, keraguan dan kritik. kan?

---

ye aku dhaif dan banyak sangat tak tahu tapi aku sangat curious nak tahu kebenaran tu apa.

aku kengkadang berkecil hati dan butthurt dengan orang yang alim dan pepandai agama yang suka condemn orang jahil yang suka menggunakan akal dalam berfikir atas tiket tak tahu ilmu agama.

tapi islam tu untuk orang agama je ke?

and if it is so, apa guna islam sebagai rahmat seluruh alam yang Allah firmankan dalam kitab suciNya?

---

bagi aku ada benda yang perlu dan wajib kita sandarkan pada jargon-jargon dan prinsip bersadurkan bahasa arab, tapi ada banyak juga benda yang tak perlu di-islamisasi-kan as they are already muslims in the first place.

kan ke islam tu syumul, kamil, mutakamil. kalau kepala otak kau dah sadurkan dengan islam, you will see everything dari kaca mata agama. and you dont need name and labels cos you know; that is religion.

---talk about fikrah yang tercelup pekat (sibghah Allah).

sebab honestly, kadang-kadang aku rasa manusia terlalu sibuk mengetuk tin-tin kosong yang membingitkan atas nama agama yang mereka sendiri pun tak pasti apa.